You are on page 1of 49

Zaman Sesudah Merdeka (1957- 1963)

Perkembangan Sistem Pendidikan

LATARBELAKANG

Pada 31 Ogos 1957, tepat jam dua belas tengah malam, Malaya atau
Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan sebagai negara yang merdeka. Sebagaimana
negara-negara lain yang baru mencapai kemerdekaan di Asia Tenggara ini, Malaya
menghadapi berbagai-bagai masalah. Di Asia Tenggara, kesan yang mula-mula
kelihatan sebagai hasil tercapainya kemerdekaan ialah usaha memiliknegarakan
sekolah. Hal ini bererti bahawa sesebuah negara itu menguasai pendidikan di
negaranya. Perkara ini belurn pernah diamalkan di Asia Tenggara ini. Burrna dan Sri
Lanka merupakan dua contoh yang jelas dalam perkara ini. Sebelum tercapainya
kemerdekaan, Burma mempunyai tiga sistem pelajaran, iaitu sekolah Inggeris, sekolah
Anglo-Vernakular dan sekolah VemakuIar. Sistem inilah yang menyebabkan peluang
pendidikan yang tidak sama rata berlaku dan terbentuknya jurang perbezaan dalam
masyarakat Burma. Oleh hal yang demikian jawatankuasa Pembentukan Semula 1947
di Burma mengusulkan bahawa sistem tersebut perlu dihapuskan. jawatankuasa itu
seterusnya mengusulkan supaya sistem tiga jenis sekolah ini 'dicantumkan menjadi
satu sistem yang sama, memberikan pendidikan melalui kurikulum yang disesuaikan
dengan kehidupan di Burma, bermula dari peringkat dasar hinggalah peringkat
matrikulasi; kesemuanya hendaklah dibiayai serta dikawal oleh negara'.

Di Sri Lanka, situasi yang hampir sama berlaku apabila negara tersebut
mencapai kemerdekaan. All-Ceylon Buddhist Congress mendesak Perdana Menteri Sri
Lanka supaya mengarnbilalih kuasa terhadap semua sekolah yang dibantu pada
Januan 1961. Tindakan tersebut dirasmikan serta disahkan secara undang-undang
melalui Akta Parlimen 1960. Bolehlah dirumuskan di sini bahawa sesudah
tercapainya kemerdekaan, negara-negara di Asia Tenggara memilih supaya
pendidikan dikuasai olch negara, untuk menyenangkan pentadbiran serta proses
pembentukan semula di samping untuk menghapuskan kelemahan-kelemahan sistem
pendidikan sebelum merdeka.

Masalah kemerdekaan yang dihadapi oleh Malaya agak berbeza. Sebagaimana
yang telah dinyatakan di dalam bab yang Ialu, Malaya terpaksa mengatasi masalah
perkauman yang telah dibiarkan meluas pada zaman penjajahan Inggeris. Tugas
utama Malaya ialah menyatupadukan kaum-kaum yang terbesar supaya dapat
membentuk satu rupa bangsa Malaya. Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Malaya
tidaklah bercadang untuk menghapuskan sekolah aliran Inggeris, sama ada sekolah
bantuan penuh ataupun sekolah persendirian. Sebaliknya, kerajaan memberikan
jaminan bahawa:

. . . pada dasarnya kami mengusulkan penainatan sekolah-sekolah vernakular yang
berasingan untuk kaum-kaum yang berlainan dan digantikan dengan satu jenis sahaja
sekolah dasar yang sarna untuk semua.

Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam bab yang Ialu, Laporan
Razak mengusulkan bahawa bukan sahaja sekolah aliran Inggeris akan diteruskan
apabila Malaya mencapai kemerdekaan, malah bahasa Inggeris akan menjadi bahasa
yang wajib diajarkan selain bahasa Melayu, di semua jenis sekolah dasar.
Apabila tercapai kemerdekaan, Malaya menghadapi tugas melaksanakan
rancangan pembentukan semula pendidikan sebagaimana yang diusulkan dalam
Laporan Razak. Untuk rnelaksanakan rancangan tersebut, kerajaan memberikan
keutamaan kepada tiga tugas penting seperti berikut:

1. Masalah Bahasa.

2. Masalah Malayanisasi.

3. Masalah Pendidikan Universiti.

MASALAH BAHASA

Sebelum tercapainya kemerdekaan, bahasa rasmi Malaya ialah bahasa Inggeris.
Bahasa itulah juga yang menjadi bahasa pengantar di sekoIah dasar dan menengah
Inggeris. Keadaan seumpama ini terjadi kerana sebab politik dan ekonomi. Sesudah
tercapainya kemerdekaan, kehendak-kehendak negara mendesak supaya bahasa
penjajah ini digantikan dengan bahasa bumiputera. Oleh hal yang demikian, bahasa
Melayu telah diangkat menjadi bahasa rasmi negara.

Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 2, sebelum tercapainya
kemerdekaan tidak ada dasar yang membina tentang pendidikan melalui bahasa
pengantar Melayu. Bahasa Melayu hanya terhad di peringkat pendidikan dasar sahaja
dan tidak diberi peluang berkembang di peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Tidak
ada rancangan untuk meninggikan taraf bahasa Melayu. Dasar kerajaan ketika itu
sengaja mengabaikan pendidikan Melayu, kerana dasar sedemikian rupa, aliran
Melayu dianggap oleh umum sebagai pendidikan untuk, kaum marhain. jika ada ibu
bapa yang ingin anaknya melanjutkan pelajaran, tidaklah ada jalan Iain lagi, kecuali
menghantar anaknya ke sekolah aliran Inggeris. Ini dapat dilakukan dengan
mernindahkan anaknya ke sekolah Inggeris, dimasukkan ke Kelas Melayu. Khas
(Special Malay Class) setelah anak itu menamatkan pendidikan tiga atau empat tahun
di. sekolah dasar aliran Melayu.

Walau bagaimanapun, usul yang dibuat olch Laporan Razak tentang bahasa
Melayu telah mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara,
apabila Malaya mencapai kemerdekaan. Laporan Razak telah disemak oleh
jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960. Usul-usuI jawatankuasa tersebut kemudian
termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961. Berhubung dengan taraf kedudukan Bahasa
Kebangsaan, dasarnya sebagaimana yang tercatit dalam ordinan dan akta tetap tidak
berubah. Sebenarnya, jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 telah mengusulkan
dalam laporannya bahawa semua peperiksaan umum hendaklah dijalankan dalam
bahasa rasmi negara sahaja

Kami dengan sebulat suara berpendapat bahawa segala peperiksaan awam
hendaklah diadakan dalam bahasa rasmi negara.... Untuk menyatupadukan negara,
matlamat pendidikan hendaklah menghapuskan sekolah menengah yang bercorak
perkauman daripada sistem kebangsaan sekolah bantuan penuh dan menjamin
supaya murid-murid daripada berbagai-bagai keturunan menghadiri Sekolah
Menengah Kebangsaan dan jenis Kebangsaan. Satu keperluan bagi dasar ini ialah
bahawa segala peperiksaan awam di peringkat menengah diadakan dalam bahasa
rasmi negara.

Untuk menyediakan murid-murid mengambil peperiksaan dalam salah satu
bahasa rasmi negara (bahasa Melayu atau bahasa Inggeris), jawatankuasa Penyemak
Pelajaran 1960 mengusulkan supaya kelas-kelas khas yang disebut 'Tingkatan
Peralihan' ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah aliran Melayu dan Inggeris.
Misalnya, seorang murid dari sekolah aliran Cina yang ingin meneruskan
pelajarannya ke sekolah menengah aliran Melayu akan dimasukkan ke 'tingkatan
Peralihan' selama setahun supaya sejumlah besar masa tertumpu kepada pengajaran
bahasa Melayu. Pada akhir tahun itu, murid tersebut akan dimasukkan pula ke aliran
biasa (Tingkatan I). la akan diajar tentang matapelajaran-matapelajaran lain selain
bahasa Melayu dan bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu. Cara ini akan
membolehkan murid tersebut mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dalam
bahasa Melayu. Kaedah yang sama digunakan juga bagi murid-murid yang ingin
mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran di dalam bahasa Inggeris. Untuk
menjamin pengajaran bahasabahasa rasmi ini dilaksanakan dengan sempurnanya,
Federal Gazette Malaya bertarikh 14 Mei 1959, menetapkan jumlah masa yang mesti
digunakan untuk pengajian Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris di Sekolah-
sekolah Rendah Kebangsaan, di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan, di
Sekolahsekolah Rendah jenis Kebangsaan dan di Sekolah-sekolah Menengah jenis
Kebangsaan.

