You are on page 1of 6

SKRIP LAKONAN BONEKA

Tajuk : Keperluan Asas Haiwan Watak watak Pencerita (Katak) = Rozaini Bin Zulkiffle Cik Mon (Monyet) = Muhammad Khalilizul Syahmie Bin Nordin @ Nordey Cik Da (Beruang panda) = Hani Binti Halim Cik Rang (Beruang grizzli) = Tengku Nura Adila Binti Tengku Azmi Cik Pai (Tupai) = Nur Liyana Binti Zaim

(Katak) Di dalam sebuah hutan rimba, tinggallah anak beruang panda, anak beruang grizzli, anak monyet dan anak tupai. Mereka merupakan sahabat baik. Mereka selalu menghabiskan masa lapang untuk bermain bersama-sama selepas sesi persekolahan tamat. Pada suatu hari, selesai sahaja sesi persekolahan, mereka berjalan untuk pulang bersama-sama. Sambil berjalan, mereka berbual-bual tentang aktiviti yang akan mereka lakukan pada petang itu. Cik Da : Kawan-kawan, petang kita ni kita nak buat apa? Kebetulan pula hari ini kita dah tidakada kerja rumah yang nak kena buat. Inilah peluang kita untuk buat sesuatu. Cik Mon : Betul. Hari ini tiada kerja rumah. Cuma cikgu suruh kita mencari maklumat apakah keperluan asas haiwan sahaja. Cik Rang : Hrmm, betul betul betul! Malam ini kita buatlah. Jadi, kita nak buat apa sekarang? Cik Pai : Bosan juga ya kalau asyik bermain perkara yang sama saja. Jadi, hari ini apa kata kita jalan-jalan dalam hutan belakang sekolah itu? Dah

lama saya nak keluar jalan-jalan dalam hutan tapi mak saya tak bagi jalan dekat dalam hutan bersendirian. Kalau kita pergi bersama-sama bolehlah. Cik Mon : Ya lah, saya pun setuju, dah lama dah tak jalan-jalan di dalam hutan. Boleh jugak kita hirup udara yang segar sekali sekala. Cik Da : Hrmm.. betul betul betul. Bernas jugak idea awak tu Cik Pai. Saya pun tak pernah masuk hutan sorang-sorang. Abang saya ada cerita sesuatu tentang hutan tu sebab dia pernah masuk. Cik Rang Cik Mon Cik Da : Yer ker? Cer cite cer cite! : Ish, Sabarlah sikit Cik Rang, saya pun teruja juga ni. : Abang saya kata, dalam hutan tu ada macam-macam. Makanan semuanya segar-segar tak macam kat sini. Dahla segar-segar, sedap pula. Terliur saya mendengarnya semasa abang saya ceritakan pada saya. Abang saya dan kawan-kawannya tersandar kekenyangan selepas makan buah-buahan di sana. Cik Pai : Hah, makanan? Segar-segar? Sedap? Marilah!Marilah kita pergi cepat-cepat. Saya dah tak sabar ni! Cik Rang : Hmm, kalau macam tu, jomla kita pergi sekarang. Lagi cepat, lagi bagus. Cik Mon : Jum kita pergi sekarang! (sambil berlari-lari)

(Katak) Selepas mereka semua bersetuju, mereka pun berjalan menuju ke hutan. Mereka berjalan untuk mencari makanan sambil menikmati pemandangan yang indah. Mereka dapat mendengar kicauan burung-burung hutan yang merdu. Cik Mon Cik Pai : Wah.. cantiknya permandangan kat sini.. : Eh, Cik Da. Mana makanan yang sedap-sedap tuh? Tak nampak pun. Aku dah tak tahan ni. Perut aku dah berkeroncong ni.

Cik Da

: Cuba kau dongak kepala kau kat atas tuh. Kan banyak buah-buah segar yang boleh kau makan. Semuanya nampak sedap-sedap.

Cik Pai

: Memangla semuanya nampak sedap-sedap. Tapi masalahnya, aku mana makan buah-buah tu semua. Aku makan kacang ja. Kacang kacang kacang...

Cik Rang

: Ooo, yaka? Kalau macam tu kita pergi cari pokok kacang je la untuk bagi kau makan. Aku dengan Cik Da masih kenyang sebab waktu rehat tadi kami dah makan banyak dah. Apa kata kita cari dahulu pokok kacang untuk Cik Pai baru kita cari buah-buahan lain untuk kami.

Cik Mon Cik Pai

: Eh kawan-kawan, cuba tengok kat sana tuh. Ada pokok kekacang la. : Waah...sedapnya...(Cik Pai segera berlari dan melompat ke atas pokok sambil mengigit kekacang).Hmmm....yumyum...yum...Kawankawan nak tak?? Aku boleh ambilkan untuk korang sekali.

Cik Da

: Eh...kau ni...manalah aku makan kacang.. Cik Rang pun sama. Kami berdua tak makan kacang..

Cik Mon

: Aku makan kacang., tapi aku lebih suka makan pisang. korang berdua tak makan kacang ye? Kalau macam tu, korang berdua makan ape yer?

Cik Rang Cik Da Cik Pai

: Aku suka makan ikan, hehe : Aku pula suka makan buluh! Hehe. : owh, oklah. kalau macam tu, aku makan sorang ja lah..( Cik Pai dengan rakusnya menghabiskan kekacang tersebut).

