You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) LESTARI OPSYEN BAHASA MELAYU (SJKT) Kali Pertama Bil (1)

/ 2014

Tarikh Tempat Masa

: 19 Januari 2014 : Bilik Kuliah C4 : 12.15 Tengah hari

KEHADIRAN 1. Nur Maisarah Binti Ahmad Khair (Pengerusi) 2. Nor Amira Binti Tayabu (Naib Pengerusi) 3. Yuvarani A/P Subramaniam (Setiausaha) 4. Nor Ezatul Azhanafiza Binti Ahmad Baharuddin (Naib Setiausaha) 5. Shatyawathi A/P Somasundharam (Bendahari) 6. Mona Anak Pengabang (Naib Bendahari) 7. Aznizan Binti Aziz 8. Julianah Binti Ahmad 9. Khairunnisa Binti Bolhassan 10. Lorshini A/P Gunenthiran 11. Marasilinda Binti Omar 12. Mazlinda Amira Binti Mohamad 13. Muhamad Faiz Bin Md Nayan 14. Noor Hannisa Binti Mohd Halimi 15. Nor Fatin Binti Mansor 16. Nur Izzati Binti Mohamed Rifin 17. Nur Suaidah Binti Alias 18. Nurain Syamimi Binti Noor Azlan 19. Nurfarhana Binti Khairuddin

20. Nurul Afifah Binti Rahim 21. Pugelentheran A/L Paremasamy 22. Siti Nor Atiekah Binti Kamarudin 23. Syahmi Afif Syahir Bin Abdul Rani 24. Thompson Anak Juna 25. Wan Nor Arifah Nabilah Binti Wan Mustaffa

AGENDA 1. UCAPAN BEKAS PENGERUSI (NOR FATIN BINTI MANSOR)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. (Semua Ahli Jawatankuasa)

1.2 Bekas pengerusi Lestari mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan oleh guru pelatih BM SJKT. 1.3 Pelantikan Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2014 diadakan secara undian. (Semua Ahli Jawatankuasa)

1.4 Pengerusi bagi tahun 2014 memberikan ucapan di hadapan kelas. (Pengerusi) 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit mesyuarat yang diadakan pada 19 Januari 2014 telah disahkan tanpa sebarang pindaan. 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada

4. PERBICANGAN PERKARA-PERKARA BAHARU 4.1 Mesyuarat mencadangkan beberapa cadangan sebagai menyahut seruan Jabatan Pengajian Melayu (JPM) untuk melestarikan bilik kuliah C4. Antara cadangan adalah:

4.1.1

Membersih dan mengemas bilik kuliah mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan oleh AJK Keceriaan kelas.

4.1.2

Penyediaan tong sampah, penyapu, penyedok sampah, plastik sampah dan lain-lain alatan yang perlu untuk menceriakan bilik kuliah.

4.1.3

Papan kenyataan haruslah diletakkan dengan maklumat-maklumat terkini dan maklumat yang lama perlu dibuang.

4.1.4

Setiap guru pelatih kelas BM SJKT diminta untuk menjaga kebersihan tempat duduk masing-masing di dalam kelas seperti penyusunan kerusi dan meja.

5. PENANGGUHAN MESYUARAT 5.1 Pengerusi memberitahu tarikh mesyuarat akan datang bakal diadakan. 5.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru pelatih kelas BM SJKT kerana telah menyumbangkan idea untuk melestarikan bilik kuliah C4. 5.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1 petang dengan lafaz Surah Al-Asr.

Dilaporkan oleh (Yuvarani A/P Subramaniam) Setiausaha Program IPG Lestari Bahasa Melayu (SJKT)

Disemak dan disahkan oleh .. (Nur Maisarah Binti Ahmad Khair) Pengerusi Program IPG Lestari Bahasa Melayu (SJKT)

You might also like