Usaha menyediakan pendidikan menengah dalam aliran Melayu telah
dimulakan dalam tahun 1958 dengan mencantumkan kelas-kelas ke Sekolah Inggeris
Kerajaan untuk tujuan mengajar dengan menggunakan bahasa pengantar bahasa
Melayu. Pada 31 januari 1962 dilaporkan bahawa terdapat 375 buah kelas seperti ini
yang mengandungi murid bedumlah 13,224 orang Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
yang pertama dijalankan dalam bahasa Melayu ialah pada tahun 1960, manakala
peperiksaan Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang mula-mula sekali dijalankan dalam.
bahasa Melayu ialah pada bulan November, 1962. Ini adalah satu kejayaan dalam
sejarah pendidikan Melayu. Masyarakat telah berkali-kali mendesak supaya pintu
dibuka kepada murid-murid sekolah Menengah Melayu mengikuti pelajaran tinggi,
yang hanya menjadi keistimewaan murid-murid Sekolah Menengah. Inggeris.
Kerajaan memberikan jaminan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di universiti menjelang tahun 1967. Ini terbayang dalarn satu pengumuman
yang dibuat oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, ketika itu Timbalan Perdana
Menteri, di majlis konvokesyen Universiti MaIaya pada tahun 1961.

Dasar Kerajaan Perikatan ialah untuk menjadikan Universiti Malaya sebuah
universiti dwibahasa. Universiti Malaya patut diletakkan di kemuncak sistem
pendidikan kebangsaan. Memandangkan bahawa kumpulan murid Melayu yang
pertama akan dapat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan dalam
bahasa Melayu sepenuhnya pada tahun 1962, iaitu sebagai satu kejayaan Kerajaan
Persekutuan yang patut dibanggakan, maka perlu dibentuk perhubungan di antara
sistem sekolah dengan universiti. Diusulkan supaya kursus-kursus pra-universiti
dalam Bahasa Kebangsaan dimulakan pada tahun 1963, untuk membeTikan peluang
kepada pelajar-pciajar Melayn. melanjutkan pendidikan mercka ke universifi. Melalui
cara ini dan juga melalui usaha di peringkat Universiti untuk mernulakan dan
mengernbangkan pengajaran melalui bahasa Melayu, maka Universiti Malaya akan
mernpunyai skop nasional dan menjadi dwibahasa. Walau bagaiinanapun, segala
usaha akan diambil untuk menjamin bahawa perubahan ini tidak akan menjejaskan
taraf pegajaran sama ada dalam bahasa Melayu ataupun dalam bahasa Inggeris.

Keutamaan diberikan kepada Bahasa Kebangsaan bukan sahaja di peringkat
sekolah, malah jelas kelihatan di peringkat latihan perguruan sebagai satu cara
mengatasi kekurangan guru yang mampu mengajar dalam Bahasa Kebangsaan.

Sejak tahun 1960, tiap-tiap guru yang rnasuk ke maktab atau pusat latihan
untuk guru sekolah dasar diperlukan mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua, jika bukan bahasa utama di situ. Guru-guru seperti ini apabila tamat latihan
akan marnpu mengajarkan matapelajaran-matapelajaran am hingga darjah tiga
dengan menggunakan bahasa pengantar Melayu, serta rnampu mengajarkan
matapelajaran Bahasa Kebangsaan. Ini akan menambahkan jumlah guru terlatih
yang mampu mengajar dalam bahasa pengantar bahasa Melayu.

Sementara itu, Maktab Perguruan Bahasa dan maktab yang sedang dibina di
Lembah Pantai, Kuala Lumpur, ketika itu akan mengeluarkan guru-guru khas bahasa
(specialist teachers of language) yang dilatih untuk mengajarkan bahasa Melayu
sebagai matapelajaran utama atau, matapelajaran tambahan. Langkah-langkah lain
diusulkanjuga olehjawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 untuk mengatasi masalah
kekurangan guru-guru berijazah, guru-guru tanpa ijazah dan juga pensyarah-
pensyarah maktab perguruan. Di antaranya termasuklah usul mewajibkan guru-guru
latihan umum di maktab-maktab perguruan yang bakal mengajar tingkatan rendah di
sekolah-sekolah menengah mempelajari bahasa Melayu supaya mereka mampu
mengajarkan matapelajaran Bahasa Kebangsaan di peringkat menengah rendah.
Selain itu, lebih banyak biasiswa akan diberikan untuk membantu penuntut-penuntut
dalam pendidikan universiti, terutama mereka yang mengambil kursus bahasa Melayu,
sekurang-kurangnya sebagai matapelajaran tambahan.

Selain masalah kekurangan guru yang marnpu mengajar dalarn bahasa
pengantar bahasa, Melayu ialah masalah kekurangan buku-buku teks dalam bahasa
Melayu, bagi semua matapelajaran, dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat
universiti. Beberapa kumpulan guru matapelajaran khas (subject specialists) telah
bertugas di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur dan juga di Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur (kedua-duanya ditubuhkan pada tahun 1956) untuk menjamin
kelicinan pengeluaran buku-buku. teks serta untuk menjalankan pengkajian terhadap
pengajaran bahasa Melayu kepada orang-orang bukan Melayu.

Ternyata bahawa perkembangan Bahasa Kebangsaan tidaklah boleh bergantung
semata-mata kepada keputusan dasar. Faktor-faktor lain perlu dipertimbangkan juga
misalnya, mudahan-kemudahan untuk mengajar orang-orang bukan Melayu, seperti
kaedah, guru dan alat-alat bantuan mengajar; peluang orang-orang dewasa serta
kanak-kanak mempelajari Bahasa Kebangsaan; rangsangan ekonomi; peraturan uji
yang lengkap untuk menyemak kemajuan, supaya kemudan-kemudahan, peluang-
peluang dan rangsangan-rangsang , dapat digemblengkan untuk ditumpukan kepada
masalah-masalah yang lebih penting; dan peneguhan yang kerap terhadap Bahasa
Kebangsaan melalui media massa. Sebenarnya ada di antara faktor-faktor ini yang
telah dipergunakan oleh kerajaan dalam usahanya menggaIakkan penggunaan Bahas
Kebangsaan, schingga memungkinkan Bahasa Kebangsaan memperolehi tarafnya
yang ada sekarang ini.

MASALAH MALAYANISASI

Perubahan perlembagaan di Malaya sebelum tercapainya kemerdekaan telah
menimbulkan masalah pelantikan kaki, tangan perkhidmatan awam. Supaya
kemerdekaan benar-benar bermakna, kawalan perkhidmatan awam terpaksalah
dipindah kan daripada kuasa pegawai-pegawai ekspatriat kepada kuas. pegawai-
pegawai setempat. Malayanisasi telah diberi keutatmaan dalam menifesto Parti
Perikatan semasa pilihanraya umum pada tahun 1955. Pada tahun berikutnya perkara
ini telah dijadikan perkara utama dalam agenda Persidangan Perlembagaan di London,
untuk membincangkan syarat-syarat , pemberian kemerdekaan. Sebenarnya, sebelum
tercapamya kemerdekaan pada tahun 1953, Sir Gerald Templer ketika , itu
Pesuruhjaya Tinggi Malaya, telah melantik sebuah jawatankuasa dengan tugas untuk:

... menyelidiki sejauh mana anak-anak Malaya setempat telah dinaikkan pangkat
ataupun baru dilantik untuk memegang jawatan-jawatan tinggi dalam semua
bahagian perkhidmatan awam semenjak tahun 1948; untuk menyelidiki sejauh mana
anak-anak Malaya setempat yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sesuai
serta ditempatkan dalam perkhidmatan tetap dalam perkhidmatan awam dan
warganegara persekutuan serta rakyat Inggeris yang dilahirkan di sini yang bukan di
dalam perkhidmatan tetap tetapi mempunyai kelayakan serta pengalaman yang sesuai,
layak untuk ditempatkan ke jawatan yang lebih tinggi; dan untuk menyemak
rancangan latihan pegawai-pegawai berkenaan untuk jawatan yang lebih tinggi dan
menimbangkan bagaimana rancangan tersebut dapat diperbaiki supaya pegawai-
pegawai berkenaan layak memegang jawatan yang lebih tinggi serta membuat
cadangan-cadangan.

Dasar kerajaan apabila Malaya mencapai kemerdekaan ialah untuk
melaksanakan Malayanisasi secepat mungkin. Dasar ini bergantung kepada adanya
orang-orang Malaya yang berkelayakan. Kerajaan menghadapi tugas untuk
menggantikan tempat 1,800 orang pegawai ekspatriat yang memegang jawatan tetap,
serta tugas untuk mengisi 350 jawatan kosong. Pelantikan-pelantikan ini meliputi
perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran, profesional dan teknik. Semasa di
Persidangan Perlembagaan yang berlangsung di London, persetujuan-persetujuan
berikut telah tercapai.

1. Bahawa pegawai-pegawai ekspatriat yang sedang berkhidmat ketika itu, hendaklah
diberi pilihan untuk bersara dengan mendapat gantirugi kerana kehilangan pekerjaan,
bila-bila masa dari 1 julai 195 7.

2. Bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk menamatkan perkhidmatan
pegawai-pegawai ekspatriat dari tarikh yang tersebut dalam (1) di atas serta mendapat
gantirugi, jika rancangan Malayanisasi memerlukannya.

Singapore Malayanization Commission dalam laporannya pada tahun 1956
menekankan bahawa kerana hanya 15 daripada 135 jawatan superscale yang dipegang
oleh pegawai-Pegawai setempat. terbuktilah bahawa pelaksanaan Malayanisasi terlalu
lambat dalam masa-masa yang lalu. Suruhanjaya itu seterusnya mengusulkan supaya
'segala tenaga setempat yang berkebolehan hendaklah ditumpukan seberapa yang
boleh untuk mengisi 135 jawatan ini. Sejajar dengan dasar ini, maka semua jawatan
Setiausaha Tetap kepada Menteri-menteri telah diisi dengan pegawai-pegawai
setempat pada tahun 1957. Sebagai hasil perubahan ini, maka pegawai-pegawai
bangsa Eropah yang ada di sekolah-sekolah di Malaya telah digantikan dengan guru-
guru setempat.

Walau bagaimanapun, rancangan Malayanisasi ini telah menimbulkan masalah
pelantikan Guru Besar bangsa setempat. Ibu bapa menunjukkan prasangka serta rasa
tidak yakin terhadap Guru Besar yang dilantik. Sebelum. perang dahulu, boleh
dikatakan bahawa hampir semua sekolah menengah mempunyai Pengetua berbangsa
Eropah. Sekolah-sekolah badan mubaligh (Mission Schools) pula mempunyai pegawai
ekspatriat sebagai Pengetuanya, seperti bangsa Amerika bagi sekolah-sekolah
Methodist dan orang-orang Eropah, terutama bangsa Perancis dan Irish di sekolah-
sekolah mubaligh Katholik. Semasa Malaya di bawah penjajahan Inggeris, 'orang
putih' dianggap olch masyarakat setempat sebagai bangsa yang lebih agung (superior).
Lama kelamaan, penghormatan ini diberikan kepada semua bangsa yang datang dari
Eropah, asalkan mereka itu putih. 'Lebih-lebih lagi, dasar penjajah ketika itu adalah
menempatkan seberapa banyak orang Inggeris sebagai pegawai-pegawai pentadbiran
dan profesional untuk mengekalkan keagungan mereka. Sebenarnya, orang Inggeris
atau Eropah sebagai kaum, kulit putih lebih disegani oleh guru-guru serta murid-
murid, daripada orang-orang Asia." Oleh yang demikian, ibu bapa menganggap
sekolah Inggeris yang pengetuanya terdiri daripada pegawai ekspatriat bangsa Eropah,
serta mempunyai kakitangan dan alat-alat yang lengkap, sebagai sekolah yang terbaik
untuk pendidikan anak-anak mereka. Sebagai kesan sikap ini, apabila Malaya
mencapai kemerdekaan, maka Guru Besar yang terdiri daripada orang setempat yang
menggantikan tempat Guru Besar di bawah rancangan Malayanisasi ini menghadapi
tugas yang rumit untuk mendapatkan keyakinan orangramai. Hal ini sedikit
banyaknya mengganggu kelancaran Sistem Pendidikan Kebangsaan.

MASALAH PENDIDIKAN UNIVERSITI

Masalah kemerdekaan di Malaya menarik perhatian kerajaan terhadap perlunya
pendidikan untuk pengajian tinggi dan penyelidikan, yang akan dapat menyediakan
siswazah-siswazah setempat untuk mengambilalih jawatan-jawatan universiti yang
dikosongkan oleh ekspatriat Eropah.

Permulaan pendidikan universiti di Malaya dapat dikaji asalnya daripada cita-cita
Raffies menjadikan Singapura sepusat pengajian, sebagaimana yang tercatit dalam
minitnya:

... sebuah Institusi yang bercorak Maktab Burniputera, bukan sahaja tuk
mendidik. kaum bumiputera kelas atasan, tetapi juga untuk mengajar pegawai-
pegawai Syarikat Hindia Timur tentang bahasa-bahasa setempat serta menyediakan
kernudahan penyelidikan terhadap sejarah,keadaan dan kemudahan-kemudahan
negara-negara ini.

Cita-cita Raffles ini hanya menjadi kenyataan seratus tahun I mudian, iaitu
pada tahun 1918 apabila rancangan dibuat tuk perayaan seratus tahun penubuhan
Singapura. Jawatan kuasa perancang perayaan ini, yang dipengerusikan oleh Sir corge
Maxwell, setelah mengkaji cadangan-cadangan yang berikan oleh orang-orang awam.
sebagai menyahut rayuan jatankuasa tersebut yang tersiar dalam akhbar-akhbar, telah
membuat kesimpulan bahawa tanda peringatan yang terbaik ialah menubuhkan sebuah
pusat pengajian yang suatu hari nanti diharapkan akan menjadi asas penubuhan
universiti di rantau ini.

Kami sebulat suara berpendapat bahawa tanda peringatan yang paling tinggi
ialah satu rancangan yang akan memberikan peluang perkembangpendidikan di
jajahan ini, dengan tujuan untuk menegakkan asas supaya suatu hari nanti akan
tertubuh sebuah universiti.

Sebelas tahun kemudian, iaitu pada 22 julai 1929, Maktab Reffles dibuka
dengan rasminya oleh Sir Hugh Clifford, Gabenor Negeri-negeri Selat. Maktab ini
dibina sebagai asas untuk penubuhan universiti pada masa hadapan. Sebelum ini,
Maktab Perubatan King Edward telah ditubuhkan pada tahun 1905. Nama asalnya
ialah Sekolah Perubatan Negeri-negeri, Selat dan Negeri-negeri Melayu. Nama
Maktab Perubatan King Edward digunakan pada tahun 1920 sebagai satu cara untuk
menekankan bahawa maktab tersebut adalah satu institusi yang lengkap daripada segi
akademik, dan memberikan latihan profesional yang setaraf dengan universiti.

Semenjak awal kurun yang kedua puluh, masyarakat umum telah kerapkali
mendesak supaya sebuah universiti dibina. Desakan ini telah disuarakan dalam Majlis
Perundangan dan juga di akhbar-akhbar. Sementara itu, kian bertambah siswa kedua-
dua buah maktab ini yang berpendapat bahawa mereka patut dianugerahi ijazah,
kerana latihan yang diterima oleh mereka adalah sama tarafnya dengan latihan yang
diberikan di universiti. Sebagai hasil dari desakan ini, Suruhanjaya McLean yang
dipengerusikan oleh Sir William H. McLean dibentuk untuk 'mengkaji rancangan
untuk pendidikan tinggi yang sedia ada di Malaya, iaitu umum dan profesional dan
untuk membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan keadaan setempat, sama ada
perlu diperluaskan dan jika perlu kemanakah arahnya dan apakah cara-caranya'.

Suruhanjaya McLean yang mengemukakan laporannya pada bulan jun 1939,
telah mengusulkan percantuman Maktab Raffies dengan Maktab Perubatan untuk
menjadi Maktab Universiti, iaitu sebagai langkah pertama untuk mencapai taraf
universiti. Laporan ini tidak dilaksanakan kerana meletusnya Peperangan Dunia
Kedua dan Malaya jatuh ke tangan jepun dari tahun 1942-45. Setelah jepun menyerah
diri, sebuah Suruhanjaya Pendidikan Tinggi di Malaya yang bernama Suruhanjaya
Carr-Saunders, dipengerusikan oleh Sir Alexander Carr-Saunders, telah dibentuk
untuk:

. . . membuat usul-usul berdisarkan Laporan Suruhanjaya 1939 dan Laporan
Suruhanjaya tentang Pendidikan Tinggi di jajahan Inggeris, bagi mengembangkan
pendidikan universiti di Malaya, dengan memberikan keutama2n kepada
pembentukan Maktab Universiti, Maktab Perubatan King Edward VII dan Maktab
Raffles akan menjadi sebahagian daripada langkah pertama ke arah pembinaan
Universiti Malaya . . . perlunya membentuk jabatan Bahasa Melayu dan Cina; dan
kedudukan berbagai penyelidikan dan institusi perkaedahan (termasuk Maktab Teknik)
di Kuala Lumpur, berhubung dengan Maktab Universiti itu.

Laporan Carr-Saunders yang dikemukakan pada tahun 1948 mengusulkan
bahawa Universiti Malaya hendaklah dibentuk dengan mencantumkan Maktab Raffels
dan Maktab Perubatan King Edward VII. Universiti ini hendaklah mempunyai kuasa
untuk menganugerahkan ijazah serta mempunyai fakulti Kesusasteraan, Sains dan
Perubatan yang lengkap.

Pada tahun 1949, undang-undang telah diluluskan untuk membentuk Universiti
Malaya dan Yang Terhormat Malcolm MacDonald, P.C., telah dilantik menjadi
Canselornya yang pertama.

