You are on page 1of 2

Bincangkan jenis-jenis makna dan kepentingannya dalam kehidupan.

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa.
Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan
makna. Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu
linguistik dan sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian
yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan
sintaksis.

Menurut Abdullah Hassan (1992 :1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab
makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semanti juga menjadi sebahagian daripada linguistik.
Menurut J.W.M Verhaar (1996 :13) pula, “Semantik adalah cabang linguistik yang akan membahas erti
atau makna”.

Secara ringkasnya, kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan
konotasi,makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-
bentuk makna daripada hubungan semantik.

Abdul Chaer (1994 : 289-296) membahagikan jenis-jenis makna sebagai makna leksikal, gramatikal,
kontekstual, referensial dan non referensial, denotatif, konotatif, konseptual, asiosiatif, kata, istilah, idiom
serta makna peribahasa.

Makna Leksikal

Secara ringkasnya makna leksikal ialah makna yang sebenarnya atau makna yang sesuai dengan hasil
pemerhatian kita.

Contoh : pemadam – alat untuk memadam tulisan

Makna Gramatikal

Makna yang mengkaji makna yang hadir akibat adanya proses gramatikal seperti pengimbuhan,
penyisipan, penggandaan dan pemajmukan.

Contoh : imbuhan “ber” – Adik tidur berbantalkan lengan

Makna Kontekstual

Makna sebuah leksem atau kata yang berada dalamsatu konteks. Misalan kata gugur dalam berbagai
konteks:

Contoh :

a) Penduduk di kampung Durian Tunggal dikejutkan dengan penemuan seekor anak buaya.
b) Syahir digelar sebagai “buaya darat” kerana dia gemar bertukar-tukar teman wanita .

Makna Denotatif
Makna sebenarnya yang dimiliki oleh sesuatu kata.

Contoh : gemuk (ciri fizikal seseorang yang lebih besar dari ukuran yang normal)

Makna Konotatif

makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif yang berhubungan dengan nilai rasa dari orang yang
mengunakan makna tersebut.

Contoh : gemuk – gedempol , bodoh-dungu

Kepentingan makna dalam kehidupan adalah untuk memberi kefaham kepada masyarakat ketika bertutur
atau berhubung dengan orang lain. Selain itu, ia meluaskan lagi pengetahuan kita tentang sesuatu
perkataan itu. Contohnya , ada segelintir orang yang hanya memanggil adunan yang diperbuat daripada
tepung itu sebagai cucur. Namun, ada juga sebahagian yang memanggilnya jemput-jemput. Jadi jelaslah
bahawa makna amat penting dalam kehidupan kerana dengan adanya makna, kita tidak terikat kepada
satu makna sahaja. Sesuatu perkataan itu boleh berubah maknanya apabila diletakkan dalam struktur
ayat yang berbeza.

Sumber/rujukan :

https://www.academia.edu/8142344/SEMANTIK

Abdullah, Y., Alias, M., & Mohd Ra'in, S. (2009). Semantik dan Pragmatik BAHASA MELAYU (1st ed.). Kuala
Lumpur: PUSTAKA SALAM SDN BHD.

Assalamualaikum saudari, saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya ingin menambah sedikit.

Kepentingan makna dalam kehidupan adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat ketika
bertutur atau berhubung dengan orang lain. Selain itu, ia meluaskan lagi pengetahuan kita tentang
sesuatu perkataan itu. Contohnya , ada segelintir orang yang hanya memanggil adunan yang
diperbuat daripada tepung itu sebagai cucur. Namun, ada juga sebahagian yang memanggilnya
jemput-jemput. Jadi jelaslah bahawa makna amat penting dalam kehidupan kerana dengan adanya
makna, kita tidak terikat kepada satu makna sahaja. Sesuatu perkataan itu boleh berubah maknanya
apabila diletakkan dalam struktur ayat yang berbeza.

You might also like