You are on page 1of 1

Di sekolah saya terdapat sebuah kantin. Kantin sekolah saya besar dan bersih.

Terdapat empat buah gerai di kantin sekolah saya. Gerai-gerai(摊位)

tersebut termasuklah gerai nasi, gerai mi, gerai kuih-muih dan gerai minuman.

Pelbagai jenis makanan dijual seperti nasi lemak, mi goreng, roti, buah-buahan

dan sebagainya.

Apabila loceng waktu rehat berbunyi, murid-murid bergegas(急急忙忙) ke

kantin. Mereka beratur dengan tertib(整齐) untuk membeli makanan.

Pengawas mengawal disiplin murid di kantin. Suasana(气氛) di kantin sangat

riuh-rendah(喧哗) tetapi terkawal(受控制).

Selepas membeli makanan, murid-murid duduk di atas bangku panjang(长凳).

Mereka menikmati(享用) makanan sambil berbual-bual. Murid-murid makan

dengan gelojohnya(匆忙) kerana terlalu lapar. Selepas makan, mereka

meletakkan pinggan mangkuk ke dalam besen(碗盆) yang disediakan. Murid-

murid menjaga kebersihan kantin.

Apabila waktu rehat berakhir, murid-murid pulang ke bilik darjah untuk

belajar. Pekerja kantin sibuk membersihkan kantin. Kawasan kantin menjadi

sunyi(幽静) semula.

Saya berkunjung ke kantin setiap hari. Saya suka membeli makanan di kantin

kerana makanan yang dijual enak dan harganya berpatutan(合理).

You might also like