You are on page 1of 1

Kritikan Sumber Sejarah

- usaha penyelidik sejarah untuk mencapai tahap kebenaran sejarah di dalam


penggunaan sumber-sumber sejarah yang pelbagai.
- satu garis panduan yang dapat membantu penyelidik sejarah melakukan
tafsiran terhadap sumber-sumber sejarah.
- kritikan sebagai bukti supaya penyelidik sejarah dapat menghasilkan karya
sejarah yang berkualiti dan mempunyai ketepatan fakta.
- menurut Ernst Bernheim (1889), terdapat dua jenis kritikan sumber iaitu
kritikan luar dan kritikan dalam.
- Marc Bloch proses kritikan berpunca daripada sikap sangsi penyelidik
sejarah terhadap maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi mengenai peristiwa
lampau.
i) Kritikan Luar
- usaha yang dilakukan oleh penyelidik sejarah untuk mengesan ketulenan atau
kesahan sesuatu sumber sejarah.
- jalankan beberapa ujian untuk mengesan kesahan sumber iaitu:
1. Ujian Kimia
2. Ujian Bahasa
3. Ujian Tulisan Tangan
4. Ujian Bahan
ii) Kritikan Dalam
- tugas sebenar penyelidik sejarah melakukan proses penafsiran ke atas isi-isi
sumber yang telah disahkan ketulenannya pada peringkat kririkan luar.
- menapis kandungan sumber bagi menjamin setiap fakta yang diambil adalah
daripada sumber yang boleh dipercayai.
- tidak boleh terima fakta secara bulat-bulat untuk mengelakkan berlaku
kesalahan fakta.
- masalah mengesan fakta-fakta yang dianggap tepat dan mempunyai kesahan
yang tinggi dalam sejarah.
- sumber lisan saksi mata, pelaku, individu yang hidup pada zaman tersebut
- lakukan tafsiran secara rasional
- penyelidik berhak menolak sumber lisan sekiranya bercanggah
atau silap dalam fakta sejarah
- buat proses tafsiran:
1. Tafsiran Verbal
2. Tafsiran Teknikal
3. Tafsiran Logik
4. Tafsiran Psikologikal
5. Tafsiran Fakta

You might also like