Universiti Malaya ini ditempatkan di Singapura dan memberikan perkhidmatan
kepada semua wilayah di Malaya dan Singapura. Tetapi ternyata bahawa universiti ini
tidak mampu menampung keperluan pendidikan tinggi yang sangat diperlukan di
wilayah ini. Oleh hal yang demikian, pada tahun 1957, sebuah Suruhanjaya
Penyelidik telah dibentuk, oleh Kerajaan Malaya dan Kerajaan Singapura, atas
permintaan universiti tersebut, untuk mengkaji perlembagaan, pentadbiran dan
pembiayaan universiti itu semenjak tujuh tahun yang lampau. Butir-butir keterangan
ini akan digunakan untuk membesarkan universiti tersebut serta untuk digunakan
menjadi panduan membina dan memperkembang sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Sesudah tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, atas pertimbangan politik
serta kerana. dasar pendidikan, maka terpaksalah Malaya mempunyai universitinya
sendiri. Singapura pada ketika itu masih merupakan sebuah Crown Colony. Sebagai
langkah pertarna ke arah dasar tersebut, persiapan telah dibuat untuk membentuk
cawangan universiti tersebut di Kuala Lumpun Olch hal yang demikian, pada tahun
1959, Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Singapura, niasing-masing
mempunyai Pengetuanya sendiri, Divisional Council dan sebuah Divisional Senate.
Universiti Malaya pada keseluruhannya ditadbirkan olch Naib, Canselor dan jemaah
Pusat (Central Council). Sejak tahun 1958, Ihnu Perubatan, termasuk Ilmu Pergigian
dan Farmasi, serta Ilmu Undangundang, diajarkan di Singapura; manakala Ilmu
Kejuruteraan diajarkan di Kuala Lumpur. Sebelum terbentuknya universiti di
Singapura, Ilmu Perubatan sebagaimana yang dinyatakan tadi diajarkan di Maktab
Perubatan King Edward VII. Kesusasteraan, dan Sains diajarkan di kedua-dua buah
universiti, tetapi pelajaran seperti Pengajian Melayu, Pengajian India dan Ilmu Alam
hanya terdapat di Kuala Lumpur sahaja pada mulanya. Begitu juga Falsafah,
Pengajian Kemasyarakatan, Pengajian Cina dan Kesusasteraan Inggeris hanya
terdapat di Singapura.

Perkembangan-perkembangan yang menghasilkan pembentukan Universiti
Malaya sebagai pusat pengajian tinggi kebangsaan yang terasing lagi berautonomi
bagi Persekutuan Tanah Melayu. bermula pada tahun 1960 apabila Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu membayangkan keinginannya supaya Divisi di Kuala
Lumpur dijadikan Universiti Malaya di Kuala Lumpur, manakala Kerajaan Singapura
pula membayangkan harapannya agar Divisi di Singapura dijadikan Universiti
Nasional Singapura. Langkah-langkah telah diambil pada tahun 1961 untuk
membentuk universiti yang berasingan. Undang-undang diluluskan di kedua-dua
negara pada tahun 1961 dan dikuatkuasakan pada 1 januari 1962. Dengan ini maka
bermulalah Universiti Malaya sebagai pusat pendidikan tinggi di Malaya. Dewasa ini
ada empat buah lagi institusi untuk pendidikan universiti di Malaysia, iaitu:

1. Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, ditubuhkan pada tahun 1969,

2. Universiti Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur (sejak tahun 1977 di Bangi
Selangor)
ditubuhkan pada tahun 1970.

3. Universiti Pertanian Malaysia di Serdang, Selangor, ditubuhkan pada tahun 1971,
dan

4. Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur, ditubuhkan pada tahun 1972.

KEDUDUKAN PENDIDIKAN DAN PELAJARAN
DALAM TAHUN 1960

Perbincangan yang baru lalu menerangkan tiga masalah pendidikan yang
terbesar yang dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu apabila mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Pada bulan Februari 1960, sebuah jawatankuasa yang
digelar jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960, telah dibentuk oleh Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

Untuk menyemak pendidikan yang terkandung dalarn Kertas Majlis Perundangan
Federal No. 21, 1956 (Laporan jawatankuasa Pelajaran 1956) yang telah diluluskan
pada dasarnya mengikut resolusi Majlis Perundangan Federal pada 16 Mei 1956,
terutama tentang pelaksanaannya setakat ini dan bagi masa akan datang; untuk
mempertimbangkan implikasi dasar ini dari segi negara dan kewangan, termasuklah
memulakan pendidikan dasar percuma dan membuat usul-usul.

Laporannya, lebih terkenal dengan nama Laporan Rahman Talib, iaitu
mengambil sempena nama pengerusinya, Allahyarham En. Abdul Rahman Talib,
yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran, telah diserahkan kepada kerajaan dalam
tahun 1960. Usul-usulnya telah dimaktubkan dalarn Akta Pelajaran 1961. Isu-isu yang
disentuh oleh jawatankuasa Penyemak Pelajaran ini sangat penting bagi Persekutuan
Tanah Melayu, lebih-lebih lagi pada ketika itu kerajaan sedang merombak semula
sistem pendidikan sambil membentuk struktur masyarakat Malaya. Selagi sistem
pendidikan dan kebudayaan, kemasyarakatan, ekonomi dan politik masyarakatnya
tidak bergerak serentak dan selagi imbangan yang sesuai di antara sekolah dengan
keperluan kanak-kanak dan keperluan penyuburannya sebagai individu dan kemudian
sebagai warganegara tidak dilaksanakan, maka pembiayaan pendidikan tidak akan
mendatangkan hasil yang sepenuhnya.

Dalam Akta Pelajaran 1961, segala isu ini dihadapi dengan realistik dan garis
kasar struktur pendidikan yang baru pun dibentuk. jawatankuasa ini mengemukakan
enam belas usul yang penting berdasarkan penyelidikan tentang kedudukan
pendidikan dalam tahun 1960. Laporan tentang pelaksanaan usul-usul jawatankuasa
Penyemak Pelajaran 1960, telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
untuk mengukur sejauh mana berkesannya usul-usul tersebut. Oleh sebab itu perlu
dibincangkan dahulu, sebelum kita membincangkan usul-usul yang dibuat olch
jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960.

Kursus sekolah dasar memakan masa enam tahun dan sepanjang enam tahun ini,
proses naik darjah adalah secara automatik. Murid-murid yang tamat mengikuti
kursus ini kemudian mengambil Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dan hanya 30%
murid-murid sahaja yang terpilih untuk masuk ke sekolah menengah. Murid-murid
yang gagal dibenarkan menunggu setahun lagi di Darjah 6 jika ada tempat. Sistem ini
didapati tidak memuaskan kerana bagi kebanyakan murid, pendidikan rasmi mereka
tamat sernasa mereka berumur 11 atau 12 tahun.

Yuran sekolah dikenakan sebanyak $2.50 sebulan kepada murid yang
bersekolah di sekolah dasar Inggeris dan Cina (bantuan penuh) dan $5.00 sebulan
kepada murid di sekolah menengah Inggeris bantuan penuh. Kepada murid sekolah
Inggeris dan Cina separa bantuan, iaitu dasar dan menengah, yuran yang lebih tinggi
dikenakan. Tidak ada yuran yang dikenakan kepada murid sekolah dasar Melayu dan
sekolah dasar Tamil (bantuan penuh) serta sekolah menengah Melayu. Di semua jenis
sekolah bantuan penuh, pengecualian bayaran yuran diberikan kepada murid yang
tidak mampu. Paras maksimum. yang dikecualikan ialah 10% daripada jumlah murid.
Semua sekolah dasar dan menengah bantuan penuh dibenarkan mengutip yuran untuk
permainan, perpustakaan, senilukis dan pertukangan tangan, sains dan sebagainya,
tidak lebih daripada $5.00 setahun bagi murid sekolah dasar dan tidak lebih daripada
$9.00 setahun bagi murid sekolah menengah. Buku-buku teks percuma disediakan
untuk sekolah dasar Melayu dan Tamil (bantuan penuh).

Sebagaimana yang diterangkan dalam Bab 3, salah satu matlamat utama
Laporan Razak ialah untuk memperbaiki taraf sekolah dasar Melayu, Cina dan Tamil
dengan menempatkan guru-guru DTC yang mempunyai sekurang-kurangnya
kelayakan LCE di sekolah-sekolah tersebut. Mengikut laporan tersebut, sekolah dasar
Melayu yang dikendalikan oleh guruguru yang dicadangkan itu akan dikenali dengan
nama SekolahRendah Umum, manakala sekolah dasar Inggeris, Cina atau Tamil akan
digelar Sekolah Rendah jenis Umum.

