You are on page 1of 2

Berdasarkan filem tersebut, babak-babak yang memaparkan teori-teori dan konsep-

konsep dalam hubungan etnik adalah seperti berikut:

1.Teori Fungsionalisme

Para guru mengadakan mesyuarat di sekolah bagi menangani masalah pergaduhan


antara pelajar cina dan melayu.

2.Teori Konflik

Pelajar berbangsa melayu dan cina bergaduh kerana masing-masing beranggapan


bahawa mereka kuat dan berkuasa di sekolah kerana bilangan yang ramai.

3.Teori Interaksi Simbolik

Seorang aktivis teater iaitu Encik Azman berpendapat bahawa persekitaran iaitu
tempat membesar atau tempat tinggal mempengaruhi seseorang individu itu. Hal ini
seterusnya menjadikan individu tersebut berperwatakan sedemikian kerana pengaruh
persekitaran walaupun cuba untuk lari daripada realiti tersebut.

4.Segregasi

Terdapat segelintir guru yang bercadang untuk mengasingkan pelajar cina dan
melayu kerana pergaduhan yang berlaku antara dua bangsa ini.

5.Integrasi

Seorang guru perempuan yang memberi cadangan supaya menubuhkan sebuah


kelab teater untuk pelajar cina dan melayu yang bermasalah agar mereka dapat
berkerjasama antara satu sama lain dan hidup bersama.
6.Ethnosentrisme

Pelajar berbangsa cina berbangga dengan etnik sendiri kerana mengganggap mereka
rajin dan etnik melayu malas.

7.Prejudis (Prasangka)

Pelajar berbangsa cina yang beranggapan bahawa bangsa melayu tidak menghormati
kaum cina, merasakan bahawa kaum melayu itu bodoh, suka meletakkan salah
kepada orang lain sehingga salah sendiri tidak nampak, suka komplen dan tiada otak.

8.Stereotaip

Salah seorang guru beranggapan bahawa kelab teater yang ditubuhkan hanya akan
merosakkan akhlak pelajar dan menyebabkan berlakunya maksiat.

9.Diskriminasi

Sekumpulan pelajar berbangsa cina dan melayu memberi layanan buruk terhadap
seorang pelajar india kerana menganggap jumlahnya yang sedikit dan lemah kerana
mudah untuk ditindas.

10.Akulturasi

Seorang pelajar cina memberi tunjuk ajar kepada seorang pelajar melayu cara untuk
makan mee dengan menggunakan penyepit.

You might also like