You are on page 1of 1

Definisi Ibnu Khaldun:

Ibnu Khaldun pula membahagikannya kepada empat ciri utama (Mohd Rosdi 2007),
iaitu:

1. Thaqafah (culture)
Menurut istilah bahasa Melayu perkataan ‘thaqafah’ bermaksud kebudayaan, iaitu
suatu cara hidup yang merangkumi fikiran, kelakuan dan tindakan serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan yang berupa material dan kerohanian. Oleh itu seseorang
yang berkebudayaan ialah seseorang yang mampu menilai makna kemanusiaan secara
positif serta bebas daripada kongkongan hawa nafsu dan adat yang negatif.

2. Hadharah (civilisation)
Secara khususnya ‘hadharah’ bermaksud kelompok masyarakat menetap di bandar
berlandaskan suatu sistem politik, agama dan sosio-ekonomi yang mantap serta
dinyatakan sebagai masyarakat hadhari yang maju dari segi pemikiran, ekonomi,
perdagangan, pembuatan, pertanian, pentadbiran dan komunikasi di samping bersedia
mematuhi ketetapan peraturan.

3. Al-Madaniyyah (urbanisation)
Menurut Kamus al-Mu’jam al-Wasit, perkataan ‘al-Madaniyyah’ bermaksud
kemajuan dan perkembangan perbandaran dan ia menggambarkan suatu kehidupan
bandar atau kota yang teratur dari segi penempatan dan infrastruktur serta aktiviti
semasa yang dijalankan seperti perniagaan dan sebagainya. Ringkasnya, perkataan
madaniyyah mempunyai kaitan dengan madinah, iaitu bandar atau city.

4. ‘Umran’ (vision/mission — menuju kemakmuran)


Merujuk kepada aktiviti membangun dan memakmurkan sesuatu kawasan atau
wilayah secara terancang sehingga membawa kepada keharmonian dan berpotensi
dari aspek sosio-ekonomi dalam pelbagai bidang. Ibnu Khaldun menggunakan
kalimah ‘umran’ sebagai gambaran terhadap pembukaan kota dengan pelbagai projek
pembangunan yang dilakukan oleh khalifah-khalifah Islam pada zaman
keagungannya. Justeru, ‘umran’ merupakan visi dan misi yang perlu ada bagi setiap
manusia untuk berusaha mencapai kemajuan dan kemakmuran dalam kehidupan.

You might also like