You are on page 1of 247

HBEF3103

Prinsip Teknologi Pengajaran


HBEF3103
PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN
Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali
Prof Madya Dr Ramlah Hamzah
Dr Rosini Abu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil
Prof Dr Widad Othman
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali


Prof Madya Dr Ramlah Hamzah
Dr Rosini Abu
Universiti Putra Malaysia

Penyederhana: Prof Madya Dr Alias Mohd. Yatim


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc Sdn Bhd


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Januari 2005


Edisi Kedua, September 2006
Edisi Ketiga, Februari 2011
Edisi Keempat, Ogos 2013
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2013, HBEF3103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi-xvi

Topik 1 Pengenalan Teknologi Pengajaran 1


1.1 Konsep Teknologi 2
1.2 Konsep Pengajaran 5
1.3 Konsep Teknologi Pengajaran 8
1.3.1 Definisi Teknologi Pengajaran dalam Konteks 10
Tempatan
1.3.2 Trend Terkini dalam Konsep Teknologi Pengajaran 11
1.4 Definisi Teknologi Pengajaran mengikut AECT 1977 13
1.4.1 Fungsi Pengembangan Pengajaran 14
1.4.2 Fungsi Sumber Pembelajaran 17
1.4.3 Fungsi Pengurusan Pengajaran 18
1.5 Definisi Teknologi Pengajaran Mengikut AECT 1994 19
1.5.1 Tafsiran Teknologi Pengajaran Mengikut AECT 1994 20
1.5.2 Domain Teknologi Pengajaran Mengikut AECT 1994 22
1.6 Peranan Teknologi Pengajaran 23
Rumusan 25
Kata Kunci 26
Ujian 1 26
Ujian 2 26

Topik 2 Reka Bentuk Pengajaran 27


2.1 Konsep Reka Bentuk Pengajaran 28
2.2 Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran 30
2.3 Model ASSURE 30
2.3.1 Analisis Pelajar 31
2.3.2 Nyatakan Objektif 32
2.3.3 Pilih Kaedah, Media dan Bahan 32
2.3.4 Gunakan Media dan Bahan 34
2.3.5 Libatkan Pelajar 34
2.3.6 Nilai dan Semak 34
2.3.7 Menilai Kaedah dan Media 35
Rumusan 36
Kata Kunci 36
Ujian 1 37
Ujian 2 37

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Media Pengajaran 38


3.1 Konsep Media dan Media Pengajaran 39
3.1.1 Media Pengajaran 40
3.2 Fungsi Media Pengajaran 42
3.2.1 Kelebihan Media Pengajaran 42
3.2.2 Fungsi Media Pengajaran dalam Pengajaran 43
3.3 Pengkelasan Media Pengajaran 46
3.4 Pemilihan Media Pengajaran 50
3.4.1 Faktor Objektif 52
3.4.2 Faktor Pelajar 54
3.4.3 Faktor Kaedah 57
3.4.4 Faktor Praktikal 57
3.5 Penyediaan Media Pengajaran 58
Rumusan 60
Kata Kunci 61
Ujian 1 61
Ujian 2 61

Topik 4 Reka Bentuk Visual 62


4.1 Konsep dan Fungsi Visual 63
4.2 Elemen Reka Bentuk Visual 64
4.2.1 Ruang 65
4.2.2 Garisan 66
4.2.3 Permukaan 68
4.2.4 Bentuk Dua Dimensi 68
4.2.5 Bentuk Tiga Dimensi 69
4.3 Prinsip Reka Bentuk Visual 70
4.3.1 Simplisiti 70
4.3.2 Dominan 71
4.3.3 Pola 72
4.3.4 Seimbang 73
4.3.5 Variasi 75
4.3.6 Harmoni 76
4.4 Warna 77
4.4.1 Pemilihan Warna 79
4.5 Huruf 82
4.5.1 Stail Huruf 83
4.5.2 Bilangan Stail Huruf 84
4.5.3 Huruf Besar dan Huruf Kecil 84
4.5.4 Warna Huruf 85
4.5.5 Saiz Huruf 85
4.5.6 Jarak antara Huruf 85
4.5.7 Jarak antara Baris 86

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Rumusan 86
Kata Kunci 86
Ujian 1 87
Ujian 2 87

Topik 5 Pengajaran yang Berkesan 88


5.1 Guru yang Berkesan 88
5.1.1 Ciri-ciri Guru yang Berkesan 89
5.2 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran 90
5.3 Kurikulum Sekolah 91
5.4 Perlaksanaan Kurikulum 92
5.4.1 Sukatan Pelajaran 93
5.4.2 Perancangan Pengajaran 93
5.5 Persediaan Mengajar 95
5.5.1 Komponen Persediaan Mengajar - Persediaan 96
5.5.2 Komponen Persediaan Mengajar - Penyampaian 101
5.5.3 Komponen Persediaan Mengajar - Penutup 106
Rumusan 108
Kata Kunci 108
Ujian 1 109
Ujian 2 109

Topik 6 Objektif, Strategi dan Kaedah Pengajaran 110


6.1 Kepentingan objektif Pengajaran 111
6.1.1 Mengapakah Objektif itu Penting? 111
6.2 Komponen Objektif Pengajaran 112
6.2.1 Apakah Elemen yang Perlu Ada dalam Sesuatu 113
Objektif Pengajaran yang Lengkap?
6.2.2 Bagaimana Menulis Objektif? 114
6.3 Domain Objektif Pengajaran 114
6.3.1 Domain Kognitif 115
6.3.2 Domain Psikomotor 119
6.3.3 Domain Afektif 122
6.4 Strategi dan Kaedah Pengajaran 126
6.5 Kaedah Pengajaran 127
6.5.1 Kuliah 128
6.5.2 Perbincangan 129
6.5.3 Demonstrasi 131
6.5.4 Sumbangsaran 132
6.5.5 Main Peranan 133
6.5.6 Lawatan Luar 133
6.5.7 Inkuiri 134

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

6.6 Penyoalan 135


6.6.1 Pengetahuan 135
6.6.2 Pemahaman 136
6.6.3 Aplikasi 136
6.6.4 Analisis 136
6.6.5 Sintesis 137
6.6.6 Penilaian 137
6.7 Pemilihan Kaedah Mengajar 138
Rumusan 139
Kata Kunci 140
Ujian 1 140
Ujian 2 140

Topik 7 Pengurusan Bilik Darjah 141


7.1 Apakah Pengurusan Bilik Darjah? 142
7.1.1 Pengajaran dan Pengurusan 144
7.2 Pembentukan dan Pengurusan Persekitaran Pembelajaran 145
7.2.1 Apakah Perkara Utama untuk Mendapatkan 145
Susunan Bilik Darjah yang Baik?
7.3 Pembentukan Peraturan 147
7.3.1 Merancang Peraturan 147
7.3.2 Ganjaran dan Hukuman 148
7.4 Pengurusan Tingkah Laku Pelajar 149
7.4.1 Memantau Perlakuan Pelajar 150
7.4.2 Ketekalan 151
7.4.3 Pengurusan Segera Kepada Tingkah Laku Negatif 152
Rumusan 154
Kata Kunci 154
Ujian 1 154
Ujian 2 154

Topik 8 Kemahiran Berfikir 155


8.1 Konsep dan Definisi Pemikiran 156
8.2 Konsep Kemahiran Berfikir 159
8.3 Kepentingan Kemahiran Berfikir 162
8.4 Penggalak dan Halangan kepada Kemahiran Berfikir 164
8.4.1 Penggalak kepada Kemahiran Berfikir 164
8.4.2 Halangan kepada Kemahiran Berfikir 165
8.5 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir 167
8.5.1 Kemahiran Berfikir Kritis 167
8.5.2 Kemahiran Berfikir Kreatif 174

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Rumusan 178
Kata Kunci 179
Ujian 1 179
Ujian 2 179

Topik 9 Kemahiran Menyelesaikan Masalah & Membuat Keputusan 180


9.1 Definisi Penyelesaian Masalah 181
9.1.1 Bentuk Masalah 182
9.2 Langkah Penyelesaian Masalah 183
9.3 Definisi Membuat Keputusan 188
9.4 Langkah Membuat Keputusan 190
Rumusan 195
Kata Kunci 195
Ujian 1 196
Ujian 2 196

Topik 10 Alat Berfikir 197


10.1 Peta Minda 198
10.2 Pengurusan Grafik 201
10.3 CoRT I 204
10.4 Soalan dan Penyoalan 209
10.4.1 Jenis-jenis Soalan 209
Rumusan 215
Kata Kunci 215
Ujian 1 215
Ujian 2 215

Jawapan 216

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
DESKRIPSI PANDUAN KURSUS
Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran adalah salah satu kursus yang
ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia
(OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh
masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Semua pelajar jurusan pendidikan perlu memahami secara umum ilmu teknologi
pengajaran kerana ia merupakan asas dalam menghasilkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Ia akan membantu anda merancang dan
melaksanakan pengajaran yang mengambil kira segala aspek pedagogi.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran

Membaca bahan pembelajaran dan menyiapkan aktiviti latihan 60

Menghadiri sesi tutorial (5 kali) 10


Capaian laman web 10
Menyiapkan tugasan 12
Ulang kaji 15
Klinik Peperiksaan
20
 Hanya untuk kursus yang memerlukan
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Pada akhir kursus ini, anda akan didedahkan kepada:

1. Bidang teknologi pengajaran dan aspek yang terkandung di dalamnya


secara lebih khusus;

2. Perancangan pengajaran, objektif pengajaran, strategi dan kaedah


pengajaran serta pengurusan bilik darjah; dan

3. Konsep pemikiran dan kemahiran berfikir, alat-alat berfikir, jenis-jenis


kemahiran berfikir dan kemahiran penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti berikut:

Topik 1 memberi gambaran kepada ilmu teknologi pengajaran secara umumnya


dan memperincikan beberapa aspek utama bidang ini seperti konsep teknologi,
konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, domain teknologi pengajaran,
definisi dan tafsiran teknologi pengajaran yang berkesan, fungsi, sumber dan
pengurusan pengajaran dan peranan teknologi pengajaran. Jadi, topik ini
membincangkan semua aspek domain teknologi pengajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 2 memperincikan lagi konsep teknologi pengajaran dengan memaparkan


konsep dan reka bentuk pengajaran. Satu model utama, iaitu ASSURE
diperincikan, memandangkan kesesuaiannya dalam konteks pengajaran di bilik
darjah. Antara perkara yang dimuatkan dalam topik ini termasuk peranan media
pengajaran, juga salah satu domain utama dalam teknologi pengajaran.

Topik 3 mengetengahkan konsep media dan media pengajaran, juga salah satu
domain utama dalam teknologi pengajaran. Kedua-dua domain ini diperincikan
agar ia tidak disamakan dengan konsep teknologi pengajaran. Aspek
pengkelasan, kelebihan, fungsi, pemilihan dan penyediaan media pengajaran
turut dibincangkan. Dimuatkan juga faktor-faktor objektif, pelajar, kaedah dan
praktikal. Penyediaan media pengajaran juga dibincangkan dalam topik ini.

Topik 4 memperkecilkan lagi skop perbincangan media pengajaran kepada


aspek penghasilan. Perbincangan difokuskan kepada elemen dan prinsip reka
bentuk visual memandangkan kebanyakan media mengandungi atribut visual.
Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan dengan konsep-konsep yang penting
yang perlu dikuasai bagi menghasilkan media pengajaran bervisual yang
berkualiti.

Topik 5 membincangkan ciri-ciri guru yang berkesan, prinsip pembelajaran dan


pengajaran, kurikulum sekolah dan pelaksanaannya, sukatan pelajaran dan
kaitannya dengan kurikulum. Di samping itu, perbincangan juga tertumpu
kepada rancangan pengajaran dan persediaan mengajar.

Topik 6 merupakan perincian tentang objektif pengajaran. Perbincangan topik ini


dimulakan dengan kepentingan objektif pengajaran, diikuti dengan komponen-
komponen objektif pengajaran dan domain-domain dalam objektif pengajaran.
Kaedah-kaedah pengajaran juga disentuh, antaranya kaedah kuliah,
perbincangan, demonstrasi, main peranan, lawatan luar dan inkuiri.

Topik 7 membincangkan tentang pengurusan bilik darjah dan pengurusan


tentang konsep bilik darjah diperjelaskan. Aspek tentang bagaimana membentuk
dan mengurus persekitaran pengajaran juga dibincangkan. Ia diikuti pula
dengan penerangan tentang pembentukan peraturan dan pengurusan tingkah
laku pelajar.

Topik 8 menerangkan konsep dan definisi dalam kemahiran berfikir. Aspek yang
dirangkumi dalam topik ini termasuk konsep dan definisi pemikiran dan
kemahiran berfikir, model kemahiran berfikir yang dibentuk oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, kepentingan kemahiran berfikir dan perihal yang boleh
menggalak atau menghalang kewujudan kemahiran berfikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 9 membincangkan tentang kemahiran penyelesaian masalah dan membuat


keputusan. Subjek yang ditekankan dalam topik ini termasuk definisi kemahiran
penyelesaian masalah dan membuat keputusan dan langkah-langkah
penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Untuk memahirkan diri dalam
multimedia, pelajar diminta menjalankan projek multimedia.

Topik 10 membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan alat berfikir


seperti peta minda, alat grafik, soalan dan penyoalan. Alat-alat CoRT
dibincangkan secara mendalam. Penerangan tentang alat berfikir ini
merangkumi aspek maksud alat-alat tersebut, fungsinya dan cara
pelaksanaannya.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan
dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan
kursus ini. Namun begitu, pengetahuan dan pengalaman tentang ilmu
pendidikan akan membantu anda memahami pelajaran ini dengan lebih mudah.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

BAHAN BACAAN
Buku teks yang dicadangkan bagi kursus ini ialah:

Clark, L. H. (1991). Secondary and middle school teaching methods. (6th ed).
Macmillan: New York.

John Arul Phillips (1997). Pengajaran kemahiran berfikir: Teori dan amalan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Heinich, Molenda, Russell & Smaldino. (1999). Instructional media and


technologies for learning. (6th ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Jonassen, D. H. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical


thinking. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Kellough, R. D., & Kellough, N.G. (1998). Secondary school teaching: A guide to
methods and resourses, planning for competence. Englewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (1997).


Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Roblyer, M.D., Edwards, J. & Havriluk, M.A. (1997). Integrating educational


technology into teaching. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Som Hj. Nor & Dahlan. (2000). Kemahiran berfikir: Kuala Lumpur. Longman.

Buku-buku lain yang dicadangkan:

Abdul Fatah Hasan. (1996). Kecemerlangan minda: Dalam pembelajaran


keseluruhan otak dan daya berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Joyce, B. R. (2000). Models of teaching. (6th ed). Boston: Allyn and Bacon.

Rosini Abu dan Rohani Ahmad Tarmizi. (2001). Modul kemahiran berfikir Unit 2
dan 3. Pendidikan Jarak Jauh IDEAL, UPM.

Yusuf Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

Wan Zah Wan Ali. (2000). Memahami pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Pengenalan
Teknologi
1 Pengajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep teknologi, pengajaran dan teknologi
pengajaran;
2. Membezakan antara definisi teknologi pengajaran yang wujud
pada masa kini dengan yang sedang digubal;
3. Menghuraikan inti pati konsep teknologi pengajaran;
4. Mengenal pasti domain teknologi pengajaran mengikut AECT 1977
dan 1994 serta fungsi-fungsinya;
5. Membincangkan bagaimana masalah pembelajaran dapat diatasi
berdasarkan kefahaman terhadap domain teknologi pengajaran;
dan
6. Menerangkan peranan teknologi pengajaran.

 PENGENALAN
Pada pemerhatian umum, konsep teknologi pengajaran sering disalahertikan.
Apabila diminta mentafsir istilah teknologi pengajaran kebanyakan orang akan
menyebut tentang penggunaan alatan seperti komputer, televisyen, video, CD-
ROM, projektor overhead dan slaid dalam pengajaran. Kekeliruan ini mungkin
berpunca daripada pelbagai sebab. Namun kekeliruan itu jelas bersangkut-paut
dengan kefahaman tentang teori yang mendasari konsep teknologi pengajaran.
Kefahaman yang tidak jelas hanya akan mengecilkan skop dan peranan yang
dimainkan oleh teknologi pengajaran.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
2  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Maka, dalam topik ini kita akan berbincang tentang konsep, teori dan peranan
teknologi yang sebenar. Perbincangan akan dimulakan dengan meneliti erti
konsep teknologi, konsep pengajaran dan akhirnya konsep teknologi pengajaran.
Beberapa konsep akan dikemukakan dengan tujuan agar anda dapat melihat
perubahan dan trend dalam bidang ini.

Konsep teknologi pengajaran akan diperincikan dengan memaparkan bagaimana


konsep ini direalisasikan. Justeru, adalah penting untuk kita mengenal pasti
domain yang terkandung dalam konsep ini dan bagaimana ia berinteraksi.
Untuk itu, adalah lebih baik diperkenalkan domain yang terkandung dalam
definisi Association for Educational Communication and Technology (AECT)
(1977) terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat melihat perubahan yang
berlaku dalam domain yang berasaskan definisi AECT (1994). Kefahaman ini
penting agar kita berupaya melihat konsep teknologi pengajaran sebagai satu
konsep yang rasional dan realistik, yakni ia tidak tinggal sebagai satu definisi
yang hanya cantik secara lisan, tetapi setiap yang diperkatakan adalah sesuai
dan boleh diamalkan.

AECT adalah merupakan sebuah persatuan profesional yang dianggotai oleh


pengajar dan mereka yang terlibat secara aktif dan langsung dalam
pembentukan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dengan
menggunakan teknologi. AECT telah ditubuhkan pada tahun 1923 di Amerika
Syarikat dan kini berada di Bloomington, Indiana.

1.1 KONSEP TEKNOLOGI

AKTIVITI 1.1

Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?

Teknologi mempunyai pelbagai makna. Makna teknologi yang biasa kita dengar
ialah mesin atau lain-lain produk yang terhasil daripada ilmu sains moden.
Mesin atau alat-alat ini diperlukan oleh manusia untuk memastikan kehidupan
yang selesa dan bahagia. Bagaimanapun, tafsiran seperti ini dianggap amat
sempit. Ia merupakan satu generalisasi jika teknologi ditafsirkan sama seperti
mesin atau peralatan semata-mata. Ini kerana maksud teknologi merangkumi
lebih daripada perkara-perkara tersebut.

Jadi apakah makna teknologi yang lebih wajar bagi manusia? Perkataan
teknologi berasal daripada bahasa Yunani, „techne‰ yang bermakna kemahiran.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  3

Berdasarkan erti asal perkataan Yunani ini, maka wajarlah jika Galbraith (1967)
mendefinisikan teknologi sebagai:

Aplikasi ilmu saintifik dan ilmu yang teratur secara sistematik kepada
tugasan praktik.
(...the systematic application of scientific knowledge and other organised
knowledge to practical tasks.)
(Galbraith, 1967)

Ertinya, kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan


pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu
amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Mari kita teliti istilah
ini dengan lebih lanjut.

Pengetahuan saintifik ialah sebarang himpunan pengetahuan atau ilmu yang


telah diuji dan dapat dinyatakan dalam bentuk satu set prinsip am. Misalnya,
„air yang dimasak hingga menggelegak didapati dapat membunuh kebanyakan
kuman yang memudaratkan kesihatan manusia‰. Satu lagi contoh ialah
„pembelajaran perlu dimulakan daripada pengalaman konkrit kepada abstrak‰.
Andainya kita laksanakan prinsip ini, bermakna kita telah menggunakan
pengetahuan saintifik.

Pengetahuan lain yang tersusun (other organised knowledge) adalah juga


pengetahuan yang berguna kepada manusia. Masih banyak pengetahuan yang
tidak terbukti secara saintifik tetapi menjadi amalan kita kerana ia diterima
berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia. Contohnya, penggunaan
herba dan serangga dalam perubatan.

Namun, penggunaan pengetahuan semata-mata belum boleh diklasifikasikan


sebagai satu teknologi kerana syarat untuk digelarkan sesuatu amalan itu
berteknologi terletak kepada aspek penggunaannya secara sistematik lagi
praktikal. Dalam hal ini, jika dirujuk kembali kepada memasak air, maka aspek
yang dilihat mungkin tentang kebersihan bekas memasak air, dapur memasak
yang selamat dan jangka masa untuk air menggelegak. Andainya kesemua aspek
ini dipenuhi dan memberi keselesaan (berkesan dan cekap) kepada pengguna
(diri kita), maka baharulah dapat dikatakan itu satu teknologi.

Maka, jelaslah bahawa teknologi (seperti dalam hal memasak air), bukan alat
semata-mata perkara yang dititikberatkan. Ia sesungguhnya adalah juga satu
proses, satu kaedah dan satu idea. Heinich, Molenda dan Rusell (1969)
menyokong pandangan ini dengan tafsiran teknologi seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses


dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea,
manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak
pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan
awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori,
pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang
terpenting. Alat pula merupakan „pemangkin‰ ke arah mencapai kejayaan.

Terdapat satu lagi tafsiran tentang teknologi oleh Evans dan Nation (2000) yang
secara terang-terangan menolak konsep alat sebagai teknologi. Ia dinyatakan
seperti berikut:

Teknologi bukanlah suatu alatan ă ianya adalah suatu seni atau sains
tentang penggunaan alatan untuk sesuatu tujuan.
(Technology is not a tool ă it is an art or science of how to use a tool for a
purpose.)
(Evans dan Nation, 2000, hlm.2)

Di sini, amat jelas ditegaskan bahawa teknologi adalah bagaimana kita


menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan. Penggunaan itu pula
bukan dilihat daripada sudut sains semata-mata, tetapi juga seni. Jadi, jika papan
hitam atau papan tulis yang usang di bilik darjah dicantikkan rupanya dan
digunakan hingga membangkitkan kefahaman dalam pembelajaran, maka itulah
teknologi. Akan tetapi jika papan tulis itu terbiar dan tidak pernah dicari jalan
untuk mengoptimumkan penggunaannya, maka tinggallah ia sebagai alat yang
usang.

AKTIVITI 1.2

Cuba renungkan kembali, apakah pengetahuan saintifik yang telah


anda gunakan dalam pengajaran anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  5

1.2 KONSEP PENGAJARAN

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah itu pengajaran?

Melalui kajian Wan Zah Wan Ali (2000) terhadap sekumpulan guru pelatih di
kampus Universiti Putra Malaysia, pengajaran didapati mempunyai banyak erti
dan ia boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:
(a) Menyampaikan maklumat;
(b) Memindahkan maklumat;
(c) Mendorong pembelajaran; dan
(d) Membina manusia yang lebih baik.

Didapati 32% pelajar dalam kajian ini mentafsirkan pengajaran dalam kategori
menyampaikan dan memindahkan maklumat. Ertinya, pengajaran tertumpu
kepada guru. Guru bertanggungjawab menyampaikan dan memindahkan segala
maklumat ke dalam minda pelajar. Maka pelajar merupakan unsur yang pasif,
sekadar menerima sahaja apa yang diberikan.

Didapati 68% pelajar memilih dua kategori terakhir. Pengajaran difahami sebagai
proses dua hala, perkongsian antara pelajar dan guru bagi memahami segala
macam pengetahuan yang diperlukan bagi pembinaan manusia sebenar. Konsep
pengajaran serupa inilah yang harus menjadi pegangan setiap guru.

Dakwaan ini adalah berasaskan kepada tafsiran kebanyakan penyelidik di dalam


bidang ini (Ramsden, 1993; Trigwel, Prosser & Lyons, 1997). Mereka memahami
pengajaran sebagai:

Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan


berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal
pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil
tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks
pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran
yang diikuti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

SEMAK KENDIRI 1.2

Apakah yang dimaksudkan dengan „proses bekerja bersama pelajar‰


hingga membantu mereka berkebolehan untuk „belajar‰?

Teliti tafsiran ini:

Pertama, pengajaran adalah proses yang memerlukan guru dan pelajar bekerja
bersama, bukan satu pihak sahaja.

Kedua, usaha yang ditumpukan dalam kerjasama ini dijuruskan ke arah satu
tujuan, iaitu membantu pelajar belajar. Apakah belajar yang dimaksudkan di
sini? Menurut Ramsden (1988), belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya
merupakan:

Satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan


persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep
sesuatu bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam
kelas dalam menyelesaikan masalah di luar kelas. Ertinya pembelajaran itu
berguna bagi mentafsir dunia yang kita diami ini. Pembelajaran yang sebenar
dapat mengubah kefahaman seseorang mengenai sesuatu.

