You are on page 1of 5

(a) Jelaskan pelbagai aktiviti beserta contoh untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik

darjah berdasarkan model kurikulum tersebut.

Model kurikulum yang dikemukakan oleh Lawrence Stenhouse menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR). Menurut buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, karangan Choong Lean Keow, Lawrence Stenhouse menyatakan bahawa model kurikulum merupakan suatu proses yang mempunyai empat ciri iaitu, aktif, dinamik,bukan sesuatu yang berbentuk fizikal dan juga melibatkan interaksi antara guru, murid , dan juga ilmu. Antara aktiviti yang dilakukan bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah berdasarkan model kurikulum Lawrence Stenhouse ialah aktiviti yang memerlukan pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran . Sebagai contohnya ialah melalui kaedah perbincangan atau diskusi.. Hal ini kerana, beliau pernah menyatakan bahawa model kurikulumnya mempunyai ciri aktif. Oleh itu, kaedah diskusi dan perbincangan adalah sangat sesuai. Kaedah ini melibatkan guru dan semua pelajar secara aktif. Menurut Jean Piaget di dalam Teori Pembelajaran Kognetif, beliau berpendapat di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses

interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Di dalam kelas guru mengutarakan satu tajuk yang boleh dijadikan perbincangan dan meminta mereka memberikan pandangan. Sebagai contohnya, guru ingin mengajar tajuk sistem pernafasan. Sebelum memulakan pembelajarannya, guru tersebut meminta pelajar berbincang mengenai sistem pernafasan manusia dan haiwan. Melalui perbincangan tersebut, ianya melibatkan komunikasi dua hala antara guru dengan murid dan juga melibatkan murid dengan murid. Hal ini menggalakkan pelajar mengambil bahagian secara aktif. Selain daripada itu, guru dapat melihat potensi murid-

muridnya dalam pelajaran dan seterusnya dapat menyusun strategi dalam pembelajaran akan datang. Di samping itu, melalui kaedah perbincangan juga, guru dapat mengesan pelajar pasif dan cuba mendekatinya agar menjadi lebih berani dan proaktif dalam sesi soal jawab. Selain itu, aktiviti lain yang terangkum dalam Model Kurikulum ialah Lawrence Stenhouse ialah aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar

menggunakan pengamatan dan daya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru, serta aplikasi dalam suatu proses intelek. Sebagai contohnya, dengan kaedah eksperimen.Dengan menggunakan pendekatan experimen dalam pembelajaran, ini dapat memberikan pendedahan awal kepada murid mengenai perkara yang akan dipelajari dan menggalakkan mereka berfikir. Menurut buku Teaching Children Science, A Discovery Approach menyatakan bahawa pembelajaran yang berkesan terutamanya mata pelajaran sains melibatkan hands-on ( sentuhan), hearts-on ( naluri/ gerak hati), dan minds-on ( pemikiran) . Kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh tu, kaedah experimen perlu dalam sesuatu pembelajaran terutamanya mata pelajaran sains. Sesuatu experimen biasanya akan melibatkan ketigatiga aspek tersebut, iaitu sentuhan, pemikiran dan juga gerak hati. Contohnya , guru ingin mengajar tajuk sifat kekenyalan. Murid-murid diberikan bahan experimen seperti plastisin, getah, kayu, kertas dan kayu. Serta mereka

dikehendaki menyenaraikan sifat kenyal dan tidak kenyal bahan-bahan tersebut. Apabila murid-murid melakukan eksperimen, iaitu mereka cuba menekan dan menarik plastisin , kayu, getah dan bahan-bahan lain, proses ini dinamakan sentuhan. Apabila mereka mula membuat keputusan bahawa getah bersifat kenyal, ini menunjukkan mereka mula menggunakan gerak hati. Dan mereka berfikir mengapakah getah kenyal ? , ini menunjukkan bahawa mereka menggunakan pemikiran. Melalui kaedah experimen, ini

menggalakkan mereka berfikiran lebih kreatif. Selain daripada menyemai kretiviti murid-murid, mereka juga boleh menimba pengalaman baru yang bermakna dalam hidup mereka. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari sifat-sifat murni semasa melakukan ekaperimen seperti jujur dalam merekod data, berhati-hati, tekun serta sabar. Dengan ini, mereka boleh

mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka yang sebenar.

