You are on page 1of 4

SKRIP SIMULASI TERAPI MUZIK EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KUMPULAN 1: CHONG MEI JIUN,KARTINA A/P RAMAKRISHNAN, NUR JAMILIATI WAHIDAH BINTI MOHD
SANNY, PUVANISWARY A/P NADARAJAN
SKRIP
SESI 1
WATAK-WATAK:
Airin-murid bermasalah disleksia (penglihatan/visual)
Kartina-Kaunselor
Wahida-pencerita
Puvaniwary-guru kelas
LATAR TEMPAT:
Bilik darjah, bilik terapi muzik
LATAR MASA:
Waktu rehat
Pencerita:
Airin ialah seorang budak yang mempunyai masalah disleksia
penglihatan. Dia tidak suka pergi ke sekolah kerana sukar menumpukan
perhatian kerana keliru antara abjad dan angka. Guru-guru sering
melabelkan sebagai murid yang nakal dan tidak fokus pada pengajaran
dan pembelajaran. Ibu bapanya merupakan individu yang sangat tegas.
Mereka sering menerima aduan daripada guru kelas Airin yang
mengatakan Airin tidak suka menumpukan perhatian dalam kelas dan
prestasinya semakin merosot. Selain daripada itu, Airin sering dibuli oleh
rakan sebaya di dalam sekolah dan luar sekolah. Pada suatu hari,
dalam perjalanan pulang ke rumah, Airin telah dipukul oleh geng buli
sekolahnya kerana mereka telah dirotan oleh guru disiplin kerana Airin
melaporkan geng tersebut kepada guru disiplin. Geng tersebut telah
memberikan amaran bahawa Airin akan dipukul lebih teruk lagi. Perkara
ini telah diberitahu kepada ibu bapa Airin tetapi mereka tidak
menghiraukannya tetapi menyalahkan Airin kerana membuat masalah di
sekolah.

TEORI/ KEMAHIRAN/ KONSEP


KAUNSELING

Guru kelas: Selamat pagi murid-murid. Semua sihat ke hari ini?


Sekarang Cikgu nak edarkan kertas ujian pertengahan tahun.
Selepas itu,guru mula mengajar kelas seperti biasa. Pada akhir
pengajaran dan pembelajaran, guru memanggil Airin untuk berjumpanya
pada waktu rehat di bilik guru. Guru mendapati Airin mempunyai
masalah kekaburan abjad dan angka. Airin keliru antara huruf b dan d.
Bunyi ketukan pintu ( knok .. knok .. knok )
Airin : Selamat sejahtera cikgu, boleh saya masuk ?
Cikgu: Ye Airin, sila masuk. Airin dah makan belum ?
Airin : Belum cikgu, saya datang sebab cikgu kata nak berjumpa dengan
saya.
Cikgu :Ya, saya nak bercakap dengan Airin. Cikgu perasan markah ujian
kamu, semakin merosot, ada apa-apa ke yang cikgu boleh bantu ?
Airin : Tertunduk, air mata berlinang.
Cikgu : Takpelah Airin jangan menangis (sambil menghulurkan tisu) .
-

Waktu rehat berakhir dan Airin masuk ke kelas Guru kelas merujuk kes Airin kepada Kaunselor
Kaunselor telah memeriksa buku-buku latihan Airin dan berbual
dengan guru-guru yang mengajar AirinSetelah diteliti semua maklumay tang diperoleh, kaunselor
memastikan bahawa Airin mempunyai masalah disleksiaSelepas beberapa hari, Airin telah dipanggil ke bilik kaunseling

Kaunselor : Masuk lah Airin, jemput lah duduk.


Airin : ( Masuk dan duduk pada kerusi berhadapan kaunselor. )
Kaunselor : Apa khabar Airin ? Sihat ke ? Waah cikgu perasan awak
Nampak berseri lah hari ni.
Airin : Takde lah cikgu, saya biasa je camni
-

Kaunselor mendapat panggilanMuzik sedang bermain di latar belakangKaunselor mendapati Airinkelihatan gembira mendengar dan
cuba menyanyi lagu yang dimainkan di radio-

Kaunselor : Pada masa lapang apa Airin suka buat ? Airin minat apa ?
Airin : Saya suka dengar muzik dan baca buku cerita.
Kaunselor : Ye ke kamu suka dengar muzik jenis apa? Siapa
penyanyi kegemaran awak ?
Airin : Saya suka Najwa Latif
Kaunselor : Oh ye ke hmmm baguslah tu Cikgu pun suka dengar
lagu Najwa.Nah cikgu nak bagi kamu sesuatu ( Kaunselor
menghulurkan buku nota kecil )
Airin : Terima kasih cikgu
Pada akhir sesi kaunseling ini, kaunselor dapat mendapati bahawa Airin
lebih cenderung ke arah muzik. Kaunselor dapati bahawa terapi muzik
mungkin dapat membantu Airin keluar daripada masalahyang sedang
dihadapi olehnya.