Tafsiran di atas jelas menegaskan bahawa belajar itu bukan usaha


mengembangkan minda dengan mengutip segala maklumat tanpa berfikir.
Belajar menjadi bermakna apabila wujudnya perubahan dalam cara berfikir atau
melihat. Pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila ilmu dapat diaplikasikan
hingga menimbulkan rasa puas di jiwa dan apabila dunia ini semakin difahami
hingga kehidupan menjadi lebih bererti. Untuk tujuan itu, pelajar perlu
dibimbing untuk berfikir dan berusaha mencari pengertian terhadap setiap
perkara yang dipelajari. Pengertian ini memungkinkan penggunaan dan
pencetusan ilmu yang memberi kesejahteraan manusia sejagat.

Pendirian ini seiring dengan pandangan Pullias dan Young (1968), yang
menyatakan pengajaran itu keseluruhannya merupakan cara membimbing
murid untuk memperoleh sejumlah pengalaman yang cukup bermutu hingga
mampu sejauh mungkin menolong pembinaan kemungkinan-kemungkinan
sebagai manusia. Manusia boleh menjadi pemikir, pembangun dan pencari
penuh daya gerak jika mereka dibimbing dengan cinta dan kebenaran, bukan
dengan kebencian dan tengking herdik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  7

Menyentuh tentang manusia dan kefahaman, Oakeshott berkata:

„Nobody is born a human being. A human being is the inhabitant of a world


composed not of things, but of meaning.‰
Oakeshott

Ertinya: "Tiada siapa yang dilahirkan seorang manusia. Seorang manusia adalah
penduduk dunia yang tidak terdiri daripada benda material, tetapi makna. "

Pernyataan ini walaupun agak ekstrim tetapi itulah kenyataannya. Manusia


bukan sahaja terdiri daripada jasad tetapi minda. Jika seorang itu kosong
mindanya (tidak dapat memahami apa yang ada di sekitarnya) dia bukanlah
manusia dalam erti kata sebenar. Misalnya, seseorang yang membuang sampah
di merata-rata kerana tidak faham atau sengaja tidak faham kesannya, maka
mereka boleh dianggap bukan manusia. Orang yang benar-benar memahami
tidak akan melakukan perkara seperti ini.

Sebagai rumusan, konsep pengajaran yang dikemukakan adalah untuk


melahirkan pembelajaran yang berkualiti. Apa yang menjadi inti pati konsep ini
ialah untuk membebaskan manusia daripada ikatan pandangan yang sempit dan
terbatas. Ini hanya dapat dicapai jika manusia didorong untuk mencari makna,
memahami dan melihat realiti kewujudan sesuatu benda.

Setelah mempelajari tentang konsep pengajaran, uji pemahaman anda dengan


mencuba latihan berikut. Selamat mencuba!

LATIHAN 1.1

Gariskan risiko yang mungkin terjadi jika pengajaran hanya tertumpu


kepada penyampaian maklumat semata-mata.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

1.3 KONSEP TEKNOLOGI PENGAJARAN

AKTIVITI 1.3

Pada fikiran anda, apakah yang ditakrifkan sebagai teknologi


pengajaran?

Terdapat dua perkara yang perlu dijelaskan dalam menerangkan maksud


teknologi pengajaran, iaitu:

(a) Kekeliruan dengan Teknologi Pendidikan


Sesetengah pakar dalam bidang ini beranggapan pendidikan merangkumi
skop yang lebih luas daripada pengajaran. Oleh itu, istilah teknologi
pengajaran adalah sub-set kepada pengajaran, manakala pengajaran pula
adalah sub-set kepada pendidikan. Jadi, jika labelnya „pengajaran‰ maka
skopnya hanyalah pengajaran dan bukan pendidikan. Lantas, dua istilah
ini berbeza maksudnya.

Sebahagian pakar yang lain pula mendapati istilah teknologi pengajaran


adalah lebih sesuai digunakan kerana bidang ini memang kurang memberi
penekanan terhadap soal-soal yang melibatkan segala aspek pendidikan,
tetapi lebih kepada soal-soal yang berhubung dengan pengajaran dan
pembelajaran. Justeru, soal sub-set tidak timbul kerana istilah teknologi
pengajaran telah jelas menunjukkan kedudukan bidang ini.

Terdapat juga mereka yang berpandangan bahawa teknologi pengajaran


dan teknologi pendidikan boleh digunakan secara bertukar ganti. Makna
dan matlamat yang tersirat dalam dua istilah ini adalah sama sahaja. Ini
adalah kerana matlamat pengajaran adalah seiring dengan matlamat
pendidikan, iaitu membina manusia yang bercirikan „manusia‰. Jadi,
sudah pasti pertikaian tentang istilah mana yang lebih sesuai, tidak
mendatangkan banyak faedah.

Di Malaysia dan di Eropah, istilah teknologi pendidikan lebih luas


digunakan daripada teknologi pengajaran, manakala di Amerika Syarikat
adalah sebaliknya. Dalam modul ini, istilah teknologi pendidikan akan
digunakan seerti dengan teknologi pengajaran.

(b) Konsep yang Tidak Statik


Hingga kini tidak ada pengertian yang mutlak bagi teknologi pengajaran.
Maksud dan istilah teknologi pengajaran sentiasa berubah menurut
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  9

perubahan zaman. Konsep yang dipaparkan di sini mungkin akan berubah


lagi pada masa akan datang. Apa yang pasti, untuk melahirkan perubahan
yang baru dan lebih bermakna ia memerlukan kefahaman yang mendalam
tentang konsep yang ada pada hari ini.

Secara umum, teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke


arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah
ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan
visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi membantu
guru dalam pengajaran di bilik darjah. Hal ini diperteguhkan lagi dengan
terbitnya definisi pertama teknologi pengajaran (yang dikenali sebagai
komunikasi audiovisual pada masa itu) yang dibuat oleh Department of
Audio Visual Instruction (DAVI ) pada tahun 1963 hinggalah definisi terkini
yang dikeluarkan oleh Association for Educational Communications and
Technology pada tahun 1994, yang diterjemahkan seperti berikut:

Komunikasi audiovisual merupakan cabang teori pendidikan dan amalan


berkaitan terutamanya dengan reka bentuk dan penggunaan mesej yang
mengawal proses pembelajaran. Ia menjalankan:

(a) Kajian keunikan dan kekuatan dan kelemahan relatif kedua-dua mesej
bergambar dan non-representational yang boleh digunakan dalam
proses pembelajaran bagi sebarang maksud; dan

(b) Penstrukturan dan pembangunan sistem mesej oleh manusia dan


instrumen dalam persekitaran pendidikan. Usaha ini termasuk
perancangan, pengeluaran, pemilihan, pengurusan dan penggunaan
kedua-dua komponen dan keseluruhan sistem pengajaran. Matlamat
praktikalnya adalah penggunaan cekap bagi setiap kaedah dan media
komunikasi yang boleh menyumbang kepada pembangunan potensi
pelajar dengan sepenuhnya.

(Ely, 1963, hlm.18-19)

Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan reka bentuk, pembangunan,


penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses dan sumber untuk
pembelajaran.

Apa yang membezakan dua definisi di atas ialah teori yang mempengaruhi
pembentukan definisi tersebut. Sebagai sebuah bidang yang sedang berkembang,
maka perkembangan teori di sekitar bidang ini turut mempengaruhi arah dan
alirannya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
10  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Bagi definisi yang pertama, teori komunikasi merupakan asas definisi ini.
Dengan kata lain, teori komunikasi dilihat mempunyai pengaruh yang besar
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan teori komunikasi, isi
dan subjek pembelajaran sama pentingnya dengan media. Definisi ini berbeza
daripada pendirian awal bidang ini yang hanya menitikberatkan aspek media
sebagai alat bantu mengajar atau "tool technology". Ini adalah kerana permulaan
bidang ini dicetuskan oleh pergerakan pandang dengar.

Manakala bagi definisi yang kedua, aktiviti seperti mereka bentuk, membina,
mengimplementasi, mengurus, menilai dan menganalisis; menerima pakai
amalan dan teori dari pelbagai bidang, asalkan ia boleh dimanfaatkan kepada
proses dan sumber pembelajaran. Pembentukan definisi ini terjadi ketika teori
kognitif dan konstruktif mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengamal
profesional. Pada masa yang sama, pembangunan yang pesat dalam bidang
teknologi komputer dan maklumat turut mempengaruhi definisi ini. (Huraian
lanjut tentang definisi dan domain teknologi pengajaran akan dibentangkan di
dalam topik ini).

1.3.1 Definisi Teknologi Pengajaran dalam Konteks


Tempatan
Setakat ini, kita merujuk definisi yang dikeluarkan oleh pihak yang berada di
luar Malaysia. Memandangkan Malaysia turut sama menerima dan mengikuti
perkembangan bidang teknologi pengajaran, maka di sini juga lahir definisi
teknologi pengajaran. Salah satu daripadanya dikeluarkan oleh Persatuan
Teknologi Pendidikan Malaysia pada tahun 1988.

Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis


keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan
untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga,
sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian


Pendidikan Malaysia pada tahun 1991 didapati lebih menitikberatkan aspek
aplikasi daripada keseluruhan proses. Berikut adalah definisi tersebut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  11

Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan


teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

Justeru, aspek reka bentuk, pembinaan, pengurusan dan penilaian tidak ketara
seperti mana yang terdapat dalam definisi-definisi yang lain. Dengan yang
demikian, dibimbangi di kalangan guru kita, masih ada yang mentafsir teknologi
pengajaran dalam konteks yang sempit, serupa dengan tafsiran di awal
perkembangannya.

Setelah pelbagai definisi dibentangkan, didapati terdapat satu elemen yang tidak
disebut tetapi amat penting, iaitu aspek kemanusiaan. Justeru, definisi teknologi
pengajaran turut memasukkan elemen ini agar ia seiring dengan fitrah manusia
dan seterusnya kesejahteraan yang terhasil menjadi lebih bermakna dan
berkekalan. Kita tertarik kepada slogan „Apalah erti teknologi tanpa kehidupan‰
yang jelas mengambil kira aspek kemanusiaan ini. Ilmu yang banyak, kepakaran
yang tinggi tidak berguna jika nilai murni tidak dipupuk.

1.3.2 Trend Terkini dalam Konsep Teknologi


Pengajaran
Pada tahun 2001, Reiser telah mencipta satu lagi definisi. Kehadiran definisi ini
diiringi dengan terma baru bagi bidang ini, iaitu instructional design and
technology atau reka bentuk pengajaran dan teknologi. Terdapat beberapa sebab
nama dan definisi baru tersebut diwujudkan.

Pertama, Reiser mendapati ramai orang menyamakan teknologi pengajaran


dengan media pengajaran. Sedangkan bidang teknologi pengajaran adalah lebih
luas dan mengandungi tiga sub-bidang utama iaitu media pengajaran, reka
bentuk pengajaran dan teknologi prestasi (performance technology).

Teknologi prestasi merupakan satu gerakan baru yang mula mempengaruhi


perkembangan bidang ini sejak awal 1990an. Ia berkait rapat dengan analisis
yang menyebabkan masalah dalam prestasi dan kemudian mencadangkan
alternatif bagi mengatasi masalah tersebut seperti pemberian insentif dan
perubahan dalam persekitaran pekerjaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Berikut adalah definisi baru yang dimaksudkan:

Bidang reka bentuk pengajaran dan teknologi merangkumi analisis masalah


pembelajaran dan prestasi, dan reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan,
penilaian dan pengurusan proses pengajaran dan bukan pengajaran dan
sumber-sumber yang bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan
prestasi dalam pelbagai tetapan, terutamanya pendidikan institusi dan
tempat kerja. Golongan profesional dalam bidang reka bentuk pengajaran
dan teknologi sering menggunakan prosedur reka bentuk pengajaran yang
sistematik dan menggunakan pelbagai media pengajaran untuk mencapai
matlamat mereka. Selain itu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka
turut memberi perhatian kepada penyelesaian bukan pengajaran kepada
beberapa masalah prestasi. Penyelidikan dan teori yang berkaitan dengan
setiap bidang yang disebut sebelum ini juga merupakan bahagian penting
dalam bidang ini. (Reiser, 2001, hlm.53).

Jika diteliti definisi di atas, jelaslah bidang ini amat peka terhadap perubahan
serta keperluan semasa. Pengajaran dan keperluan terhadapnya bukan hanya
terletak di sekolah, tetapi juga di tempat kerja. Sama ada di sekolah atau di
tempat kerja, kejayaan seseorang diukur berdasarkan prestasinya. Namun
prestasi itu bukan hanya dipengaruhi oleh latihan (cukup atau tidak) tetapi
persekitaran hidupnya. Justeru, penyelesaian masalah pun bukan lagi sekitar
skop pengajaran tetapi melampauinya.

Definisi ini lebih realistik dan rasional kerana ia telah mengambil kira aspek di
luar pengajaran sebagai penyebab kepada masalah prestasi. Kita tidak
seharusnya memisahkan dunia akademik (di dalam bilik darjah) dengan dunia
luar kerana apa yang kita lakukan dalam dunia akademik adalah untuk
menghadapi dunia luar.

Sebagai kesimpulan, definisi ini membuka satu lagi lembaran yang penuh erti,
walaupun secara langsung ia mengundang cabaran untuk para pendidik dan
profesional di bidang ini. Walaupun begitu, istilah ini masih belum diterima
secara meluas.

Setelah anda mengikuti pelajaran di atas, cuba soalan di bawah untuk menguji
kefahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  13

LATIHAN 1.2

Tuliskan perbezaan kefahaman anda tentang teknologi pengajaran


sebelum dan selepas meneliti topik ini.

1.4 DEFINISI TEKNOLOGI PENGAJARAN


MENGIKUT AECT 1977
Berdasarkan definisi teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT (1977):

Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan


bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan
organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk,
menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam
keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal.
(Dipetik daripada Yusuf Hashim, 1998, hlm. 253)

Domain teknologi pengajaran mengikut AECT 1977 mempunyai tiga fungsi iaitu:
(a) Fungsi pengurusan pengajaran;
(b) Fungsi pengembangan pengajaran; dan
(c) Fungsi sumber pembelajaran.

Setiap domain mempunyai peranan masing-masing, bergerak secara sistematik


dan bersepadu menuju ke arah pelajar, sebagai kumpulan sasaran yang akan
menerima kesan daripada keseluruhan proses yang berlaku. Daripada konteks
ini, kesan yang ingin dibawa adalah kesan positif yang menjadikan pelajar lebih
cemerlang dalam pembelajarannya. Pembahagian domain ini dapat dilihat di
dalam Rajah 1.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Rajah 1.1: Fungsi teknologi pengajaran

Secara realiti, penyelesaian masalah tidak berlaku dalam keadaan linear seperti
yang ditunjukkan oleh Rajah 1.1. Biasanya, ia dimulakan oleh fungsi
pengembangan pengajaran, kemudian diikuti dengan fungsi sumber
pembelajaran. Fungsi pengurusan pengajaran bertindak sebagai pihak
pengurusan yang memayungi kedua-dua fungsi ini.

1.4.1 Fungsi Pengembangan Pengajaran


Fungsi domain ini ialah menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta
mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada masalah ini. Ia
melibatkan satu proses yang mengandungi beberapa peringkat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  15

Setiap peringkat dapat dilihat dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Peringkat menganalisis masalah-masalah pembelajaran

(a) Mengkonsepsi model teoretikal


Peringkat pertama ialah mengkonsepsikan model teoretikal bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyelidikan dijalankan
bagi memperoleh maklumat saintifik berkenaan pelajar, pengajaran dan
pembelajaran, sumber pembelajaran dan sebagainya. Di sini teori dan
model dihasilkan dan diuji.

(b) Mereka bentuk


Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka tugas seterusnya
adalah mereka bentuk pengajaran yang selari dengan teori tersebut.
Tegasnya, teori kini ditukar menjadi sebuah spesifikasi yang akan menjadi
asas kepada pembinaan pengajaran. Ia dimulakan dengan analisis terhadap
pelajar, menulis objektif, memilih strategi pengajaran, memilih media
pengajaran dan juga menentukan spesifikasi media tersebut.

(c) Penerbitan Media


Daripada spesifikasi ini, penerbitan media pengajaran dilaksanakan, skrip
ditulis, grafik dan gambar dihasilkan. Selain itu, program pengajaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

berpandukan komputer dan pengendalian alat turut diadakan. Adakah ini


sahaja yang dilakukan? Tidak. Itu hanyalah beberapa contoh. Dalam aspek
penghasilan atau penerbitan, segala macam media pengajaran boleh
dihasilkan asalkan ada spesifikasinya.

(d) Penilaian
Media pengajaran yang telah dihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia
harus dinilai terlebih dahulu agar benar-benar memberi kesan yang
dihajatkan. Aspek yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini
ialah daripada sudut kemampuannya menepati kehendak objektif. Di
samping itu, penilaian terhadap kualiti teknikal turut dilakukan. Daripada
penilaian yang dilakukan, cadangan akan dikemukakan sama ada hasil
penerbitan ini diterima, ditolak atau diterima dengan pembaikan.

(e) Penggunaan
Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk digunakan.
Di peringkat penggunaan ini, pelajar dibantu untuk memilih sumber
pembelajaran (media pengajaran sebahagian daripadanya) yang sesuai
dengan pembelajaran mereka serta membantu mereka menggunakan
sumber yang dipilih. Kemajuan pelajar dipantau semasa mereka menjalani
aktiviti pembelajaran ini.

(f) Logistik
Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa tersedia, logistik atau
tempat pengumpulan perlu disediakan. Di sinilah sumber pembelajaran
dikatalog, diselenggara dan diedarkan.

(g) Penyebaran
Akhir sekali, bagi memastikan perkembangan teknologi pendidikan dapat
diikuti, peringkat penyebaran pula memastikan agar maklumat tentang
teknologi pengajaran dikumpulkan dan disebarkan, melalui pemberian
khidmat nasihat, latihan dan pemberitaan.

SEMAK KENDIRI 1.3

Apakah tiga domain yang terdapat dalam definisi teknologi pengajaran


(1977) dan apakah fungsi-fungsinya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  17

1.4.2 Fungsi Sumber Pembelajaran


Dalam teknologi pengajaran, penyelesaian kepada masalah-masalah tergolong
dalam fungsi sumber pembelajaran yang terdiri daripada mesej, manusia, bahan,
peralatan, teknik dan tempat atau keadaan (settings). Setiap komponen boleh
digunakan secara terpisah atau secara kombinasi bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Seperti mana yang telah diterangkan di atas, di
peringkat penggunaan dan logistik, sumber pembelajaran ini dipilih, digunakan
dan disebarkan. Oleh itu, domain ini merupakan produk daripada proses yang
berlaku dalam domain atau fungsi pengembangan pengajaran. Ia dikategorikan
begini bagi memudahkan penjelasan.

Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan dan/atau menghantar


maklumat kepada pelajar. Satu daripadanya ialah mesej. Mesej mengandungi
maklumat yang diterima oleh pelajar. Misalnya, isi pelajaran, arahan dan lain-
lain.

Manusia ialah penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej. Manusia dalam
konteks sekolah adalah seperti guru, pelajar, pengetua dan ibu bapa.

Bahan juga adalah penyimpan mesej yang akan disebarkan seperti nota, buku,
pita video, modul pembelajaran (seperti modul ini), cakera padat dan
sebagainya.

Peralatan pula berfungsi menghantar maklumat yang tersimpan dalam bahan


seperti projektor, perakam audio, pemain cakera video dan sebagainya.

Teknik ialah bagaimana bahan, peralatan dan manusia digunakan bagi


menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan, mel elektronik dan lain-
lain.

Akhir sekali tempat atau keadaan. Ia merupakan keseluruhan persekitaran di


mana mesej akan disebarkan seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan
lain-lain lagi.

Berhubung dengan sumber pembelajaran, perlu ditegaskan bahawa tidak semua


direka bentuk khusus untuk pembelajaran. Namun, ia masih boleh digunakan
sebagai sumber pembelajaran seperti iklan TV, katalog barangan pengguna,
cerita dari filem atau TV, muzium, zoo, Internet dan banyak lagi. Dalam hal ini,
sumber yang tersedia ada sama pentingnya dengan sumber yang dihasilkan.
Oleh itu, pelajar dan guru perlu mengetahui bagaimana menggunakan sumber-
sumber ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

SEMAK KENDIRI 1.4

Apakah yang dikatakan sumber pembelajaran?

1.4.3 Fungsi Pengurusan Pengajaran


Fungsi pengurusan bertujuan menyelaras dan mengawal fungsi pengembangan
serta fungsi sumber pembelajaran dan lain-lain fungsi supaya teknologi pengajaran
dapat berjalan dengan berkesan. Fungsi ini meliputi pengurusan organisasi dan
kakitangan. Fokus pengurusan organisasi ialah mentadbir projek dengan cara
mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif.
Seterusnya, menguruskan soal perbelanjaan, pembelian serta perkara yang
berkaitan dengan prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam dan luar organisasi.

Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan


pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Tujuan utama pengurusan
kakitangan ialah mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan keberkesanan
komunikasi antara pekerja.

Berdasarkan penjelasan di atas tidak dapat dinafikan bahawa teknologi pengajaran


dilaksanakan secara bersepadu di mana usaha manusia, prosedur dan idea bagi
mencapai satu objektif tertentu diintegrasikan. Untuk menyelesaikan masalah,
semua fungsi perlu bergerak secara sistematik dan bersepadu.

Untuk memastikan anda dapat memahami pelajaran di atas dengan baik, cuba
jawab soalan di bawah.

AKTIVITI 1.4

Berdasarkan perbincangan bagi setiap fungsi dalam definisi teknologi


pengajaran (1977), gariskan langkah yang perlu diambil dalam usaha
untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  19

1.5 DEFINISI TEKNOLOGI PENGAJARAN


MENGIKUT AECT 1994
Kita telah pun berbincang secara terperinci tentang definisi dan fungsi teknologi
pengajaran mengikut AECT 1977. Definisi ini masih diguna pakai. Bahkan,
definisi teknologi pengajaran mengikut AECT 1994 merupakan kesinambungan
daripada definisi dan fungsi mengikut AECT 1977, di mana pembahagian setiap
definisi diperincikan.

Terdapat lima definisi dalam teknologi pengajaran kini berbanding dengan tiga
sebelumnya. Namun itu tidak bermakna wujudnya perbezaan yang banyak
antara definisi yang lepas dengan yang terkini kerana definisi pembangunan,
penggunaan dan penilaian sudahpun terangkum dalam fungsi pengembangan
pengajaran. Setiap definisi mempunyai teori dan amalannya yang tersendiri dan
ia boleh berfungsi secara sendirian atau berinteraksi dengan definisi yang lain.
Interaksi ini pula tidak semestinya dalam bentuk linear.

Tujuan definisi ini dibentangkan sedemikian rupa adalah untuk menerangkan


dengan jelas apa sebenarnya teknologi pendidikan dan apa yang dilakukan oleh
profesion perguruan dalam bidang ini. Dengan cara ini, salah faham yang wujud
pada masa ini dapat diatasi.

Selain daripada kenyataan di atas, paparan tentang definisi ini dapat membantu
anda memahami modul ini dan memilih tajuk-tajuk seperti pengajaran
kemahiran berfikir, teknologi maklumat dan penilaian. Petikan kata-kata dari
Rowntree (1974) menghuraikan:

Teknologi pendidikan adalah berkaitan dengan reka bentuk dan penilaian


kurikulum, pengalaman pembelajaran serta masalah melaksana dan
mengubah suai mereka. Pada asasnya, ia adalah pendekatan penyelesaian
masalah secara rasional terhadap pendidikan, cara berfikir secara skeptikal
(atau kritikal) dan sistematik tentang pembelajaran dan pengajaran.

Secara ringkasnya, teknologi pengajaran adalah suatu bidang yang penting


kepada kita semua. Dengan memahami konsep dan definisinya, kita dapat
berusaha mempertingkatkan kualiti pengajaran yang kita laksanakan serta
pembelajaran yang dihasilkan oleh anak didik kita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

1.5.1 Tafsiran Teknologi Pengajaran Mengikut


AECT 1994
Untuk memulakan perbincangan tentang domain teknologi pengajaran
mengikut AECT 1994, berikut ialah definisi serta tafsiran tentang teknologi
pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT:

Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk,


membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk
pembelajaran.

Definisi ini dengan tegas menyatakan bahawa teori dan amalan menjadi asas
kepada setiap tindakan yang diambil. Seorang yang terlibat dengan pekerjaan ini
(anda adalah antara mereka) mesti mempunyai pengetahuan yang boleh
menyokong setiap amalan yang dilakukan.

Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang


kepada badan pengetahuan. Amalan pula bermaksud penggunaan pengetahuan
untuk menyelesaikan masalah.

Misalnya, ada teori mengatakan niat dan motif untuk belajar berkait rapat
dengan kualiti pembelajaran. Mereka yang belajar dengan niat untuk lulus
peperiksaan semata-mata tidak dapat memahami bahan yang dipelajari dengan
mendalam.

