You are on page 1of 31

MPU-2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2

BAB 6
AGAMA DAN KEPERCAYAAN

1. Agama dan Kepercayaan di Malaysia


2. Islam dalam Perlembagaan Malaysia
3. Islam dan Masyarakat
1. AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI
MALAYSIA

a. Sejarah Kedatangan Agama di Malaysia


b. Peranan Agama
c. Agama-agama Utama di Malaysia
PENGENALAN
 Setiap kaum di Malaysia mempunyai latar belakang
yang berbeza, agama, tradisi, budaya dan
sebagainya.
 Keadaan ini melahirkan pelbagai pandangan dan
pemikiran yang berbeza dalam kalangan mereka.
 Dalam kepelbagaian, kerjasama dan saling
memahami tentang perbezaan adalah penting
untuk mencetuskan perpaduan dalam keadaan yang
aman damai untuk membangunkan negara ke arah
kemajuan dan keseimbangan.
 Agama memainkan peranan penting dalam
membentuk insan berakhlak, bermoral dan beretika
dalam hubungan bermasyarakat.
a) SEJARAH KEDATANGAN AGAMA DI MALAYSIA
 Kepercayaan Animisme telah bertapak di Alam Melayu sebelum
kedatangan agama-agama lain.
 Agama Hindu dan Buddha telah lama bertapak di Alam Melayu.
 Kemasukan imigran Cina dan India pada era penjajahan terus
memperluas ajaran Hindu dan Buddha.
 Agama Islam telah bertapak di Malaysia sejak 600 tahun dahulu.
 Pada tahun 1303 terdapat bukti kedatangan Islam di Terengganu melalui
penemuan Batu Bersurat Terengganu.
 Agama Islam disebarkan di Melaka oleh pedagang-pedagang Arab.
 Raja dan rakyatnya telah memeluk Islam sebelum abad ke-15 Masihi lagi.
 Penjajahan Portugis dan British pula telah membawa masuk agama
Kristian .
 Semasa pentadbiran British, adat istiadat orang Melayu dan Agama Islam
tidak disentuh.
 Adat istiadat Melayu dan Agama Islam berada di bawah jagaan raja-raja
Melayu.
 Selepas kemerdekaan, masyarakat Malaysia melalui
beberapa fasa perubahan kesan pertembungan tamadun
dan agama.
 Kaum Melayu kehilangan hak “kebebasan mutlak” dalam
aktiviti keagamaan dan perlu berkongsi hak kebebasan
bersama kaum lain.
 Perjuangan mengembalikan semula kedudukan Islam,
membawa kepada pengisytiharan Islam sebagai agama
Persekutuan dengan pertimbangan diberi kepada lain-lain
kepercayaan.
 Pemahaman yang baik tentang agama sendiri dan
memahami perbezaan agama lain, mencari satu titik
persamaan dan perkongsian nilai murni melalui sikap
toleransi mampu menyatupadukan rakyat Malaysia dan
mengelakkan persengketaan.
b) PERANAN AGAMA
 Asas dan pelengkap hidup bermasyarakat.
 Peraturan dalam perhubungan sesama manusia.
 Dalam Islam, agama adalah cara hidup yang
meliputi segala aspek kehidupan.
 Masyarakat beragama adalah masyarakat yang
bertamadun dan mempunyai peradaban dan
budaya hidup yang tinggi.
 Agama turut mempengaruhi asas pembentukan
tamadun seperti Tamadun Mesopotamia, Mesir
dan Indus yang mempercayai konsep ketuhanan,
penyembahan dan wujud bukti tinggalan sejarah
seperti kuil, candi, tempat pengebumian.
Peranan Agama di Malaysia
 Salah satu unsur jati diri yang penting bagi
rakyat Malaysia adalah agama.
 Prinsip Rukun Negara yang pertama
menegaskan Kepercayaan Kepada Tuhan
sebagai cara hidup rakyat tanpa mengira latar
belakang.
 Agama bertindak sebagai institusi
kepercayaan, menjaga kebajikan dan
kesejahteraan masyarakat.
 Setiap agama mempunyai nilai-nilai murni
yang baik ke arah keamanan masyarakat
pelbagai kaum.
c) AGAMA-AGAMA UTAMA DI MALAYSIA
1. Agama Islam
 Perkataan Islam berasal dari perkataan ’salama’ yang bermaksud aman,
sejahtera, tunduk dan patuh secara umumnya.
 Agama Islam bukanlah agama ciptaan Nabi Muhammad S.A.W atau manusia.
 Islam adalah agama wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
 Nabi Muhammad telah dipilih oleh Allah S.W.T sebagai manusia yang sangat
istimewa untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia di dunia ini.
 Al-Quran merupakan sumber rujukan yang paling utama untuk umat Islam.
 Ajaran tentang Islam telah dikumpul dan dibukukan dalam al-Quran.
 Isi kandungan dalam al-Quran merupakan seratus peratus kata-kata Allah S.W.T
dalam bentuk ajaran dan arahan.
 Ketulenan al-Quran wajib dipelihara dan sebarang bentuk penambahan
ataupun pengurangan adalah dilarang.
 Segala aktiviti dan kata-kata Nabi Muhammad S.A.W berkaitan dengan Islam
telah dikumpulkan dan dibukukan sebagai Hadis yang juga menjadi rujukan
umat Islam.
 Orang-orang Islam juga wajib percaya kepada Rukun Islam dan Rukun Iman.
Enam Rukun Iman
1. Beriman kepada Allah S.W.T
2. Beriman kepada Rasul
3. Beriman kepada kitab-kitab Allah S.W.T
4. Beriman kepada Malaikat
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Lima Rukun Islam


