You are on page 1of 3

Tutorial Unit 1 : Latihan 1.

1 (Kerja Kumpulan)

Fikirkan: Adakah anda fikir Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) satu contoh
ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan? Justifikasikan jawapan anda

Menurut Zaid Bin Haji Ali, di dalam jurnalnya yang bertajuk


Kebolehpercayaan Dan Kesahan Ramalan Instrumen Pengujian Bahasa Melayu
Peperiksaan Percubaan STPM, beliau berpendapat bahawa kesahan ramalan
bermaksud kesahan sesuatu keputusan penilaian dan pengujian itu dalam
menjangkakan atau meramalkan perlakuan atau prestasi seseorang pada sesuatu masa
yang akan datang. Beliau memberikan contoh bahawa jika instrumen pengujian yang
digunakan untuk menilai prestasi pelajar dalam sesuatu ujian percubaan dapat
memperlihatkan keputusan yang hampir sarna atau sarna dengan keputusan
peperiksaan sebenar, maka instrumen ujian percubaan itu dikatakan mempunyai sifat
kesahan ramalan.

Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian bagi meramal kebolehan


sebenar seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada
masa depan berdasarkan instrumen tertentu. Kesahan ramalan merupakan cara yang
ideal digunakan untuk membuat perancangan masa hadapan, meramal kebolehan atau
kelayakan seseorang calon menjalankan tugas pada masa hadapan. Contohnya, ujian
UKCG yang dijalankan untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Bagi
menentukan kesahan-kesahan ramalan yang terdapat dalam instrumen UKCG kita
perlu mencari korelasi di antara ujian yang diberi sebelum calon-calon melalui sendiri
pengalaman berkenaan tingkah laku dalam konteks kriteria pada akhir pengalaman.
Kesahan ujian boleh diterima sekiranya calon memperoleh skor tinggi dalam ujian
yang dijalankan dan memenuhi kriteria ditetapkan dan begitulah sebaliknya.

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) adalah satu medium yang digunakan
untuk menyaring calon sebelum memasuki bidang kerjaya dalam pendidikan. Ujian
ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK), Indeks
Pengesahan Kendiri (IPK) dan Ujian Kelayakan Fizikal (UKF). Fungsi utama ujian
UKCG ialah dapat menguji sejauhmana tahap kesihatan mental dan kecergasan fizikal
bagi seseorang calon guru tersebut. Dalam ujian UKCG, calon perlu mengukur Body
Mass Index (BMI) iaitu dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggian
untuk menentukan calon tersebut berada pada tahap BMI yang normal atau
sebaliknya. Selain tu, calon guru perlu menjalani Bleep Test yang memerlukan calon
untuk berlari ulang alik dalam jarak 20 meter dari satucheckpoint ke satu checkpoint
yang lain. Di dalam ujian ini, tahap ketahanan (edurance) dan kelajuan (speed) calon
akan diuji.

Berbeza pula dengan ujian INSAK yang menumpukan kepada soalan


psikologi yang secara tidak langsung dapat meramal inventori sahsiah guru
merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah dan sifat-sifat terpuji yang
harus ada pada seorang guru. Antara contoh soalan yang dikemukakan kepada calon
adalah seperti, “Pada prinsipnya, saya mengutamakan membuat kerja dengan
sempurna”, “Saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya tugas saya akan
mendatangkan hasil yang diharapkan”, “Kita tidak akan rugi sekiranya merendah diri
demi meningkatkan ilmu pengetahuan” dan banyak lagi soalan lain. Soalan ini
memerlukan calon guru untuk menjawab dengan pilihan jawapan seperti setuju atau
tidak setuju. Calon guru perlu menjawab sebanyak 90 soalan selama 45 minit sahaja.

Jika diteliti soalan-soalan tersebut, ia lebih menjurus kepada soalan untuk


menguji sejauh mana tahap kecerdasan mental seseorang calon itu. Soalan ini
sememangnya agak mengelirukan kerana ia seolah-olah memerlukan kita mendedahkan
siapa diri kita yang sebenar tanpa kita sedari. Sedar atau tidak, calon yang menjawab
soalan tersebut telah mendedahkan tahap kecerdasan mental mereka. Tujuan soalan-
soalan tersebut dikemukakan adalah untuk memastikan calon tidak mempunyai masalah
mental.

Pada pendapat saya, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) ini adalah satu
contoh ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan. Hal ini demikian kerana
berdasarkan jawapan calon dapat melambangkan keperibadian calon tersebut sama
ada dia layak atau sebaliknya untuk menjadi seorang guru. Hal ini disebabkan soalan
di dalam ujian UKCG lebih menjurus kepada soalan psikologi untuk melihat
keperibadian seseorang calon tersebut. Semasa menjawab ujian ini, calon perlu
menjawab soalan secara spontan dalam masa yang singkat. Ini menjadikan ujian
UKCG dianggap sebagai jawapan yang menerangkan secara umum personaliti dan
perwatakan sebenar calon. Tambahan pula, ujian ini juga mengambil kira tentang
tahap kecergasan fizikal calon guru tersebut. Kecergasan fizikal adalah penting bagi
memastikan calon guru mampu melaksanakan tugasan mengajar murid.

Secara mudahnya, dalam konteks Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG),


dapat difahami berdasarkan keputusan ujian ini, UKCG dianggap sebagai satu proses
yang dilakukan secara bersistematik untuk mengukur tingkah laku dan tahap
kecergasan mental dan fizikal seseorang calon tersebut.

Kesimpulannya, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) ini adalah satu


contoh ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan kerana ia mampu meramalkan
tahap kecerdasan mental seseorang calon itu sama dia berada dalam keadaan yang
stabil ataupun tidak terutamanya dari segi emosi. Emosi amat penting kepada bakal
calon guru kerana ianya menuntut kesabaran yang tinggi dalam mendidik murid-
murid. Oleh itu, UKCG adalah ujian awal yang dilakukan bagi meramal dan
memastikan calon yang dipilih memenuhi kriteria yang ditetapkan serta dapat
mengendalikan emosi dengan baik apabila mengajar kelak.

You might also like