Oleh itu, dalam amalan, niat dan motif perlu dipupuk bukan hanya setakat
untuk lulus peperiksaan. Arah yang dimaksudkan ialah untuk memahami
dengan sepenuhnya pengetahuan yang dipelajari. Sementara itu, niat untuk
lulus dan mendapat sijil semata-mata perlu dikikis kerana ia tidak membantu,
malah membantutkan pembelajaran yang berkualiti.

Sebagai amalan, perlu ditegaskan di sini bahawa ia tidak semestinya berasaskan


teori saintifik. Terdapat amalan yang masih menyumbang kepada badan
pengetahuan walaupun ia berupa maklumat yang diperoleh daripada
pengalaman sahaja. Dalam konteks perlaksanaan teknologi pengajaran,
hubungan antara teori dan amalan perlu dijaga dan dipupuk demi
perkembangan serta kemantapan bidang ini.

Dalam definisi yang sama, tertera beberapa perkataan seperti reka bentuk,
pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian. Kesemua ini adalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  21

domain yang dimaksudkan. Kita tinggalkan domain ini buat sementara kerana
kita akan bincangkannya selepas tafsiran tentang definisi ini selesai dilakukan.

Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, perlaksanaan teknologi


pengajaran adalah secara tersusun, sistematik dan melibatkan proses. Apakah itu
proses? Proses ialah satu siri aktiviti yang menjurus ke arah mencapai sesuatu
keputusan tertentu. Sila rujuk Rajah 1.3 untuk melihat satu proses yang biasanya
merupakan satu urutan prosedur yang bermula daripada input, tindakan dan
output. Contoh proses adalah seperti model pengajaran, model reka bentuk
pengajaran dan model komunikasi.

Rajah 1.3: Urutan Proses

Adakah semua proses memerlukan prosedur yang berurutan? Tidak. Terdapat


juga proses yang kurang berstruktur seperti proses mengarang.

Selain proses, sumber adalah satu lagi unsur yang penting dalam menyelesaikan
masalah pembelajaran kerana sumber menyokong pembelajaran. Jika anda
masih ingat, sumber pembelajaran bukan sekadar bahan dan peralatan. Sumber
termasuklah sistem, bahan dan persekitaran pembelajaran. Jadi, sumber adalah
juga manusia, belanjawan, fasiliti dan lain-lain lagi. Tanpa sumber, maka
sukarlah pembelajaran dilaksanakan.

Kesemua teori, amalan, domain, sumber dan proses ditujukan untuk


pembelajaran. Mengapa? Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah
dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Justeru, pembelajaran adalah
matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Oleh
itu, adalah sangat penting untuk seseorang guru memahami maksud
pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.

AKTIVITI 1.5

Teori dan amalan juga adalah asas bagi setiap domain kerana domain
itu adalah badan pengetahuan. Kepada apakah pengetahuan itu
disandarkan? Ia disandarkan kepada penyelidikan dan pengalaman.
Justeru, penyelidikan dijalankan bagi menghasilkan teori dan amalan.
Apakah teori dan amalan itu pula?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

1.5.2 Domain Teknologi Pengajaran Mengikut


AECT 1994
Memandangkan kita semua terlibat secara langsung dalam urusan pengajaran
dan pembelajaran, maka tidak keterlaluan jika dikatakan kita semua adalah ahli
bidang ini. Persoalannya, adakah kita dapat bertindak secara aktif dan berkesan?
Untuk menjadi aktif dan berkesan, mungkin salah satu caranya adalah dengan
memahami cabang-cabang ilmu dalam teknologi pengajaran. Ini bermakna
tibalah masanya untuk kita membincangkan makna setiap domain.

Rajah 1.4 menunjukkan domain teknologi pendidikan 1994 dan bagaimana ia


berinteraksi.

Rajah 1.4: Domain Teknologi Pengajaran (1994)

SEMAK KENDIRI 1.5

Nyatakan fungsi bagi setiap domain teknologi pengajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  23

1.6 PERANAN TEKNOLOGI PENGAJARAN


Melihat kepada fungsi setiap domain yang begitu banyak, sudah tentu kita dapat
memahami bahawa peranan yang dimainkan oleh teknologi pengajaran juga
banyak.

AKTIVITI 1.6

Cuba anda catatkan peranan teknologi pengajaran mengikut


pengetahuan anda.

Berikut disarankan beberapa peranan teknologi pengajaran. Menurut Abdul


Rahim Mohd Saad (1996), abad ke-21 mengundang pelbagai cabaran dan
perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah,
institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan
teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang
besar hingga menimbulkan dua persoalan tentang:
(a) Kesesuaian dan kerelevanan isi kandungan program pendidikan dan
latihan masa kini. Ini disebabkan teknologi tersebut sentiasa
memperkenalkan keperluan pengetahuan dan kemahiran baharu seperti
keperluan menyumbang kepada pembinaan World Wide Web, berinteraksi
di alam siber dan sebagainya. Oleh itu, objektif baharu pengajaran dan
latihan perlu dibentuk seiring dengan hasrat untuk membantu pelajar
berjaya dan mendapat pengetahuan serta kemahiran yang membolehkan
mereka terlibat secara aktif dan berkesan dalam masyarakat moden masa
hadapan.
(b) Kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
berbanding dengan teknologi masa kini. Jelasnya, kita perlu mereka bentuk
pengajaran menggunakan teknologi baharu kerana ia membantu kita
menyimpan, memproses maklumat dan berkomunikasi dengan lebih
pantas dan tepat. Maka, pengajar perlu disediakan dengan pengetahuan
dan kemahiran ini agar mereka dapat menggunakan sepenuhnya media
dan sistem penyampaian pengajaran yang baharu.

Penyelesaian persoalan ini besar kemungkinan dapat dicapai jika teknologi


pengajaran berperanan sepenuhnya. Antara peranan itu ialah:

(a) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan


Kebiasaannya, penggunaan media dirancang semasa kurikulum
dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
24  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa
berdasarkan perancangan yang sistematik.

Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat perancangan


kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka
pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam
kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan
perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.

(b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran


Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan
pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem
kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.
Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan
disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam
perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, pembinaan
pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan
penggunaan strategi pembelajaran penguasaan.

Penggunaan teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat,


mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di
sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran
pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat.
Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak
mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi
baharu untuk pembelajaran.

Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993
memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi
pengajaran. Ini membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih
berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan
menangani masalah pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar
adalah sama (Yusuf Hashim, 1998).

(c) Mengubah Pengalaman Pembelajaran


Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan
secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu
diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi
teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar
mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui
proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara, sebagai contoh:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN  25

(i) Kemahiran berfikir, termasuk kebolehan berfikir secara kreatif,


membuat keputusan yang wajar, menyelesaikan masalah dan
membayangkan sesuatu. Kemahiran berfikir ini berfungsi dalam
semua domain kerana setiap domain melibatkan aspek penyelesaian
masalah dan membuat keputusan. Oleh itu, ia amat penting
walaupun ia tidak berdiri sebagai satu domain tersendiri.
(ii) Ciri-ciri keperibadian yang mulia seperti jujur, bertanggungjawab,
mahir bergaul dan mahir mengurus (Abdul Rahim Mohd Saad, 1996).

Memandangkan teknologi pengajaran terbuka kepada pelbagai jenis


pembelajaran, secara bersendirian atau berkumpulan, bersama sumber
manusia (seperti pakar bidang) dan bukan manusia (seperti perisian
komputer), proses pembelajaran telah menjadi suatu proses yang aktif di
mana pelajar diberi peluang memberi makna kepada pengalaman yang
diterimanya. Lanjutan daripada proses sedemikian, pelajar yang dihasilkan
adalah pelajar yang cemerlang, bertanggungjawab, berkemahiran tinggi
dan berdaya maju.

Sebagai rumusan, teknologi pengajaran boleh memainkan peranan penting


dalam menangani persoalan di atas melalui pembekalan beberapa model
pengajaran yang sesuai, teknik-teknik pengajaran yang maju serta perisian yang
relevan dan pengurusan yang cekap.

AKTIVITI 1.7

Apakah lagi peranan teknologi pengajaran?

 Sebagai kesimpulan, topik ini telah membincangkan tentang konsep


teknologi, pengajaran dan teknologi pengajaran.

 Konsep yang dikemukakan adalah berteraskan kepada trend semasa dunia


pendidikan dan bidang teknologi pendidikan. Kefahaman tentang konsep-
konsep ini merupakan teras pengajaran yang berkesan.

 Topik ini telah mengemukakan tiga tajuk utama, iaitu memaparkan definisi,
fungsi serta peranan teknologi pengajaran mengikut AECT 1977 dan 1994.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

 Kupasan tajuk-tajuk ini bertujuan agar anda mendapat gambaran yang jelas
tentang konsep dan bidang teknologi pengajaran dan terutamanya, tidak
hanya melihat konsep ini sebagai cantik dibaca tetapi tidak realistik dalam
amalan.

Pengajaran teknologi Teknologi pengajaran

Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini? Adakah


pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan?
Bincangkan.

Apakah itu pengajaran? Senaraikan beberapa kategori pengajaran dan terangkan


bagaimana kategori tersebut boleh berfungsi untuk menyampaikan pengajaran
yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Reka
2  Bentuk
Pengajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep reka bentuk pengajaran;
2. Menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran;
3. Menghuraikan model ASSURE; dan
4. Mengaplikasi model ASSURE dalam pengajaran.

 PENGENALAN
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat
mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas
mereka dengan jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya
mengetahui APA yang hendak dibuat dan BAGAIMANA merancang
perlaksanaannya. Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan
mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada perancangan
pengajaran yang berterusan dan berkesan (Prehn, 1980).

Sedutan di atas menggambarkan betapa pentingnya seseorang pengajar itu


membuat perancangan yang lengkap kerana dengan cara ini sahaja barulah
terserlah kecemerlangan pengajar tersebut. Bukan itu sahaja, perancangan yang
lengkap juga mengelakkan pengajar daripada melakukan kesilapan. Menurut
Hunter (1987), mengajar perkara-perkara yang tidak berguna secara baik atau
mengajar perkara-perkara yang penting secara buruk merupakan kesilapan
dalam pendidikan. Dengan ini jelaslah bahawa pengetahuan tentang reka bentuk
pengajaran (RP) adalah sangat penting untuk dikuasai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

Dalam topik ini, kita akan membincangkan secara ringkas konsep reka bentuk
pengajaran dan kegunaannya kepada pengajar. Sebuah model reka bentuk
pengajaran, iaitu ASSURE, akan dibincang secara mendalam agar ia dapat
memberi panduan kepada pengajar dalam merancang pengajaran mereka.

2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN


Reka bentuk pengajaran ini telah wujud lebih 40 tahun yang lalu. Pada mulanya
ia digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran seperti
bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer dan pengajaran melalui
televisyen. Kini, terdapat lebih 40 model reka bentuk pengajaran.

Apakah itu reka bentuk pengajaran? Menurut Dick dan Reiser (1989), reka
bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk,
membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey (1986) pula
mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi
pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu
unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Pada
pendapatnya, reka bentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses pengajaran,
iaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan menguruskan pembelajaran.

Justeru, walaupun terdapat banyak model reka bentuk pengajaran, tetapi


keseluruhannya mengandungi enam perkara asas yang merangkumi kesemua
proses pengajaran, iaitu:
(a) Menentukan keperluan pelajar;
(b) Menentukan matlamat dan objektif;
(c) Membina prosedur penilaian;
(d) Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;
(e) Mencuba sistem pengajaran; dan
(f) Menilai keseluruhan sistem.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN  29

Namun, adalah salah sekiranya kita melihat reka bentuk pengajaran sebagai
bertujuan untuk merancang satu pelajaran sahaja. Terdapat reka bentuk
pengajaran yang berskala besar dan kecil. Sila rujuk Rajah 2.1 yang mana
Gustafon (1991) telah membahagikan model-model itu kepada tiga tumpuan.

Rajah 2.1: Reka bentuk pengajaran

Model reka bentuk pengajaran berorientasikan bilik darjah merupakan model


reka bentuk pengajaran berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi
satu masa pengajaran. Contoh model reka bentuk pengajaran jenis ini ialah
model ASSURE dan Dick dan Reiser (1987).

Menurut Yusuf Hashim (1998), model reka bentuk pengajaran yang


berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan
pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia
menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan
pengajaran yang tersedia masih kecil dan ini bermakna guru masih perlu
menyediakannya sendiri.

Model yang berorientasikan produk dan sistem pula melibatkan pembinaan


bahan untuk jangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk
sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak
jauh. Contoh model berorientasikan produk adalah seperti Leshin, Pollock dan
Reigeluth (1990) dan contoh model berorientasikan sistem ialah Dick dan Carey
(1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1998).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

AKTIVITI 2.1

Bandingkan konsep reka bentuk pengajaran berdasarkan Dick dan


Reiser (1989) dengan Richey (1986).

LATIHAN 2.1
Apakah enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses
pengajaran pada hari ini?

2.2 KEGUNAAN REKA BENTUK PENGAJARAN

SEMAK KENDIRI 2.1

Cuba anda fikirkan apakah tujuan reka bentuk pengajaran.

Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten atau cekap, tujuan utama
reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan.
Pengajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar.

Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu


mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap
pengajar, sekali gus membantu dalam pembinaan disiplin yang positif. Ini
kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik
serta tidak membazir masa dan tidak bertindak kelam-kabut.

2.3 MODEL ASSURE


Model ASSURE dihasilkan oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982), dan ia
bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran
yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka
bentuk pengajaran yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN  31

Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaharu ialah pada tahun 2002.
Dalam modul ini, perbincangan adalah berasaskan model ASSURE yang terbaharu.

Model ASSURE mengandungi enam langkah iaitu:

A – Analyse learner (Analisis pelajar)


S – State objective (Nyatakan objektif)
S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U – Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
R – Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)
E – Evaluate and revise (Nilai dan semak)

2.3.1 Analisis Pelajar


Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia harus disesuaikan
dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan
pembelajaran itu sendiri.

Bagi ciri pelajar, tidak dinafikan kesukarannya untuk menganalisis semua ciri
pelajar yang ada, namun tiga perkara penting mungkin dapat dilakukan, iaitu:

(a) Ciri-ciri umum


Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar
belakang sosioekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,
pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan
bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar
serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung. Melalui interaksi ini, kita
akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang mereka.

(b) Kompetensi khusus peringkat masuk


Ini berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang
tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperoleh daripada ujian
kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini tidak boleh
diperkecilkan kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran pelajar.
Misalnya, dengan mengandaikan pelajar telah memahami sistem metrik,
maka guru terus mengajar cara menukar dari sistem British ke metrik.
Andainya ada pelajar yang tidak memahami lagi sistem metrik, sudah pasti
mereka gagal mengikuti pelajaran itu. Tegasnya, guru tidak harus
mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran
sedia ada yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

(c) Stail pembelajaran


Ini merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan
bagaimana seseorang itu menganggap, berinteraksi dan bertindak balas
dengan persekitaran. Tegasnya, stail ini akan memberi kesan yang besar
kepada pelajar ketika mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media.
Dunn dan Dunn (1992) telah membina satu instrumen piawai mengukur
stail pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh
setiap stail. Ia adalah antara instrumen yang terbaik dan digunakan secara
meluas di sekolah. Guru-guru yang merancang program pembelajaran
berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya
meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar.

2.3.2 Nyatakan Objektif


Dalam bahagian ini, objektif akan disentuh secara ringkas. Harus diingat bahawa
objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar, ia cuma
merupakan tahap minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh
pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.

Seperkara lagi, apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang
baharu kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan.
Ini bermakna, objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang baharu untuk dipelajari.

2.3.3 Pilih Kaedah, Media dan Bahan


Terdapat tiga langkah dalam pemilihan di sini:
• Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran;
• Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan
• Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

(a) Memilih Kaedah


Agak tidak munasabah untuk mengandaikan hanya satu kaedah untuk
digunakan dalam satu pengajaran kerana terdapat beberapa peringkat
dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza.
Mungkin untuk membuka minat pelajar, set induksi dimulakan dengan
kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi, latihan dan latih tubi
untuk mempelajari kemahiran yang baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN  33

Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran


dan kumpulan sasaran atau pelajar. Justeru, pemilihan kaedah perlu
berteraskan aspek ini.

(b) Memilih Media


Pemilihan media dilihat daripada dua aspek. Pertama, memilih media yang
telah tersedia dan kedua memilih format atau bentuk media yang belum
ternyata mesej di dalamnya. Bagi pemilihan format atau bentuk media,
huraian lanjut diberikan dalam Topik 3. Dalam topik yang sama juga
konsep media akan diperincikan.

Di sini, pemilihan media pengajaran yang tersedia akan diberikan


tumpuan. Pemilihan ini berasaskan kriteria yang tertentu, iaitu:
(i) Sepadan dengan kurikulum;
(ii) Maklumat tepat dan terkini;
(iii) Bahasa yang jelas dan tepat;
(iv) Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;
(v) Menggalakkan penglibatan pelajar;
(vi) Mempunyai kualiti teknikal yang baik;
(vii) Terdapat bukti keberkesanannya;
(viii) Bebas daripada bias; dan
(ix) Mempunyai buku panduan yang lengkap.

Media yang tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi
pendidikan (Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian
Teknologi Pendidikan), agensi kerajaan, agensi swasta dan sebagainya.

(c) Mereka Bentuk Media


Andainya kita gagal memilih media yang sesuai, adalah penting untuk kita
mengubah suai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.
Terdapat tujuh perkara yang perlu diambil kira:
(i) Objektif;
(ii) Pelajar;
(iii) Kos;
(iv) Kepakaran teknikal;
(v) Peralatan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

(vi) Fasiliti; dan


(vii) Masa.

2.3.4 Gunakan Media dan Bahan


Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal
kerana, walau secanggih atau secantik manapun media yang dihasilkan, jika ia
gagal digunakan dengan baik, ia akan memberi kesan yang amat negatif kepada
pembelajaran. Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:
(i) Melihat / previu;
(ii) Sediakan bahan;
(iii) Sediakan persekitaran;
(iv) Sediakan pelajar; dan
(v) Sediakan pengalaman pembelajaran.

2.3.5 Libatkan Pelajar


Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu
dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan,
latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan, seperti
pengukuhan serta-merta, diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul.

2.3.6 Nilai dan Semak


Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.
Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap
perkara yang dinilai. Namun, keputusan ini bukan diambil apabila semuanya
telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan
selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk
disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Media juga
perlu dinilai sebelum digunakan. Maka, penilaian diumpamakan sebagai cara
untuk menuju ke garis penamat daripada garis penamat itu sendiri.

Penilaian melibatkan aspek:


(a) Menilai pencapaian pelajar;
(b) Pembelajaran yang dihasilkan;
(c) Menilai media dan kaedah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN  35

(d) Kualiti media;


(e) Penggunaan guru; dan
(f) Penggunaan murid.

Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga:


(a) Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria;
(b) Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran; dan
(c) Sikap pelajar.

Rujukan kriteria bermaksud penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang
telah ditentukan.

2.3.7 Menilai Kaedah dan Media


Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran.
Terdapat ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini, seperti berikut:
(a) Adakah media berkesan?
(b) Bolehkah ia dipertingkatkan?
(c) Adakah ia berguna?
(d) Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?
(e) Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
(f) Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Selain senarai di atas, terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan
garis panduan ketika menilai media, iaitu:
(a) Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar;
(b) Menyokong pemikiran tinggi (Sokratik);
(c) Memperkembang kemahiran berfikir;
(d) Menyampaikan kandungan secara mendalam;
(e) Meransang naluri ingin tahu pelajar;
(f) Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif;
(g) Membolehkan penerokaan isu secara mendalam;
(h) Menghubung kait bidang pelajaran; dan
(i) Meningkat nilai murni.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
36  TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian


terhadap media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui:
(a) Perbincangan dalam kelas;
(b) Temu bual dengan setiap individu; dan
(c) Pemerhatian.

Semua penilaian yang disebutkan di atas melibatkan dua peringkat iaitu:


(a) Penilaian Formatif; dan
(b) Penilaian Sumatif.

LATIHAN 2.2

Sediakan rancangan pengajaran berdasarkan model ASSURE.

 Topik ini telah membincangkan tentang konsep reka bentuk pengajaran serta
memperkenalkan model ASSURE sebagai sebuah model reka bentuk
pengajaran yang sesuai untuk pengajaran di dalam bilik darjah yang
memerlukan penggunaan media.
 Beberapa aspek seperti penulisan objektif, kaedah dan penilaian diterangkan
secara ringkas kerana perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut
seterusnya.

Model ASSURE Reka bentuk pengajaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN  37

Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk pengajaran? Huraikan dua


perkara asas yang boleh dikaitkan dengan proses pengajaran.

Huraikan secara ringkas model ASSURE dan senaraikan langkah-langkah yang


perlu diambil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Media
Pengajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep media dan media pengajaran;
2. Merumuskan fungsi media pengajaran;
3. Menerangkan pengkelasan media pengajaran;
4. Membincangkan faktor dan cara pemilihan media pengajaran; dan
5. Mengaplikasikan langkah penyediaan media pengajaran.

 PENGENALAN
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang
kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak
keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada
penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih
menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini.

Dalam topik ini, perbincangan akan dimulakan dengan konsep media dan media
pengajaran, diikuti dengan pengkelasan, fungsi, pemilihan dan penyediaan
media pengajaran. Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang
umum tetapi jelas tentang media pengajaran yang biasanya disamakan
pengertiannya dengan teknologi pengajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  39

3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA


PENGAJARAN
Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada
perkataan Latin yang bermaksud perantara. Berdasarkan maksud asal media, ia
merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai
kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman
audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Bagi Heinich et al.
(2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.

Namun, media masih mempunyai pelbagai makna. Percival dan Elington (1984)
membahagi media kepada dua:
Ć Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan
Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan
kombinasi di antaranya.
Ć Pelbagai Saluran Komunikasi Massa
Ini termasuklah surat khabar, radio dan televisyen.

Reiser dan Gagne (1983) pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal
yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh yang demikian, guru
atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa sahaja yang
boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

Jika diperincikan istilah di atas, gambaran sebuah media boleh diumpamakan


saluran paip. Yang menjadi fokus adalah peralatan yang membawa mesej.
Konsep ini seolah-olah mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan,
yang menggerak dan memberi kesan kepada manusia adalah mesej. Justeru,
konsep ini boleh dianggap kurang lengkap. Konsep yang dikemukakan oleh
Torkelson (1972) adalah amat menarik. Beliau membahagikan media kepada tiga
bahagian iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej (sila rujuk Rajah 3.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Rajah 3.1: Konsep media menurut Torkelson (1972)

(a) Mesej adalah isi kandungan, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam
media itu sama ada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan
semangat dan lain-lain adalah dikira sebagai mesej.
(b) Bentuk mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Ia
terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dengan bentuk bahan
sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam
bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.
(c) Saluran mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk
elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan
kepada pelajar. Misalnya, televisyen, projektor filem dan lain-lain.

AKTIVITI 3.1

Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar yang
berikut?
(a) Sains mengenai rupa atom
(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan
(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur
(d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia

3.1.1 Media Pengajaran


Apakah media pengajaran? Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu
membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media
pengajaran. Kemp dan Smellie (1994) pula mendefinisikan media pengajaran
sebagai audiovisual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  41

dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Terdapat definisi media pengajaran


yang kelihatan lebih kemas daripada di atas. Definisi ini berbunyi:

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk


menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga
dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian
pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Definisi ini jelas menunjukkan penggunaan media adalah untuk memberi kesan
kepada pembelajaran. Namun, makna pembelajaran di sini adalah pembelajaran
secara am, yang tidak dibataskan kepada pembelajaran di sekolah sahaja.

Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989)


berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan
penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran,
termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia
adalah satu proses pengalaman yang total.

Pandangan ini membuka skop media pengajaran dengan luas kerana ia tidak
menekankan aspek alat sahaja tetapi juga teknik dan seluruh proses
pembelajaran itu. Namun, penekanan kepada aspek pendengaran dan
penglihatan sahaja tidak memadai kerana manusia belajar melalui seluruh
pancainderanya.

Walau apa pun, semua definisi di atas jelas menekankan media pengajaran
sebagai satu elemen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia
merupakan penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar
dan setiap orang yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penjelasan ini mungkin dapat menukarkan pandangan bahawa media
pengajaran itu sama dengan alat bantu mengajar.

Istilah alat bantu mengajar telah lama dibubarkan (sejak tahun 1960an) kerana
istilah ini memberi kurang perhatian kepada:
(a) Pelajar;
(b) Pengembangan pembelajaran; dan
(c) Aspek penilaian.

Istilah ini juga tidak lagi bertepatan dengan arus pendidikan semasa yang
semakin terbuka dan terdedah dengan pelbagai pilihan. Pendidikan masa ini
tidak bergantung hanya kepada alat semata-mata. Pendidikan sekarang juga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

tidak memerlukan kehadiran guru setiap masa. Justeru konotasi „membantu


guru‰ semakin kurang diterima.