1. Mengucap dua kalimah syahadah yang bermaksud bahawa
“tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T dan
Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah S.W.T”.
2. Menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam
3. Menunaikan zakat
4. Menunaikan puasa di bulan Ramadhan
5. Menunaikan haji di Makkah
2. Agama Buddha
 Buddha dalam bahasa Sanskrit bermaksud "Yang bebas daripada kejahilan".
 Pengasasnya adalah Siddharta Gautama Buddha.
 Di Malaysia, ajaran Buddha merupakan antara kepercayaan utama dalam
kalangan masyarakat Cina.
4 Kebenaran mulia
1. Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam.
2. Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan
dan keseronokan.
3. Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang harus mengatasi nafsunya.
4. Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu harus mengikuti Jalan Mulia Berlapis
Lapan.
Jalan Mulia Berlapis Lapan
 merangkumi pandangan yang betul, niat yang betul, pertuturan yang betul,
tindakan yang betul, punca pencarian yang betul, usaha yang betul, tumpuan
yang betul dan pertimbangan yang betul.
 Sekiranya peraturan-peraturan ini dipatuhi, manusia dapat melepaskan diri
daripada pengabdian kelahiran semula dan mencapai Nirwana.
 Nirwana bermaksud ketenangan roh atau kebahagiaan yang abadi.
3. Agama Hindu
 Dalam bahasa Sanskrit ajaran Hindu dikenali sebagai Sanatana Dharma yang bermaksud
undang-undang abadi.
 Ajaran Hindu tidak mempunyai pengasas atau satu kitab suci. Ajaran Hindu terkandung dalam
empat kitab Veda:
1. Rig Veda
2. Sama Veda
3. Yajur Veda
4. Atharva Veda
 Orang Hindu menyembah pelbagai dewa yang sebenarnya merupakan penjelmaan satu Tuhan
yang sama.
 Tiga dewa utama Hindu yang dipanggil Trimuthi ialah :
1. Brahma (Dewa Pencipta)
2. Vishnu (Dewa Pelindung)
3. Siva (Dewa Pemusnah)
 Konsep Utama Ajaran Agama Hindu
1. Dharma: tugas dan tanggungjawab setiap insan.
2. Samsara: putaran berulang kelahiran, kehidupan, kematian dan kelahiran semula.
3. Karma: perbuatan atau kelakuan seseorang semasa hidup akan menentukan
kehidupannya di akhirat.
4. Matlamat utama para penganut ajaran Hindu ialah untuk mencapai Moksha iaitu
mencapai kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas daripada lingkaran kelahiran
serta kematian.
4. Agama Kristian
 Pengasas agama Kristian ialah Jesus Christ.
 Bible ialah kitab suci penganut agama Kristian.
 Bible terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian
Baru.
 Ten Commandments dan sifat serta perilaku Jesus Christ merupakan
panduan utama penganut Kristian.
 4 prinsip utama ajaran Kristian:
1. Terdapat satu Tuhan yang merupakan pencipta seluruh alam
2. Berpegang kepada konsep trinity iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan
tuhan Roh Kudus.
3. Amalan Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai
Tuhan dan melayan semua orang secara adil serta hidup secara aman
damai.
4. Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkah lakunya di
dunia.
 Dua rukun utama iaitu:
➢ Cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa ragamu.
➢ Cintailah jiranmu seperti kamu mencintai diri sendiri.
2. ISLAM DALAM
PERLEMBAGAAN
Perkara 3
Perkara 8
Perkara 11
Perkara 12
Perkara 121
Perkara 150
PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN BERKAITAN ISLAM
 Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah hasil persetujuan
antara tiga etnik terbesar di Malaysia, Melayu, Cina dan India.
 Perlembagaan bukan sahaja dokumen perundangan akan
