You are on page 1of 14

MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

1.0 PENGENALAN

Ilmu tamadun dan ketamadunan banyak dipolemikan oleh para sarjana dunia dari
pelbagai aspek khsususnya dari segi isitilah dan etimologi. Menurut Chandra et.al
(2007), perkataan tamadun acap kali digunakan untuk menggambarkan kemajuan
kebendaan (material) sesbuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan
tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam bidang sains
dan teknologi sejajar dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada era ini. Dari
sudut etimologi, tamadun berasal daripada perkataan madanna dalam bahasa
Arab. Madanna merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka
bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan
madanna, terbitlah perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk
kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta
kehalusan budi pekerti yang terpuji. Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini berasal
daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan
beragama. Dalam bahasa Inggeris, terdapat perkataan yang mempunyai makna
dengan tamadun, iaitu civilization. Civilization berasal daripada bahasa Greek,
iaitu civitas yang bermaksud bandar (Brandel dan Fernand, 1995).

Setiap masyarakat di dunia memiliki tafkrifan tersendiri terhadap konsep


tamadun (Nik et.al, 2009). Dari dimensi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan
dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal berkaitan kebudayaan
seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut
pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Goldon Childe, pencapaian lahiriah
merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Darcy
Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya menekankan
kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut islam, tamadun haruslah mencakupi pembangunan lahiriah dan


rohaniah (Mahayudin, 1987). Hal ini bermakna, islam menekankan pembangunan
yang seimbang dari aspek lahiriah mahupun rohaniah. Kedua-dua elemen ini amat
penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Menurut
pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang
tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan sarjana
Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui
bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Pengertian tamadun berdasarkan etimologi seperti yang dikemukakan,


secara tidak langsung menekankan dua perkara yang fundamental dalam memberi
takrifan yang holistik terhadap tamadun. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus
menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan dengan kehalusan
budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara spesifiknya,
tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam
segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti sains dan teknologi, kesenian,
dan kesusasteraan yang tinggi, baik, halus serta sopan ke arah pembentukan
peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang
terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

2.0 ARTIKEL ILMIAH TAJUK SATU


2.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTERAKSI ANTARA
KEPELBAGAIAN TAMADUN DI ASIA

Secara umumnya, setiap tamadun yang muncul memiliki sifat-sifat, pencapaian-


pencapaian serta keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun demikian, tidak
bermakna sesebuah tamadun itu bersifat tertutup dan tidak menerima pengaruh
luar. Sebaliknya, wujud hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di
peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku
sepanjang sejarah (Chandra et.al, 2007). Interaksi yang berlaku sememangnya
melahirkan impak-impak positif meskipun terdapat juga kesan-kesan negatif.
Interaksi berlaku kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling
hormat-menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat
keterbukaan ini memberi ruang kepada percambahan buah fikiran dan budaya di
samping melengkapkan sesebuah tamadun itu dalam pelbagai aspek untuk
mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang mengakibatkan kemerosotan
sesebuah tamadun. Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor
yang boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Faktor-faktor tersebut seperti yang
ditunjukkan oleh rajah di bawah.

kepimpinan

Sikap
misi politik golongan
agama

kedudukan
perdagangan
geografi

perkahwinan

Rajah 1.1: Faktor-faktor interaksi tamadun


MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Faktor kepimpinan merupakan faktor yang amat signifikan dalam proses


