You are on page 1of 14

HMT 223

KATEGORI LEKSIKAL DAN


KATEGORI BUKAN LEKSIKAL
7 November 2017
DK I
APAKAH YANG DIUNGKAPKAN
OLEH KATEGORI LEKSIKAL
• Kata yang tergolong dalam kategori leksikal ialah:
• Kata nama
• Kata kerja
• Kata adjektif
• Kata adverba

• Kata dalam kategori ini mempunyai makna padanya.

• Ini bermaksud kategori leksikal mengungkapkan maklumat semantik.


APAKAH MAKLUMAT SEMANTIK ?
• Kata nama : kata yang merujuk kepada orang, benda, dan boleh berfungsi sebagai subjek
dan predikat dalam ayat.

• Kata kerja : terdiri daripada kata kerja leksikal dan kata kerja bantu. Kata kerja leksikal
mempunyai makna rujukan. Kata kerja leksikal juga boleh dibahagikan kepada:
(i) Kata kerja perbuatan
(ii) Kata kerja keadaan

• Kata kerja perbuatan: Kata kerja yang menunjukkan adanya pergerakan.

• Kata kerja keadaan: kata kerja yang tidak menunjukkan sebarang pergerakan.

• Kata kerja lazimnya berfungsi sebagai predikat.


KATA ADJEKTIF
• Kata yang memberi perincian kepada sifat kata nama atau dengan kata lain menjadi
penerang kata nama.

• Kata sifat berfungsi sebagai predikat ayat.


APAKAH YANG DIUNGKAPKAN
OLEH KATEGORI BUKAN-
LEKSIKAL
• Kata yang tergolong dalam kategori bukan-leksikal:
• Kata determiner
• Kata preposisi
• Kata bantu
• Kata penguat
• Kata bilangan
• Kata komplimentizer

• Tidak mempunyai makna tetapi mengungkapkan maklumat nahuan. Maklumat nahuan ini
boleh diungkapkan oleh :
• Kata selapis
• Kata yang mengalami proses morfologi
APAKAH MAKLUMAT NAHUAN?
MAKLUMAT NAHUAN KATA NAMA
1. Maklumat bilangan

• Diungkapkan oleh kata bilangan.


• Misalnya, dua (orang), sepuluh, dua-dua.
• Ada afiks yang menungkapkan maklumat nahuan iaitu setiap, sebuah, seorang, berjuta,
belasan, peratusan
2. Maklumat sifat tentu.

• Diungkapkan oleh kata determiner: itu, ini.


• Adakah mempunyai proses morfologi yang mengungkapkan sifat tentu.
3. Gender

Adakah BM mempunyai penanda gender?


• BM tidak mementingkan gender dalam peraturan nahu.
• Kelamin manusia merujuk kepada laki-laki atau perempuan.
• Untuk binatang atau tumbuh-tumbuhan menggunakan perkataan jantina atau betina.
• ayam jantan, pongsu jantan, ketupat jantan
4. Milik

• Diungkapkan oleh klitik –nya.


• Boleh berfungsi sebagai KGND orang ketiga
• Bekas isterinya bekerja di Kuala Lumpur.
• Berfungsi kata preposisi penentu:
• Sekarang tiba waktunya
• Berfungsi sebagai adverbial.
• Agaknya hari hujan.
MAKLUMAT NAHUAN KATA KERJA
1. Kala dan aspek

• Maklumat aspek merujuk kepada proses perbuatan atau keadaan sama ada belum, masih atau
selesai berlaku.
• Mengungkap maklumat aspek ialah kata bantu sudah, telah, pernah, akan, masih, tengah.
• Maklumat kala- merujuk hubungan kata kerja aspek dengan konsep waktu, iaitu waktu
perbuatan atau keadaan itu berlaku.
• Saya sudah makan nasi itu. (Maksudnya: Saya makan nasi pada waktu lampau)
2. Maklumat ragam

• Memberi maklumat tentang ciri “suasana” kepada perbuatan atau keadaan.

• Kehendak: mahu, hendak


• Keupayaan: boleh dapat
• Keperluan: perlu
• Kebarangkalian: mungkin
3. Nafian
• Memberi maklumat menidak atau meniadakan sesuatu.
• Diungkapkan oleh kata nafi sama ada nafi perintah atau nafi bukan perintah.
• Nafi perintah: usah, jangan, tak usah.
• Nafi bukan perintah: tidak, tak, bukan.
5. Keserasian subjek & predikat

Dia sejiran dengan saya


*Dia sejiran dengan kami.
Kami jiran sekampung

Kata kerja dengan se- memerlukan subjek jamak.


MAKLUMAT NAHUAN KATA
ADJEKTIF
• Memberi maklumat darjah persamaan
• Kata penguat darjah ekuatif –se,

• Memberi maklumat darjah perbandingan


• Kata penguat darjah komparatif- lebih / kurang

• Memberi makumat darjah penghabisan


• Kata penguat superlatif –paling, sekali, ter-

• Memberi maklumat darjah kesangatan


• Kata penguat darjah kesangatan- sangat, amat

You might also like