tetapi ia adalah kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh
pelbagai etnik.
 Peruntukan dalam Perlembagaan yang berkaitan Islam:
➢Agama rasmi Persekutuan
➢hak kebebasan beragama
➢kebenaran menggunakan wang awam untuk tujuan agama
Islam
➢kedudukan Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan
➢penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak
di bawah bidang kuasa negeri,
➢kedudukan raja-raja sebagai ketua agama
➢pembentukan Majlis Agama Islam
PERKARA 3:
 Perkara 3(1): Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian persekutuan.
 Perkara 3(2): sultan-sultan atau raja-raja adalah
ketua bagi agama Islam di setiap negeri yang
beraja.
 Perkara 3(3): YDPA bertanggungjawab sebagai
ketua agama Islam bagi Negeri-Negeri Melaka,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah
Persekutuan yang tidak mempunyai raja.
PERKARA 8
 Semua orang adalah sama rata di sisi undang-
undang dan berhak mendapat perlindungan yang
sama rata di sisi undang-undang.
 Perkara 8(2) melarang perbezaan disebabkan
agama, kaum , keturunan, tempat lahir atau jantina
dan sebagainya.
 Namun terdapat pengecualian seperti dalam
perlembagaan negeri yang mewajibkan hanya
individu berketurunan Melayu dan beragama Islam
boleh dilantik menjadi Menteri Besar di negeri-
negeri yang mempunyai raja.
PERKARA 11
 Kebebasan beragama: setiap kumpulan berhak:
➢Menganut dan mengamalkan agama masing-masing.
➢Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
➢Menubuhkan dan menyelenggarakan yayasan-yayasan bagi
maksud agama dan khairat .
➢Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan
mentadbirkannya mengikut undang-undang.
 Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika
diperuntukkan bagi maksud yang lain dari agamanya sendiri.
 Contohnya, cukai pendapatan dan cukai-cukai lain dikenakan
kepada semua orang di Malaysia akan tetapi zakat fitrah dikutip
daripada orang-orang Islam sahaja.
 Perkara 11(4): Undang-undang negeri dan undang-undang
persekutuan boleh menyekat penyebaran apa-apa kepercayaan
agama kepada orang Islam.
PERKARA 12
 Perkara 12(2): Setiap kumpulan agama berhak menubuhkan
institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam
kumpulan agama itu sendiri.
 Perkara 12(3): sesiapa sahaja tidak dibenarkan memaksa
mana-mana individu mengikuti ajaran agama tertentu atau
mengikuti mana-mana perayaan atau aktiviti yang dianjurkan
oleh agama tertentu.
 Agama individu yang berumur kurang dari 18 tahun
ditentukan oleh ibu bapa atau penjaganya.
 Adalah sah bagi kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan
sejumlah wang bagi pembangunan Islam.
 Contohnya, penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Yayasan
Islam.
PERKARA 121 (1A)
 Mahkamah Tinggi Sivil tidak boleh mempunyai
bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara
dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
 Mengikut Perlembagaan Persekutuan, agama Islam
terletak dalam Senarai Negeri.
 Ini bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang
berkuasa dalam hal perundangan agama Islam
seperti hukum syarak dan undang-undang diri serta
keluarga, adat istiadat Melayu, wakaf, zakat dan
Mahkamah Syariah.
PERKARA 150 (6A)
 Secara umumnya perisytiharan darurat
mempunyai kesan menggantung
sebahagian besar peruntukan
perlembagaan, tetapi tidak termasuk
agama Islam dan adat istiadat Melayu.
 Ini menunjukkan hal yang berkaitan
dengan agama Islam diberi status yang
tinggi dalam perlembagaan.
3. ISLAM DAN MASYARAKAT