interaksi antara kepelbagaian tamadun di Asia. Menurut Abdul (2000), sifat
seseorang pemimpin akan mencorakkan proses interaksi yang dilakukan. Hal ini
bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan menghormati
kebudayaan yang lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar iaitu secara
aman dan damai. Sebagai tamsilannya, interaksi tamadun yang berlaku dengan
aman dapat dilihat menerusi kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak
menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah. Sebaliknya,
baginda melindungi hak golongan ini di bawah perlembagaan dan undang-undang
yang dikenali sebagai Piagam Madinah. Bagi interaksi antara Tamadun China
dengan Tamadun Jepun, peranan putera Shotoku Taishi (593-622 Masihi) tidak
dapat dipertikaikan. Baginda berperanan dalam mengembangkan agama Buddha,
iaitu unsur penting daripada Tamadun China yang meresap ke dalam Tamadun
Jepun. Beliau ialah wali pertama agama Buddha di Jepun. Walau bagaimanapun,
pemimpin yang bersikap kuku besi dan tidak bertoleransi akan mendatangkan
interaksi tamadun yang berimpak negatif. Hal ini dapat dibuktikan melalui interaksi
antara Tamadun Islam dengan Hindu di India. Terdapat beberapa orang raja Islam
seperti Sultan Shamsuddin Altamish (1211-36 Masihi), Sikunder Lodi (1489-1517
Masihi) dan Aurangzeb (1658-1707 Masihi) yang bertindak keras terhadap
penganut-penganut Hindu. Mereka bertindak mengharamkan beberapanupacara
keagamaan Hindu, memusnahkan kuil-kuil dan patung-patung Hindu.

Faktor seterusnya yang mempengaruhi proses interaksi antara kepelbagaian


tamadun Asia ialah sikap golongan agama. Sikap golongan agama ini menjadi
penentu kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni yang mana
kerukunan hidup bersama-sama insan yang mempunyai agama yang berbeza
diimplementasikan (Munif, 2004). Dalam konteks tamadun Islam, sikap golongan
agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan oleh ulama Islam di Alam Melayu
memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya memberikan
tasawwur Islam yang sebenar sehingga menyebabkan wujudnya pendidikan formal
melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh).
Impaknya, muncul ramai ulama di rantau Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri dan
Abdul Rauf al-Singkeli. Namun begitu, terdapat juga golongan agama yang
membangkitkan konflik seperti tindakan Paus Urban II yang mengadakan
perjumpaan besar-besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095
M untuk menentang orang Islam yang dikatakan bertindak zalim terhadap penganut
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Kristian. Konflik ini juga berlaku dalam interaksi antara Tamadun India dengan
China. Ahli-ahli falsafah Konfusianisme yang berpengaruh semasa zaman
pemerintahan Dinasti Han telah mengakibatkan ramai sami dan penganut agama
Buddha ditangkap dan dipenjarakan. Walaupun begitu, konflik ini tidak memudarkan
kepercayaan dalam kalangan masyarakat Asia kerana agama dan penguasanya
tetap berada pada kedudukan tertinggi.

Kedudukan geografi juga merupakan faktor dominan yang mempengaruhi


proses interaksi dalam kepelbagaian tamadun Asia. Ia melibatkan bentuk muka
bumi dan kemudahan perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun
(Ghazali, 2001). Kedudukan geografi yang strategik dan menjadi laluan utama
dalam aktiviti perdagangan menjadi kunci kepada pembentukan interaksi antara
tamadun. Sebagai tamsilan, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai tamadun
lain kerana terdapat dua laluan utama iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan
darat dan laut. Laluan sutera darat menghubungkan China dengan Khurasan,
Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Manakala, laluan laut pula merentasi Laut
Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara China.
Kedua-dua laluan ini membolehkan negara-negara terbabit berinteraksi dan
menjalankan aktiviti perdagangan. Selain itu, Kedudukan Melaka yang strategik
menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan
Barat. Menurut Osman (2009), kedudukan Melaka strategik kerana terletak di
tengah-tengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu,
pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada
paya bakau (Muhammad, 1989). Berlakunya aktiviti perdagangan di Pelabuhan
Melaka adalah impak daripada kehadiran ramai pedagang yang singgah.