Malangnya, menjelang tahun 1960, kurang sekali terdapat sekolah urnum dan
jenis umum yang sebenarnya, sebagaimana yang diusulkan oleh Laporan Razak 1956,
kerana kebanyakan sekolah dasar Melayu, Cina dan Tamil (bantuan penuh)
mempunyai guru-guru yang kurang berkelayakan. Pada ketika itu juga terdapat
beberapa buah sekolah dasar yang kecil yang merugikan daripada segi pembiayaannya
serta tidak licin pentadbirannya. Terdapat juga beberapa buah sekolah dasar separa
bantuan yang kecil (lebih kurang 500 buah), yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk
mendapat bantuan penuh, kerana sekolah-sekolah ini usang serta tidak mempunyai
cukup guru-guru yang berkelayakan. Ini kebanyakannya merupakan sekolah rakyat
(Melayu)," sekolah Tamil (di ladang), sekolah Kampung Baru dan sekolah Cina
luarbandar. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah ini dibenarkan berkembang
dengan mendapat separa bantuan jika perlu, sehingga taraf bangunannya serta
pengendaliannya diperbaiki.

Sehingga tahun 1960, sistem yang diamalkan di sekolah dasar dan menengah
hanya membenarkan seseorang murid itu duduk setahun sahaja dalam mana-mana
darjah di sekolah dasar ataupun. dalam mana-mana tingkatan di sekolah menengah.
Walau bagaimanapun, kemudahan ada disediakan untuk murid-murid menunggu
setahun lagi di Dajah 6, Tingkatan III dan Tingkatan V bagi mereka yang gagal di
dalam peperiksaan awam. Tetapi peluang ini bergantung kepada umur murid itu.
Misalnya murid yang berumur lebih daripada 12 tahun tidak dibenarkan menunggu
setahun lagi di Dajah 6.

Sistem separa bantuan untuk sekolah menengah Cina yang telah sedia ada
sebelum Ordinan Pelajaran 1957 dikuatkuasa kan telah disambung sehingga tahun
1960 sebagai langkah sementara. Sekolah ini dibenarkan juga menggunakan bahasa
pengantar Cina sebagai langkah ke arah perubahan, asal sahaja Bahasa Kebangsaan
dan Bahasa Inggeris diajarkan sebagai matapelajaran wajib. Sambil itu sekolah ini
dikehendaki menggunakan kurikulum yang sama dengan sekolah menengah
kebangsaan dan jenis kebangsaan yang mengambil peperiksaan awam yang sama
(iaitu LCE dan FMC/OSC). jenis-jenis peperiksaan yang ada ketika itu yang
dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah:

1. Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan
Tamil
untuk murid-murid Dadah (1957-63).

2. Peperiksaan Siji Rendah Pelajaran dalarn bahasa Inggeris (semenjak tahun 1957)
dan
dalam bahasa Melayu (semenjak tahun 1960).

3. Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Mela dalarn bahasa Inggeris
(semenjak
tahun 1957).

4. Peperiksaan Sijil Cambridge Seberang Laut dan Peperiksaan Siffil Tinggi Pelajaran.

5. Peperiksaan Kerajaan junior Afiddle HI untuk naik kelas bagi Sekolah-sekolah
Menengah
Cina (1947-60).

6. Peperiksaan Kerajaan Senior Middle III untuk tamat persekolahan bagi Sekolah
Menengah
Cina (1951-62).

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Bab 3, Laporan Razak telah
mengusulkan pembentukan Penguasa Pelajaran setempat. Penguasa itu
bertanggungjawab mengendalikan pendidikan dasar dan pertukangan. Tujuannya ialah
untuk mendorong inisiatif masyarakat setempat terhadap pendidikan dasar. Sebagai
hasil usul ini, Lembaga Pelajaran Negeri dibentuk untuk menjadi Penguasa Pelajaran
setempat di tiap-tiap negeri. Kesemuanya terdapat 12 buah Penguasa Pelajaran
Setempat. Malangnya, menjelang tahun 1960, didapati bahawa sistem Penguasa
Pelajaran Setempat tidak berjaya sebagaimana yang diharapkan oleh Laporan Razak
1956 itu. Harapan supaya masyarakat setempat menyumbangkan tenaga mereka
dalam mengatasi masalah pendidikan tidak tercapai. Didapati juga bahawa
pembentukan Penguasa Pelajaran Setempat ini menambah perbelanjaan pendidikan
dasar kerana kakitangan, perbelanjaan kenderaan, elaun harian dan lain-lain makin
bertambah.

Sistem jemaah Pengurus dan Lembaga Pengelola sebagaimana yang diusulkan
oleh Laporan Razak telah dijalankan pada tahun 1957. Mengikut sistem ini, Guru
Besar bertanggungjawab kepada jemaah Pengurus atau Lembaga Pengelola tentang
disiplin sekolah serta pentadbirannya. Beliau juga menjadi Setiausaha jemaah dan
Lembaga tersebut. jemaah Pengurus atau Lembaga Pengelola ini, selaku majikan
mempunyai kuasa untuk melantik Guru Besar dan guru-guru serta berkuasa
menggantung atau membuang guru-guru dengan syarat disahkan oleh Menteri
Pelajaran. Walau bagaimanapun, berbagai-bagai masalah telah timbul dalam
melaksanakan sistem ini. jumlah anggota yang disyaratkan untuk membentuk sebuah
jemaah Pengurus atau Lembaga Pengelola ialah 12 hingga 21 orang. Ketika itu
terdapat lebih kurang 5,400 buah sekolah di seluruh negara. Ini bererti lebih daripada
60,000 orang yang berdedikasi serta berkalibar diperlukan untuk berkhidmat dalam.
jemaah dan Lembaga tersebut. Tidak kesemua sekolah, terutama sekolah luarbandar
dapat mencari anggota yang cukup berkalibar untuk berkhidmat dalam jemaah
Pengurusnya atau Lembaga Pengelolanya.

Sebagai hasil usul-usul yang dibuat oleh Laporan Razak, menjelang tahun 1960,
pendidikan menengah teknik dan vokasional dikelolakan dan diadakan di institusi-
institusi berikut:

1. Institusi-instituti Teknik (kemudian diubah namanya menjadi Sekolah Menengah
Teknik). Sekolah-sekolah ini menyediakan kursus dua tahun di peringkat Tingkatan
IV-V yang mirip kepada pelajaran teknik, serta menyediakan muridmurid untuk
mengambil peperiksaan MCEJOSC.

2. Sekolah-sekolah Menengah Rendah Teknik (Pertukangan), (kemudian diganti
menjadi Sekolah Menengah Pertukangan). Sekolah-sekolah ini memberikan kursus
tiga tahun kepada rnurid-murid yang telah tamat sekolah dasar dan juga memberikan
kursus kepada murid-murid yang telah tamat dua tahuri pendidikan menengah. Murid-
murid yang lulus dal kursus ini layak untuk dipilih masuk ke tahun tiga latihan
aprentis.

3. Sekolah Lanjutan Kampung. Sekolah ini menyediakan kursus tiga tahun (Tingkatan
I-HI) dalam bahasa Melayu. Kur-, sus ini mengutamakan pendidikan luarbandar dan
vokasionaj,' sambil menyediakan murid-murid untuk mengambil peperiksaan Siffil
Rendah Pelajaran.

Pada tahun 1960, ada dua buah Sekolah Menengah Teknik, empat buah
Sekolah Menengah Pertukangan dan lapan buah Sekolah Lanjutan Kampung.
Kedudukan guru dan latihan perguruan, pada tahun 1960 sebagai hasil usul-usul
Laporan Razak adalah seperti berikut:

1. Tiga buah Maktab Perguruan Rendah Berasrama Penuh dan dua belas buah Pusat
Latihan Harian didirikan kesemuanya mengeluarkan kira-kira 2,000 orang guru
setahun untuk sekolah dasar.

2. Lebih kurang 1,000 orang guru tidak terlatih telah dilatih melalui pos untuk
mengajar di sekolah dasar aliran Melayu. I

3. Dua buah Maktab Perguruan Menerigah (MTC Pulau' Pinang dan Brinsford Lodge,
United Kingdom) mengeluarkan 300 orang guru latihan am setahun untuk sekolah
menengah rendah.

4. Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur serta Maktab Kirkby, United Kingdom,
mengeluarkan 270 orang guru khas dalam setahun bagi matapelajaran Bahasa
Kebangsaan, Bahasa, Inggeris dan Bahasa Cina.

Berhubung dengan pendidikan akhlak, ugama Islam diajarkan di sekolah dasar
bantuan penuh mengikut-Seksi 49 Ordinan Pelajaran 1957. Sebanyak mana pelajaran
itu diajarkan berbeza-beza mengikut negeri; ada yang memberikan masa, yang banyak,
ada yang sedikit dan ada yang tidak mengajarkannya langsung, kerana guru-gurunya
bukanlah disediakan olch kerajaan tetapi disediakan oleh jabatan ugama bagi negeri
masing-masing. Kementerian Pelajaran tidak memberikan bantuan kewangan kepada
Kerajaan Negeri mengenai perkara ini. Mengikut Ordinan Pelajaran 1957, pengajaran
ugama lain selain ugama Islam tidak dapat dijadikan perkara wajib di dalarn
kurikulum sekolah, kerana keadaan ini, ada murid yang langsung tidak mendapat
pendidikan akhlak secara rasmi. Di bawah Seksi 50, Ordinan 1957, pengajaran ugama
selain ugama Islam tidak boleh diberikan dengan menggunakan wang awam.

