You are on page 1of 3

Mohd.

Shahlan Bin Wahid


6 Bawah Bestari
Menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan jerman muncul sebagai sebuah negara industri di Eropah

Pendahuluan:

Perkembangan sektor perindustrian di Jerman dapat dikesan sejak akhir abad ke-19. Revolusi
Perindustrian yang berlaku mendatangankan pelbagai implikasi. Kemajuan dalam bidang
perindustrian didorong oleh kemunculan Revolusi Perindustrian di Jerman. Berikut merupakan faktor-
faktor yang menyebabkan Jerman muncul sebagai sebuah negara industri di Eropah.
Isi-isi Penting: Antara faktor yang menyebabkan jerman
1. Penyatuan Jerman 1871 muncul sebagai sebuah negara industry di
Eropah ialah Penyatuan Jerman 1871.
Penyatuan Jerman yang diisytiharkan
oleh Bismark pada tahun 1871 telah
meletakkan asas yang kukuh bagi
pertumbuhan sektor perindustrian di
Jerman.
Selepas penyatuan, Jerman muncul
sebagai sebuah negara perindustrian
yang unggul di Eropah.
Penyatuan ini telah menyebabkan
wujud keseragaman dalam mata
wang, sistem percukaian, sistem
timbangan dan perundangan.

2. Penubuhan Kartel Faktor yang selanjutnya penubuhan Kartel


mendorong perkembangan perindustrian di
Jerman.
Penubuhan kartel di Jerman turut
membantu perkembangan
perindustrian.
Matlamat penubuhan kartel adalah
untuk mengawal bekalan barangan,
harga barangan dan menjamin
keuntungan dalam industri.
Anggota kartel mempunyai
kesepakatan dalam menentukanharga
pasaran, mengawal kewangan dan
pasaran barangan.
Dianggarkan 2 100 kartel di Jerman
terlibat dalam perindustrian arang
batu dan keluli.

3. Penghapusan Sistem Guild Penghapusan Sistem Guild juga merupakan


faktor mempengaruhi perkembangan

Sejarah Dunia Penggal 1 STPM


18 September 2017
Mohd. Shahlan Bin Wahid
6 Bawah Bestari
Menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan jerman muncul sebagai sebuah negara industri di Eropah
tersebut.
Penghapusan sistem guild mendorong
perkembangan industri di Jerman.
Sebelum ini, seseorang yang
melibatkan diri dalam sektor
perindustrian ini wajib mempunyai
pengalaman selama beberapa tahun.
Pengalaman dalam guild merupakan
syarat wajib bagi melibatkan diri
dalam perindustrian.
Sistem ini menjadi batu penghalang
kepada perkembangan sektor
perindustrian di Jerman.
Pada tahun 1811, kerajaan bertindak
menghapuskan monopoli dan
keistimewaan guild melalui peraturan
1811. Pada tahun 1871, sistem guild
berjaya dihapuskan.

4. Kemajuan dalam Arang Batu dan Besi Faktor yang selanjutnya ialah kemajuan
dalam Arang batu dan Besi juga mendorong
kepada perkembangannya.
Pertumbuhan industri disebabkan
oleh kekayaan hasil bumi seperti
arang batu dan besi.
Bekalan arang batu dan besi yang
banyak menyebabkan banyak kilang-
kilang perindustrian didirikan.
Menjelang 1875, Jerman
mengeluarkan 25 juta tan bekalan
arang batu.
Pada tahun 1913, pengeluaran arang
batu di Jerman meningkat kepada 287
juta tan.

5. Campur Tangan Kerajaan dalam Industri Faktor terakhir ialah campur tangan kerajaan
dalam industri juga salah satu faktor
perkembangan tersebut.
Kerajaan Jerman banyak member
bantuan modal dalam pembinaan
kemudahan infranstruktur.
Antaranya jalan raya, terusan, dan
jalan keretapi.

Sejarah Dunia Penggal 1 STPM


18 September 2017
Mohd. Shahlan Bin Wahid
6 Bawah Bestari
Menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan jerman muncul sebagai sebuah negara industri di Eropah
Seterusnya perkhidmatan komunikasi
seperti pejabat pos dan telegraf.
Kerajaan Jerman mengamalkan dasar
memberi perlindungan kepada sektor
perindustrian.
Ia dapat membantu meningkatkan
hasil pengeluaran sektor
perindustrian di Jerman

Kesimpulan :

Faktor perkembangan revolusi perindustrian ini dapat meletakkan asas yang kukuh bagi
pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Kesannya, Jerman mengalami perkembangan
pesat dalam kemajuan teknologi, pembangunan kejuruteraan manusia dan kemajuan
kewangan

Sejarah Dunia Penggal 1 STPM


18 September 2017

You might also like