Di samping itu, faktor perkahwinan memainkan peranan fundamental dalam


pembentukan interaksi antara kepelbagaian tamadun Asia. Hal ini dapat dilihat
menerusi lembaran sejarah dan salasilah masyarakat di rantau Alam Melayu.
Penduduk tempatan telah berinteraksi dengan pedagang Arab sehingga terdapat
segelintir pedagang yang telah berkahwin dengan gadis tempatan kerana telah
bermukim di pelabuhan Alam Melayu sementara menunggu angin monsun (Abdul,
2000). Perkembangan ini secara tersirat telah menjurus ke arah proses Islamisasi.
Hal ini kerana, untuk membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang
Arab yang beragama Islam, wanita tersebut harus diislamkan terlebih dahulu.
Berdasarkan sejarah silam, perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis
tempatan yang dikahwini pedagang Arab itu tetapi kaum keluarga gadis tersebut
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

turut menerima Islam. Selain itu, perkahwinan tidak hanya berlaku di kalangan
rakyat jelata, malah turut berlaku dalam kalangan golongan bangsawan dan
pemerintah. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun.


Hal ini dapat dibuktikan dengan hubungan perdagangan yang terjalin antara Arab
dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan ini telah wujud seawal 3 Masihi lagi
dan semakin rancak pada abad 8 Masihi. Pedagang dari Arab dan Parsi telah
membuat penempatan seperti di Canton, Chang Chow dan Chuan Cow. Mereka
juga telah membangunkan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Keadaan ini
menunjukkan berlaku Islamisasi di wilayah ini.

Faktor lain yang mempengaruhi proses interaksi antara kepelbagaian


tamadun Asia ialah misi politik. Faktor ini menggalakkan berlakunya interaksi dalam
suasana harmoni seperti mana yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara
Alam Melayu dengan Cina. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Cina telah
terjalin sejak tahun 1404 M (Muhammad, 1989). Pada tahun-tahun yang berikutnya,
Melaka telah menerima beberapa utusan dari Cina yang kemudiannya Melaka telah
membalas utusan tersebut. Matlamat Melaka mengadakan hubungan baik dengan
Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari ancaman Siam. Persetujuan Cina
terbukti dengan penghantaran Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke
Melaka. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu
yang bertunjangkan politik secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau
Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberikan kesan yang sama kepada negeri-
negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor dan Kampar.

Deduksinya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses interaksi


antara kepelbagaian tamadun Asia. Meskipun setiap tamadun yang wujud berbeza-
berbeza antara satu dengan yang lain, namun perbezaan antara tamadun itulah
yang menyatukan sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain kerana hadirnya
sifat saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap tamadun memainkan peranan
yang signifikan dalam menyumbang kepada pencapaian dan pembangunan dalam
segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti sains dan teknologi, kesenian,
dan kesusasteraan yang tinggi, baik, halus serta sopan ke arah pembentukan
peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang
terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

(1149 Patah Perkataan)


MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

3.0 ARTIKEL ILMIAH TAJUK DUA


3.1 CIRI-CIRI UNIK YANG TERDAPAT DALAM TAMADUN CINA

Gambar 1: kedudukan Tamadun Cina

Tamadun Cina merupakan salah sebuah tamadun yang tertua di dunia. Tamadun ini
dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM). Tamadun
Cina pada asasnya merupakan sebuah tamadun yang berorientasikan agraria atau
pertanian yang dipengaruhi oleh faktor cuaca dan sifat geografi dalam proses
pembangunan dan perkembangan. proses pembangunan Tamadun Cina
mengambil masa yang panjang. Ia dibina dan diperkembangkan selama 4000 tahun
dan telah membawa kepada era kegemilangannya dalam beberapa bidang seperti
pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains. Sifat
keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan
dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh
tamadun-tamadun lain. Meskipun mengalami perubahan-perubahan dalam proses
perkembangan yang panjang, namun identitinya masih dikekalkan sebagai satu
tamadun yang berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. Dalam konteks
ini, perkara yang akan dibincangkan mencakupi beberapa ciri unik yang terdapat
dalam Tamadun Cina antaranya termasuklah seni bina, seni muzik, seni perhiasan,
dan seni penulisan serta sumbangannya yang masih kekal sehingga kini.
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Dari aspek kesusasteraan China Klasik, sejarahnya bermula seawal kurun