Walau bagaimanapun, pengajaran ugama Islam tidak ada disediakan di
sekolah-sekolah menengah, kecuali di sekolah-sekolah menengah berasrama, untuk
murid-murid Melayu. Guru-guru ugama bagi sekolah-sekolah seperti ini disediakan
oleh Kementerian Pelajaran. Kelayakan guru-guru ugama bagi sekolah-sekolah dasar,
gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan ia
berlainan bagi tiap-tiap negeri. Pada umumnya, guru-guru ini tidak mendapat latihan
ikhtisas.

Sebagaimana yang telah diusulkan dalam Laporan Razak, pendaulatan bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah matlamat utama sistem Pendidikan
Kebangsaan yang telah dibincangkan dalam Bab 3.

Akhir sekafi, Nazir Persekutuan bagi sekolah telah dibentuk pada bulan
Disember, 1956, mengikut usul yang dibuat dalam perenggan 42-45 Laporan Razak.
Matlamatnya ialah mengadakan satu badan yang mengandungi ahli-ahli profesional
yang terkemuka (professional experts) yang mempunyai kebebasan untuk melawat
sekolah-sekolah, memperhatikan dan memberikan komen tentang keadaan sekolah-
sekolah itu, menasihati guru-guru dan mereka yang terlibat dengan sekolah-sekolah
berkenaan dan seterusnya berusaha sedaya upaya menjaga dan memperbaiki taraf
pendidikan. Menjelang tahun 1960, Nazir Persekutuan ini telah terbentuk dengan
sempurnanya. Melalui Ketua Nazir, nazir-nazir sekolah ini diberi kebebasan yang
dapat menjamin bahawa segala pendapat mereka dilaporkan terus kepada Menteri
Pelajaran, tanpa dipengaruhi olch sebarang corak prasangka, tetapi sematarnata
berdasarkan integriti profesion yang paling tinggi

Begitulah kedudukan pendidikan di Malaya dalam tahun 1960 mengikut
kafflan yang dibuat oleh jawatankuasa Penyemak Pelajaran, 1960. Olch sebab usul-
usul yang dibuat oleh jawatankuasa PelaJaran 1956 terlalu unggul untuk pembentukan
suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang diharapkan akan menjadi asas bagi
perkembangan pendidikan di Malaya selanjutnya, tetapi jawatankuasa Penyemak
Pelajaran 1960 telah mendapati beberapa kelemahan dalam pelaksanaan usul-usul
tersebut. Oleh hal yang demikian, jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 ini
berpendapat bahawa pindaan perlu dibuat ke atas sebahagian daripada usul-usul
tersebut, manakala sebahagian lagi digugurkan atau diteruskan sahaja. Usul-usul
jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 ini telah disemak di dalam sebuah laporan
lain tentang cara-cara melaksanakan Usul-usul jawatankuasa Penyemak Pelajaran
1960.

USUL_USUL JAWATANWASA PENYEMAK
PELAJARAN, 1960

Jawatankuasa Penyemak PelaJaran 1960 berpendapat bahawa perkara yang
paling tidak memuaskan dalam sistem yang diusulkan oleh Laporan Razak ialah
bahawa sebilangan besar kanak-kanak akan tamat pendidikan rasmi mereka semasa
mereka berusia 12 atau 13 tahun. Setelah mendapat pandangan daripada jawatankuasa
Penasihat Am, Ikhtisas dan Kewangan (Professional and the Finance General
Consultative Committee), jawatankuasa Penyemak PelaJaran 1960, mengusulkan
supaya umur berhenti sekolah dinaikkan kepada umur 15 tahun. Ini dijangka akan
dapat dilaksanakan dengan membentuk satu jenis sekolah menengah yang disebut
Sekolah Pelajaran Lanjutan. Sekolah ini akan menyediakan tiga tahun pendidikan
yang menitikheratkan pendidikan vokasional bagi murid yang tidak mendapat tempat
di sekolah menengah akademik, murid yang tidak mendapat tempat di Sekolah
Lanjutan Kampung dan murid yang ingin menyambung pendidikan mereka setelah
tamat enam tahun di sekolah dasar.

Sebagai hasil usul ini, pada tahun 1962, kerajaan menubuhkan Sekolah
Pelajaran Lanjutan yang memberikan kursus tiga tahun dengan memberatkan
pendidikan vokasional. Bagi sekolah dasar pula, kursus enarn tahun masih diteruskan
tetapi proses naik darjah adalah secara automatik. Dalam keadaan seperti ini, tidak
semua murid yang tamat sekolah dasar dapat menyambung pendidikan mereka ke
sekolah menengah akademik. Sebagaimana yang telah dibincangkan awal-awal tadi,
penempatan murid-murid di kedua-dua jenis sekolah menengah didasarkan kepada
keputusan peperiksaan masuk sekolah menengah. Berdasarkan keputusan peperiksaan
ini, 30% daripada murid-murid Darjah 6 yang terbaik ditempatkan di sekolah-sekolah
menengah akademik, termasuklah Sekolah Lanjutan Kampung. Mereka ini akan
mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada akhir tahun ketiga di sekolah
menengah tersebut.

Mereka yang tidak mendapat tempat akan dimasukkan ke Sekolah Pelajaran
Lanjutan. Murid-murid ini tidak akan mengambil Peperiksaan SijilRendah Pelajaran.
Dengan ini maka pendidikan sejagat telah dilanjutkan kepada usia 15 tahun.
Walaupun peperiksaan masuk sekolah menengah telah digunakan bagi menapis
murid-murid masuk ke sekolah menengah akademik, jawatankuasa Rahman Talib
mengusulkan supaya dikekalkan sistem naik dadah secara automatik di sekolah dasar
bantuan kerajaan serta di sekolah menengah bantuan kerajaan hingga ke Tingkatan III,
sebagaimana yang diusulkan olch Laporan Razak. Walau bagaimanapun, sekolah-
sekolah hendaklah mengadakan ujian dari semasa ke semasa untuk mengetahui
kemajuan murid-murid dan ibu bapa hendaklah diberitahu sekurang-kurangnya sekali
sepenggal tentang kemajuan mereka. Peperiksaan internal hendaklah diadakan juga
pada tiap-tiap tahun.

Bagi menghadapi masalah guru untuk Sekolah Pelajaran Lanjutan,
jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 ini mengusulkan supaya guru ini mempunyai
pendidikan menengah yang lengkap (iaitu tamat Tingkatan V) dan menjalani latihan
profesional yang penuh selama dua tahun. Latihan ini hendaklah meliputi pengajaran
matapelajaran vokasional. Walau bagaimanapun, sebagai langkah sementara,
jawatankuasa ini mengusulkan supaya latihan separuh masa (part-time training)
selama tiga tahun diadakan. Guru-guru ini akan menghadiri latihan pada waktu pagi
dan mengajar pada sebelah petang. Maka satu rancangan tergempar (crash programme)
untuk melatih guru-guru Sekolah Pelajaran Lanjutan telah dimulakan pada tahun 1962.
Pusat-pusat latihan didirikan di tiap-tiap negeri di seluruh negara. Guru-guru pelatih
ini diberi latih separuh masa selama tiga tahun pada tiap-tiap hujung minggu, sambil
menjalankan tugas mengajar tiap-tiap hari.
Mempunyai pendidikan sarwajagat hingga usia 15 tahun tidaklah lagi
menjamin bahawa semua kanak-kanak akan meneruskan pelajaran mereka hingga ke
usia tersebut, kerana berapa lama kanak-kanak bersekolah bergantung kepada
kemampuan ibu bapa mereka membiayai pelajaran mereka. Sebagai satu dorongan
kepada murid-murid untuk bersekolah sehingga mereka berusia 15 , tahun,
jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 ini mengusulkan supaya pendidikan rendah
sarwajagat percuma dimulakan pada 1 januari 1962. Menteri Pelajaran akan diberi
kuasa untuk mengisytiharkan bahawa pendidikan rendah percuma akan diwajibkan.
'Percuma' yang dimaksudkan oleh jawatankuasa ini ialah mengecualikan bayaran
yuran sekolah. Oleh hal yang demikian, pada tahun 1962, yuran-yuran sekolah bagi
semua sekolah dasar Inggeris dan Cina bantuan penuh dimansuhkan. Sekolah dasar
Melayu dan Tamil memberikan pendidikan percuma sejak ditubuhkan. Begitulah juga
keadaan sekolah menengah aliran Melayu yang dimulakan semenjak tahun 1958.
Sementara itu, semua sekolah dasar dan menengah bantuan penuh dibenarkan
mengutip yuran permainan, perpustakaan dan sebagainya, tidak lebih daripada $4.50
setahun kepada murid sekolah dasar dan tidak lebih daripada $6.50 setahun kepada
murid sekolah menengah.

