You are on page 1of 1

PERBEZAAN UNDANG-UNDANG AWAM DAN UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN (SIVIL).

Kedua-dua jenis undang-undang ini adalah berbeza mengikut kepada fungsi dan kegunaan undang-undang tersebut dalam negara. Undang-undang
awam melibatkan hubungan kerajaan dengan rakyat. Undang-undang persendirian pula wujud bagi mengawal hak kepentingan antara individu dengan
individu, atau individu dengan masyarakat agar tidak dicerobohi. Kita akan membincangkan secara terperinci perbezaan antara undang-undang awam
dengan undang-undang persendirian.

UNDANG-UNDANG AWAM

Undang-undang awam terbahagi kepada tiga kategori yang utama iaitu :-

1) Undang-undang perlembagaan

Undang-undang perlembagaan adalah badan utama mengenai hubungan kerajaan yang berbeza iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Undang-
undang ini mentakrifkan struktur kerajaan dan asasi rakyat di bawah pemerintahannya. Undang-undang ini berkaitrapat dengan kuasa parlimen dengan hak-
hak rakyat. Tujuan undang-undang perlembagaan bagi memastikan hak-hak yang termaktub dalm perlembagaan adalah dipatuhi dan menentukan kerajaan
melakukan sesuatu dasar perlembagaan atau sebaliknya.

2) Undang-undang pentadbiran

Undang-undang pentadbiran adalah undang-undang mengawal hubungan individu dengan negara. Ini berhubungkait dengan pentadbiran dan
pelaksanaan kuasa eksekutif dalam pentadbiran negara. Kuasa dan tanggungjawab pihak berkuasa pentadbiran bagi memastikan kuasa-kuasa awam ini
membuat tindakan dan keputusan mengikut kehendak undang-undang yang ditetapkan oleh negara. Kuasa awam dilaksanakan selaras dengan undang-
undang bertujuan untuk melindungi penglibatan orang awam dalam membuat keputusan. Undang-undang ini penting kerana membolehkan orang awam
untuk membuat tuntutan gantirugi bagi kesalahan oleh mana-mana pegawai kerajaan atau piahk berkuasa. Semakan kehakiman juga akan dijalankan
bersama bagi menilai dan mempertimbangkan tindakan badan kerajaan sama ada mengikut atau menyalahi undang-undang.

3) Undang-undang jenayah

Undang-undang jenayah dibentuk bagi mengawal masyarakat daripada melakukan kesalahan yang meliputi jenayah, pendakwaan dan pembelaan.
Undang-undang jenayah ditulis oleh kerajaan bagi mengurus kesalahan jenayah yang menyebabkan kemudarataan orang awam dengan mengambil
pendekatan hukuman. Undang-undang jenayah mengambilkira keputusan mahkamah tentang jenayah dan mengawalselia tatacara jenayah apbila
peraturan tidak jelas digubal yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN

Dalam undang-undang persendirian pula, undang-undang ini melibatkan perkara yang boleh menjejaskan hak dan kewajipan individu dengan individu
yang lain. Tujuan adalah untuk memberi pampasan kepada orang yang mengalami kerugian, membolehkan seseorang menuntut gantirugi terhadap harta
daripada orang lain dan bagi menguatkuasakan kewajipan dalam kontrak dan amanah setiap individu.

Salah satu undang-undang persendirian adalah undang-undang kontrak. Seksyen 2(h), Akta Kontrak 1950, mentafsirkan kontrak sebagai “suatu
perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang”. Oleh itu kontrak adalah berdasarkan perjanjian. Perjanjian ini perlu sah dari segi undang-
undang dan mengikat pihak yang terlibat di sisi undang-undang. Terdapat beberapa elemen penting dalam kontrak iaitu:-
1. Mesti ada tawaran
2. Mesti ada penerimaan
3. Kedua-dua pihak mempunyai niat untuk mewujudkan perhubungan undang-undang
4. Mesti tidak ada kesilapan, salah nyata atau pengaruh tidak wajar
5. Pihak terlibat mempunyai kerelaan bebas
6. Kontrak tersebut mempunyai tujuan yang sah
7. Mesti boleh menjadi pertimbangan
Selain daripada kontrak, dalam undang-undang persendirian terdapat juga undang-undang berkaitan tort yang berdasarkan undang-undang. Tort adalah
salah satu kesalahan sivil. Terdapat tiga elemen dalam tort iaitu tanggungjawab berhati-hati, pelanggaran tanggungjawab berhati-hati dan kerugian.
Seseorang perlu mempunyai tanggungjawab untuk berhati-hati. Kita perlu bertindak dengan berhati-hati agar tindakan tersebut tidak merugikan atau
menyebabkan kerosakan kepada orang lain. Undang-undang Tort ini bagi membolehkan pertikaian antara plantif dan defenden untuk dibicarakan. Tujuan
adalah untuk mengesan apa-apa kecuaian yang dilakukan oleh sesuatu yang boleh menyebabkan kesan kepada undang-undang. Setiap individu perlu
untuk berhati-hati apabila individu tersebut boleh meramal tindakannya boleh menyebabkan kecederaan orang lain. Contohnya kecuaian memandu laju
boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain adalah kesan tidak berhati-hati terhadap tindakan memandu laju.

Perbezaan ketara yang kita dapat lihat di antara undang-undang awam dan undang-undang (sivil) ialah undang-undang awam melibatkan hubungan di
antara kerajaan dengan rakyat manakala undang-undang persendirian (sivil) pula melibatkan hubungan di antara rakyat dengan rakyat. Oleh itu, jika kita
dapat perhatikan dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan undang-undang awam contohnya undang-undang jenayah, perbicaraan yang dijalankan
adalah di antara pihak pendakwaraya dari pejabat peguam negara atau pegawai pendakwa daripada pasukan polis yang mewakili kerajaan menjalanakan
prosiding jenayah. Manakala dalam undang-undang persendiriaan (sivil) seperti kes-kes yang melibatkan perselisihan di antara dua pihak berkaitan dengan
kontrak perjanjian, perbicaraan adalah di antara dua pihak yang bersengketa tersebut dan selalunya diwakili oleh peguam masing-masing. Tindakan
undang-undang ini dipanggil sebagai prosiding sivil di mana pihak mendakwa dipanggil sebagai plantif manakala pihak yang didakwa dipanggil sebagai
defendan. Manakala dalam kes-kes rayuan pula,, pihak yang membuat rayuan dipanggil appellant dan pihak yang bertentangan dipanggil sebagai
responden.

You might also like