a. Kepimpinan Nabi Muhammad dan Piagam


Madinah Model Perpaduan Masyarakat
Majmuk
b. Malaysia sebagai Sebuah Negara Islam
c. Toleransi Agama
a) KEPIMPINAN
NABI MUHAMMAD DAN PIAGAM MADINAH MODEL
PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK
 Kerajaan Islam di Madinah telah menunjukkan strategi pentadbiran Islam dalam
kerangka masyarakat majmuk.
 Selepas penghijrahan Muslim bersama-sama Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke
Madinah di mana penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum, muncul isu berkaitan
hak.
 Nabi Muhammad S.A.W membentuk Piagam Madinah bagi menyatupadukan
penduduknya.
 Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang perlu dipatuhi bagi menjamin
perpaduan masyarakat Islam dan bukan Islam.
 Antara perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah:
1. Nabi Muhammad adalah ketua negara bagi semua penduduk, tidak kira orang Islam
atau bukan Islam (Yahudi).
2. Sebarang pertelingkahan yang penting untuk diselesaikan hendaklah dirujuk kepada
ketua negara.
3. Tiap-tiap golongan boleh menjalankan adat-istiadat dan tradisi masing-masing.
4. Tiap-tiap golongan boleh mengamalkan agama mereka masing-masing dengan
bebas. Tidak ada paksaan dalam beragama.
5. Penduduk Madinah dari golongan Islam dan bukan Islam wajib nasihat-menasihati,
tolong-menolong dan melaksanakan kebajikan dan keutamaan.
 Keadaan ini menunjukkan masyarakat majmuk di
Madinah berjaya disatukan dengan adanya nilai
persefahaman melalui Piagam Madinah dan
kepimpinan Nabi Muhammad yang adil.
 Piagam Madinah boleh dijadikan model perpaduan
khasnya dalam kalangan masyarakat majmuk kerana
kejayaannya menyatukan masyarakat pelbagai latar
belakang.
b) MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM
 Menurut Islam di dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 13,
kepelbagaian ras, bangsa dan budaya merupakan suatu keadaan
yang telah ditetapkan Allah agar manusia saling kenal-mengenali
dan faham-memahami.
 Kemajmukan yang wujud di Malaysia merupakan satu hadiah yang
cukup bermakna yang mengajar rakyatnya untuk saling menerima
dan lengkap melengkapi.
 Perlembagaan telah pun dibentuk untuk menjamin keamanan, maka
wajiblah kita mempertahankan peruntukannya kerana ia adalah
kontrak sosial yang sudah dipersetujui bersama.
 Perlembagaan telah menyebutkan bahawa Islam adalah agama
rasmi. Manakala agama lain bebas diamalkan.
 Keadaan ini mempengaruhi proses yang agak kompleks dalam
pembentukan identiti nasional masyarakat Malaysia yang pelbagai.
 Proses ini melibatkan penentuan kedudukan negara yang
masyarakatnya berpegang kepada kepercayaan berbeza.
 Tambahan pula, terdapat sesetengah pihak merujuk Malaysia
sebagai negara sekular kerana ada pengamalan undang-
undang sivil.
 Tanggapan ini adalah salah kerana peruntukan dalam
perlembagaan masih memelihara ciri-ciri keislaman dan
boleh diterima semua.
 Persoalan hanya ditimbulkan oleh individu yang kurang
memahami latar belakang Islam.
 Adalah sah dari segi undang-undang untuk mengiktiraf
Malaysia sebagai sebuah Negara Islam walaupun tidak
semua undang-undangnya berasaskan hukum Islam. Ini
kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan
kepercayaan.
 Islam itu sendiri bermaksud aman dan oleh sebab itu
keamanan adalah keutamaan pentadbiran Malaysia.
Matlamat utama negara adalah mencapai perpaduan demi
sebuah kemajuan dan pembangunan
c) TOLERANSI AGAMA
 Toleransi agama: sikap keterbukaan, berlapang dada untuk
mendengar pandangan yang berbeza, secara dua arah iaitu