ke-14 SM dan perkembangannya berterusan sehingga lebih daripada 3,000 tahun.
Perkembangan kesusasteraan Cina tidak pernah menerima gangguan atau
sekatan. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan
membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat
Cina yang amat berharga. Terdapat pelbagai genre sastera Cina Klasik antaranya
termasuklah puisi, prosa, drama dan fiksyen. Puisi Cina yang terawal bertajuk
Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian
istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat
hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh dan dihimpun dari kawasan Lembah
Huanghe. la dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-
479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik
kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta
penulis generasi kemudian. Dalam Shijing, hadir bersama empat klasik lain
iaituYijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun
qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik)
yang sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Prosa Cina juga mempunyai
fungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana
Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan
etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk menunjukkan jalan atau
cara dari segi moral dan etika. Genre seterusnya ialah Drama. Drama Cina
berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama mulai
merudum di bawah pentadbiran Mongol, dan kawasan utara China, di mana
penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran
yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama
berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju iaitu sejenis sastera
yang berbentuk puisi yang digubah mengikut alunan muzik tertentu dan bersemarak
pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya
drama. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khususnya nilai seperti
zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang
wanita) dan yi (keadilan). Genre terakhir dalam sastera Cina Klasik ialah fiksyen.
Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dihasilkan dan kebanyakannya
merupakan naratif yang panjang. Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman
sejarah. Sebagai tamsilan, fiksyen yang mempunyai nilai estetika yang tinggi
termasuklah Honglou meng (Mimpi Loteng Merah), yang melukiskan kehidupan dan
nasib sebuah keluarga besar pada zaman dinasti Qing. la merupakan sebuah novel
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

dengan pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari aspek perwatakan dan


pelukisan gambaran yang mendalam serta bermaklumat tentang kehidupan dan
adat resam orang Cina. Terdapat juga fiksyen yang bertemakan hasil ilham oleh
catatan agama Buddha. Contohnya, ialah Xiyou ji, yang menceritakan dengan
penuh imaginasi perjalanan seorang sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab
suci Buddha.
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

REFLEKSI

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, saya dapat
menyiapkan kerja kursus MPU 3052, Tamadun Islam dan Tamadun Asia dengan
jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua pensyarah saya,
iaitu Encik Ahmad Azri Murad dan Puan Halimatus Saadiah binti Mat Saad atas
dorongan dan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Jutaan
terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli keluarga saya kerana sedikit sebanyak
memberikan saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin mengalungkan ribuan apresiasi buat rakan sekelas saya
kerana sanggup meluangkan masa untuk melaksanakan tugasan secara
berkolaboratif dan membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Terlebih dahulu, saya ingin menjelaskan definisi refleksi diri. Refleksi


ditakrifkan sebagai satu proses untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku,
menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut, dan akhirnya memberi
pendapat apa yang perlu dilakukan. Guru perlu menulis refleksi ke atas amalan diri
sendiri dan murid-murid dari mula sehingga tamat proses pengajaran. Kemahiran
refleksi memerlukan seseorang itu memerhati secara terperinci apa yang berlaku di
sekelilingnya, dan menilai sama ada peristiwa tersebut berlaku disebabkan oleh
tindakannya, perasaannya, alam sekitar, atau wujud hubungan dengan orang lain.
Kesimpulannya, amalan membuat refleksi membolehkan guru mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan selepas mengajar di dalam bilik darjah.

