You are on page 1of 3

LAPORAN UNIT CENDERAHATI PROGRAM KAWAD KAKI SEANTERO UMS

2017

Sebelum Program

Unit cenderahati lebih menumpukan kepada pembelian trofi dan hamper untuk
pemenang-pemenang kawad dan juga cenderahati kepada ketua juri, juri dan VVIP
yang telah dijemput. Tempahan untuk trofi telah dilakukan pada 4hb Mei 2017 bagi
memastikan trofi diperoleh lebih awal dan disediakan sebelum program kawad
dijalankan pada hari Sabtu 13hb Mei 2017. Tempahan trofi tersebut telah dilakukan
dengan pembayaran deposit sebanyak RM80 sebelum membuat pembayaran
penuh ketika trofi telah tersedia. Seterusnya, pada 9hb Mei 2017, pembayaran
penuh telah dilakukan iaitu sebanyak RM195.60 dan trofi untuk juara sehingga
tempat kelima serta trofi untuk ketua perbarisan terbaik telah diambil. Pembelian
barang-barang untuk hamper telah dijalankan pada 10hb Mei iaitu pada hari Rabu
di mana pembelian daripada pembalut, raga hamper, ribbon dan alatan-alatan
untuk hamper yang lain telah dibeli di Mr. DIY, Onestop Centre dan Familia di
1Borneo. Seterusnya, barang-barang pengisian hamper dan cenderahati untuk
tetamu jemputan telah dibeli di CKS Menggatal. Antara barang-barang yang telah
dibeli seperti gula-gula, Wafer Stick, Lovin Wafer, Julies Love Letter, F & N
Oren/Apel/Sarsi, Jack Green, Jack Sinaran Prawn dan Snack Crab. Pembelian untuk
cenderahati tetamu jemputan telah dibeli pada 12hb Mei 2017 yang mana
pembelian cenderahati berbentuk buah-buahan seperti apel, oren dan tembikai.
Proses pembungkusan hamper telah dilakukan pada malam Rabu dan Jumaat dan
telah dilaksanakan dengan baik.

Semasa Program

Program kawad kaki yang dilaksanakan pada 13hb Mei 2017 ini telah berjalan
dengan lancar dan penyediaan cenderahati di kawasan pentas padang kawad telah
dilakukan seawal jam 6.00 pagi. Penyampaian hadiah telah dilaksanakan dengan
baik di mana setiap pasukan badan beruniform menerima hamper dan trofi. Begitu
juga dengan cenderahati kepada ketua juri, juri dan VVIP yang telah dijemput juga
telah diberikan.

Selepas Program
Aktiviti mengemas kawasan padang kawad turut dibantu oleh unit lain dan unit
cenderahati juga bersama-sama mengemas padang kawad dan juga kawasan
pentas supaya barang-barang yang telah digunakan dipulangkan semula kepada
pihak-pihak berkenaan.

LAPORAN UNIT CENDERAHATI PROGRAM HEALTH AND SAFETY CARE

Sebelum Program

Program ini menjalankan dua buah program terasing iaitu ceramah mengenai
keselamatan dan juga program Abang Sado. Kedua-dua program ini dijalankan pada
masa yang terasing iaitu hari Khamis untuk ceramah dan malam Sabtu untuk
program Abang Sado. Seramai 5 orang tetamu jemputan telah dijemput bagi
melengkapkan program ini di mana dua tetamu jemputan itu adalah penceramah
untuk program ceramah dan tiga tetamu pula untuk juri Abang Sado. Unit
cenderahati telah menyediakan cenderahati kepada kelima-lima tetamu jemputan
sebagai tanda menghargai kedatangan dan melibatkan diri dalam program yang
telah kami jalankan. Seterusnya, tempahan medal untuk pemenang Abang Sado
juga telah dilakukan 4hb Mei 2017 yang mana harga sebuah medal berjumlah RM4
dan sebanyak 3 buah medal telah dibeli yang berjumlah RM12. Barang-barang
hamper untuk setiap pemenang juga telah dibeli di CKS Menggatal dan dibalut pada
malamnya.

Semasa Program

Untuk program ceramah yang dijalankan pada hari Khamis, cenderahati kepada
kedua-dua penceramah telah diberi cenderahati berbentuk buah-buahan. Pada
program Abang Sado yang dijalankan pada hari Sabtu pula medal dan hamper telah
diletakkan di hadapan berdekatan dengan pentas bagi meningkatkan motivasi
kepada peserta. Namun, penyertaan Abang Sado yang tidak mencapai berbanding
yang telah dirancang, hanya terdapat enam peserta sahaja. Hadiah yang disediakan
hanya sehingga tempat kelima. Oleh itu, unit cenderahati telah mengambil langkah
untuk menyediakan sebuah lagi hamper kepada peserta yang mendapat tidak
berjaya menjadi lima finalis Abang Sado dan memberikan sebuah saguhati atas
penyertaan dalam program Abang Sado. Tambahan lagi, kesemua peserta telah
menerima hamper dan tempat pertama hingga ketiga telah menerima medal.
Selepas Program

Setiap unit terlibat bersama-sama dalam mengemas dewan dan memulangkan


barang-barang yang telah dipinjam kepada pihak-pihak yang berkenaan.

You might also like