SEMAK KENDIRI 3.1

Buat carta yang menunjukkan definisi media dan media pengajaran.

3.2 FUNGSI MEDIA PENGAJARAN


Berhubung dengan dunia pendidikan yang semakin demokratik, fungsi media
pengajaran turut berubah dan berkembang. Bahagian ini akan memaparkan
fungsi media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada
semasa kehadiran guru mahupun tidak.

3.2.1 Kelebihan Media Pengajaran


Untuk memulakan perbincangan, mari kita tinjau kelebihan yang ada pada
media pengajaran yang sungguh fleksibel dan dapat memenuhi kehendak
pengajaran dan pembelajaran.

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej


Kita selalu beranggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan
sesuatu mesej. Seringkali, kepercayaan itu menyebabkan kita menghadapi
pelbagai masalah komunikasi.

Justeru, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar


atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Misalnya, untuk menyatakan
besar, tunjukkan objek atau gambar yang menunjukkan saiz besar yang
dimaksudkan. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat
diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran. Dalam
era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan dengan lebih
berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat
dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera


Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan
pancaindera:
(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model,
gambar, slaid, filem atau video.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  43

(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan
timelapse atau high-speed photography.
(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam
bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan.
(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan
dalam bentuk model, gambar rajah dan lain-lain.
(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi


Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi
sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi
dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian,
menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama


Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap
pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan
persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan.
Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana
kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi
yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang
kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang
kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat
tentang sesuatu konsep atau prinsip.

LATIHAN 3.1
Dengan rigkas, nyatakan kelebihan menggunakan media dalam
pengajaran.

3.2.2 Fungsi Media Pengajaran dalam Pengajaran


Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai
cara, bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini.
Berikut dihuraikan bagaimana media berfungsi dalam pelbagai bentuk
pengajaran.

(a) Pengajaran Bersama Pengajar


Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu
pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung. Keberkesanan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu


menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih
daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri.

(b) Pengajaran Tanpa Bergantung kepada Pengajar


Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama
ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak
bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka
media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari
modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri.

Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan


sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara
mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak
berhasrat untuk menggantikan tugas guru. Sebaliknya, dengan cara ini
guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya
sebagai penyampai maklumat semata-mata.

AKTIVITI 3.2

Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media


dalam bentuk:
(a) Pengajaran bersama pengajar; dan
(b) Pengajaran tanpa pengajar?

(c) Folio Bermedia


Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan
sesuatu peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu. Folio biasanya
merangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau
audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.

Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus


dan membentang hasil fikiran mereka. Pembelajaran seperti ini dikenali
juga sebagai „pembelajaran dengan media‰ (learning with media) yang
didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini
adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media. Untuk itu,
mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentafsir maklumat,
menyusun maklumat yang ada, dan menyampaikan maklumat itu kepada
orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  45

Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang


menitikberatkan soal ketepatan, bertanggungjawab terhadap maklumat
yang dikemukakan, berupaya untuk akses pelbagai sumber maklumat dan
mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap tugas.

(d) Pengajaran Tematik (Thematic)


Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau
ditentukan oleh guru. Ia bermula dengan „perkongsian pengalaman‰ yang
diperolehi mungkin daripada tayangan video, lawatan ke muzium atau
mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan „perkongsian kepakaran‰
di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan maklumat,
menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan. Suatu
laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid
di dalam kelas. Tema yang biasa dilaksanakan adalah seperti sejarah sukan
Olimpik, sejarah tempatan, industri tempatan dan sebagainya.

(e) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)


Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di
Malaysia. Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan
peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang.

Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik.


Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan
berbincang secara maya. Ruangan berbual, papan buletin dan listserv turut
menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.

(f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa


Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang
upaya. Pelajar pekak misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang
berbeza daripada pelajar normal. Teknologi masa kini telah menyediakan
peralatan yang sesuai bagi mereka yang kurang berupaya/kecacatan.

Bagi pelajar pintar, yang juga terangkum dalam kumpulan pelajar


istimewa, mereka disediakan dengan bahan-bahan tambahan yang
membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada seperti menerokai
sesuatu tajuk dan mempersembahkan dapatan kepada kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

LATIHAN 3.2

Lengkapkan jadual yang menunjukkan perbezaan antara konsep


teknologi pengajaran dengan media pengajaran.
Teknologi Pengajaran Media Pengajaran

3.3 PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN


Terdapat pelbagai klasifikasi media yang diasaskan kepada sesuatu teori
tertentu. Namun, untuk tujuan perbincangan di sini, hanya sebahagian kecil
sahaja yang akan disentuh.

Klasifikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman (1937). Ia
berasaskan kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar
(istilah yang digunakan pada masa itu) terletak pada tahap realismenya.
Semakin realistik sesuatu bahan, semakin tinggilah nilainya kepada
pembelajaran. Dalam membangunkan konsep ini, para penyelidik tersebut
menyusun pelbagai kaedah pengajaran dalam hierarki realismenya ă bermula
daripada konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan). Rajah 3.2
menunjukkan kedudukan media berbanding pengalaman yang diberikan.

Rajah 3.2: Model Hoban dan Zissman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  47

Edgar Dale (1946) mengambil pendekatan yang sama dengan Hoban dalam
membina Kon Pengalaman Dale (sila lihat Rajah 3.3). Dalam kon ini, pengalaman
konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu
pengalaman yang sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila
peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan.
Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video. Akhirnya,
pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan
yang mewakili peristiwa tersebut.

Menurut Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak


asalkan mereka telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh
digunakan bagi mentafsir konsep yang abstrak tersebut.

Kon ini dianggap satu model yang praktikal bagi menganalisis ciri-ciri media
pengajaran dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan.

Rajah 3.3: Kon pengalaman Dale

Berdasarkan kon yang sama, Brunner (1966) membahagikannya kepada tiga


pengalaman, iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengalaman
simbolik atau digital (lihat Rajah 3.4). Beliau mencadangkan penyampaian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

pelajaran bermula daripada pengalaman enaktif (pengalaman secara langsung


atau sebenar) ke pengalaman ikonik (melalui visual) dan seterusnya kepada
pengalaman simbolik atau digital (melalui perkataan). Kebijaksanaan guru
menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan
pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Prinsip penyusunan ini sama dengan yang
disarankan oleh Dale.

Rajah 3.4: Kon pengalaman Dale menurut tafsiran Brunner

Jika dibandingkan dengan Hoban et al. dan Dale, klasifikasi media yang
dilakukan oleh Gagne dan Briggs agak berbeza. Mereka mengumpulkan media
dalam enam kategori berdasarkan rangsangan fizikal yang dihasilkan oleh setiap
media. Enam kategori tersebut ialah:
(a) Perkataan yang diucapkan;
(b) Bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan;
(c) Perkataan bercetak;
(d) Gambar pegun;
(e) Gambar bergerak; dan
(f) Sampel sebenar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  49

Daripada sifat fizikal ini, ia dikaitkan dengan peralatan yang memiliki ciri-ciri
ini. Misalnya, gambar pegun boleh disampaikan melalui slaid, filem, video,
cakera padat dan sebagainya. Bagi Gagne dan Briggs (1974), mengenali ciri ini
adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media, daripada terus kepada
menentukan peralatan dan bahan. Misalnya, jika pembelajaran itu memerlukan
pelajar mengenal pasti ciri-ciri serangga, maka ciri fizikal media yang terbabit
adalah gambar pegun, perkataan yang diucapkan, bunyi dan mungkin juga
sampel sebenar. Terdapat pelbagai perkakasan yang memiliki ciri-ciri gambar
pegun, perkataan yang diucapkan dan bunyi seperti video, slaid berpita,
televisyen, CD-ROM dan sebagainya. Mana-mana satu daripadanya dapat
melaksanakan objektif yang sama. Oleh itu, keputusan perlu diambil untuk
memilih satu atau lebih media ini menurut kemampuan masing-masing.
Andainya kos menjadi batasan, slaid berpita mungkin menjadi pilihan terbaik.

Terdapat satu pengkelasan yang juga berdasarkan ciri-ciri fizikal media.


Pengkelasan ini membahagikan media kepada lapan jenis, seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Pengkelasan Media

Jenis Media Contoh


Media Tayang Kaku transparensi, slaid dan mikrofilem
Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem
Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf
Gambar Kaku gambar foto, kad imbasan dan poskad
Bahan Pameran Tiga-Dimensi model, boneka, diorama dan puppet
Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan
papan buletin
Media Audio pita kaset, cakera padat dan komputer
Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah dan
risalah

LATIHAN 3.3
Nyatakan secara ringkas jenis-jenis media pengajaran mengikut
pengkelasan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

3.4 PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN


Seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 2, pemilihan media merupakan
satu perkara yang amat penting dalam memastikan pembelajaran berkesan.
Dalam topik ini, pemilihan media akan berfokuskan kepada pemilihan format
atau bentuk media. Ini bermakna pendekatan yang akan diambil oleh anda
adalah untuk menghasilkan sendiri media pengajaran.

Biasanya kita menganggap pelajar yang tidak belajar itu malas atau bodoh, tetapi
sebenarnya mereka tidak dapat belajar kerana media yang digunakan tidak
sesuai dengan kandungan pelajaran serta gaya pembelajaran mereka. Misalnya,
istilah yang abstrak seperti ion dan molekul sukar dibayangkan, jika hanya
diucapkan secara lisan. Akan tetapi, untuk terus berada di bilik darjah, pelajar
terpaksa menghafal dan „menelan‰ apa yang diberikan tanpa mengambil kira
sama ada mereka benar-benar memahami konsep ini. Mereka mungkin berjaya
dalam ujian tetapi gagal dalam pengertian.

Oleh kerana itu, pemilihan media pengajaran diumpamakan sebagai memilih


kasut. Kasut yang muat di kaki sedap dipakai. Kasut yang terlalu kecil atau
besar, walaupun cantik dan murah, tidak dibeli kerana ia tidak selesa dan tidak
mudah diubah suai. Pendek kata, kita hanya membeli kasut yang benar-benar
padan dengan kaki kita.

Menyentuh soal padan, dalam konteks pengajaran, ia bermakna media


pengajaran yang digunakan itu mestilah bertepatan dengan kehendak objektif
pengajaran. Prinsip pemilihan media pengajaran menyatakan:

Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan


objektif pembelajaran dengan berkesan.

Ini bermaksud, kita perlu mengenal pasti objektif sebelum memulakan proses
pemilihan seperti mana yang telah dibincangkan dalam model ASSURE.

Seperkara lagi, pemilihan juga perlu mengambil kira keseimbangan antara soal
kepentingan media itu dan keberkesanan kos. Rajah 3.5 mengilustrasikan aspek ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  51

Rajah 3.5: Prinsip pemilihan media

Selain daripada faktor utama yang disebutkan di atas, terdapat juga faktor lain
yang mempengaruhi pemilihan media. Berikut disertakan carta (sila lihat
Rajah 3.6) yang menunjukkan faktor yang terlibat dalam pemilihan media.

Rajah 3.6: Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan media pengajaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Berdasarkan carta tersebut, faktor asas dalam pemilihan media ialah isi
pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Faktor yang lain merupakan faktor
sampingan yang boleh digolongkan di bawah satu label, iaitu praktikal. Dalam
modul ini, perincian akan diberikan kepada empat faktor asas, iaitu:
(a) Objektif;
(b) Pelajar;
(c) Kaedah; dan
(d) Praktikal.

3.4.1 Faktor Objektif


Terdapat beberapa panduan untuk memilih media berasaskan objektif.

(a) Kajian telah menunjukkan terdapat hubungan antara media pengajaran


dengan objektif pembelajaran. Sebahagiannya dapat dilihat daripada
Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Hubungan antara Media Pengajaran dengan Objektif Pembelajaran

Objektif Pembelajaran
Jenis-jenis Belajar Belajar
Media Belajar Menjalankan
Mengenal Prinsip Belajar Membentuk
Pengajaran Maklumat Kemahiran
Pasti dan Peraturan Sikap
Faktual Motor
Visual Konsep

Gambar
Sederhana Tinggi Sederhana Sederhana Rendah Rendah
pegun
Filem
Sederhana Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana
bergerak
Televisyen Sederhana Sederhana Tinggi Sederhana Rendah Sederhana
Objek 3-D Rendah Tinggi Rendah Rendah Rendah Rendah
Rakaman
Sederhana Rendah Rendah Sederhana Rendah Sederhana
video
Penerangan Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi Rendah Sederhana
Demonstrasi Rendah Sederhana Rendah Tinggi Rendah Sederhana
Bahan cetak Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana
Pengajaran
Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Rendah Sederhana
lisan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  53

Bagi menunjukan perkaitan antara media pengajaran dan objektif, lihat


Rajah 3.7 berikut.

Rajah 3.7: Padanan antara media pengajaran dengan objektif

(b) Kon Pengalaman Dale juga boleh digunakan untuk membuat pemilihan
media berasaskan objektif. Satu peraturan umum ditetapkan untuk
pemilihan cara ini, iaitu:
"Pergi serendah pada skala yang anda perlu, untuk memastikan
pembelajaran untuk kumpulan anda, tetapi pergi setinggi yang
anda boleh untuk pembelajaran yang paling berkesan."
Apakah pengertian pernyataan ini? Jika kita ingin memastikan
pembelajaran terjadi dengan sempurna, media yang patut dipilih adalah
daripada kumpulan di tapak kon. Pendekatan ini dikatakan sebagai
slow but sure (perlahan tetapi pasti). Ia sesuai bagi mencapai objektif yang
kandungannya amat sedikit diketahui atau dialami oleh pelajar. Ertinya,
pelajar asing dengan persoalan objektif tersebut. Misalnya, bagi guru
pelatih yang tidak ada pengalaman mengajar, objektifnya ialah supaya
mereka dapat menghayati peranan guru, maka latihan mengajar adalah
kaedah dan media yang paling sesuai untuk mereka. Melalui latihan ini,
guru berdepan dengan suasana pengajaran yang sebenar. Akan tetapi, cara
ini mahal dan prosesnya agak lama.

Pendekatan yang kedua dikatakan sebagai fast but risky. Ertinya,


pembelajaran yang dirancang memang lebih cepat dan murah tetapi ada
risikonya kerana penggunaan simbol verbal dan visual mungkin akan
mengelirukan pelajar yang tidak mahir mentafsir simbol-simbol tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Pendekatan ini sesuai diambil jika pengetahuan asas atau sedia ada telah
dikuasai secara konkrit oleh pelajar.

(c) Sifat fizikal media terdiri daripada enam ciri fizikal iaitu:
(i) Visual;
(ii) Perkataan bercetak;
(iii) Bunyi dan suara;
(iv) Pergerakan;
(v) Warna; dan
(vi) Bahan sebenar.

SEMAK KENDIRI 3.2


Katakan objektif anda ialah, „Pelajar dapat menyenaraikan tiga sumber
elektrik.‰ Apakah ciri media yang sesuai? Daripada ciri ini, guru dapat
menentukan penyalur yang sesuai lagi mampu diadakan.

3.4.2 Faktor Pelajar


Mengetahui ciri-ciri pelajar merupakan satu lagi aspek utama dalam pemilihan
media pengajaran. Dengan mengetahui siapa pelajar kita, kita dapat pastikan
media yang terbaik bagi mereka, memandangkan keberkesanan media
berbeza-beza menurut ciri pelajar.

Model ASSURE menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek utama dalam analisis
ini, iaitu ciri-ciri umum, keperluan khusus dan stail pembelajaran.

(a) Daripada sudut ciri-ciri umum, khususnya umur, penyelidik mendapati


pelajar dewasa lebih berupaya mengendalikan pelbagai jenis pembelajaran.
Mereka memerlukan panduan yang kurang berbanding pelajar yang muda.

Untuk mencapai objektif kognitif, media abstrak adalah lebih sesuai untuk
pelajar dewasa berbanding pelajar muda. Bagi sikap pula, media konkrit
adalah penting bagi kedua-dua peringkat umur. Wager mencadangkan
kanak-kanak didedahkan kepada ucapan daripada seseorang yang mereka
pandang tinggi kerana sikap terbentuk apabila mendengar kenyataan
daripada orang yang disegani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  55

(b) Bagi keperluan khusus, visual didapati membantu pelajar yang kurang
cekap membaca. Bagaimanapun, gambar foto membantu golongan yang
cekap dan kurang cekap membaca. Pelajar yang kurang cekap membaca
juga didapati lebih menggemari arahan yang berbentuk rakaman audio.

(c) Stail pembelajaran turut menyebabkan cara seseorang belajar berbeza dan
ini sekali gus memerlukan sesuatu yang sesuai dengannya. Pelajar
kinestatik didapati belajar dengan lebih berkesan melalui kit pembelajaran
yang terdiri daripada model dan latihan yang bersifat fizikal. Ini berlainan
pula dengan pelajar audio yang lebih suka mendengar dan bercakap.
Sementara itu, pelajar visual lebih suka melukis dan melakar buah fikiran
mereka. Jadual 3.3 menunjukkan hubungan antara stail belajar dengan cara
belajar yang sesuai.

Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar
mereka. Ia tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail, kerana setiap
stail tidak lebih atau kurang daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini
disesuaikan dengan pendekatan pengajaran. Justeru, dalam pengajaran
digalakkan menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan yang pelbagai juga.

Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar
mereka. Ia tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail kerana setiap
stail tidak lebih atau kurang daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini
disesuaikan dengan pendekatan pengajaran. Justeru itu, dalam pengajaran
digalakkan menggunakan pendekatan yang dipelbagaikan untuk memenuhi
keperluan yang pelbagai juga.

Jadual 3.3: Stail Pembelajaran ă Cara Mengenal Pasti dan Tip Pembelajaran

Cara Mengenal Pasti Tip Pembelajaran


Pelajar visual biasanya: Pelajar visual patut:
Ć Perlu melihat apa yang sedang Ć Guna grafik untuk membuat
dipelajari untuk memahaminya. pengukuhan; filem, slaid, ilustrasi,
Ć Sangat peka terhadap warna. gambar rajah dan contengan.
Ć Berbakat seni (keupayaan artistik). Ć Gunakan kod warna untuk menyusun
Ć Menghadapi masalah dengan arahan nota dan bahan-bahan persendirian.
lisan. Ć Minta arahan bertulis.
Ć Berkemungkinan bertindak balas secara Ć Guna carta alir dan rajah untuk
berlebihan terhadap bunyi. mencatat nota.
Ć Menghadapi masalah menyukai Ć Gambarkan perkataan atau fakta yang
syarahan. ingin dihafal.
Ć Kerap salah tafsir makna perkataan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Cara Mengenal Pasti Tip Pembelajaran


Pelajar auditori biasanya: Pelajar auditori patut:
Ć Lebih gemar mendapatkan maklumat Ć Guna alat perakam untuk membaca dan
dengan cara mendengar. mengikuti kelas dan syarahan.
Ć Perlu dengar untuk memahami. Ć Belajar dengan membuat temu bual
Ć Menghadapi masalah mengikuti arahan atau aktif dalam perbincangan.
bertulis. Ć Soalan peperiksaan dan arahan dibaca
Ć Kesusahan dalam membaca. secara lisan atau guna perakam.
Ć Bermasalah dalam menulis.
Ć Tidak berupaya membaca bahasa gerak
badan dan mimik muka.

Pelajar kinestatik biasanya: Pelajar kinestatik patut:


Ć Lebih suka hands-on (membuat Ć Menggunakan cara pembelajaran
aktiviti). experiential (buat model, jalankan kerja
Ć Boleh mencantum bahagian-bahagian makmal dan lakonan).
alatan tanpa membaca panduan. Ć Rehat dengan kerap semasa
Ć Susah duduk diam. pembelajaran.
Ć Belajar dengan lebih baik jika ada Ć Tekap huruf dan perkataan semasa
penglibatan pergerakan fizikal. belajar ejaan dan menghafal fakta.
Ć Mungkin ada koordinasi badan yang Ć Guna komputer untuk pengukuhan
baik dan kemahiran atletik. jenis sensori.
Ć Menghafal atau melatih dengan berjalan
dan membuat jasmani.
Ć Kebolehan diluahkan melalui tarian,
drama atau gimnastik.

Sumber: Middlesex Community College, adaptasi daripada Tutor TrainerÊs Manual,


Tyler Junior College, Tyler, TX.

AKTIVITI 3.3

Apakah stail pembelajaran anda? Adakah cara anda belajar sama


seperti yang disenaraikan? Jika tidak, cuba berlatih dan lihat kesannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  57

3.4.3 Faktor Kaedah


Elton (1977) telah membahagikan kesemua pengajaran dan pembelajaran kepada
tiga kumpulan yang besar, iaitu:
(a) Pengajaran beramai-ramai.
(b) Pengajaran kendiri.
(c) Pembelajaran berkumpulan.

Berdasarkan tiga kumpulan ini, beliau menggariskan kaedah dan media yang
sesuai digunakan. Jadual 3.4 menunjukkan perkara ini.

Jadual 3.4: Tiga Kelas Kaedah Pengajaran

Kaedah Pengajaran Contoh Peranan Guru


Pengajaran Beramai- Kuliah konvensional, pelajaran Penyampai
ramai ekspositori, siaran TV dan radio, kabel tradisional, pengawal
TV dan filem. proses pengajaran.
Pengajaran Kendiri Pembelajaran jarak jauh, pembelajaran Penerbit dan
berbantukan komputer, mediated self- pengurus sumber
instruction. pembelajaran, tutor
dan fasilitator.
Pembelajaran Tutorial, seminar, latihan Pengurus dan
Berkumpulan berkumpulan, projek, permainan dan fasilitator.
simulasi, self-help groups.

Jika anda perhatikan jadual di atas dengan teliti, pasti anda dapat melihat
perbezaan media yang digunakan untuk setiap kumpulan.

3.4.4 Faktor Praktikal


Faktor praktikal berkaitan dengan isu dan sama ada pilihan ini dapat
dilaksanakan. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu:
(a) Adakah media pengajaran mudah diperoleh?
(b) Jika mudah diperoleh, adakah ia mudah digunakan?
(c) Jika tidak mudah diperoleh, berapa kos dan masa yang diperlukan?
(d) Adakah pihak pentadbir meluluskannya?

Persoalan sama ada media pengajaran mudah atau murah adalah persoalan yang
relatif. Jawapan kepada persoalan ini sangat bergantung kepada individu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

berkenaan. Daripada konteks realiti, setiap individu mesti sanggup menghadapi


kesusahan dan berikhtiar mengatasinya. Semangat ini harus ada di jiwa setiap
guru. Andainya susah sedikit sudah mengalah, maka sukarlah untuk kita
membangunkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.

3.5 PENYEDIAAN MEDIA PENGAJARAN


Kunci kualiti sesuatu media pengajaran terletak pada perancangan yang rapi.
Jika diteliti, proses penyediaan media hampir sama bagi semua jenis media.
Yang membezakan adalah kemahiran teknikal yang diperlukan bagi sesuatu
media tertentu. Justeru, disenaraikan langkah dalam proses penyediaan atau
penerbitan media.
(a) Cetuskan idea. Idea tercetus daripada pengalaman, pembacaan,
pemerhatian dan sebagainya. Yang penting, fikiran diajukan kepada usaha
membantu pelajar dan mengatasi masalah pembelajaran mereka.

(b) Nyatakan objektif. Tuliskan dengan jelas apakah yang kita inginkan pelajar
kita dapat lakukan di akhir pengajaran nanti.

(c) Analisis pelajar dari segi:


(i) Latar belakang;
(ii) Pengetahuan sedia ada;
(iii) Kadar pembelajaran;
(iv) Kemahiran asas;
(v) Kebolehan bertutur;
(vi) Sikap; dan
(vii) Gaya belajar.

Analisis pelajar akan mempengaruhi:


(i) Perkembangan pengajaran;
(ii) Kepantasan pengajaran;
(iii) Paras perbendaharaan kata; dan
(iv) Cara dan tahap penglibatan pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  59

(d) Kumpul dan susun bahan


(i) Kenal pasti sumber dengan menjalankan kajian sama ada menerusi
pembacaan atau pergi terus ke lokasi berkenaan;
(ii) Buat sorotan menyeluruh tentang kandungan;
(iii) Susun isi-isi utama; dan
(iv) Buat satu sinopsis ringkas.

(e) Tukarkan idea ke dalam bentuk visual. Perkara ini akan dibincangkan
dengan mendalam dalam Topik 4.

(f) Rancangkan penglibatan pelajar. Penglibatan yang aktif akan


meningkatkan keberkesanan pengajaran. Pelbagai cara boleh dilakukan
seperti:
(i) Memberikan soalan yang memerlukan jawapan segera, secara lisan
atau bertulis;
(ii) Membuat kesimpulan atau menyatakan pandangan; dan
(iii) Membuat pemilihan, penilaian atau perkara yang berkaitan dengan
membuat keputusan.