Semasa menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak input baharu yang saya
peroleh berkaitan dengan ilmu ketamadunan. Antaranya ialah dapat mengetahui
konsep umum tamadun dan tamadun Islam, faktor-faktor yang mempengaruhi
interaksi di antara kepelbagaian tamadun di Asia. Seterusnya, saya juga dapat
membuat perbandingan kepelbagaian tamadun Asia antara tamadun Melayu, Cina,
India yang terdapat di Malaysia dari aspek sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.
Seterusnya, saya juga dapat mempelajari teori-teori kritikan sastera, jenis-jenis
kritikan sastera yang terdapat di Malaysia, ciri-ciri kritikan sastera dan fungsi kritikan
sastera. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan
penulisan illmiah yang berbentuk artikel ilmiah. Dalam konteks ini, tugasan
mengkehendaki saya untuk menghasilkan dua artikel ilmiah berkaitan faktor-faktor
yang mempengaruhi interaksi di antara kepelbagaian tamadun di Asia dan
beberapa ciri unik yang terdapat dalam sesebuah tamadun dari aspek seni bina,
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

seni muzik, seni perhiasan (barang kemas/pakaian) dan seni penulisan (sastera),
serta menjelaskan apa yang masih dikekalkan sehingga kini.

Untuk tugasan ketiga dalam kursus ini ialah soalan kuiz. Soalan kuiz
tersebut mencakupi beberapa bab yang terdapat dalam Kursus MPU3052 iaitu
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Soalan kuiz yang digubal ini sememangnya
menguji minda kerana ia memerlukan pembacaan yang luas dan kritis dalam bidang
ilmu ketamadunan itu sendiri untuk membolehkan seseorang untuk menjawabnya.
Sebelum kuiz dijalankan, saya dan rakan-rakan telah dimaklumkan lebih awal. Oleh
itu, saya dan rakan-rakan lain mengambil inisiatif untuk membuat ulang kaji
terhadap topik-topik yang akan keluar dalam soalan kuiz tersebut. Alhamdulillah,
semuanya dipermudahkan kerana saya dan rakan-rakan dapat menjawab soalan
kuiz tersebut.

Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan diri sendiri. Kekuatan yang telah saya dapat kenal pasti ialah saya
mampu untuk menghasilkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia dengan
jayanya walaupun agak mencabar kognitif kerana tugasan ini memerlukan ketelitian
dan kemahiran berfikir aras tinggi untuk memenuhi kehendak soalan. Terdapat
banyak dugaan yang saya hadapi sewaktu menyiapkan tugasan ini, namun saya
amat bersyukur kerana dapat menyiapkannya.

Namun, di sebalik kebolehan, terselit juga beberapa kelemahan yang dapat


saya kenal pasti. Salah satunya ialah saya kurang memanfaatkan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam melaksanakan tugasan ini
terutamanya dalam tugasan kedua iaitu menghasilkan persembahan slaid
PowerPoint untuk beberapa tajuk dalam kursus ini iaitu konsep umum tamadun dan
tamadun Islam serta perbandingan kepelbagaian tamadun Asia antara tamadun
Melayu, Cina, India yang terdapat di Malaysia dari segi sosio budaya, ekonomi dan
pendidikan. Walau bagaimanapun, saya akan berusaha dari semasa ke semasa
untuk meningkatkan kemahiran saya dalam bidang tekonologi maklumat ini agar
dapat menghasilkan tugasan yang lebih baik pada masa hadapan. Di samping itu,
pengurusan masa. Saya terlalu banyak membuang masa melakukan perkara-
perkara yang tidak mendatangkan faedah yang menyebabkan tugasan saya terabai.
Oleh itu, saya akan berusaha mendisiplinkan diri sendiri untuk mematuhi jadual
harian saya yang telah saya hasilkan agar apa yang saya rancang dapat
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

dilaksanakan dengan jayanya. Saya juga akan belajar untuk menghargai masa
kerana masa itu adalah emas.

Konklusinya, terdapat banyak input, kekuatan dan kelemahan yang dapat


saya ketahui sewaktu menyiapkan tugasan ini. Saya amat bersyukur dengan
adanya Kursus MPU 3052 iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini, saya dapat
mempelajari pelbagai cabang ilmu yang lebih luas berkaitan dengan bidang
ketamadunan secara holistik. Sememangnya ilmu ini amat bermanfaat dan perlu
dikuasai oleh semua guru khususnya guru pengkhususan dalam bidang Bahasa
Melayu dalam misi mencapai Wawasan 2020.
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

RUJUKAN
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

LAMPIRAN

You might also like