You are on page 1of 4

SKRIP BERCERITA BM

TAHAP 1
TAJUK: ARBI, SI ARNAB YANG DEGIL

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada barisan hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Ha..Kawan-kawan hendak mendengar cerita? Ha..te..puklah tangan dulu Ya,
begitulahMari dengarkan cerita saya yang bertajuk Arbi,Si Arnab yang Degil.
==================================================
==================================
Di dalam sebuah rimba, tinggal sekumpulan keluarga arnab. Mereka ialah Ardi, si
bapa arnab, Arni, si ibu arnab dan lapan ekor anak arnabMereka hidup aman
damai. Ardi dan Arni menjaga anak-anak mereka dengan baik dan penuh kasih
sayang.
==================================================
====================================
Pada suatu hari, Arni dan Ardi membawa mereka keluar bermain-main. Mereka
berlari-lari dan melompat-lompat di atas rumput..
Tidak beberapa lama kemudian, Arbi, si anak arnab yang sulung, berasa bosan. Dia
mahu bermain di tempat yang lebih jauh lagi. Lalu dia memberitahu hasratnya itu
kepada ibunya.
Namun, Arni membantah kerana Arbi masih kecil.
Tidak boleh, sayang....Ia amat berbahaya nasihat Arni.
Tetapi Arbi tetap berdegil. Dia hendak pergi juga.
Ish..ish..ish..
Sambil melambai kea rah ibunya, Arbi menjerit; Selamat tinggal, ibu! Jangan risau
kerana saya tidak akan apa-apa . Lalu dia melompat pergi.
Arni terpaku seketika. Hatinya sayu mengenangkan si anak. Walaupun dia bersedih,
namun dia tetap berdoa dan berharap agar Arbi selamat. Lantas dia mengajak
anak-anaknya yang lain pulang ke rumah.

==================================================
================================

Ha..apa pula yang berlaku seterusnya..?


Ya..Arbi akhirnya telah sampai ke tepi hutan. Dia nampak banyak pokok yang tinggi
dan besar. Kawasan itu juga agak redup.
Oh, sunguh menakutkan..tetapi saya tidak mahu pulang! kata Arbi sendirian.
Akhirnya Arbi membina sebuah rumah di bawah pohon yang rendang. Sedang asyik
dia menggali lubang, Tutu, seekor tupai menyapanya.
Yoo hoo..! Apa yang kamu buat tu? tanya Tutu.
Oh, saya sedang membina rumah. Hari semakin gelap, jadi saya mesti cepat..!
balas Arbi.
Tutu kasihan melihat Arbi lalu dia membantu Arbi. Mereka akhirnya menjadi kawan
baik dan rapat. Mereka bermain dan makan bersama-sama.
Namun, sekali lagi Arbi merasa bosan .
Tutu, saya sudah jemulah makan rumput dan daun-daun. Saya hendak makan
kekacang pula.. kata Arbi.
Tutu ketawa mendengar kata-kata Arbi itu. Hahahahaaahahahahaah, nah,
ambillah kacang ini..makanlah kalau boleh..
Arbi menggigit-gigit kacang itu tetapi dia merasa sungguh sukar kerana kacang itu
keras. Tidak mengapalah. Saya tidak dapat menggigitnya apatah lagi
menelannya.. kata Arbi dengan hampa.
Pada saat itu, dia teringatkan ibu dan ayahnya yang selalu mencarikan makanan
untuknya. Namun, hatinya masih keras dan dia tidak mahu pulang.
==================================================
================================
Pada suatu hari, Arbi keluar mencari makanan. Tanpa disedarinya, Taji, seekor
helang berlegar-legar di angkasa untuk memakannya. Dia terbang semakin rendah
dan cuba menyambar Arbi. Nasib baik Arbi cepat menyedarinya. Dia segera
bersembunyi.
Oh! Aku hampir-hampir mati tadi.. Ibu..ayah..saya takut.. kata Arbi lalu menangis
sendirian. Uhuk..uhuk..uhukk

Ketika itu juga Arbi teringat akan keluarganya. Sekarang barulah dia faham
mengapa keluarga mesti bersama. Tetapi..sayang sekali kerana ..Arbi masih belum
bersedia untuk pulang.
==================================================
===================================

Beberapa minit kemudian,dia keluar dari tempat persembunyiannya. Dia selalu


memandang ke langit untuk melihat kalau-kalau Taji kembali hendak
menangkapnya.
Apakan daya, malang memang tidak berbau. Sedang asyik memandang ke langit,
tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sebuah lubang. Lubang itu sangat dalam.. Arbi tidak
dapat naik ke atas. Dia ketakutan lalu menangis..
Uhuk..uhuk..uhukkOh, mengapa saya tidak mahu mendengar nasihat
ibu..?keluh Arbi..Apa yang akan terjadi padaku nanti..? Akibat terlalu takut, dia
pun menjerit.
Ibu! Ibu! Ayah! Ayah! Tolong saya! Saya takut!! jerit Arbi terus menerus..
Tiba-tiba Arbi terdengar bunyi bising. Dia bertambah takut. Dia memandang ke
atas
==================================================
================================
Hakawan-kawan..agak-agaknya, apa yang Arbi nampak?
Oh, rupa-rupanya keluarga Arbi datang mencarinya. Mereka mengelilingi lubang itu.

Ibu..! Ayah..! Adik-adik..! jerit Arbi gembira. Akhirnya Arbi diselamatkan oleh
ayahnya. Arbi memeluk mereka seekor demi seekor.
Ibu..saya minta maaf. Saya janji akan sentiasa ikut nasihat ibu dan ayah.. kata
Arbi kepada ibunya. Sekarang, dia benar-benar telah sedar akan kesilapannya. Arni
dan Ardi merasa lega dan senang hati. Setelah mengucapkan selamat tinggal
kepada Tutu dan Bobo, mereka pulang ke rumah.
Ya, kawan-kawan. Begitulah tadi kisah Arbi, Si Arnab yang Degil. Ingatlah..Kita
mesti selalu mendengar nasihat ayah dan ibu. Kelak..kita tidak akan susah dan
rugi..
3

Sekian. Terima kasih.


==================================================
==================================================
==================================================
====================

You might also like