(g) Semak perancangan anda. Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu
diajukan, iaitu:
(i) Adakah ia membantu pencapaian objektif?
(ii) Wujudkah kesinambungan, misalnya antara satu keping slaid atau
transparensi dengan yang lain?
(iii) Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan di kalangan pelajar?
(iv) Adakah ia berfokus kepada idea utama?
(v) Adakah idea itu jelas?
(vi) Adakah semua perkara yang tidak penting telah diketepikan?
(vii) Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan?
(viii) Adakah tajuk jelas dan cukup pendek untuk dibaca semasa
persembahan?
(ix) Adakah aktiviti yang disediakan mencukupi?

(h) Penerbitan
Setelah anda berpuas hati dengan perancangan yang dibuat, maka
penerbitan merupakan langkah yang seterusnya. Dalam konteks ini, aspek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

teknikal penting dikuasai. Oleh kerana limitasi ruang, modul ini tidak
mampu untuk menunjukkan secara terperinci penghasilan setiap jenis
media. Namun, dalam Topik 4 akan dibentangkan prinsip reka bentuk
visual yang merupakan asas dalam penerbitan kebanyakan media
pengajaran.

AKTIVITI 3.4

Lakarkan carta aliran penyediaan media pengajaran.

LATIHAN 3.4

Jelaskan panduan untuk memilih media berasaskan objektif.

 Media pengajaran yang baik akan membantu agar proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Seorang pengajar seharusnya
peka kepada faktor objektif, faktor pelajar, faktor kaedah dan faktor praktikal
semasa membuat dan menyediakan media pengajaran. Penyediaan media
pengajaran haruslah melalui langkah-langkah seperti berikut:
ă Pencetusan idea;
ă Menyatakan objektif;
ă Analisis pelajar;
ă Mengumpul dan menyusun bahan;
ă Tukar idea ke bentuk visual;
ă Rancang penglibatan pelajar;
ă Semak perancangan; dan
ă Penerbitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN  61

 Media pengajaran harus dianalisis sama ada ia berkesan atau tidak selepas
perlaksanaan atau penggunaannya. Sekiranya didapati masih kurang
berkesan, adalah perlu untuk dikaji semula media pengajaran tersebut.

Media Media pengajaran

Media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Jelaskan.

Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media dalam bentuk
berikut:
(a) Pengajaran bersama pengajar
(b) Pengajaran tanpa pengajar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Reka Bentuk 
4 Visual 

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan kepentingan visual dalam pengajaran;
2. Membezakan antara elemen dengan prinsip reka bentuk visual;
3. Mengenal pasti kepentingan setiap elemen dan prinsip reka bentuk
visual;
4. Menyatakan komponen dan fungsi warna;
5. Menghuraikan keluarga huruf dan faktor pemilihan huruf; dan
6. Menghasilkan komposisi visual yang menggabungkan elemen dan
prinsip visual dengan baik.

 PENGENALAN
Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang
lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi
utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran.
Justeru, peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun,
sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan
kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi
dan kesesuaian teknik yang digunakan. Dalam topik ini, terdapat perbincangan
tentang objektif penggunaan visual dalam pengajaran, elemen dan prinsip reka
bentuk visual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  63

4.1 KONSEP DAN FUNGSI VISUAL


Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik.
Fotografik dan video (sebagai satu contoh bahan elektronik) menyediakan
ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan
yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.

Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia
terdiri daripada dua kategori visual seperti dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Kategori Visual

(a) Visual Analogik


Menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang
dianggap dapat mewakili konsep tersebut. Sebagai contoh, sebuah kartun
dilukis bagi mewakili peristiwa sel darah putih menyerang bakteria. Di
sini, setiap karektor kartun dilukis menyamai konsep asal.

(b) Visual Organisasi


Merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya.

Ketiga-tiga bentuk visual yang disebutkan boleh berdiri sendirian atau secara
kombinasi.

Seperti yang dinyatakan tadi, visual mempunyai fungsi yang amat penting
dalam komunikasi. Namun, fungsi ini hanya berperanan jika visual itu
mempunyai ciri-ciri berikut:
(a) Mudah, jelas dibaca dan difahami;
(b) Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah. Jika terlalu senang,
pelajar mungkin tidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga
mudah merasa jemu. Sebaliknya, jika ia terlalu sukar, pelajar akan rasa
kecewa dan bosan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

(c) Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang
terdapat dalam visual; dan
(d) Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam
visual.

Bagaimanakah semua ciri ini dapat dipenuhi? Jawapannya ialah dengan


mempelajari reka bentuk visual.

Reka bentuk visual boleh disamakan dengan alam ini sendiri. Apabila kita
mendongak ke langit, kelihatan awan bergumpal di dada langit dalam pelbagai
bentuk dan ini cukup cantik dan menawan. Kadangkala, dada langit itu dihiasi
dengan kapal terbang yang melintasi udara dan diikuti di belakangnya
garis-garis awan putih. Ia kelihatan sebagai satu reka bentuk yang cukup
harmonis. Begitu juga jika kita ke sawah padi atau ke pantai. Semuanya
mempunyai susunan tersendiri yang menjadikan kita mengenalinya sebagai
pantai atau sawah padi. Pendek kata, semuanya memberi makna pada orang
yang ingin berfikir. Malah, jika alam ini diperhatikan, ia menerbitkan apa yang
dipanggil visual alam. Andainya visual alam ini dihayati, tidak sukar untuk kita
menghasilkan bahan visual yang berkualiti.

SEMAK KENDIRI 4.1


Bolehkah anda berikan contoh-contoh reka bentuk visual semula jadi
yang terdapat di sekeliling anda?

4.2 ELEMEN REKA BENTUK VISUAL


Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk
sesuatu komposisi visual, sama seperti rumah yang dibentuk daripada bahan-
bahan asas seperti kayu, simen, paku dan sebagainya. Rajah 4.2 menunjukkan
lima elemen grafik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  65

Rajah 4.2: Elemen-elemen grafik

4.2.1 Ruang
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar
kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Tanpa satu ruang,
sesuatu visual tidak boleh dihasilkan. Ruang perlu digunakan dengan saksama
supaya reka bentuk menarik dipandang. Ruang terbahagi kepada dua jenis:
 Ruang Positif – Ruang yang digunakan.
 Ruang Negatif – Ruang yang kosong.

Ruang positif boleh dibina dengan menggunakan garis, bentuk, tekstur dan
warna. Namun, jika ruang dipenuhi hanya dengan ruang positif, komposisi
visual yang dihasilkan akan kelihatan semak. Sebaliknya, jika terlalu sedikit
digunakan atau terlalu banyak ruang negatif, visual yang dihasilkan kelihatan
kosong dan tidak bermaya. Ini bermakna, ruang perlu digunakan secara
seimbang antara positif dan negatif agar sesuatu komposisi visual kelihatan lebih
cantik dan menarik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Ruang positif boleh dibina dengan menggunakan garis, bentuk, tekstur dan
warna. Namun, jika ruang dipenuhi hanya dengan ruang positif, komposisi
visual yang dihasilkan akan kelihatan semak. Sebaliknya, jika terlalu sedikit
digunakan atau terlalu banyak ruang negatif, visual yang dihasilkan kelihatan
kosong dan tidak bermaya. Ini bermakna, ruang perlu digunakan secara
seimbang antara positif dan negatif agar sesuatu komposisi visual kelihatan
cantik dan menarik.

4.2.2 Garisan
Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya
tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain lagi. Ia boleh
didapati dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi. Garis dua dimensi adalah
seperti lakaran pensel, manakala garis tiga dimensi adalah seperti tali. Fungsi
garis ialah:

(a) Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai,
tiupan angin, arah larian dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  67

(b) Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.

(c) Menunjukkan kemegahan dan kekuatan.

(d) Menunjukkan kekusutan.

(e) Melukis objek atau benda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

(f) Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

4.2.3 Permukaan
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur.
Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang
dibuat di atasnya. Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di
papan putih, perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas. Garis, warna dan tekstur
yang berbeza memberi kesan yang tertentu ke atas permukaan. Kesemuanya
perlu disatukan dengan wajar supaya permukaan kelihatan menarik.

4.2.4 Bentuk Dua Dimensi


Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti
sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi:

(a) Bentuk geometri

(b) Bentuk abstrak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  69

(c) Bentuk gambaran

4.2.5 Bentuk Tiga Dimensi


Bentuk tiga dimensi pula mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Bentuk
ini boleh didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan
bentuk tiga dimensi tiruan.

Bentuk tiga dimensi tiruan adalah bentuk dua dimensi yang kelihatan
seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal
seperti gambar foto dan lukisan yang diberi bayang (shade).

Contohnya, seperti lukisan di bawah ini yang menggunakan bayang untuk


menunjukkan dimensi ketebalan.

LATIHAN 4.1

Apakah kelebihan bentuk tiga dimensi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

4.3 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL


Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen
grafik supaya visual yang dihasilkan adalah menarik dan berkesan. Prinsip ini
tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang kaku, namun pengetahuan
tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.
Prinsip visual dibincangkan dalam pelbagai cara, khususnya dari sudut istilah
yang digunakan. Namun, inti patinya tidak jauh berbeza.

Bagi modul ini, enam prinsip grafik akan dibincangkan iaitu:


(a) Simplisiti;
(b) Dominan;
(c) Pola;
(d) Seimbang;
(e) Variasi; dan
(f) Harmoni.

4.3.1 Simplisiti
Tulisan yang ditulis seperti ukiran kerawang memang cantik dipandang. Akan
tetapi, jika tujuan ukiran adalah supaya mesej mudah dibaca dan difahami,
tulisan ini tidak sesuai digunakan kerana ia sukar dibaca. Simplisiti bermaksud
sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara
yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.
Gambar di bawah menunjukkan konsep ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  71

4.3.2 Dominan
Dominan boleh disamaertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Dalam
sesuatu rekaan visual, objek atau item utama (key element) mestilah ditonjolkan
agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh penonton/pembaca dengan
mudah. Item utama ini mestilah menguasai item-item lain yang menyokongnya.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan. Antaranya ialah:

(a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third). Peraturan Satu


Pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu
visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas
kiri daripada tempat-tempat lain. Rajah 4.3 berikut menunjukkan perkara
ini.

Rajah 4.3: Peraturan satu pertiga (Rule of Third)

(b) Warna dan bentuk yang kontras.

(c) Saiz yang lebih besar.

(d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama.

(e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama.

(f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli
atau kipas.

(g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Contoh konsep dominan dapat dilihat dalam gambar di bawah ini:

Sumber: http://www.fhwa.dot.gov

LATIHAN 4.2

Berdasarkan gambar di atas, apakah cara yang digunakan untuk


menonjolkan item utama (dominan)?

4.3.3 Pola
Pola atau corak berkait dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan
visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat:
(a) Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama;
(b) Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah
yang betul; dan
(c) Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran
persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.

Secara ringkas, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan
mengekalkan perhatian penonton/pembaca serta memandu penonton/pembaca
melihat maksud yang terkandung dalam visual. Gambar di bawah menggunakan
garis-garis bayangan pokok untuk menarik mata meninjau jauh ke dalam gambar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  73

Terdapat beberapa jenis pola yang boleh digunakan dalam rekaan visual, iaitu:

(a) Pola mengikut bentuk geometri, seperti bulat, tiga segi dan lain-lain.

(b) Pola mengikut huruf, seperti C, T, Z dll.

Perlu diingatkan bahawa bukan hanya ilustrasi atau gambar rajah yang harus
disusun; huruf dan perkataan juga perlu disusun kerana ia adalah sebahagian
daripada pola.

4.3.4 Seimbang
Setiap benda dalam dunia ini perlu seimbang; sesuatu yang tidak seimbang akan
tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual; ia juga perlu seimbang. Jika
tidak, ia akan turut tumbang kerana rekaannya nampak janggal dan tidak
menarik. Justeru, elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap
bahagian reka bentuk, tidak kira sama ada antara bahagian kiri dengan kanan
ataupun atas dengan bawah. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang objek
tersebut.

Terdapat dua jenis seimbang:

(a) Seimbang formal


Bermakna pembahagian yang sama bahagi (bisymmetrical) antara dua
bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas
dengan bawah. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang
mempunyai bebanan yang sama jenis dan beratnya di kedua-dua belah
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
74  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

papan jongkang-jongkit ini. Satu contoh seimbang formal adalah seperti


berikut:

Seimbang formal mudah dicapai, kesannya masih menarik walaupun agak


kurang dinamik jika dibandingkan dengan seimbang tidak formal.

(b) Seimbang tidak formal


Bermakna pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara item
kiri dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Jika
digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang masih seimbang
tetapi bebanan yang ada di kiri kanan papan jongkang-jongkit, bukan
daripada jenis atau bahan yang sama, cuma beratnya sahaja. Contohnya
seimbang tidak formal adalah seperti berikut:

Dalam rekaan visual, kita tidak boleh menyukat berat menggunakan


timbangan. Dalam hal ini, penglihatan mata adalah cara untuk menentukan
keseimbangan. Sebagai panduan, elak meletakkan objek yang gelap di atas
objek yang cerah atau objek yang besar di atas objek yang kecil. Objek yang
gelap, lebih berat daripada objek yang cerah. Begitu juga objek yang lebih
besar, lebih berat daripada objek yang kecil. Ringkasnya, hukum graviti
perlu diaplikasikan di sini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  75

4.3.5 Variasi
Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya
menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Tentulah
membosankan sekiranya sesuatu elemen itu digunakan berulang kali. Kita perlu
pelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran
dan menimbulkan minat. Tegasnya, variasi menyokong pola untuk
meningkatkan tarikan terhadap visual, seperti dalam Rajah 4.4 berikut.

Rajah 4.4: Contoh variasi

Konsep variasi boleh dilihat dalam gambar berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

4.3.6 Harmoni
Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan. Bayangkan
ketika berada di pantai pada waktu senja. Warna langit yang jingga begitu
harmonis dengan deruan ombak dan lambaian lembut daun kelapa.
Kesemuanya bagaikan bersatu menyambut senja yang datang.

Begitulah halnya dengan rekaan grafik. Kesemua elemen perlu menunjukkan


kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran
penonton/pembaca mengikuti perkembangan keseluruhan visual.

Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca


kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran
persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Gambar di bawah menunjukkan
konsep harmoni melalui cara pengulangan bentuk, warna dan huruf. Kita dapat
mengaitkan hubungan gambar tersebut melalui kajian warna dan huruf yang
diletakkan untuk sesuatu bentuk.

Sumber: http://sadbirddesign.com

Untuk memahami seluruh prinsip ini, anda perlu membiasakan penglihatan


dengan rekaan yang ada di sekitar anda. Aktiviti ini adalah latihan yang asas ke
arah pembinaan visual yang baik.

AKTIVITI 4.1

Pilih beberapa keping gambar atau rekaan visual kesukaan anda. Kaji
prinsip grafik yang digunakan dan mengapa ia digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  77

LATIHAN 4.3

Nyatakan yang manakah elemen dan prinsip grafik.


(a) Bentuk abstrak:
(b) Keseimbangan:
(c) Harmoni:
(d) Garis:
(a) Pola:

4.4 WARNA
Warna adalah salah satu elemen visual. Bagaimanapun, warna biasanya
dibincangkan secara berasingan kerana tajuk ini mempunyai skop yang luas.
Warna akan mencorakkan paras rupa sesuatu permukaan yang digunakan.
Andainya warna yang digunakan sesuai, ia dapat menonjolkan mesej yang
hendak disampaikan. Sebaliknya, jika warna dipilih secara rambang, ia hanya
akan membawa kepada kekeliruan. Berdasarkan pemerhatian rawak,
kebanyakan guru masih lemah dalam pemilihan warna dan ini menyebabkan
visual yang dihasilkan tidak cukup berkesan untuk menyampaikan mesej dan
menarik perhatian pelajar.

Warna terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu kromatik dan akromatik.
Warna kromatik mengandungi tiga sifat iaitu hiu, nilai dan kroma dan ia kadang
kala digelar warna natural, seperti kelabu, hitam dan putih.

Rajah 4.4 menunjukkan dua bahagian warna dan sifat-sifatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Rajah 4.5: Bahagian warna dan sifat-sifatnya

(a) Hiu (hue) digunakan untuk menjelaskan warna yang khusus seperti merah,
biru dan sebagainya.

(b) Nilai (value) pula menjelaskan sejauh mana gelap atau cerahnya sesuatu
warna itu kelihatan. Warna putih adalah warna yang paling cerah. Ini
bermakna warna putih mempunyai nilai tertinggi dalam semua warna.
Warna kuning pula adalah warna yang paling cerah dalam kumpulan
warna kromatik.

(c) Kroma (chroma atau intensity) digunakan untuk menjelaskan intensiti atau
kekuatan sesuatu warna. Misalnya, warna merah cerah adalah lebih kuat
merahnya daripada merah pucat. Semakin banyak bahan asing
dicampurkan dalam sesuatu pigmen warna, semakin berkurangan intensiti
warna tersebut.

(d) Pigmen adalah bahan yang memberi warna kepada sesuatu objek. Pigmen
warna terdiri daripada empat jenis, iaitu:

(i) Warna Utama


Warna utama ialah warna asas. Ia tidak boleh dihasilkan dengan
campuran warna-warna lain. Warna tersebut ialah biru, kuning dan
merah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  79

(ii) Warna Sekunder


Warna sekunder diperoleh daripada campuran dua warna utama
iaitu:

Biru + Kuning = Hijau


Merah + Biru = Ungu
Kuning + Merah = Jingga

(iii) Warna Pertengahan


Warna pertengahan ialah campuran warna sekunder dengan warna
utama yang terletak bersebelahannya. Warna ini dinamakan menurut
warna ibu bapanya seperti biru ungu, kuning hijau dan lain-lain.

(iv) Warna Tertiar


Warna ini dihasilkan dengan mencampurkan dua warna sekunder.
Contohnya, campuran warna oren dan ungu menghasilkan warna
merah kecoklatan yang digelar oleh sebahagian pereka sebagai russet.
Warna ini lebih lembut dan cantik. Kelainannya dapat
menghilangkan kebosanan, terutamanya apabila warna utama dan
sekunder yang tepu digunakan secara berterusan.

4.4.1 Pemilihan Warna


Warna dipilih berdasarkan fungsinya. Terdapat empat fungsi warna iaitu:

(a) Membuat Penegasan dan Mewujudkan Tumpuan


Bagi menjayakan fungsi ini, warna-warna yang digunakan haruslah dapat
menegaskan sesuatu elemen supaya perhatian penonton dapat
ditumpukan ke arahnya. Penegasan dapat dicapai dengan menggunakan
warna yang berbeza. Misalnya, jika sesuatu elemen yang berwarna terang
hendak ditonjolkan, maka warna latar belakangnya mestilah pudar atau
malap. Selalunya, warna utama digunakan dalam membuat penegasan.
Bagaimanapun, warna sekunder seperti hijau dan jingga juga boleh
digunakan.

Penggunaan warna yang kontras antara latar belakang dengan subjek juga
dapat menimbulkan kesan penegasan. Warna kontras juga dikenali sebagai
warna penggenap. Warna-warna tersebut terletak bertentangan di atas
roda warna seperti warna merah dan hijau atau warna biru dan kuning.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Sila lihat Jadual 4.1 yang menunjukkan pemilihan warna bagi latar
belakang dan latar depan.

Jadual 4.1: Pemilihan Warna bagi Latar Belakang dan Latar Depan

Latar Belakang Latar Depan, Imej dan Teks Penonjolan


Putih Biru gelap Merah, oren
Kelabu cerah Biru, hijau, hitam Merah
Biru muda Biru gelap, hijau gelap Merah, oren
Kuning muda Ungu, coklat Merah

(b) Memudahkan Sesuatu Item Dilihat


Warna ungu adalah warna yang paling kurang jelas dilihat daripada
warna-warna lain atau warna yang paling rendah nilainya. Warna kuning
pula adalah paling terang dan jelas kelihatan. Perbandingan warna-warna
lain dengan warna ungu adalah seperti dalam Jadual 4.2:

Jadual 4.2: Perbandingan Warna-warna Lain dengan Warna Ungu

Kuning 12 kali lebih jelas daripada ungu


Oren 9 kali lebih jelas daripada ungu
Hijau 7 kali lebih jelas daripada ungu
Merah 5 kali lebih jelas daripada ungu
Biru 3 kali lebih jelas daripada ungu

Tindihan warna juga turut dapat menjelaskan sesuatu item. Tindihan


warna terbahagi dua iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.6:

Rajah 4.6: Kategori tindihan warna

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  81

(i) Tindihan positif – Dihasilkan apabila warna subjek yang terang


diletakkan di atas latar yang berwarna kontras dengannya seperti,
putih di atas hitam, kuning di atas ungu dan merah di atas hijau.
Tindihan positif biasanya lebih banyak digunakan dan ia kelihatan
lebih jelas.

(ii) Tindihan negatif – Menggunakan warna kontras yang lemah dan


menghasilkan gabungan warna yang kelihatan sama. Ini disebabkan
tidak banyak perbezaan antara warna. Contohnya, warna putih di
atas kuning, warna coklat di atas merah.

(c) Mewujudkan Perasaan Harmoni


Ini dapat dilakukan dengan menggunakan warna-warna analogus, iaitu
warna-warna yang terletak berhampiran dalam roda warna seperti warna
kuning, kuning hijau, hijau atau warna merah, merah ungu dan ungu.
Penggunaan gabungan warna ini menimbulkan perasaan selesa dan
tenteram.

Bagi menentukan warna latar sesuatu visual, terlebih dahulu tentukan


warna yang paling dominan dalam visual tersebut. Kemudian, pilihlah
warna yang terletak bersebelahan warna tersebut di roda warna bagi
dijadikan warna latar.

AKTIVITI 4.2

Cuba gunakan warna-warna analogus untuk membingkaikan sesuatu


gambar dan lihat kesannya.

(d) Melahirkan Kesan Tertentu


Selain daripada pembahagian warna yang telah diterangkan tadi, warna
juga dibahagikan berdasarkan kesannya. Terdapat tiga kategori warna
dalam bahagian ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.7.

Rajah 4.7: Kategori warna

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

(i) Warna Panas


Warna panas terdiri daripada warna merah, jingga dan kuning.
Warna-warna ini digolongkan sebagai warna panas kerana ketiga-
tiganya dikaitkan dengan matahari dan api. Warna-warna panas ini
menimbulkan kesan kedekatan, kegarangan dan kekuatan. Ia
seringkali digunakan dalam karya yang bertemakan perayaan atau
kemeriahan.

(ii) Warna Sejuk


Warna sejuk pula terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau.
Warna-warna ini dikaitkan dengan warna langit, tumbuhan, laut dan
air. Warna sejuk yang dikaitkan dengan alam mewujudkan suasana
kelembutan, kedamaian dan kesayuan.

(iii) Warna Psikologi


Terdapat satu kumpulan warna lagi, iaitu warna psikologi. Warna ini
dipengaruhi oleh budaya masyarakat setempat. Misalnya, Tahun
Baru Cina biasanya digambarkan dalam warna merah. Dalam konteks
ini, pereka perlulah sensitif dengan maksud warna tersebut supaya
ciptaannya tidak menimbulkan kegelisahan dan syak wasangka.

Terdapat juga warna yang maksudnya telah diterima secara umum


bagi sesuatu bidang pengetahuan. Misalnya, dalam bidang sains,
warna biru melambangkan warna darah beroksigen, berbeza dengan
bidang geografi, warna biru melambangkan sungai dan laut.

LATIHAN 4.4

Apakah komposisi warna yang menghasilkan warna-warna tersebut?


(a) Warna utama
(b) Warna sekunder
(c) Warna pertengahan
(d) Warna tertier

4.5 HURUF
Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan gambar dan lukisan. Bagi
memantapkan maksud, elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan.
Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa penggunaan tajuk, soalan dan lain-
lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  83

Selain itu, perkataan juga dapat menarik perhatian dan mengelakkan sesuatu
visual daripada disalahtafsir.

Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi


pertimbangan, iaitu:
(i) Stail huruf;
(ii) Bilangan stail huruf;
(iii) Huruf besar dan huruf kecil;
(iv) Warna huruf;
(v) Saiz huruf;
(vi) Jarak antara huruf; dan
(vii) Jarak antara baris.

4.5.1 Stail Huruf


Terdapat beratus-ratus stail huruf (fonts) pada masa ini, namun kesemua stail
huruf boleh dikelaskan kepada lima keluarga iaitu:

(a) Huruf Roman


Huruf Roman mempunyai strok yang berselang seli antara strok nipis dan
strok tebal. Ia mempunyai kaki (serif) atau garis kecil melintang di tapak
hurufnya. Kebanyakan buku menggunakan huruf ini kerana sifatnya yang
tebal dan nipis ini memudahkan pembacaan, walaupun dilihat secara
sepintas lalu.