Berkaitan dengan usul memperbaiki taraf sekolah dasar Melayu, Cina dan
Tamil sambil mengambil langkah mengadakan pendidikan dasar dalam Bahasa
Kebangsaan, jawatankuasa Penyemak PeIajaran 1960 ini mengusulkan agar
pendidikan dasar dalam Bahasa Kebangsaan dibentuk. Usaha permulaannya ialah
dengan mengadakan aliran Bahasa Kebangsaan di sekolah dasar yang dahulunya
adalah sekolah kerajaan. Rancangan ini bergantung kepada adanya guru-guru
berkelayakan yang cukup. Sambil itu, semua sekolah dasar diusulkan supaya
dijadikan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah jenis Kebangsaan dengan
melengkapkannya dengan guru-guru yang berkelayakan. Sebagai hasil usul ini, pada
tahun 1962, semua sekolah dasar bantuan penuh umum dan jenis umum diganti
namanya menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah jenis Kebangsaan. Pada
penghujung tahun 1959, kumpulan pertama guru yang mendapat latihan yang sama,
berjumlah 1,500 orang telah tamat latihan mereka di Maktabmaktab Perguruan Harian
dan di Pusat-pusat Latihan Harian. Penempatan mereka di Sekolah Rendah
Kebangsaan telah diberi keutamaan. Sementara itu, usaha telah juga dijalankan bagi
memulakan aliran Bahasa Kebangsaan di sekolah dasar Inggeris tetapi sambutan ibu
bapa tidak menggalakkan dan rancangan inipun dihentikan dua talum kemudian.
Untuk memperbaiki taraf pendidikan, langkah-langkah diambil untuk menyatukan
sekolah dasar yang kecil yang dianggap merugikan daripada segi pembiayaannya.
Sekolah dasar pusat untuk Darjah 4-6 telah juga ditubuhkan.

Sebagai satu cara untuk memujuk sekolah-sekolah tak akuran (non-conforming
schools) supaya akur kepada sistem pendidikan kebangsaan,jawatankuasa Penyemak
Pelajaran 1960, mengusulkan supaya separa bantuan yang diberikan kepada sekolah
menengah tak akuran ini dihentikan sejak 1 januari 1962. Sementara itu, sekolah
menengah persendirian akan dibenarkan berjalan terus mengikut syarat-syarat yang
dikenakan kepada sekolah-sekolah tersebut. Apabila usul-usul ini dilaksanakan,
daripada 41 buah sekolah menengah Cina separa bantuan yang ada ketika itu, lebih
separuh daripadanya menerima tawaran bantuan penuh daripada kerajaan dan
kemudian dijadikan sekolah jenis kebangsaan aliran Inggeris. Yang enggan akur dan
enggan menerima tawaran tersebut rnenjadi sekolah persendirian. Apabila perkara ini
berlaku, keutamaan diberikan bagi menempatkan guru-guru berkelayakan Inggeris di
sekolah menengah akuran yang baru ini supaya perubahan kepada aliran Inggeris itu
dapat diselengga. rakan dengan licinnya. Peruntukan yang perlu diberikan kepada
sekolah akuran (conforming schools) ini supaya dapat, memperbaiki kemudahan-
kemudahan sekolah tersebut serta dapat memperbaiki taraf pendidikannya. Sementara
itu, langkah-langkah diambil untuk menjaga mata pencarian guru-guru asal sekolah
Cina ini apabila perubahan aliran berlaku, dengan cara menyerapkan guru-guru asal
yang berkelayakan ke dalam pekhidmatan guru-guru biasa. Guru yang tidak terlatih
tetapi telah berkhidmat dengan bersungguh-sungguh semenjak bulan November 1956,
serta tidak terputus perkhidmatannya, adalah diserapkan juga ke dalam perkhidmatan
pelajaran di bawah satu skim. khas bernama 'Guru-guru yang berhak' (Entitled
teachers).

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada awal bab ini, untuk menjamin taraf
Bahasa Kebangsaan, jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960, mengusulkan supaya
semua peperiksaan awam di sekolah menengah dijalankan dalam bahasa-bahasa rasmi
negara sahaja. Untuk melaksanakan perkara ini, peperiksaan kenaikan tingkatan bagi
Sekolah Menengah Cina dimansuhkan pada tahun 1961 dan Peperiksaan Sijil Akhir
Sekolah Menengah Cina dimansuhkan juga pada tahun 1963. Jawatankuasa Rahman
Talib mi juga mengusulkan supaya langkah-Iangkah selanjutnya diambil bagi
mengukuhkan kedudukan Bahasa Kebangsaan di dalam sistem pendidikan Malaya.

Sebagai langkah permulaan ke arah matlamat ini, tiap-tiap calon diwajibkan
lulus dalam Bahasa, Kebangsaan, bagi peperiksaan masuk sekolah menengah. Lulus
dalam Bahasa Kebangsaan diwajibkan juga bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
sejak tahun 1962. Langkah-langkah diambil juga untuk menambah bilangan guru-guru
terlatih untuk sekolah menengah kebangsaan dan guru-guru khas Bahasa Kebangsaan
untuk sekolah rendah jenis kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan.
Sekolah-sekolah dan kelas-kelas menengah berkembang dengan pesatnya. Keutamaan
diberikan kepada penubuhan sekolah menengah kebangsaan.

Pada permulaan bab ini, telah dinyatakan bahawa untuk mendapatkan
penyertaan masyarakat dalam mengendalikan pendidikan dasar, Laporan Razak telah
mengusulkan penubuhan Penguasa Pelajaran Setempat, yang telah dilaksanakan pada
tahun 1957. Malangnya, fungsi Penguasa Pelajaran Setempat ini tidak mencapai
matlamatnya, iaitu mengikut penyelidikan yang dibuat olch jawatankuasa Penyemak
Pelajaran, 1960. Oleh hal yang demikian, jawatankuasa tersebut mengusulkan supaya
sistem Penguasa Pelajaran Setempat dimansuhkan dan perkara ini dikuatkuasakan
pada tahun 1961. Walau bagaimanapun, sistem jemaah Pengurus dan Lembaga
Pengelola diteruskan dan komposisinya diberi keIonggaran, manakala segala
pelantikan naik pangkat yang dibuat oleh jemaah atau Lembaga ini hendaklah terlebih
dahulu mendapat pengesahan daripada Menteri Pelajaran. Usulusul ini dibuat kerana
jawatankuasa Rahman Talib berpendapat bahawa jemaah Pengurus dan Lembaga
Pengelola ini berfaedah, khususnya untuk membantu kerajaan mentadbirkan sekolah
sambil menjadi orang tengah di antara sekolah dengan ibubapa untuk bertugas sebagai
majikan kepada guru-guru bukan kerajaan dan mempunyai kuasa disiplin terhadap
mereka; dan untuk mentadbirkan peruntukan kerajaan serta mendapatkan bantuan
kewangan dari unsur-unsur lain. Oleh hal yang demikian, komposisi jemaah dan
Lembaga mengikut undang-undang dilonggarkan untuk membolchkan sekolah-
sekolah luarbandar ataupun sekolah-sekolah yang baru ditubuhkan mengecilkan saiz
jemaah dan lembaga ini. Peraturan pelantikan anggota jemaah atau lembaga serta
kategori orang yang dilantik ini dilonggarkan juga. Sementara itu, peraturan iklan
pelantikan Guru Besar dan soal naik pangkat mula diketatkan dan segala pelantikan
tersebut perlu mendapat pengesahan Menteri Pelajaran.

Cadangan-cadangan Laporan Razak tentang pendidikan rnenengah teknik dan
vokasional dianggap olehjawatankuasa Rahman Talib sebagai perkara yang mustahak
untuk perkembangan ekonomi dan pendidikan negara. Oleh hal yang demikian,
jawatankuasa ini mengusulkan supaya empat buah 'Institut Teknologi ditubuhkan di
Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di johor sebagai langkah
permulaan. Diusulkan juga supaya sekolah Lanjutan Kampung yang memberikan
pendidikan vokasional mempunyai bias luar bandar, ditambah bilangannya dan
menyediakan murid-murid untuk mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.
Sekolah jenis ini akan ditubuhkan bukan sahaja untuk murid-murid lelaki tetapi
juga untuk murid-murid perempuan. Memandangkan kepada keperluan perdagangan
dan industri dalam ekonomi yang sedang berkembang jawatankuasa-mi seterusnya
mengusulkan supaya pendidikan perdagangan dikembangkan lagi pada tiap-tiap
peringkat di sekolah menengah atas. Sebagal hasilnya, tiga buah Sekolah Menengah
Teknik (menengah atas) yang mempunyai bangunan dan bengkel baru telah didirikan
di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kuantan, untuk mengambil murid-murid yang
lulus dalam Peperiksaan LCE/SRP dan layak naik tingkatan yang lebih tinggi.
Sekolah ini memberikan kursus dua tahun dan di akhir kursus ini murid-murid akan
mengambil Peperiksaan SPM/MCE. Begitulah juga dengan Sekolah-sekolah
Pertukangan (menengah atas) yang dirancang untuk menyediakan kursus tiga tahun
untuk murid-murid yang telah tamat dua tahun pendidikan menengah. Pertukangan
elektrik, mekanik dan pembinaan bangunan diajarkan di sekolah-sekolah ini dan
murid-murid yang tamat kursus tiga tahun ini dengan jayanya layak untuk mernasuki
tahun ketiga Skim Aprentis Kebangsaan (National Apprentice Scheme). Tegasnya
murid-murid yang berjaya akan memasuki tahun tiga Sekolah Menengah Teknik,
yang menyediakan murid-murid untuk mengambil Kursus Diploma di Maktab Teknik
atau mengambil kursus kejuruteraan lengkap di Maktab Teknik atau di Universiti
Malaya.