( Katak) Cuba kawan-kawan lihat. Apa yang mereka sedang lakukan sebentar tadi? Ya! Mereka sedang mencari makanan. Tetapi mengapa mereka memerlukan makanan? Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, makanan amat penting untuk mereka. Makanan dapat memberikan tenaga kepada mereka untuk melakukan aktiviti harian mereka dan juga pertumbuhan badan mereka. Jadi, haiwan amat

memerlukan makanan tetapi bergantung kepada jenis haiwan masing-masing. Setiap haiwan mempunyai makanan mereka tersendiri. Baiklah! Kita sambung semula ceita ini. Sedang Cik Pai makan, tiba-tiba... Cik Pai Cik Rang Cik Da Cik Pai Cik Mon Cik Pai : Argh............ : Kenapa dengan kau ni??? : Eh..dia tercekik la... : Air....Air... : hah! Dekat sana ada kolam air. Jom pergi cepat! : (minum dengan banyaknya) Aahhh....leganya...Terima kasih kawankawan sebab tolong aku cari air. Cik Da : Tak per...kebetulan kami pun haus juga. Lain kali jangan buat

lagi...kan cikgu pesan kalau nak makan, makan elok-elok...jangan gelojoh... Cik Rang Cik Pai : Tahu tak pe. : Oh ya, kalau tadi kita makan makanan berbeza, korang pun minum benda yang berbeza jugak tak? Cik Mon : Tak adalah, kami pun minum minuman yang sama. Betul tak cik Rang dan Cik Da? Cik Rang dan Cik Da: (Serentak) betul betul Betul!

(Katak) Kalau tadi mereka makan, kali ini apa yang mereka buat pula kawankawan? Ya! Mereka minum pula. Adakah penting minuman pada haiwan ini kawankawan? Sebenarnya, minuman sangat penting selain menghilangkan kehausan, ia juga penting untuk sistem tubuh badan. Sesudah minum, apa pula yang ingin mereka lakukan? Mari kita sambung semula... Cik Pai : Makan dah makan dah...Minum pun dah..Jom lah kita main pulak. Kita nak main apa eak?

Cik Rang Cik Pai Cik Da

: Apa kata kita main lumba lari?? Nak tak? : Bagus jugak idea tu..Jom....! : Jadi kita mula lari dari sini hingga hujung pokok sebelah sana. Kita buat tiga pusingan.

Cik Rang

: Hek eleh.. setakat tiga pusingan ja.. tak ada masalah la... Okay..Jom...Satu..Dua..Mula!!

(Katak) Mereka mula berlari. Apabila tiba dipusingan yang kedua. Tiba-tiba Cik Da memperlahankan lariannya. Dia kelihatan pucat dan tidak bermaya. Apabila melihat Cik Da mula meperlahankan langkahnya, Cik Pai dan Cik Rang pun bergegas berlari kearah Cik Da. Cik Rang Cik Pai Cik Da Cik Mon Cik Rang : Kenapa dengan kau ni Cik Da? Tiba-tiba ja berhenti? : Yalah Cik Da... Muka kau pucat ni..Kenapa? : Aku...Aku....(menjawab sambil menekan-nekan dadanya) : Eh Cik Da, kamu ok tak?? : Cik Da...Cuba kau tarik nafas panjang...kemudian hembusperlahanlahan... Cik Da : (Menghirup udara) huh! Leganya. Semput aku tadi.

(Katak) Haa! Apa yang yang terjadi kepada Cik Da tadi ya kawan-kawan? Cik Da terpaksa menghirup udara secukup-cukupnya. Mengapa jadi seperti itu? Cuba kawan fikirkan? Ya! Cik Rang penat dan letih. Oleh itu, Cik Da perlukan udara untuk bernafas bagi menghilangkan keletihan. Kemudian, secara tiba-tiba, hujan mulai turun. Pada mulanya hujan yang hanya rintik-rintik mulai menjadi semakin lebat sedikit demi sedikit. Cim Mon : Eh, hujanlah.. Aku rasa sejuk lah, huhu... (sambil terketar-ketar)

Cik Pai

: Eh, yalah. Kalau macam ni, kita sambung main lain kali lah... lagipun cuaca dah mendung ni..macam nak hujan ja..Jom balik rumah masingmasing.

Cik Da Cik Rang

: Ha..jomlah... : Eh...kawan-kawan perasan tak tadi, Semua perkara yang berlaku di hutan ini semuanya macam yang cikgu arahkan kita untuk mencari apakah keperluan asas kita kan. Air...makanan..udara..dan tempat tinggal.

Cik Pai

: Yalah. Kita perlukan makanan dan minuman untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Udara pula diperlukan untuk kita dapat terus...Kalau tak..jadi lah macam Cik Da tadi. (Sambil membuat gaya Cik Da semput)

Mereka pun ketawa beramai-ramai... Cik Rang : Ha... betul..betul..betul..Dan tempat tinggal pula sebagai tempat perlindungan daripada panas terik matahari, haiwan pemangsa dan hujan. Cik Mon : Betul Betul Betul. Tanpa tempat perlindungan yang baik, kita mungkin tidak akan dapat hidup dengan baik. Cik Rang Cik Da : Betul-betul. : Oklah kawan-kawan. jom kita balik...

(Katak) Mereka berjalan menuju ke rumah masing-masing. Baiklah kawankawan. Dengar tak apa yang mereka bincangkan tadi? Perlukah tempat perlindungan bagi mereka? Tempat tinggal penting sebagai tempat perlindungan daripada panas terik matahari, haiwan pemangsa dan hujan. Betul tak kawankawan? Jadi daripada boneka ini cuba kawan-kawan fikirkan apakah yang diperlukan oleh setiap haiwan untuk terus hidup. Tamat.

You might also like