(b) Huruf Gotik


Huruf gotik pula mempunyai strok yang sama seluruhnya dan tidak
mempunyai serif. Huruf ini paling banyak digunakan dalam reka bentuk
visual kerana sifatnya yang bold atau gelap sesuai untuk pelbagai bentuk
mesej. Ia juga digunakan dalam penerbitan buku.

(c) Huruf Kursif


Huruf ini biasanya dikenali sebagai tulisan tangan kerana setiap hurufnya
ditulis bersambung-sambung. Strok huruf ini pelbagai – nipis, tebal, licin,
kasar dan sebagainya. Oleh kerana huruf ini bersambung, ia tidak
digunakan dengan banyak kerana ia akan menyukarkan pembacaan.
Dengan penggunaan yang terhad, visual yang dihasilkan akan kelihatan
cantik dan berseni lebih-lebih lagi jika ia disatukan dengan mesej yang
berbentuk hiburan, perayaan dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

(d) Huruf Teks


Huruf teks kelihatan antik dan cantik tetapi sukar dibaca. Biasanya ia
digunakan pada visual yang bertemakan cerita lama.

(e) Huruf Novelti


Huruf ini digunakan untuk mendapatkan kesan yang berlainan daripada
semua huruf di atas. Fungsinya yang utama ialah untuk menarik perhatian.
Huruf ini digunakan dalam kadar yang paling sedikit seperti hanya satu
atau dua huruf sahaja yang dilukis menyerupai tumbuhan, haiwan, awan
larat dan sebagainya.

Berikut adalah contoh huruf daripada setiap keluarga

AKTIVITI 4.3

Berdasarkan kefahaman anda, apakah kelebihan dan kelemahan setiap


jenis huruf tersebut? Bincangkan.

4.5.2 Bilangan Stail Huruf


Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan menarik, elak daripada
menggunakan terlalu banyak stail huruf. Jangan melebihi tiga stail. Pastikan
juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej yang ingin diberikan.

4.5.3 Huruf Besar dan Huruf Kecil


Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar dalam reka bentuk anda.
Biasanya, huruf besar digunakan pada tajuk. Sub-tajuk dan keterangan (caption)
ditulis dalam huruf kecil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  85

4.5.4 Warna Huruf


Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.
Justeru, pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius. Pernah seorang
pelajar menggunakan huruf berwarna hijau untuk tajuk, „Aku terpenjara‰.
Warna hijau yang menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya tidak
sesuai dengan mood yang sedih dan merana.

4.5.5 Saiz Huruf


Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan boleh dijawab
berdasarkan satu prinsip yang mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu
jarak tertentu. Rajah 4.8 menunjukkan hubungan antara jarak dan saiz huruf.

Bagaimanapun, formula ini adalah ukuran yang minimum bagi penglihatan


yang normal. Andainya, kalangan penonton terdiri daripada orang tua dan
mereka yang mempunyai masalah penglihatan, saiz huruf perlu dibesarkan.
Perlu juga diingatkan bahawa tinggi huruf mesti diseimbangkan dengan
ketebalan huruf agar ia kelihatan seimbang dan cantik.

4.5.6 Jarak antara Huruf


Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang; tidak terlalu jauh dan
tidak terlalu rapat. Namun, huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan
ukuran biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi ia bergantung semata-mata
pada ketajaman penglihatan. Ertinya, huruf dijarakkan menurut keselesaan
penglihatan.

Rajah 4.8: Jarak dan saiz huruf

Sebagai ukuran biasa, bagi penghasilan transparensi, bilangan perkataan yang


sesuai ialah enam bagi sebaris. Ini bermakna huruf perlu dijarakkan dengan elok
untuk mendapatkan enam perkataan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

AKTIVITI 4.4

Tahukah anda, bahawa terdapat buku fiksyen dan bukan fiksyen yang
dicetak dengan saiz huruf yang diperbesarkan? Cuba dapatkan
sampelnya dan kaji kesan daripada penggunaan saiz huruf tersebut.

4.5.7 Jarak antara Baris


Prinsip menjarakkan huruf antara baris dan antara huruf adalah sama. Baris
yang terlalu rapat melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala terlalu jarak
menghilangkan rasa kepunyaan. Sebagai aturan biasa, bagi sekeping
transparensi, bilangan baris dihadkan kepada enam baris sahaja.

AKTIVITI 4.5

Pilih beberapa poster yang anda gemari. Kaji huruf yang digunakan
dan cuba fikirkan mengapa huruf sedemikian digunakan.

 Topik ini telah membincangkan hampir kesemua aspek dalam reka bentuk
visual.
 Dengan pengetahuan ini, anda dapat menghasilkan pelbagai jenis visual
yang berkualiti serta memberi kesan yang mendalam kepada pelajar.
 Visual yang berkualiti ini akan turut menyemai nilai estetika di kalangan
pelajar dan ini akan menimbulkan disiplin yang positif dalam diri mereka.

Garis Visual analogik


Ruang Visual organisasi
Visual

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL  87

Visual memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Huraikan


ciri-ciri yang boleh menghidupkan komunikasi.

Prinsip visual berperanan menghasilkan sesuatu produk yang menarik dan


berkesan. Huraikan tiga unsur penting dalam prinsip tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengajaran 
yang 
5  Berkesan 
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan ciri-ciri guru yang berkesan;
2. Menghuraikan prinsip pembelajaran dan pengajaran;
3. Menyediakan rancangan pengajaran;
4. Membincangkan persediaan mengajar; dan
5. Menjelaskan kemahiran-kemahiran penyampaian.

 PENGENALAN
Untuk mengajar dengan berkesan, guru perlu berpengetahuan dan kemahiran
tentang bidangnya, iaitu berkemahiran merancang dan menyampaikan isi
pelajaran yang telah dirancang. Topik ini akan membincangkan tentang ciri-ciri
guru yang berkesan, prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran, kurikulum
dan perancangan pengajaran, dan cara menyediakan persediaan pengajaran.

5.1 GURU YANG BERKESAN

AKTIVITI 5.1
Cuba anda renung sejenak dan fikirkan tentang guru yang pernah
mengajar anda semasa anda bersekolah. Apakah yang anda rasa paling
mempengaruhi diri anda sebagai pelajar?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  89

Daripada ciri yang anda senaraikan, guru tersebut mungkin guru kegemaran
anda, dan mungkin juga tidak. Ada antara guru tersebut yang mengenali anda
sebagai seorang individu dan mengetahui apa yang anda harapkan. Ada juga
yang hanya anda kenali berdasarkan mata pelajaran yang diajar sahaja.
Sesetengah guru menyebabkan anda meminati apa yang diajar. Sesetengahnya
pula mungkin membuat anda mempersoalkan „Mengapakah orang ini memilih
profesion perguruan sebagai kerjayanya?‰.

Guru yang ciri-cirinya anda senaraikan di atas, secara langsung dan tidak
langsung mempengaruhi pemikiran dan personaliti anda, pembentukan sikap
dan ilmu pengetahuan, serta kemahiran yang anda peroleh. Secara tidak
langsung, guru ini juga mungkin mengubah tingkah laku anda.

Seorang guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengajar dengan
berkesan. Adakah keberkesanan pengajaran guru hanya diukur berdasarkan
pencapaian akademik pelajar? Apa pendapat anda tentang pandangan ini?

5.1.1 Ciri-ciri Guru yang Berkesan


Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak ditulis dan juga
dikaji. Aspek keberkesanan dilihat dari segi sekolah, pengurusan, media
pengajaran, latihan guru dan lain-lain. Dalam bahagian ini penumpuan
diberikan kepada guru. Antara cirinya adalah:

(a) Kecekapan Bidang


Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu
guru mengajar dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya
dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau
dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan
baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di
pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun,
guru yang berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk
mempelajari perkara yang beliau kurang mahir.

(b) Kepelbagaian Kaedah Mengajar


Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui
kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk
mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar
kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah
mengajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

(c) Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran


Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan
pelajar dalam pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan
motivasi pelajar untuk belajar. Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti
pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guru yang berkesan akan sentiasa
sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.

(d) Bersemangat (enthusiastic)


Guru yang bersemangat (enthusiastic) akan mempamerkan keyakinan
dalam perkara yang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan
kesungguhan semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri yang
menunjukkan bahawa perkara yang hendak diajar adalah penting dan
menarik. Guru juga kelihatan bertenaga dan gembira semasa mengajar.

(e) Susunan dan Kejelasan


Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas. Isi
pelajaran dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan. Isi
pelajaran juga disampaikan mengikut urutan. Penerangan guru jelas dan
boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnya menyumbang kepada
pencapaian pelajar.

AKTIVITI 5.2

Pada pendapat anda, apakah lagi ciri-ciri guru yang berkesan yang
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran? Cuba
senaraikan ciri-ciri tersebut dan bincangkan bersama rakan kuliah
anda.

5.2 PRINSIP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Untuk membantu guru mengajar dengan berkesan, guru dibekalkan dengan
prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang memberi panduan kepada
mereka untuk menjalankan pengajaran dengan berkesan. Prinsip-prinsip itu ialah:
(a) Pembelajaran pelajar meningkat jika pengajaran dan pembelajaran bermula
daripada tahap pengetahuan sedia ada pelajar.
(b) Pengajaran dan pembelajaran meningkat jika pelajar dimotivasi untuk
belajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  91

(c) Pengajaran yang tersusun dan jelas akan meningkatkan proses


pembelajaran pelajar.
(d) Pengajaran yang melibatkan pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar
dalam apa yang dipelajari.
(e) Peningkatan pembelajaran dalam kalangan pelajar yang mengetahui
kemajuan pembelajaran mereka adalah lebih daripada pelajar yang tidak
diberi maklum balas tentang kemajuan pembelajaran mereka.
(f) Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran dan
pembelajaran yang mengambil kira perbezaan individu.
(g) Pembelajaran yang jelas matlamatnya akan meningkatkan proses
pembelajaran.
(h) Sesuatu pembelajaran itu bermakna apabila perkara yang dipelajari diingat
dan dapat diaplikasikan dalam situasi baru.
(i) Kejayaan merupakan motivasi untuk belajar.

AKTIVITI 5.3
Untuk melihat prinsip pembelajaran dan contoh-contohnya, sila layari
laman web http://www.intime.uni.edu/model/learning/lear.html

Untuk maklumat terkini tentang bagaimana manusia belajar, layari


buku atas talian berikut oleh Bransford, J., Brown, A., & Cockin, R.
(1999) yang berjudul How people learn: Brain, mind, experience and
school di http://stills.nap.edu/html/howpeople [2002, October 4]

5.3 KURIKULUM SEKOLAH


Kurikulum yang digunakan di sekolah menengah ialah Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). KBSM dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
bermula tahun 1988 di Tingkatan 1 dan kelas peralihan bagi mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Pada tahun 1989, semua
mata pelajaran KBSM telah dilaksanakan sepenuhnya di Tingkatan 1.

Pada tahun 1993, perlaksanaannya adalah daripada kelas peralihan sehingga


Tingkatan Lima. KBSM digubal untuk mencapai hasrat dan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara, di samping meningkatkan mutu pendidikan di sekolah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

menengah. Selain itu, penggubalan kurikulum ini juga telah mengambil kira
keperluan masa kini dan akan datang.

Matlamat KBSM ialah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh,


seimbang dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. KBSM telah
digubal berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
(a) Menghubungkan pendidikan rendah dengan menengah;
(b) Memberikan pendidikan umum untuk semua;
(c) Menggunakan disiplin yang ada;
(d) Mengintegrasikan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani;
(e) Menekankan nilai-nilai murni;
(f) Menekankan penggunaan Bahasa Malaysia; dan
(g) Mengamalkan pendidikan seumur hidup.

Perlaksanaan KBSM dilakukan dalam dua peringkat iaitu menengah rendah dan
menengah atas. Di peringkat menengah rendah, mata pelajaran dikategorikan
sebagai mata pelajaran teras dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras
digubal sesuai dengan prinsip KBSM yang disebutkan di atas, iaitu memberi
pendidikan umum kepada semua. Di peringkat menengah atas pula, semua mata
pelajaran peringkat menengah rendah diteruskan, kecuali mata pelajaran
Kemahiran Hidup, Geografi dan Pendidikan Seni. Di samping itu, mata
pelajaran elektif diwujudkan untuk mengembangkan minat dan bakat pelajar.

LATIHAN 5.1
Mengapakah penting untuk mengintegrasikan unsur-unsur intelek,
rohani, emosi dan jasmani dalam pembentukan kurikulum sekolah?

5.4 PERLAKSANAAN KURIKULUM


Setelah mengetahui tentang kurikulum, sekarang kita akan membincangkan
bagaimana hendak melaksanakan kurikulum tersebut. Setiap seorang daripada
anda mempunyai bidang pengkhususan yang menentukan mata pelajaran yang
akan anda ajar di sekolah. Setiap mata pelajaran mempunyai sukatan pelajaran
masing-masing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  93

5.4.1 Sukatan Pelajaran


Sukatan pelajaran adalah satu dokumen bertulis untuk sesuatu mata pelajaran. Ia
disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Dalam sukatan pelajaran, terkandung rasional dan matlamat, objektif
mata pelajaran, organisasi sukatan, kemahiran dan pengetahuan yang akan
diperoleh oleh pelajar, peruntukan waktu, cadangan aktiviti pembelajaran dan
nilai murni.

Sukatan pelajaran merupakan garis panduan kepada guru untuk mengajar


sesuatu pelajaran. Guru perlu bijak menggunakan sukatan pelajaran supaya
pelajar dapat pengetahuan dan kemahiran yang dinyatakan dalam sukatan
tersebut. Isi pelajaran dalam sukatan perlu dihabiskan dalam masa satu tahun
sesi pembelajaran pelajar. Untuk membolehkan guru mengajar isi kandungan
dalam sesuatu sukatan pelajaran, guru perlu menganalisis sukatan pelajaran
berkenaan.

5.4.2 Perancangan Pengajaran


Mengapakah guru perlu menyediakan rancangan pengajaran? Sebab-sebabnya
adalah seperti di bawah:
(a) Membolehkan guru menyusun isi pelajaran dengan teratur dengan turutan
yang sesuai supaya pembelajaran berlangsung dengan berkesan;
(b) Membantu guru menganggarkan masa yang diperlukan untuk setiap tajuk;
(c) Membolehkan guru membuat perancangan awal untuk menyediakan
media pengajaran;
(d) Memastikan guru mempunyai rekod tentang perkara yang telah diajar.
Rekod ini boleh digunakan untuk tujuan peperiksaan atau disemak oleh
pentadbir jika perlu;
(e) Membantu guru untuk mendapatkan gambaran yang luas tentang
keseluruhan mata pelajaran yang akan diajar supaya dapat melihat
kesinambungan antara tajuk; dan
(f) Membantu guru mengajar dengan sistematik dan yakin.

Rancangan pengajaran tahunan disediakan untuk tempoh satu tahun dan ada
yang disediakan mengikut semester, bergantung pada peraturan sekolah.
Terdapat sesetengah mata pelajaran di mana rancangan pelajaran tahunan
disediakan oleh guru panitia mata pelajaran dan diselaraskan di peringkat
daerah. Bagaimanapun, adakalanya guru terpaksa menyediakan sendiri semua

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

rancangan pengajaran. Oleh itu, apakah langkah-langkah yang guru perlu ikuti
untuk menyediakan rancangan pengajaran?

Langkah-langkah menyediakan rancangan pengajaran:


(a) Tulis tarikh semester bermula dan berakhir dan tentukan bilangan minggu
dalam satu semester.
(b) Melalui jawatankuasa sekolah, tentukan hari-hari mata pelajaran tersebut
diajar dan berapa kali seminggu. Tulis minggu, hari dan hari bulan tiap-
tiap minggu.
(c) Tentukan berapa kali waktu mengajar dalam setahun. Dalam satu tahun
ada 2 semester dan tiap-tiap semester terdapat 19 minggu. Katakan tiap-
tiap minggu terdapat 2 hari waktu mengajar mata pelajaran tersebut. Oleh
itu, waktu mengajar setahun adalah 2 x×19 x× 2 = 76 waktu mengajar
setahun.
(d) Tentukan waktu mengajar bersih setelah ditolak hari-hari cuti yang jatuh
pada hari mengajar mata pelajaran tersebut, ujian bulanan, peperiksaan
dan lain-lain. Katakan jumlah hari yang guru tidak boleh mengajar kerana
gangguan yang disebutkan di atas ialah 10 hari. Oleh itu jumlah sebenar
waktu mengajar untuk mata pelajaran tersebut ialah 76 – 10 = 66 hari.
(e) Bahagikan isi pelajaran kepada 66 tajuk kecil. Perlu diambil kira bahawa
tiap-tiap satu tajuk kecil itu boleh diajar dengan anggaran dua pertiga dari
masa pengajaran
(f) Sediakan rancangan pengajaran mengikut format yang telah ditetapkan
oleh sekolah.

Terdapat pelbagai format rancangan pengajaran yang digunakan di sekolah.


Umumnya, format tersebut mengandungi perkara-perkara seperti dalam
Rajah 5.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  95

Rajah 5.1: Format rancangan pengajaran

Setelah guru menyediakan rancangan pengajaran guru perlu menyediakan


persediaan mengajar. Keseluruhan perancangan pengajaran boleh digambarkan
seperti dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Rancangan pengajaran

5.5 PERSEDIAAN MENGAJAR


Persediaan mengajar ialah satu perancangan harian yang disediakan oleh guru
untuk satu waktu pengajaran. Ia mengandungi maklumat tentang pelajar,
matlamat yang ingin dicapai, isi kandungan yang akan disampaikan dan
penentuan pencapaian matlamat. Persediaan mengajar merupakan rancangan
tindakan yang disediakan oleh guru yang akan digunakan semasa berhadapan
dengan kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

Mengapa guru perlu menyediakan persediaan mengajar? Sebab-sebabnya adalah


seperti berikut:
(a) Persediaan mengajar yang baik memberikan keyakinan kepada guru.
(b) Membantu guru memikirkan dengan mendalam tentang perkara yang akan
diajar sebelum mengajar. Kesukaran atau masalah yang dihadapi akan
dapat dijangka dan keputusan dapat dibuat untuk mengatasinya.
Perancangan spesifik juga boleh dibuat untuk mengatasi masalah yang
berkaitan dengan kawalan bilik darjah dan memotivasikan pelajar.
(c) Membantu guru merancang media pengajaran yang digunakan dalam
pengajaran.
(d) Memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan
dalam persediaan mengajar.
(e) Memastikan pengajar sentiasa dapat mengikuti jadual yang telah
ditetapkan.
(f) Memastikan langkah disusun mengikut urutan.
(g) Sebagai rekod untuk mengetahui perkara yang telah dan belum diajar.

SEMAK KENDIRI 5.1


Sebagai seorang guru, cuba anda fikirkan tentang kepentingan
persediaan mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaupun terdapat pelbagai format persediaan mengajar, terdapat persamaan


dari segi komponen yang terdapat dalam satu persediaan mengajar. Komponen
persediaan mengajar boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu persediaan,
penyampaian dan penutup. Penerangan tentang komponen ini akan dibuat
secara lebih terperinci selepas ini. Sekarang, sila lihat cadangan format
persediaan mengajar seperti dalam Rajah 5.3.

Kita akan bincangkan dengan terperinci komponen-komponen dalam satu


persediaan mengajar.

5.5.1 Komponen Persediaan Mengajar – Persediaan


(a) Maklumat Am
Maklumat am terdiri daripada butir-butir tentang tarikh, masa, tingkatan,
bilangan pelajar, mata pelajaran dan tajuk pengajaran. Maklumat ini perlu
untuk guru mengetahui siapa pelajar mereka, perkara yang akan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  97

disampaikan supaya guru dapat merancang strategi dan media pengajaran


yang akan digunakan.

Tarikh: .......................................................................................................
Masa: ........................................................................................................
Tingkatan: ..................................................................................................
Bilangan Pelajar: .........................................................................................
Mata Pelajaran: ..........................................................................................
Tajuk Pengajaran: .......................................................................................
Pengetahuan Sedia Ada:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Objektif Pengajaran:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Isi Pelajaran:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Nilai-nilai Murni: ...............................................................................
..............................................................................................................
Alat Bantu Mengajar:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Bahan Rujukan:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Langkah Keselamatan:
..............................................................................................................
..............................................................................................................

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

Induksi Set:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Langkah Penyampaian:

Kaedah Penyampaian
Isi Pelajaran (Tulis isi
(Tulis strategi, kaedah,
Langkah pelajaran yang akan
aktiviti, penggunaan
disampaikan)
media)
1 minit
2 minit
3 minit
4 minit
5 minit

Kesimpulan:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Penilaian:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Tugasan:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Ulasan Diri:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Ulasan Penyelia: (Jika diselia)
..............................................................................................................
..............................................................................................................

Rajah 5.3: Format persediaan mengajar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  99

(b) Pengetahuan Sedia Ada


Pengetahuan sedia ada ialah pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar
berkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari. Pengetahuan ini mungkin
diperoleh melalui pembelajaran sebelum, pengalaman terus, pemerhatian
atau pembacaan pelajar. Guru perlu mengetahui pengetahuan yang sedia
ada pada pelajar supaya:
(i) Menentukan peringkat permulaan sesuatu pengajaran;
(ii) Menyediakan media pengajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai
dengan pelajar;
(iii) Menjangka hasil pembelajaran yang diharapkan daripada
pengajarannya; dan
(iv) Pelajar lebih mudah memahami pengajaran.

(c) Objektif Pengajaran


Objektif pengajaran ialah satu pernyataan yang menentukan apa yang
pelajar akan pelajari, dan bagaimana guru yang mengajar boleh
mengetahui sama ada objektif sudah tercapai atau tidak. Objektif yang
ditulis adalah objektif umum dan objektif khusus. Kepentingan objektif
ialah:
(i) Untuk menentukan tujuan pengajaran;
(ii) Sebagai panduan untuk penilaian pengajaran;
(iii) Sebagai garis panduan bagaimana hendak mengajar;
(iv) Untuk menentukan skop pengajaran; dan
(v) Untuk pelajar mengetahui apa yang akan mereka pelajari.
Penerangan tentang objektif dijelaskan dengan terperinci dalam Topik 6
modul ini.

(d) Isi Pelajaran


Isi pelajaran merujuk sama ada kepada konsep, prinsip, teori atau
kemahiran yang akan disampaikan kepada pelajar. Isi pelajaran diperoleh
daripada sukatan pelajaran. Seperti yang telah diterangkan di atas, sukatan
pelajaran dianalisis untuk menyediakan rancangan pelajaran. Rancangan
pelajaran pula dibahagikan mengikut minggu dalam setahun. Oleh itu,
guru perlu melihat minggu yang berkenaan dan memilih tajuk pengajaran
untuk hari yang mereka akan mengajar.

Kemudian, guru perlu menganalisis tajuk pengajaran bersama-sama


dengan huraian sukatan, buku teks dan sumber pengajaran untuk
menyusun langkah pengajaran mengikut susunan yang logik dan boleh
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
100  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

difahami pelajar. Guru juga perlu memikirkan semua faktor, iaitu masa,
pengetahuan sedia ada pelajar, aktiviti, kaedah dan media pengajaran yang
akan digunakan.

(e) Nilai Murni


Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara, KBSM digubal untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Untuk mencapai hasrat ini, 16 nilai murni disenaraikan dalam
KBSM untuk diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran.

Nilai-nilai tersebut ialah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat


menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kejujuran,
kebersihan, rasional, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran dan
semangat bermasyarakat. Semasa menulis persediaan mengajar, guru boleh
memilih nilai yang hendak ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan isi pelajaran.

(f) Sumber Pembelajaran


Sumber pembelajaran merujuk kepada media pengajaran dan bahan
rujukan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkenaan. Contoh media pengajaran ialah papan gulung, carta, peta,
model, slaid projektor, projektor overhead, Liquid Crystal Display (LCD),
talian terus, televisyen dan radio.

Sumber rujukan pula terdiri daripada buku teks, buku rujukan, risalah dan
buletin. Sumber rujukan perlu untuk memastikan maklumat yang diajar
sentiasa kemas kini dan seterusnya membantu meluaskan pengetahuan
dan kemahiran guru dalam tajuk yang diajar. Sumber rujukan seelok-
eloknya ditulis lengkap seperti menulis bibliografi.
Contoh:
(i) Md. Rahim Sahar. (1995) Fizik gelombang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
(ii) Proses fotosintesis .(tiada tarikh). Didapati pada 7 Februari 2002
daripada http://www.e-smartschool.com/pnu/005PNU00500001.asp

Guru boleh melayari laman web berikut untuk melihat panduan


menulis rujukan untuk buku, risalah dan bahan elektronik.

http://www.apastyle.org/elecsource.html

http://www.vanguard.edu/faculty/ddegelman/index.cfm?doc_id=796

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  101

(g) Langkah Keselamatan


Langkah keselamatan adalah perlu terutamanya dalam kelas amali. Kelas amali
banyak melibatkan alat-alat dan bahan-bahan. Selain itu, pergerakan pelajar
lebih banyak dalam pengajaran amali daripada teori. Oleh itu, guru perlu
mengingatkan pelajar tentang langkah-langkah keselamatan, terutamanya
dalam penggunaan alat-alat dan bahan-bahan semasa kelas amali.