Aktiviti lain

yang terangkum dalam Model Kurikulum Lawrence

Stenhouse ialah aktiviti yang membolehkan pelajar pelajar membuat keputusan dan refleksi mereka sendiri. Sebagai contohnya adalah melalui kaedah lawatan. Kaedah lawatan disini bermaksud, guru mengadakan lawatan ke sesuatu tapak atau tempat yang berkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari oleh murid-murid. Aktiviti lawatan sambil belajar ini bukan sahaja melibatkan kawasan luar sekolah malahan boleh juga dilakukan sekitar sekolah berdasarkan kreativiti guru tersebut mengendalikan kelas. Sebagai contohnya, guru tersebut mengajar mata pelajaran sains dan tajuk pelajaran pada hari tersebut ialah haiwan spesies mamalia, reptilia,amfibia dan lain-lain spesies. Guru tersebut boleh membawa murid ke kolam bagi mencari spesies amfibia dan taman burung bagi mencari spesies burung kawasan sekolah. Serta kemudiannya, guru yang terletak di mereka

meminta

mengklasifikasikan spesies tersebut mengikut jenis. Ini menyebabkan mereka mengambil keputusan sama ada haiwan yang mereka temui itu mamalian atau reptilia ataupun sejenis burung. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menghilangkan kebosanan akibat pembelajaran yang pasif seperti chalk and talk, tetapi dapat menimbulkan minat murid dalam bidang sains.Mengikut kajian, kanak-kanak mudah teransang mengikut sentuhan.Ini menjadikan proses pembelajaran lebih efektif dan berkesan apabila murid dapat melihat, menyentuh dan berfikir. Menurut Jean Piaget dalam Teori Pembelajaran Kognetif , beliau berpendapat , di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Dengan kata lain, kanak-kanak belajar melalui pengalaman interaksinya dengan alam sekitar. Dengan pengalaman lawatan ini dan interaksinya dengan haiwan pelbagai spesies tersebut, pembelajaran tersebut, mereka guru lebih berkesan. Setelah mereka

menyenaraikan

haiwan

perlu

mengarahkan

membentangkan haiwan dan spesies serta sebab bagi sesi refleksi. Contohnya , jika murid tersebut menemui kucing dan mengatakan kucing tersebut mamalia. Hal ini kerana mamalia berdarah panas dan melahirkan anak.

Selain daripada itu, aktiviti lain yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan pengawasan peraturan-peraturan , piawaian atau disiplin. Contoh aktiviti ini ialah kuiz atau sesi soal. Sebelum memulakan proses kuiz tersebut, guru boleh menerangkan mengenai peraturan-peraturan dalam permainan tersebut. Sebagai contoh, sebelum menjawab soalan , pelajar perlu menekan buzzle atau mengangkat tangan. Sesi soal jawab / kuiz ini merangkumi tajuk yang akan dipelajari dan aktiviti ini melibatkan interaksi semua murid dengan guru. Guru akan menanyakan soalan kepada murid dan meminta mereka menjawab. Dan jika jawapan mereka masih tidak menepati kehendak soalan, guru akan membuka peluang kepada murid lain bagi menjawab soalan tersebut. Jika masih tiada yang mampu menjawab dengan baik, maka guru akan menjawab soalan dengan lebih terperinci dan memberikan penjelasan jika jawapan mereka salah. Menurut Piaget, murid belajar melalui proses adaptasi , mengorganisasi ilmu atau maklumat baru dan dengan proses asimilasi , mentransformasinya dalam struktur kognetif ( skema) dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada. Melalui proses asimilasi , pengalaman murid yang sedia ada dapat diperkukuh serta ditambah. Dengan ini, jelaslah bahawa murid yang belajar melalui proses soal jawab amat berkesan. Hal ini kerana melalui proses ini, murid dapat menambah ilmu pengetahuan yang telah sedia ada di dalam minda mereka. Selain itu, aktiviti lain yang turut menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) ialah aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggunagan risiko kejayaan ataupun kagagalan. Contoh aktiviti ini ialah eksperimen. Melalui eksperimen yang dijalankan oleh murid sendiri, mereka akan lebih memahami sesuatu topik berkenaan. Setelah itu, mereka perlu membuat laporan eksperimen yang perlu dilengkapi dengan pernyataan masalah, teori, pemboleh ubah( manipulasi, dimalarkan dan bergerak balas), bahan dan radas, prosedur, hipotesis, pemerhatia, keputusan dan akhir sekali kesimpulan. Sekiranya hipotesis mereka di dapati salah dan tidak sesuai dengan teori, maka mereka perlu melaksanakan sekali lagi eksperimen tersebut. Hal ini kerana disebabkan oleh ralat yang didapati semasa

melakukan eksperimen tanpa mereka sedari. Melalui eksperimen ini, mereka lebih yakin dan menanggung risiko kejayaan mahupun kegagalan. Di samping itu, aktiviti lain yang turut menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) berdasarkan Model Kurikulum Lawrence Stenhouse ialah aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing. Contohnya ialah dengan mengadakan satu permainan puzzle atau teka silang kata. Guru boleh membuat satu teka silang kata mengenai tajuk yang tekah dipelajari. Melalui aktiviti teka silang kata ini, guru dapat melihat potensi pelajar di dalam kelas . Di samping itu, ia dapat membentuk kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah teka silang kata tersebut. Kesimpulannya, Model Kurikulum Lawrence Stenhouse merupakan satu model yang sempurna dan sesuai dijalankan di dalam proses P&P.Hal ini terbukti apabila hasil soal selidik sewaktu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi, kebanyakan guru

menggunakan teori ini dalam melaksanakan proses P&P( rujuk lampiran).

You might also like