2 hari selepas itu


Airin menuju ke bilik kaunseling, kaunselor sedang memainkan muzik
pada radio, kemudian Airin mengetuk pintu. Kaunselor menjemput Airin
masuk ke dalam bilik kaunseling. Airin pandang sekeliling.
Kaunselor : (menghentikan lagu) Airin sihat ?
Airin : ( Tunduk dan diam )
Kaunselor : Airin sudah makan ?
Airin : ( Angguk kepala )
Kaunselor : Ok Airin, hari ni cikgu nak kamu bertenang kita berbual-bual
sambil mendengar lagu.
Airin : (mengangguk kepala)
Kaunselor tinggalkan Airin di bilik kaunseling untuk memberi masa
kepadanya untuk menyelami diri. Muzik jazz dimainkan. Selepas
beberapa minit, kaunselor kembali ke bilik dan mendapati air mata Airin
berlinangan.
Kaunselor : Airin mengapa kamu menangis ni ? Cuba awak cerita
dengan cikgu, awak ada masalah ke ?
Airin : Takde apa-apa cikgu .. sebenarnya saya berasa sangat
sedih. Tiada sesiapa yang memahami saya. Semua orang tidak suka
pada saya. Ibu bapa saya pun tidak faham perasaan saya.
Kaunselor : Oh begitu, Cikgu faham perasaan awak. Saya pasti ibu dan
bapa awak tak menyalahkan awak dengan sengaja. Merekahanya
bimbang akan pelajaran kamu sahaja.
Airin : Sebenarnya cikgu saya berasa amat sedih kerana kawan-kawan
selalu meminggirkan saya. Saya keseorangan. Saya dibuli oleh kawankawan saya kerana lemah dalam pelajaran. Bukannya saya tak nak
belajar cikgu, Cuma saya tidak boleh focus dan tak faham apa yang
saya belajar. Saya pernah ceritakan masalah saya kepada ayah, tetapi
ayah kata saya cuma beri alasan kerana tidak mahu belajar.Ibu faham
masalah saya dan selalu tolong saya menyiapkan kerja rumah tetapi ibu
sibuk menjaga adik-adik. Saya tak nak kacau ibu.
Kaunselor : Takpe Airin, awak cuba rehatkan diri dan pejam mata.
(Kaunselor menguatkan sedikit lagu pada radio)
- Selepas beberapa minit kaunselor kembali ke bilik kaunseling dan
memperlahankan muzik
Kaunselor : Baiklah Airin jangan buka mata awak dulu, sekarang cikgu
nak awak imbas kembali kenangan semasa awak masih kecil. Cuba
ingat masa-masa ibu bapa Airin menjaga kamu dengan penuh kasih
sayang. Airin jangan susah hati kerana ibu bapa dan guru-guru marah
pada kamu .Kami semua hanya bimbang akan pelajaran Airin. Airin
sebenarnya seorang yang sangat pandai. Jangan fikir yang bukanbukan. Kalau kamu ada apa-apa masalah kamu boleh beritahu kepada
saya. Cikgu akan tolong kamu sebaik mungkin.
-

Airin diberi beberapa minit berseorangan

Kaunselor : Airin macam mane perasaan awak sekarang ? Rasa lega


tak ?
Airin : ok cikgu saya berasa lega sedikit. Terima kasih cikgu kerana sudi
mendengar perasaan saya.

Terapi muzik untuk Airin akan diulangi sehingga perasaan Airin betulbetul stabil. Kaunselor bertemu dengan guru kelas Airin dan
menceritakan masalah yang dihadapi olehnya. Ibu bapa Airin juga telah
ditemui oleh kaunselor. Mereka telah diberi penjelasan tentang masalah
disleksia yang dihadapi oleh Airin. Ibu bapa Airin mula memahami
dengan lebih baik perasaan dan masalah yang dihadapi olehnya. Airin
berasa lebih yakin dan gembira untuk kembali ke sekolah.

You might also like