Dalam kelas amali juga, guru boleh menekankan nilai murni dan boleh
memerhatikan pencapaian pembelajaran untuk domain afektif. Antara perkara
yang perlu diingat ialah arahan tentang cara berpakaian; sebagai contoh, pelajar
perlu memakai apron atau pelindung mata goggle semasa kelas amali. Pelajar
juga perlu diingatkan tentang kelakuan mereka, sebagai contoh, jangan berlari di
dalam makmal serta berhati-hati dalam pengendalian peralatan yang
merbahaya.

5.5.2 Komponen Persediaan Mengajar – Penyampaian

AKTIVITI 5.4

Sebagai seorang guru, apakah yang boleh anda lakukan untuk


menarik perhatian pelajar sebelum memulakan sesuatu pelajaran?

(a) Induksi Set


Induksi set adalah untuk mengorientasikan fikiran dan perhatian pelajar
kepada apa yang hendak diajar dan seterusnya kepada objektif pengajaran.
Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan minat pelajar, menimbulkan rasa
ingin tahu, mengaitkan pelajaran yang lepas, menyediakan struktur
sesuatu pelajaran dan menggalakkan penglibatan pelajar. Induksi set perlu
menarik dan disampaikan hanya dalam masa tiga hingga lima minit.
Ada beberapa cara untuk mendapatkan perhatian pelajar:
(i) Menceritakan cerita yang berkaitan;
(ii) Membentangkan maklumat latar belakang;
(iii) Mengemukakan soalan yang mencabar;
(iv) Melakukan sesuatu yang menghairankan;
(v) Menunjukkan model atau spesimen dan menyoal;
(vi) Menggunakan kajian kes; dan
(vii) Menggunakan lakonan pendek.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

(b) Perkembangan
Peringkat ini adalah peringkat guru menyampaikan isi pelajaran. Guru
akan menggunakan kemahiran mengajar seperti kemahiran peneguhan,
penggunaan papan hitam, kemahiran menyoal, kemahiran penggunaan
komunikasi tanpa bahasa, penggunaan bahasa dan suara, kemahiran
menerangkan dengan contoh dan lain-lain lagi.
Langkah-langkah penyampaian merupakan bahagian yang penting dalam
pengajaran. Cuba rujuk semula Rajah 5.3 dalam ruang kaedah
penyampaian. Dalam ruang ini, guru perlu menulis strategi, kaedah dan
aktiviti yang akan dijalankan. Guru juga perlu mencatatkan tentang
penggunaan media pengajaran dan penerapan nilai murni dan soalan
utama yang akan disoal semasa pengajaran.
Dalam ruang isi pelajaran pula, guru mencatatkan isi penting yang akan
disampaikan. Isi ditulis dengan jelas dan dibahagikan kepada beberapa
langkah dan setiap langkah diperuntukan masa yang sesuai. Apabila
menyusun langkah-langkah penyampaian, guru perlu menyusunnya
mengikut:
• Langkah ke satu langkah; daripada yang mudah kepada yang
kompleks;
• susunan yang logik; dan
• Tahap pengetahuan sedia ada pelajar.

Semasa penyampaian, ada beberapa kemahiran yang perlu guru ketahui,


iaitu:

(i) Kemahiran Peneguhan


Kemahiran peneguhan adalah teknik mengajar yang digunakan bila
guru hendak menunjukkan pengukuhan kepada tingkah laku yang
positif. Contohnya, apabila pelajar memberikan jawapan yang betul,
guru akan memujinya dengan mengatakan „Bagus‰ atau senyum
kepada pelajar berkenaan. Peneguhan akan meningkatkan motivasi
dan minat pelajar untuk belajar. Peneguhan juga boleh meningkatkan
konsep kendiri pelajar dan seterusnya menambahkan keyakinannya.
Panduan memberi pengukuhan:
• Berikan pengukuhan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah
laku yang positif;
• Padankan pengukuhan dengan umur pelajar;
• Elakkan pengukuhan negatif; dan
• Berikan pengukuhan dengan jujur supaya murid berasa bangga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  103

Jenis-jenis peneguhan ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Jenis-jenis peneguhan dan contoh contohnya

(ii) Kemahiran Menerangkan Ilustrasi dan Menggunakan Contoh-contoh


Guru selalu bertanya kepada dirinya, „Bagaimanakah saya boleh
menerangkan fakta ini dengan jelas dan tepat kepada pelajar?‰
Kebolehan menerangkan dengan logik dan jelas merupakan
kemahiran yang penting untuk menjalankan pengajaran yang
berkesan.

Guru hendaklah menyatakan dengan jelas kepada pelajar perkara


yang hendak diajar supaya pelajar memberi perhatian, sebagai
contoh, „Hari ini kita akan mempelajari tentang bagaimana pokok
membuat makanan‰. Semasa penerangan, guru perlu ambil perhatian
tentang:
• Suara – Perlu ada intonasi yang berbeza.
• Penggunaan papan hitam – Tulis fakta utama, tulisan jelas dan
susunan teratur.
• Bahasa – Guna bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Elak
menyebut kenyataan yang tiada kaitan kerana ini akan
mengganggu perhatian pelajar.
• Urutan – Idea diterangkan mengikut urutan yang mudah diikuti.
• Guna contoh-contoh – Contoh-contoh boleh memudahkan pelajar
memahami perkara abstrak. Penggunaan contoh yang berkesan
termasuklah:
– Mulakan dengan contoh yang mudah kepada yang kompleks;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

– Mulakan dengan contoh yang berkaitan dengan pengetahuan


sedia ada pelajar;
– Kaitkan contoh kepada prinsip yang sedang diajar; dan
– Minta pelajar memberi contoh yang boleh menerangkan
prinsip tersebut (untuk melihat pencapaian objektif).
• Penglibatan Pelajar – Guna jawapan pelajar untuk membentuk
pemahaman konsep.
• Penyataan Penutup – Setelah membuat penerangan, guru mesti
membuat kesimpulan daripada fakta utama.

(iii) Kemahiran Menggunakan Papan Hitam


Papan hitam digunakan dengan meluas semasa pengajaran. Guru
perlu mempunyai kemahiran menggunakannya kerana ia boleh
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Panduan
menggunakan papan hitam adalah seperti berikut:
• Pastikan kapur, pemadam dan pembaris (jika perlu) ada dalam
kelas;
• Pastikan cahaya tidak menyilaukan papan hitam;
• Pastikan papan hitam bersih;
• Padamkan semua tulisan yang tidak berkaitan;
• Rancang awal susunan yang akan ditulis di papan hitam;
• Sediakan lebih awal ilustrasi yang kompleks;
• Tulis fakta penting sahaja;
• Guna kapur berwarna untuk memberi penekanan;
• Berdiri di sebelah papan hitam supaya tidak mengganggu
pandangan pelajar; dan
• Guna penunjuk untuk menerangkan sesuatu di atas papan hitam.

(iv) Kemahiran Variasi Rangsangan


Variasi rangsangan ialah tindakan guru yang dirancang untuk
mendapatkan perhatian pelajar kepada pengajaran. Tumpuan pelajar
adalah singkat, oleh itu guru perlu mengubah kaedah, corak interaksi
dan perhatian pelajar. Guru boleh memfokus kepada tiga aspek
pengajaran iaitu:
• Stail pengajarannya – Pergerakan guru dari satu tempat ke satu
tempat dalam bilik darjah, suara dan hubungan mata.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  105

• Media pengajaran yang digunakan – Menggunakan pelbagai


media pengajaran yang melibatkan deria pendengaran,
penglihatan, sentuhan, rasa dan hidu.
• Hubungan pelajar dengan guru – Interaksi antara guru dengan
kumpulan, pelajar dengan pelajar, pelajar dengan objek dan lain-
lain lagi.

Cadangan untuk mendapatkan perhatian dan minat pelajar semasa


pengajaran adalah seperti berikut:
• Menggunakan pelbagai kaedah (kaedah-keadah dibincangkan
dalam Topik 6);
• Mengawal penggunaan masa dalam setiap fasa pengajaran. Guru
perlu menukar kaedah pengajaran sebelum minat dan tumpuan
pelajar menurun;
• Memastikan setiap pelajar terlibat dalam pengajaran;
• Membantu pelajar melihat cara mengaplikasi apa yang dipelajari;
dan
• Memberi kritikan yang membina kepada kerja pelajar.

(v) Kemahiran Menyoal


Kemahiran menyoal merupakan kemahiran yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia digunakan dalam semua
peringkat pengajaran. Penerangan yang terperinci tentang penyoalan
terdapat dalam Topik 6 modul ini. Apakah panduan dalam
kemahiran menyoal? Lihat panduan berikut:
• Pastikan ada masa menunggu lebih kurang tiga hingga lima minit;
• Memanggil nama pelajar, kemudian diikuti dengan soalan;
• Mencungkil dengan membantu pelajar memikirkan dengan
mendalam;
• Mempelbagaikan soalan;
• Memberi soalan mudah difahami;
• Memberi peneguhan positif dan negatif;
• Menyebarkan soalan kepada semua pelajar;
• Mengarah semula soalan kepada pelajar lain; dan
• Meminta penjelasan kepada jawapan yang kurang jelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

LATIHAN 5.2

Apakah kepentingan induksi set dalam penyampaian pelajaran?

5.5.3 Komponen Persediaan Mengajar – Penutup


(a) Kesimpulan
Pengajaran tidak boleh diberhentikan secara mengejut apabila loceng
sekolah berbunyi. Seperti juga induksi set, guru perlu menyediakan pelajar
untuk permulaan pengajaran, begitu juga semasa di akhir pengajaran.
Kesimpulan perlulah ringkas. Umumnya, kesimpulan pengajaran adalah
untuk memperlihatkan hubung kait antara fakta yang telah pelajar pelajari
dan aktiviti yang dilakukan supaya, apabila pelajar meninggalkan kelas,
mereka merasakan mereka telah mempelajari sesuatu. Tujuan kesimpulan
ialah:
(i) Sebagai peneguhan supaya pelajar mengingati apa yang telah
dipelajari;
(ii) Untuk memberi tumpuan kepada pelajar;
(iii) Untuk menumpukan perhatian murid kepada penghujung siri
pembelajaran; dan
(iv) Untuk menimbulkan rasa pencapaian dan penguasaan di kalangan
pelajar.
Kesimpulan boleh dilakukan dengan:
(i) Mengulas perkara penting;
(ii) Menghubung kait antara fakta;
(iii) Mengaitkan pengajaran yang sebelum atau selepas;
(iv) Meminta maklum balas pelajar; dan
(v) Mencadangkan bagaimana pembelajaran boleh diaplikasikan.

(b) Penilaian
Penilaian adalah untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah
tercapai atau untuk mengetahui sama ada murid telah faham atau tidak.
Penilaian hendaklah berdasarkan apa yang telah dipelajari. Penilaian boleh
dibuat secara lisan atau bertulis. Guru perlu menulis soalan-soalan
penilaian dalam persediaan mengajar. Kadang kala, guru juga membuat
penilaian formatif di mana penilaian dilakukan di sepanjang pengajaran.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  107

Jika ini yang dilakukan, guru juga perlu menulis soalan atau sebagai alat
pengukuran untuk mengukur pencapaian objektif pengajaran dalam ruang
kaedah penyampaian dalam persediaan mengajar dan dalam bahagian
penilaian pula nyatakan penilaian dibuat secara berterusan.

(c) Tugasan
Tugasan seelok-eloknya mempunyai nilai sebenar dan menyumbang
kepada kefahaman dan pengalaman pelajar. Tugasan yang tidak bermakna
ialah tugasan yang tiada kaitan dengan kursus dan hasilnya kurang
berfaedah kepada pelajar. Tugasan yang diberikan biarlah munasabah
kepada pelajar dan dapat dilihat kekuatan akademiknya.

Ada beberapa panduan memberi tugasan:


(i) Tugasan perlu dirancang awal supaya apabila diberikan kepada
pelajar, mereka akan mudah memahaminya.
(ii) Tugasan mengandungi arahan khusus tentang bagaimana untuk
melakukannya. Jangkaan masalah yang akan timbul semasa membuat
tugasan perlu dibincangkan.
(iii) Beri masa kepada pelajar menyalin tugasan dan jangan beri tugasan
dalam keadaan tertekan.
(iv) Minat pelajar kepada tugasan yang diberikan. Sejauh mana pelajar
akan melakukan tugasan itu bergantung pada minat mereka.
(v) Soal pelajar sama ada mereka faham atau tidak tugasan itu dan beri
masa pelajar menyoal guru.
(vi) Beri masa kepada pelajar memulakan tugasan dalam kelas supaya jika
ada masalah atau salah faham boleh dibincangkan.

AKTIVITI 5.5

Sila layari laman web http://www.samgoldstein.com/ home work


/index. html untuk mengetahui lebih lanjut tentang tugasan dan
peranannya dalam pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

(d) Ulasan Diri


Ulasan membolehkan guru merenung kembali proses pengajaran dan
pembelajarannya. Ini dilakukan setelah guru selesai sesuatu pengajaran.
Dalam ruangan ini, guru menulis kekuatan dan kelemahan pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh menulis perkara baharu yang
dilaksanakan dan diteliti setakat mana kejayaannya. Guru juga boleh
menulis strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengatasi kelemahan
tersebut.

Dari semasa ke semasa, guru perlu meneliti semula apa yang ditulis di
dalam ruangan ulasan diri dan perhatikan sama ada kelemahan telah
diperbaiki. Ulasan diri juga boleh digunakan oleh guru untuk melihat
perkembangan diri mereka setelah beberapa minggu mengajar. Guru juga
boleh mengetahui aspek yang dia telah kuasai dan apa yang masih perlu
dipelajari.

 Seorang guru perlu memikirkan bagaimana hendak menjadi seorang guru


yang berkesan. Ciri-ciri guru berkesan perlu difahami terlebih dahulu,
terutamanya yang berkaitan dengan kecekapan bidang, kepelbagaian kaedah
mengajar, penglibatan pelajar dalam pengajaran, kesungguhan serta susunan
dan kejelasan.
 Selain itu, untuk berjaya sebagai seorang guru, seseorang itu perlulah
memahami prinsip pengajaran dan pembelajaran, kurikulum sekolah,
perlaksanaan kurikulum (seperti huraian sukatan pelajaran dan perancangan
pengajaran), persediaan mengajar (seperti komponen persediaan mengajar,
penyampaian dan penutup).
 Aspek-aspek ini penting bagi mencapai kecemerlangan dalam proses
pengajaran.

Set induksi Sukatan pelajaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN  109

Bincangkan lima ciri-ciri guru berkesan yang yang berupaya meningkatkan


mutu pengajaran dan pembelajaran.

Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? Mengapakah ia penting untuk


mengintegrasikan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam
pembentukan kurikulum sekolah?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Objektif, 
6 Strategi dan 
Kaedah 
Pengajaran 
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan kepentingan objektif pengajaran;
2. Menghuraikan elemen yang perlu ada dalam satu objektif yang
lengkap;
3. Mengenal pasti domain-domain dalam objektif pengajaran;
4. Membincangkan bagaimana menggunakan kaedah yang sesuai
dalam pengajaran;
5. Membezakan jenis soalan dalam pengajaran.

 PENGENALAN
Dalam Topik 5, kita telah membincangkan tentang pengajaran yang berkesan.
Guru yang berkesan adalah guru yang membantu pelajar mencapai kebolehan
yang tertulis dalam kurikulum atau sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran.
Jika seseorang guru mengharapkan pengajarannya akan dapat mengubah
tingkah laku pelajar, guru tersebut perlu mengetahui bagaimana untuk
menterjemah maklumat tersebut kepada pernyataan yang terperinci bagi
menerangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diharapkan. Harapan
guru perlu dikongsi dengan pelajar, supaya pelajar mengetahui hala tuju
pengajaran guru dan jangkaan guru terhadapnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  111

Dalam topik sebelum ini, telah disebutkan bahawa objektif pengajaran adalah
salah satu daripada perkara yang perlu ada dalam perancangan pengajaran.
Dalam topik ini, kita akan mempelajari tentang objektif pengajaran dan
bagaimana guru boleh menulisnya dalam perancangan pengajaran dan
menyampaikannya kepada pelajar.

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda sampaikan pengetahuan berkenaan,


mengikut kesesuaian pengetahuan, pelajar dan kemudahan.

6.1 KEPENTINGAN OBJEKTIF PENGAJARAN


Apakah itu objektif pengajaran? Objektif pengajaran adalah satu penyataan yang
menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan pelajar
setelah mengikuti sesuatu pengajaran.

Umumnya, kepentingan objektif boleh dilihat daripada tiga perspektif iaitu:


(a) Perspektif Pelajar
Daripada perspektif pelajar, objektif pengajaran memberi maklumat
jangkaan yang diharapkan daripada mereka tentang proses pendidikan.

(b) Perspektif Guru


Daripada perspektif guru pula, objektif pengajaran memberikan rangka
tindakan untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawabkan
kepadanya.

(c) Perspektif Pentadbir


Daripada pentadbir pula, objektif pengajaran berfungsi untuk menyemak
sama ada guru telah menjalankan proses pengajaran seperti yang tercatat
dalam sukatan pelajaran.

6.1.1 Mengapakah Objektif itu Penting?


Objektif pengajaran penting kerana ia membantu guru:
(a) Merancang pengajaran supaya lebih terperinci dalam pengajarannya;
(b) Mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk mengajar;
(c) Memilih dan mengenal pasti bahan pengajaran seperti sampel sebenar,
peralatan amali dan lain-lain lagi;
(d) Menentukan tugasan yang sesuai bagi setiap pelajar;
(e) Menentukan aktiviti pembelajaran;
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
112  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(f) Memilih dan/atau membina ujian;


(g) Menentukan masa untuk mengumpul data penilaian pelajar ;
(h) Menentukan tahap pembelajaran pelajar sama ada mereka telah
memperoleh pengetahuan dan kemahiran tersebut;
(i) Merancang dengan lebih teliti kerana mereka mengetahui bahawa
pencapaian pelajar akan ditunjukkan di akhir pengajaran sesuatu kelas,
unit atau kursus; dan
(j) Menentukan pencapaian pelajar dan ini merupakan tanggungjawab guru
kerana objektif pengajaran mengandungi elemen kriteria.

6.2 KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARAN


Objektif ditulis mengikut di mana konteks objektif itu digunakan. Konteks
bermaksud objektif ditulis untuk keseluruhan program pendidikan, sesuatu
kursus atau sesuatu pengajaran. Objektif untuk sesuatu program pendidikan
selalunya ditulis dalam bentuk objektif umum. Dalam penilaian program pula,
objektif ditulis dalam konteks untuk menerangkan apa yang penilai itu ingin
tahu dalam sesuatu jangka masa tertentu. Umumnya, objektif ditulis untuk
menyatakan apakah pencapaian akhir yang akan diperoleh oleh sesuatu
program atau kursus atau pengajaran. Untuk topik ini, perbincangan
dikhususkan kepada objektif pengajaran.

Sebagai permulaan, cuba perhatikan objektif di bawah:

Untuk menunjukkan kepada pelajar bagaimana memasang peralatan


perenjis di tapak semaian.

Objektif di atas ditujukan kepada guru. Di samping itu, ia ditujukan kepada


aktiviti pengajaran, bukannya pencapaian pembelajaran yang akan diperoleh
oleh pelajar. Objektif di atas tercapai setelah guru selesai mendemonstrasi
bagaimana memasang peralatan perenjis, tidak kira sama ada pelajar telah
mempelajari ilmu itu atau tidak. Setelah selesai pengajaran, bagaimanakah guru
tersebut boleh mengetahui bahawa pelajarnya telah boleh memasang alat
perenjis? Apakah bukti yang boleh dilihat bahawa pelajarnya boleh melakukan
pemasangan? Setakat manakah yang dikatakan pelajarnya telah menguasai
kemahiran yang ditunjukkan? Di sini kita lihat yang belajar bukannya pelajar
tetapi guru! Oleh itu cara yang paling baik untuk menulis objektif ialah dengan
melihat pencapaian pelajar hasil daripada pengajaran guru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  113

6.2.1 Apakah Elemen yang Perlu Ada dalam Sesuatu


Objektif Pengajaran yang Lengkap?
Objektif yang baik perlu mengandungi elemen-elemen berikut:

(a) Tingkah laku atau kebolehan yang pelajar perlu ada di akhir sesuatu
pengajaran. Tingkah laku ini hendaklah dalam bentuk perbuatan. Contoh:
menganalisis, mengenal pasti, mengukir, membancuh dan lain-lain lagi.

(b) Situasi, keadaan atau had-had di mana sesuatu tingkah laku akan
dilakukan. Bahagian ini menerangkan:
(i) Apakah bahan atau peralatan yang diberikan kepada pelajar untuk
melakukan tingkah laku berkenaan?

Contoh
Dengan peralatan dan bahan yang diberi⁄,

(ii) Persekitaran di mana tingkah laku itu ditunjukkan.

Contoh
Dalam situasi makmal⁄, dalam bengkel di industri⁄

(iii) Maklumat yang diberi kepada pelajar yang mengarahkan tingkah


laku kepada kedaan tertentu.

Contoh
Dengan kajian kes yang diberi ⁄

(iv) Masa yang dibenarkan untuk melakukan tingkah laku berkenaan.

Contoh
Pada akhir pengajaran ⁄,

(c) Kriteria atau piawai yang menerangkan paras penguasaan atau kecekapan
yang perlu dicapai oleh pelajar untuk menunjukkan pencapaian objektif.
Bahagian ini sukar ditulis, namun ia memberi maklumat kepada guru
tentang bagaimana hendak menilai pencapaian pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Contoh kriteria adalah seperti berikut:


(i) Ketepatan;
(ii) Menjawab lima daripada tujuh soalan dengan betul; dan
(iii) Menyiapkan tugas/kerja dalam masa lima minit.

6.2.2 Bagaimana Menulis Objektif?


Setiap elemen yang dinyatakan tadi perlu ada apabila menulis sesuatu objektif.
Contohnya:

Pada akhir pengajaran, pelajar boleh melabel bahagian luar seekor katak
dengan tepat.

Objektif di atas mengandungi ketiga-tiga elemen untuk objektif yang lengkap.


Pada akhir pengajaran adalah situasi, melabel adalah tingkah laku dan dengan
tepat adalah kriteria. Dalam objektif ini, guru telah mengajar tajuk bahagian luar
katak dan untuk membuktikan kefahaman pelajar tentang tajuk ini, guru mahu
pelajar menunjukkan tingkah laku melabel. Adakah pelajar tersebut hanya boleh
melabel sahaja? Dalam objektif ini, guru mengharapkan pelajarnya boleh melabel
dengan tepat.

AKTIVITI 6.1
Adakah objektif di bawah mempunyai elemen yang perlu ada bagi
sebuah objektif yang lengkap? Jelaskan.
(a) Pelajar boleh menerangkan maksud pensterilan dengan jelas.
(b) Pada akhir perbincangan, pelajar boleh menerangkan faktor yang
mempengaruhi aktiviti organisma dengan betul.

6.3 DOMAIN OBJEKTIF PENGAJARAN


Dalam pembelajaran, terdapat domain-domain pengajaran. Domain
pembelajaran digunakan untuk mengkelaskan pengajaran. Pengkelasan ini
membantu guru menyusun pengajaran mereka supaya struktur pengajarannya
lebih baik dan pengajarannya lebih jelas. Pencapaian pelajar akan meningkat jika
pengajaran guru tersusun dan jelas. Untuk proses pengajaran kita akan memberi
tumpuan kepada taksonomi Benjamin Bloom. Dalam taksonomi ini, ada tiga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  115

domain pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1. Sekarang kita
lihat setiap satu domain pembelajaran Taksonomi Bloom.

Rajah 6.1: Domain pembelajaran Taksonomi Bloom

6.3.1 Domain Kognitif


Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada
pengetahuan seperti prinsip, fakta, teori dan konsep. Terdapat enam peringkat
pembelajaran kognitif yang disusun mengikut hierarki (Bloom, 1956) seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Peringkat pembelajaran domain kognitif

(a) Pengetahuan
Pengetahuan mewakili tahap objektif yang paling rendah. Pengetahuan di
tahap ini ialah pengetahuan yang telah dipelajari. Keperluan untuk
mencapai objektif ini ialah hanya dengan mengingat kembali fakta.
Maklumatnya perlu diingat kembali, bermula daripada yang mudah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

kepada teori yang kompleks tetapi semuanya memerlukan proses


mengingat maklumat.
Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:
(i) Mendefinisi;
(ii) Menamakan;
(iii) Menyenaraikan; dan
(iv) Mengenal pasti.

