You are on page 1of 1

1.

Pentaksiran
Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru
tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.

Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah


proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara
menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.

Menurut noraini idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi
sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses
pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif
melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian
bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.

Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru


menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran,
dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas
Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan
sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.

Penilaian Formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat
yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana
sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid
dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid
dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain
dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR,
PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan
penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara.

You might also like