You are on page 1of 1

Definisi Bandar mengikut enam tokoh Geografi

1. Bandar ialah pusat komuniti penduduk Bandar dan desa. Di Bandar telah menawarkan
keperluan pasar bagi memenuhi keperluan harian dan pemasaran hasil (Max Weber: 1962)
2. Berdasarkan kepadatan penduduk minimum, umpamanya India
menganggap sesebuah kawasan itu sebagai bandar, jika bilangan
penduduk melebihi 5,000 orang atau kepadatannya melebihi 386 orang
bagi setiap kilometer persegi (Knowles & Wareing: 1976).
3. Berdasarkan penggunaan tanah dan fungsi bandar, umpamanya ruang
tanah yang digunakan untuk aktiviti bukan pertanian di samping berfungsi
sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, perniagaan, pendidikan dan
kebudayaan (Gerald Breese, 1966).
4. Berdasarkan definisi formal seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Perangkaan sesebuah negara termasuk sempadan pentadbiran tertentu
(OConnor: 1980).
5. Bandar yang sempurna adalah bandar yang dapat menyeimbangkan tahap
pembangunannya dengan pemeliharaan nilai budaya yang penting, serta
memiliki ciri-ciri tertentu yang membentuk suatu tempat itu, sehingga ia dinilai
sebagai cantik, menawan dan beridentiti. (Syed Zainol Abidin Idid ,1995)
6. Bandar adalah suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk
atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur atau kadangkala ia juga dilihat
hanya dari segi penghuninya saja. (Melvin G.Marcus & Thomas R. Detwyler: 1985)

You might also like