mengemukakan pandangan dan menerima pandangan dan tidak
merosak pegangan agama masing-masing.
 Toleransi agama cuba mencari nilai “persamaan” di sebalik
perbezaan untuk mencapai persefahaman, perpaduan dan
kesejahteraan.
Saluran Toleransi Agama
1. Dialog, perbincangan dan interaksi agama yang
membawa pendekatan untuk mencari titik
persamaan dalam kepelbagaian. Contohnya Dialog
Harmoni yang menampilkan panel dari pelbagai
kaum yang disiarkan di TV Al-Hijrah.
2. Pendidikan melalui Kementerian Pelajaran dan
Pengajian Tinggi bertanggungjawab memperkasa
subjek agama-agama di Malaysia di seluruh
institusi pendidikan supaya pelajar-pelajar dapat
memahami agama masing-masing dengan jelas
dan memahami sosio budaya masyarakat dengan
agama yang berbeza.
 Pendidikan dan penyelidikan tentang perbandingan
agama membibitkan persefahaman. Pemahaman
merupakan kunci kepada wujudnya toleransi dan
dapat mengurangkan ketegangan dan
kesalahfahaman dalam kalangan penganut pelbagai
agama di Malaysia.
3. Media elektronik dan media massa menyalur
kefahaman Islam kepada seluruh lapisan masyarakat
terutamanya generasi muda.
4. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meningkatkan
pemahaman masyarakat bukan Islam mengenai Islam
dalam pelbagai aspek dan nilai yang boleh disepakati
serta menjadi wadah pertemuan dan perbincangan
antara penganut pelbagai agama di Malaysia.
(mengadakan seminar, menerbitkan buku-buku,
majalah dan risalah yang memfokuskan kepada nilai-
nilai “universal” yang dapat dikongsi bersama)
5. Program-program perpaduan dan integrasi nasional
seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), rumah
terbuka dan lain-lain.
Perkongsian Nilai Murni Melalui Toleransi
 Islam bersifat universal, tidak memaksa, menggalakkan kasih
sayang dan mengamalkan prinsip persamaan.
 Semua manusia adalah sama, tidak ada konsep status atau kelas
yang mana kedudukan seseorang terletak kepada ketakwaan
dan kemuliaan akhlaknya bukan harta dan keturunannya.
 Prinsip Islam yang universal dan nilai persamaan berteraskan
keadilan, kesederhanaan dan kesamarataan menjamin hak
setiap kaum serta menggalakkan toleransi antara kaum.
 Terdapat beberapa nilai murni dalam setiap agama yang
mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang sama seperti berkenal-
kenalan, berkasih sayang, saling menjamin, kejiranan,
persefahaman, bekerjasama dan persaudaraan.
 Oleh sebab itu, sekiranya berlaku perbalahan, maka alternatif
terbaik ialah setiap kaum perlu merujuk kembali kepada
agama masing-masing dan carilah nilai-nilai murni yang boleh
diamalkan bersama kerana semua agama mencintai kebaikan.
Bentuk-bentuk Toleransi Agama di Malaysia
 Sambutan rumah terbuka dan kunjung-mengunjung
semasa musim perayaan.
 Setiap kaum menghormati agama lain.
 Semua kaum bebas mengamalkan agama masing-
masing dengan aman.
 Kaum bukan Melayu menerima Islam sebagai agama
rasmi negara.
 Memberi cuti umum kepada semua kaum bersempena
sambutan perayaan agama-agama besar.
KESIMPULAN
 Masyarakat Malaysia yang menganut agama yang
pelbagai perlu meningkatkan pemahaman dan
memelihara kesucian agama masing-masing.
 Semua masyarakat perlu ada kesedaran untuk cuba
memahami perbezaan pemikiran dan kepercayaan
setiap kaum di Malaysia .
 Isi kandungan perlembagaan perlulah dipelihara.
 Tidak mempersoalkan isu sensitiviti kaum lain.
 Usah memperbesarkan perbezaan. Tetapi
hormatilah perbezaan tersebut.
 Carilah satu titik persamaan demi perpaduan,
kelangsungan dan kesejahteraan Malaysia.

You might also like