You are on page 1of 1

LAMPIRAN

Semasa cuti sekolah yang lalu, Elisa dan ahli keluarga pulang ke kampung atuknya
di Pahang. Suasana di kampung sangat tenang dan mendamaikan. Pada sebelah
petang, Elisa bercadang ingin melawat ke dusun buah-buahan atuknya kerana pada
ketika itu musim buah-buahan.

Pak Atan : Elisa tolong bawakan cangkul atuk yang tersandar di tepi
pokok betik itu.

Elisa : Apakah yang sedang atuk lakukan ? boleh Elisa tolong ?

Pak Atan : Atuk mahu menanam pokok durian. Benar kamu mahu menolong atuk ?

Elisa : Boleh atuk. Tapi sebelum itu, bolehkah atuk terangkan mengapa
kampung ini dipanggil Kampung Durian Runtuh.

Pak Atan : Baiklah. Elisa Nampak tak tunggul besar depan sana? Itu tunggul
pokok durian atuk. Malangnya, susah nak berbuah. Tapi bila dah
berbuah sebijik-sebijik je. Namun buah pokok tulah yang semua orang
nak rasa. Sampai berebut-rebut. Satu hari sebab semua
orang bergaduh nak buah durian tu. Atuk geram lalu atuk tebang
pokok durian tu.

Elisa : Jadi runtuh laa pokok durian tuu ?

Pak Atan : Ya, bergegar satu kampung. Jadi sebab tu laa kampung ni dipanggil
Kampung Durian Runtuh

Elisa : Ohhh begitu rupanya. Alaa tak dapatlah Adam nak merasa durian tu.

Pak Atan : Ehh tak apa. Atuk dah tanam yang lagi sedap.

Pak Atan : Yang itu, Durian D24, yang itu pula Durian Musang King dan satu lagi
Durian Musang Bermisai.

Elisa : Wahh, banyaknya durian dalam kebun atuk ni. Elisa nak rasa semua durian

atuk tu.

You might also like