Kemudahan ada juga disediakan dalarn Laporan Razak, berkaitan dengan
pengajaran ugarna di sekolah-sekolah, kerana Islam adalah ugarna rasmi negara, maka
tidaklah menghairankan bahawa pengajaran ugama Islam diusulkan oleh Laporan
Razak. Malangnya usul ini tidak dilaksanakan kerana timbul masalah sama ada
Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan yang harus membiayainya. Dengan
berlatarbelakangkan perkara ini, maka jawatankuasa Penyemak Pelajaran, 1960,
mengusulkan supaya kemudahan diadakan untuk mengajarkan ugama Islam di
sekolah jika terdapat tidak kurang daripada 15 orang murid yang berugama Islam.
Pembiayaannya di sekolah dasar hendaklah ditanggung bersama oleh Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Persekutuan. Bagi sekolah menengah bantuan penuh, pembiayaannya
hendaklah ditanggung olch Kerajaan Persekutuan. Sebagaimana yang telah
dibincangkan pada wal bab ini, jawatankuasa Rahman Talib sangat mengambil berat
tentang ketiadaan pendidikan akhlak selain pengajaran ugama Islam kepada murid-
murid berugarna Islam. Hal ini jika dibiarkan begitu sahaja akan meninggalkan kesan
negatif kepada generasi muda yang kelak akan membentuk masyarakat Malaya. Oleh
hal yang demikian, jawatankuasa Rahman Talib mengusulkan supaya perhatian yang
lebih berat diberikan kepada pendidikan akhlak dengan cara mengadakan pendidikan
akhlak untuk murid-murid bukan Islam di sekolah-sekolah. Usul-usul di atas
menyebabkan pelaksanaan sepenuhnya peruntukan pengajaran ugarna Islam mengikut
Seksi 36, Akta Pelajaran, 1961 di sekolah dasar bantuan dan di sekolah menengah
bantuan. Semenjak itu, Kementerian Pelajaran telah juga memberikan peruntukan
kepada Kerajaankerajaan Negeri sebanyak 50% daripada jumlah perbelanjaan untuk
pengajaran ugarna di sekolah dasar bantuan mengikut Seksi 37(1) dan (2), Akta
Pelajaran 1961. Sebagai hasilnya Kementerian Pelajaran kini bertanggungjawab untuk
mengadakan pengajaran ugama di semua sekolah menengah bantuan mengikut Seksi
3 7(3), Akta Pelajaran 196 1. Pendidikan akhlak untuk murid-murid yang bukan Islam
pula telah dimasukkan ke dalam pelajaran Sivik semenjak tahun 1961. Sukatan
Pelajaran Sivik untuk Darjah 4 hingga Tingkatan V telahpun digubal. Unsur-unsur
Sivik ada juga disertakan dalam sukatan pelajaran Kajian Tempatan untuk Darjah 1-3.
Dengan ini Sivik dijadikan matapelajaran wajib untuk semua murid darjah 4 hingga
Tingkatan V dan Sivik diajarkan sekurang-kurangnya satu waktu dalam seminggu.

Berhubung dengan fungsi Nazir Persekutuan yang dibentu pada bulan
Disember, 1956,jawatankuasa Penyemak Pelajaan, 1960, mengusulkan supaya
perkara ini diteruskan dengan pindaan sedikit. Di samping itu, diusulkan supaya Nazir
Setempat ditubuhkan. Oleh hal yang demikian, sejak tahu 1961, fungsi Nazir
Persekutuan diteruskan tetapi kuasanya terbatas pada menasihati supaya dapat
terbentuk keyakina guru-guru terhadapnya. Nazir Persekutuan ini masih juga
mempunyai kebebasan profesional untuk menyelia sekolah-sekolah. Segala
laporannya kepada Menteri Pelajaran masih dibuat berdasarkan pendapat-pendapat
yang bebas dan tidak berat sebelah. Sejak itu, Nazir Pesekutuan bertugas sebagai satu.
bahagian di bawah Kementerian Pelajaran dan bertanggungjawab kepada Menteri
Pelajaran melalui Ketua Pengarah Pelajaran. Cara ini menjamin hubungan yang rapat
di antara pihak yang melaksanakan dasar dengan pihak yang merancangkan dasar,
supaya pengalaman yang didapati daripada apa yang berlaku, di dalam bilik dadah
dapat ditafsirkan untuk menjadi dasar kementerian yang praktik dan di sebaliknya
dasar kernenterian. dapat diserapkan. di bilik darjah. Nazir Persekutuan ini akan juga
membantu. Bahagian Latihan Guru dalam menjalankan kursus perguruan dan
berbagai-bagai kursus dalam perkhidmatan untuk guru-guru,'bagi menjamin taraf
pengajaran yang tinggi.

Walau bagaimanapun, Nazir Negeri belum lagi ditubuhkan, sungguhpun
pembentukannya telah dibuat dalarn Seksi 100, Akta Pelajaran 196 1. Sebaliknya,
Pengelola-pengelola Sekolah Negeri dan Penolong-penolong Pengelola Sekolah
Negeri telah menjalankan penyeliaan profesional di samping menjalankan tugas-tugas
pentadbiran mereka. Tindakan susulan terhadap laporan-laporan Nazir tentang
sekolah-sekolah juga telah dijalankan olch jabatan-jabatan Pelajaran Negeri dan
Bahagian Sekolah-sekolah, Kernenterian Pelajaran.

Walaupun banyak di antara usul-usul yang dibuat oleh jawatankuasa Penyemak
Pelajaran, 1960, yang telah dilaksanakan, tetapi usul yang dibuat dalam Seksi 13 dan
15, Akta Pelajaran 196 1, untuk penubuhan Lembaga Penasihat Pelajaran Kebangsaan
dan juga Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri, niasih belum dilaksanakan.

Perbincangan dalam bab ini tertumpu kepada perkembangan pendidikan dalain
tempoh masa enam tahun sesudah tercapainya kemerdekaan. Tujuannya ialah untuk
menggambarkan segala usaha yang telah dibuat ke arah pembentukan sistem
pendidikan kebangsaan, melaksanakannya dan penyemakan semula dengan tujuan
untuk mengukuhkan pelaksanaannya. Kemajuan yang dirakamkan telah membuktikan
bahawa dalam jangka masa yang pendek ini, pendidikan di Malaya telah mencapai
kemajuan yang begitu. pesat sekali, yang belum pernah dialaminya sebelum ini.

Bibliografi

Senarai Buku dan penulis.

1. Wong Hoy Kee, Francis and Ee Tiang Hong: op. cit., m.s. 68.

2. Report of the Committee on Malay Education: op. cit., m.s. 73.

3. Report of the Education Review Committee, 1960: m.s. 31, perenggan: 174 dan 185.
4. Untuk perbincangan lanjut tentang sistem peperiksaan, Uhat m.s. 97-8.

5. Doh joon Sue: The Estimated Student Population of the University of the Malaya 1962-
6. 1968, Universiti Malaya, m.s. 129.

7. Reference Papers on the Federation ofMalaya, Teachers Training and Higher Education,
8. 196 1: m.s. 3.

9. Report ofEducation Review Committee, 1960: op. cit., m.s. 46.

10. Report of the Committee on the Malayanization of the Government Service, 19,54, m.s. 1.

11. Smith, T.E.: The Effects of Recent Constitutional Changes on the Public Service in the
Federation of Malaya and Singapore, m.s. 269.

12. Wong Hoy Kee, Francis and Ec Tiang Hong: op. cit., m.s. 78.

13. 'Minutes' by Raffles dalam Chelliah, D.D.: op. cit., m.s. 16.

14. Report of Maxwell Committee untuk menimbangkan laporan tentang rancangan untuk
merayakan ulangtahun keseratus penubuhan Singapura, 1918: m.s. 1.

You might also like