You are on page 1of 4

Majlis 1

Pengumuman Ketibaan Majlis mengalu-alukam kedatangan Guru Besar


Baharu Encik Sulong bin Ismail dan para tetamu
undangan masuk ke dewan.
Ucapan alu-aluan Bismillahirahmanirahim

Yang Berusaha,
Mantan Guru Besar,
Encik Mohd Osmarani bin Ibrahim,

Yang Berusaha ,
Encik Sulong bin Ismail
Guru Besar SK Gondang

Yang Dihormati,
Puan Haslina binti Yusof,
GPK Pentadbiran

Puan Baki Setia binti Mamat,


GPK HEM

YM Che Engku Mohd Abdullah bin Che Engku Ali,


GPK Kokurikulum

Tetamu jemputan

guru-guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Assalamualaikum wrt wbrkth,

Harum Cempaka di sisi bidara,


Indah Redup Dihias Melati,
Salam Sembah Pembuka Bicara,
Sulamkan mesra satukan hati.

Jarum hilang di tengah jerami,


Kain kebaya di dalam peti,
Selamat datang di tempat kami,
Semoga bahagia melekat di hati.

Bunga selasih di tepi selokan,


Meja makan buat santapan,
Terima kasih kami ucapkan
Kepada tetamu dan para undangan.
Majlis mengalu-alukan kedatangan Guru Besar
Baharu Encik Sulong bin Ismail dan para tetamu
undangan.

Untuk pengetahuan semua, guru besar kita yang


baharu ialah Encik Sulong bin Ismail. Sedikit biodata
tentang beliau, Encik Sulong bin Ismail ialah guru
besar daripada SK Jerung .Beliau akan mula bertugas
di sekolah kita , di SK Gondang mulai hari ini iaitu
Selasa bersamaan 4.12.2023.

Kami warga Sk Gondang mengalu-alukan kedatangan


Guru Besar Baharu, Encik Sulong bin Ismail. Sekali lagi
kami mengucapkan Selamat Datang kepada Guru
Besar , Encik Sulong bin Ibrahim.

Bacaan doa Hadirin yang dihormati,


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis
dengan rasa penuh kesyukuran, menjemput al fadhil
ustaz Razali B Omar untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
…………………………………………………………………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa
tadi.

Ucapan Guru Besar Baharu Hadirin sekalian,


Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha, Encik Sulong bin Ismail
Guru Besar SK Gondang yang Baharu untuk
memberikan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sulong bin


Ismail di atas ucapan itu tadi

Terima kasih di atas ucapan itu tadi


Penyerahan kunci Hadiri sekalian,
Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Encik Osmarani bin Ibrahim, mantan
Guru Besar SK Gondang dan Encik Sulong bin Ismail,
Guru Besar baharu SK Gondang untuk sesi
penyerahan kunci.

Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua guru besar


di atas penyerahan kunci sebentar tadi
Jamuan Dengan berakhirnya sesi penyerahan kunci itu
tadi,maka berakhirlah majlis kita pada hari
ini..Seterusnya majlis menjemput guru besar Baharu
Encik Sulong bin Ismail dan tetamu undangan untuk
jamuan makan di kantin.

Majlis 2

Warga dewan , dimohon untuk


sebentar untuk sesi
bersalaman dan penyerahan
hadiah.

Majlis menjemput mantan


Guru Besar , Encik Mohd
Osmarani bin Ibrahim untuk
bersalaman dengan guru dan
murid.

Majlis mengucapkan jutaan


terima kasih kepada mantan
Guru Besar Encik Mohd
Osmarani bin Ibrahim di ats
curah bakti di SK Gondang

Setiap pertemuan pasti adanya


perpisahan.

Hilangmu tiada pengganti,


Hanya tinggal kenangan abadi,
Terima kasih jasa diberi,
Akan kami semai di hati.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

Bintang barat terbit petang,


Bintang timur terbit pagi,
Jika tidak melarat Panjang,
Ada umur ketemu lagi.

Dengan berakhirnya majlis


bersalaman itu tadi, maka
berakhirnya tugas saya sebagai
pengacara majlis , pada hari
ini.
Saya mohon maaf ada
kecacatan sepanjang saya
mengendalikan majlis ini. Saya
sudahi dengan ucapan terima
kasih.

You might also like