(b) Kefahaman
Kefahaman adalah satu peringkat selepas tahap mengingat maklumat.
Peringkat ini adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan memberi
interpretasi, menterjemah dan menerangkan dengan perkataan sendiri.
Pada tahap ini, pelajar boleh menggunakan maklumat tersebut tetapi tidak
boleh menghubungkaitkannya dengan maklumat lain.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Menyatakan semula;
(ii) Mengenal;
(iii) Melapor;
(iv) Menerang;
(v) Mengulas;
(vi) Mentafsir; dan
(vii) Merumus.

(c) Aplikasi
Aplikasi adalah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi yang
khusus atau konkrit. Di peringkat ini, pelajar boleh menggunakan
maklumat seperti prinsip, teori dan konsep kepada situasi baharu dan
dalam situasi yang berlainan. Di peringkat ini, pelajar telah mempunyai
pengetahuan dan kefahaman tentang pengetahuan berkenaan.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Menyusun;
(ii) Mengguna;
(iii) Menunjuk;
(iv) Mengira;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  117

(v) Mempraktik;
(vi) Menjangka;
(vii) Menterjemah; dan
(viii) Mengilustrasi.

(d) Analisis
Analisis adalah peringkat yang memerlukan lebih daripada pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi. Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara
yang telah dipelajari kepada bahagian-bahagian tertentu sehingga
kefahaman hubungan struktur organisasi diperolehi. Kebolehan yang
diperlukan ialah pelajar mengenal pasti bahagian-bahagian, menjelaskan
hubungan antara bahagian, dan mengenal keseluruhan organsisasi sistem
yang dibahagi-bahagikan tadi.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Menganalis;
(ii) Membanding;
(iii) Mengkaji;
(iv) Mengkategori;
(v) Mengkelas;
(vi) Memeriksa; dan
(vii) Membeza.

(e) Sintesis
Sintesis adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan mengintegrasikan
bahagian-bahagian kecil kepada satu bahagian besar yang baru. Kebolehan
ini memerlukan pelajar menganalis elemen-elemen dalam sesuatu
maklumat dan melihat hubung kait antara elemen tersebut serta kebolehan
mengenal dan mengesan susunan sistematik dan struktur yang eksplisit
atau implisit yang menggabungkan sesuatu.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Menggubah;
(ii) Menghasilkan;
(iii) Mereka bentuk;
(iv) Mengaitkan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(v) Menyusun;
(vi) Membina;
(vii) Mencadang;
(viii) Menjangka; dan
(ix) Memodifikasi.

(f) Penilaian
Penilaian merupakan tahap hasil pembelajaran yang paling tinggi dalam
hierarki domain kognitif. Ia meliputi semua tahap dan ditambah dengan
kebolehan membuat keputusan dan penghakiman berdasarkan rasional
dan kriteria tertentu.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Menghakim;
(ii) Mentaksir;
(iii) Memilih;
(iv) Mengesah;
(v) Menilai;
(vi) Mengkritik;
(vii) Menganggar; dan
(viii) Merumus.

Antara contoh objektif domain kognitif adalah:


(i) Pada akhir perbincangan, pelajar dapat menerangkan proses
pengangkutan dengan jelas.
(ii) Berdasarkan gambar rajah yang diberi, pelajar dapat membezakan sel
haiwan dan sel tumbuhan dengan tepat.
(iii) Dalam kelas amali, pelajar dapat menggunakan mikroskop untuk
mengkaji sel pipi dan sel bebawang dengan betul.

LATIHAN 6.1

Cuba anda menulis objektif dalam domain kognitif berdasarkan


kefahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  119

6.3.2 Domain Psikomotor


Domain psikomotor mengintegrasi kemahiran intelektual dan fizikal untuk
pembelajaran. Pembelajaran dalam domain ini adalah pembelajaran tentang
pergerakan fizikal seperti menggergaji, menjahit dan lain-lain. Pelajar yang telah
menguasai pembelajaran domain psikomotor akan menunjukkan kemahiran
melakukan aktiviti fizikal berkenaan atau menghasilkan sesuatu produk.
Objektif domain psikomotor selalunya:
(a) Mengikuti sesuatu turutan prosedur;
(b) Melakukan setiap prosedur kepada sesuatu paras kompeten; dan/atau
(c) Membentuk produk akhir atau keputusan yang memenuhi kriteria
tertentu.

Ketiga-tiga objektif ini boleh dinilai melalui pemerhatian/cerapan. Objektif ini


dapat dilihat dengan penggunaan kata kerja yang menunjukkan kemahiran yang
spesifik. Tidak seperti domain kognitif dan afektif, domain psikomotor
mempunyai pelbagai bentuk pembahagian peringkat-peringkatnya. Untuk
modul ini, penulis menggunakan peringkat yang dicadangkan oleh Simpson
(1972). Beliau mencadangkan pembelajaran domain psikomotor melibatkan tujuh
peringkat. Peringkat ini juga disusun mengikut hierarki seperti dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Peringkat pembelajaran domain psikomotor

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(a) Persepsi
Persepsi adalah peringkat di mana pelajar mengenal pasti kiu yang
signifikan dan mengaitkan kiu tersebut dengan tingkah laku.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Mengesan;
(ii) Mendengar;
(iii) Mengenal;
(iv) Melihat;
(v) Memerhati; dan
(vi) Merasa.

(b) Sedia
Sedia adalah peringkat di mana pelajar mempamer kesediaan mental dan
fizikal untuk melakukan sesuatu tingkah laku.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Merespons;
(ii) Meletakkan tangan dan badan;
(iii) Mempamerkan; dan
(iv) Menunjukkan.

(c) Respons
Respons terbimbing adalah peringkat di mana pelajar meniru respon,
melakukan di bawah bimbingan atau sesuatu model.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Membina;
(ii) Memasang;
(iii) Mempraktik;
(iv) Melakukan di bawah bimbingan;
(v) Meniru; dan
(vi) Mencuba.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  121

(d) Mekanisme
Mekanisme adalah peringkat di mana pelajar melakukan sesuatu tugas
yang sudah menjadi kebiasaan dengan satu tahap keyakinan dan
kecekapan. Tingkah laku hampir sama dengan peringkat respons
terbimbing.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Melengkapkan dengan yakin;
(ii) Menunjukkan memanipulasi;
(iii) Memasang;
(iv) Meningkatkan kecekapan; dan
(v) Menjalankan.

(e) Respons Kompleks Overts


Respons Kompleks Overts adalah peringkat di mana pelajar melakukan
tingkah laku dengan kompeten dan cekap. Tingkah laku hampir sama
dengan peringkat respons terbimbing.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Melakukan dengan automatik;
(ii) Mengawal tangan dan badan;
(iii) Mempamerkan; dan
(iv) Menunjukkan.

(f) Adaptasi adalah peringkat di mana pelajar menggunakan kemahiran yang


telah dipelajari untuk melakukan tugas yang baru tetapi berkaitan,
menyesuaikan kemahiran kepada situasi.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Menyesuai;
(ii) Membentuk;
(iii) Menggubah;
(iv) Mengadaptasi;
(v) Meminda; dan
(vi) Menyusun semula.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(g) Permulaan adalah peringkat di mana pelajar mencipta perlakuan baru


selepas membentuk kemahiran-kemahiran; mereka pola baru untuk situasi
yang spesifik.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Mereka bentuk;
(ii) Merumus;
(iii) Membina;
(iv) Membentuk; dan
(v) Menggubah.

Contoh objektif domain psikomotor adalah seperti berikut:


(i) Di akhir pengajaran, pelajar dapat menggunakan peralatan makmal
dengan cekap.
(ii) Di akhir demonstrasi, pelajar dapat membuat cantuman baju dengan
betul.
(iii) Di akhir kelas amali, pelajar dapat mengadaptasikan pola pakaian
dengan tepat.

LATIHAN 6.2

Cuba anda menulis objektif dalam domain psikomotor berdasarkan


kefahaman anda.

6.3.3 Domain Afektif


Pembelajaran bukan hanya mempelajari pengetahuan seperti fakta, konsep dan
prosedur, tetapi pembelajaran juga bertujuan untuk membentuk sikap,
kepercayaan atau nilai terhadap pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.
Cuba anda ingat kembali Falsafah Pendidikan Negara. Salah satu penekanan
dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah pembentukan aspek kerohanian dan
emosi. Oleh itu, domain afektif adalah domain pembelajaran yang bertujuan
untuk membentuk individu ke arah ini.

Domain afektif adalah berkaitan perasaan, emosi, minat, sikap, kepercayaan atau
nilai dan lain-lain yang berkaitan. Guru hari ini semakin prihatin tentang
pembentukan aspek ini di kalangan pelajar mereka. Sebagai contoh, hari ini
semakin ramai pelajar sekolah yang tidak begitu berminat untuk mengikuti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  123

bidang sains dan matematik. Mereka mengatakan bidang ini susah. Ada juga
pelajar yang mengikuti bidang sains, tetapi menukar kepada bidang lain
kemudiannya.

Untuk mengubah perasaan, minat, sikap, kepercayaaan atau nilai, guru perlu
merancangnya dalam perancangan pengajaran. Sebagai permulaan, guru perlu
mengetahui dan berkemahiran menulis objektif untuk domain afektif. Menulis
objektif ini selalunya lebih sukar daripada menulis objektif dalam domain
kognitif dan psikomotor. Guru perlu memikirkan dengan mendalam bagaimana
hendak membentuk kriteria untuk domain ini.

Sebagai contoh, cuba guru fikirkan tentang masalah yang disebutkan di atas
tentang minat pelajar terhadap sains dan matematik. Bagaimanakah guru boleh
mengenal pasti pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap mata
pelajaran sains dan matematik setelah mengikuti pengajaran tentang kedua-dua
mata pelajaran ini?

Domain afektif juga mempunyai beberapa peringkat (Krathwohl, Bloom &


Masia, 1964). Peringkat ini berbentuk hierarki seperti yang ditunjukan dalam
Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Peringkat pembelajaran domain afektif

(a) Menerima
Menerima adalah peringkat di mana pelajar menyedari dan memberi
perhatian secara pasif tentang sesuatu rangsangan dan fenomena. Ini
merupakan tahap yang paling bawah dalam domain afektif. Apabila
pelajar memberi perhatian atau mendengar tentang pengajaran guru,
pelajar tersebut mungkin berada di tahap ini. Ada tiga tahap penerimaan,
iaitu kesedaran, kesanggupan menerima maklumat dan perhatian yang
terpilih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Menyoal;
(ii) Memilih;
(iii) Mengenal pasti;
(iv) Mendengar; dan
(v) Memberitahu.

(b) Merespons
Merespons bermakna pelajar melakukan sesuatu dengan rangsangan dan
fenomena yang dipilih. Pembelajaran akan menghasilkan tiga tahap
respons iaitu:
(i) Persetujuan
Pelajar membuat apa yang diarahkan atau yang dikehendaki.
(ii) Kesanggupan
Pelajar melakukan apa yang diarahkan dan lebih daripada itu.
(iii) Kepuasan
Pelajar mempelajari sesuatu kerana mereka suka dan minat.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Menjawab;
(ii) Membantu;
(iii) Melengkap;
(iv) Melapor;
(v) Memerhati; dan
(vi) Mendeklamasi.

(c) Menghargai
Menghargai adalah peringkat di mana pelajar menunjukkan tingkah laku
yang tekal terhadap sesuatu tanpa dipaksa. Peringkat ini juga terdapat tiga
tahap iaitu:
(i) Persetujuan sesuatu nilai;
(ii) Mengutamakan atau lebih suka kepada sesuatu nilai; dan
(iii) Komitmen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  125

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Menerima;
(ii) Mendebat;
(iii) Melengkap;
(iv) Menerang;
(v) Mencadang;
(vi) Melapor; dan
(vii) Mengkaji.

(d) Mengorganisasi
Mengorganisasi adalah peringkat di mana pelajar mengorganisasikan nilai
kepada satu sistem. Penekanan dilihat kepada membanding, mengait dan
mensintesis antara nilai. Pada peringkat ini, pelajar komited untuk
membentuk nilai yang dipamerkan sebagai tingkah laku. Pelajar
mengkonsepsikan sesuatu nilai dan mengorganisasikannya kepada sesuatu
sistem nilai.

Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:


(i) Berpegang teguh kepada sesuatu aktiviti;
(ii) Mengubah;
(iii) Mensintesis;
(iv) Menyusun;
(v) Mengintegrasi;
(vi) Mendebat; dan
(vii) Mempertahan.

(e) Mewatak
Mewatak bermakna keseluruhan tingkah laku tekal dengan nilai yang
tersirat. Pada peringkat ini, pelajar menunjukkan tingkah laku yang selari
dengan nilai yang telah sebati dengan dirinya.
Contoh tingkah laku adalah seperti berikut:
(i) Bertindak;
(ii) Mengesah;
(iii) Mempamer;
(iv) Mempengaruhi;
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
126  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(v) Menyelesai;
(vi) Mempraktik; dan
(vii) Menyoal.

Contoh objektif domain afektif adalah seperti berikut:


(i) Di sepanjang perbincangan dalam kelas, pelajar sanggup melibatkan
diri dengan menjawab soalan secara suka rela.
(ii) Di akhir kelas, pelajar akan menunjukkan minat terhadap sains
dengan menunjukkan inisiatif untuk mencari bacaan lanjutan dalam
Internet.
(iii) Sepanjang kelas amali, pelajar menunjukkan sikap kerjasama dengan
membantu ahli dalam kumpulan untuk menyiapkan projek.

Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan
berikut. Selamat mencuba!

LATIHAN 6.3

Cuba tulis objektif dalam domain afektif berdasarkan kefahaman


anda.

AKTIVITI 6.3

Jika anda mahu mengetahui lebih mendalam tentang domain


objektif pengajaran, sila rujuk laman web berikut:
http://faculty.washington.edu/~krumme/guides/bloom.html

6.4 STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN


Konsep dan penggunaan istilah strategi dan kaedah pengajaran adalah pelbagai
dan kadang-kadang mengelirukan. Para pendidik menggunakan istilah yang
berbeza-beza.

Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat


dan membuat keputusan bagaimana menyampaikannya (Dick & Carey, 1996).
Guru akan memikirkan keseluruhan proses pengajaran beliau. Kaedah
pengajaran pula adalah cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  127

pengajaran, contohnya kuliah, perbincangan, main peranan, simulasi dan lain-


lain. Teknik pengajaran pula ialah kemahiran spesifik dalam pengajaran seperti
set induksi, peneguhan, kawalan suara, penggunaan papan hitam dan lain-lain
lagi. Teknik mengajar merujuk kepada satu kemahiran mengajar, manakala
strategi mengajar mewakili satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran
dan selalunya mengandungi beberapa kaedah pengajaran yang menggunakan
pelbagai teknik pengajaran.

Contohnya, seorang guru hendak mengajar bagaimana untuk memperoleh


pengetahuan dan kemahiran bagi memandu traktor. Guru akan menetapkan
objektif pengajaran peringkat kognitif, psikomotor dan afektif. Apakah strategi
pengajaran guru tersebut? Guru ini akan melihat pelbagai aspek, iaitu cara untuk
memotivasikan pelajar untuk mempelajari pengetahuan dan kemahiran
memandu traktor. Untuk mengetahui ini, beliau akan meneliti pengetahuan
sedia ada pelajar dan latar belakang pelajar.

Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk memastikan objektif dalam


domain pembelajaran tercapai? Anda mungkin menggunakan kaedah kuliah dan
perbincangan untuk mengajar perkara yang melibatkan fakta. Bagaimana pula
dengan domain psikomotor? Anda akan menggunakan kaedah demonstrasi.
Apa pula media dan bahan bantu mengajar yang diperlukan? Mungkin carta
atau maklumat dalam bentuk Power Point? Bagaimana dengan kelas amali?
Berapa kalikah pelajar dibenarkan mempraktik kemahiran sebelum anda menilai
kemahiran psikomotor mereka? Bagaimanakah anda hendak memotivasikan
pelajar supaya terus mempraktikkan kemahiran sehingga mereka mahir dan
boleh dinilai? Bagaimanakah anda akan menilai pengetahuan dan kemahiran
pelajar tersebut? Di sini anda boleh lihat bahawa strategi pengajaran melibatkan
keseluruhan pengajaran.

AKTIVITI 6.4

Berdasarkan kefahaman anda, apakah kaedah pengajaran yang


berkesan dan mengapa?

6.5 KAEDAH PENGAJARAN


Ada banyak kaedah pengajaran yang boleh anda gunakan. Dalam modul ini
akan diterangkan kaedah kuliah, perbincangan, demonstrasi, sumbangsaran,
main peranan, lawatan luar dan inkuiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

6.5.1 Kuliah
Bagaimanakah anda boleh menggunakan kuliah sebaik mungkin? Kaedah ini
tidak sesuai digunakan sepanjang waktu pengajaran kerana pelajar akan menjadi
bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian. Waktu pengajaran yang
menggunakan kaedah ini biarlah pendek. Selain itu, pastikan pelajar mengetahui
cara mengambil nota. Penggunaan kaedah ini memerlukan perancangan.
Apakah yang perlu diambil kira oleh anda semasa merancang? Berikut adalah
beberapa contoh:
(a) Pengenalan kepada kuliah untuk menarik minat pelajar.
(b) Nyatakan ulasan keseluruhan atau rangka isi kandungan kuliah. Ini boleh
dinyatakan secara lisan atau ditulis di atas transparensi atau papan hitam.
(c) Nyatakan kepada pelajar bagaimana maklumat yang diberikan dalam
kuliah ini dapat digunakan. Contoh maklumat ini akan digunakan sebagai
asas semasa kelas perbincangan atau membuat rujukan untuk tugasan.
(d) Beri definisi kepada terminologi yang pelajar tidak pernah dengar.
(e) Pastikan masa kuliah fleksibel dengan maklumat yang akan dikuliahkan
untuk memberi peluang soalan atau komen daripada pelajar.
(f) Kenal pasti perkara penting yang akan dikuliahkan dan kemudian,
kembangkan perkara penting ini semasa kuliah supaya pelajar akan lebih
jelas dengan apa yang dikuliahkan.
(g) Susun maklumat yang hendak dikuliahkan mengikut susunan yang logik,
iaitu sama ada secara topikal, masalah-penyelesaian, sebab-kesan, urutan
masa, perbandingan dan lain-lain lagi.
(h) Sediakan contoh-contoh untuk menjelaskan idea utama.
(i) Guna alat bantu mengajar jika ia boleh memberi kesan yang baik kepada
kuliah yang diberikan.
(j) Elakkan bercakap tanpa henti lebih daripada 15 minit dalam sesuatu masa.
Tukar format pengajaran anda. Kajian menunjukkan tumpuan seseorang
kepada sesuatu adalah lebih kurang 10 hingga 15 minit. Selepas 15 minit,
pelajar mula hilang tumpuan; walaupun sesetengah mungkin akan terus
mengambil nota, mereka tidak lagi memproses maklumat yang diterima.
(k) Perhatikan komunikasi tanpa bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar untuk
menentukan kefahaman mereka terhadap kuliah. Suara perlu ada intonasi
yang sesuai untuk menunjukkan kepentingan maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  129

(l) Libatkan pelajar dalam kuliah dengan menyoal atau berinteraksi dengan
mereka untuk melibatkan komunikasi dua hala. Cara ini akan
menyebabkan pelajar aktif di sepanjang pengajaran.
(m) Buat kesimpulan di akhir kuliah.

6.5.2 Perbincangan
Untuk mendapatkan pengajaran yang baik, pembentukan kemahiran kaedah
perbincangan memakan masa, praktis dan maklum balas. Sesetengah orang
mempunyai kebolehan semula jadi, tetapi kebanyakan orang perlu
mempelajarinya sebelum mahir.

Apakah panduan yang anda boleh ikuti untuk memastikan kaedah


perbincangannya dilaksanakan dengan berjaya? Berikut adalah beberapa
panduan yang boleh anda lakukan:

(a) Kenali Pelajar Anda


Perbincangan yang berkesan mengetahui kemahiran yang dipunyai oleh
pelajar. Tentukan pelajar yang mana akan dipanggil bercakap untuk
memastikan perbincangan berjalan seperti yang dirancangkan.

(b) Perlu Ada Perancangan


Perancangan perlu untuk memastikan perbincangan dibawa kepada
halatuju yang dikehendaki. Guru yang berkesan ialah guru yang
mengetahui bagaimana menyesuaikan objektif pengajaran dengan
perbincangan yang sedang berjalan. Tanpa perancangan, sukar untuk guru
membuat keputusan.

(c) Kenal Antara Satu dengan Lain


Bukan guru sahaja perlu mengenali pelajar, pelajar juga perlu mengenali
antara satu dengan lain, supaya berasa selesa apabila bercakap di hadapan
rakan sebaya mereka.

(d) Hargai Semua Soalan dan Komen


Adalah penting untuk kita membuat sesuatu penghakiman tentang respons
pelajar supaya mereka tidak berasa malu apabila menanya soalan.

(e) Integrasikan Respons Pelajar dalam Perbincangan


Pelajar akan lebih berasa bebas untuk melibatkan diri apabila mereka
merasai idea dan perhatian mereka dapat memberi sumbangan kepada
perbincangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(f) Mulakan dengan Soalan Terbuka


Soalan terbuka boleh menggalakkan perbincangan. Sebagai contoh „Apa
pendapat anda tentang pencemaran air sungai di negara kita?‰ atau
„Apakah masalah yang kita hadapi dengan sungai di negara kita?‰ Soalan
ini meminta pendapat pelajar dan menggalakkan pelbagai jawapan.

(g) Tanya Soalan yang Boleh Memberi Pelbagai Jawapan


Cara ini boleh menggalakkan penglibatan pelajar dalam perbincangan
kerana pelajar kurang berasa takut jika jawapan mereka kurang tepat.
Sebagai contoh, „Mengapakah bidang pengeluaran pertanian di negara ini
masih dilakukan oleh orang tua?‰ atau „Apakah cara untuk menarik minat
belia dalam bidang pertanian?‰. Soalan ini memaksa pelajar
mengintegrasikan maklumat yang mereka telah baca dan membuat satu
kesimpulan untuk menyokong fakta tersebut. Ini boleh menggalakkan
pemikiran kritikal.

(h) Elakkan Pelajar Daripada Hanya Memberi Maklumat


Guru perlu mengelakkan soalan yang hanya memerlukan pelajar memberi
maklumat. Ini kerana ia tidak menggalakkan pemahaman yang sebenar
mengenai sesuatu pengetahuan. Bina soalan peringkat tinggi untuk
menggalakkan pelajar berfikir.

(i) Setiap Jenis Soalan Ada Fungsinya


Penyoalan adalah kemahiran yang sangat penting dalam kaedah
perbincangan. Guru perlu mengetahui tujuan dan fungsi soalan. Guru juga
perlu mengetahui teknik menyoal. Sebagai contoh, „Ada sesiapa yang tahu
bagaimana fotosintesis berbeza?‰ atau „Adakah setiap anda tahu tentang
proses transpirasi?‰. Soalan begini mungkin tidak banyak mendapat
respons daripada pelajar. Jika soalan itu hendak mendapatkan penglibatan
pelajar, soalan ini lebih sesuai, „Boleh sesiapa tolong rumuskan apakah
perbezaan antara fotosintesis dan transpirasi?‰ atau „Boleh sesiapa tolong
terangkan kepada saya apa dia fotosintesis?‰

(j) Pastikan Setiap Orang Mempunyai Peluang Melibatkan Diri


Setiap soalan yang dikemukakan kepada pelajar, mestilah diikuti dengan
masa menunggu sekejap, dan tidak semestinya pelajar yang mengangkat
tangan mesti diberi peluang memberi jawapan. Sekali-sekala, anda boleh
menyuruh pelajar menulis jawapan yang diberikan supaya mereka dapat
memikirkannya sebelum bercakap.

(k) Susun, Rumus dan Sintesis


Sekali-sekala, guru membuat rumusan tentang perbincangan untuk
memastikan ia tidak meyimpang daripada tajuk. Buat hubungan antara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  131

tajuk atau subtajuk di papan hitam. Dengan lain perkataan, dari semasa ke
semasa, ingatkan pelajar tentang matlamat anda dan respons mereka. Di
akhir kelas, rumusan fakta atau cara penyelesaian yang diperoleh
hendaklah dihubungkan dengan soalan asal yang dikemukakan di
permulaan kelas.

LATIHAN 6.4

Bandingkan kaedah pengajaran secara kuliah dengan perbincangan.

6.5.3 Demonstrasi
Demonstrasi adalah kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu
demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar. Jika pembelajaran itu
bertujuan untuk membentuk domain psikomotor, demonstrasi guru tadi perlu
diikuti dengan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan apa yang
ditunjukkan oleh guru.

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa merancang demonstrasi.


(a) Kenal pasti konsep atau prinsip atau kemahiran yang hendak diajar. Tulis
langkah-langkah keseluruhan demonstrasi tersebut.
(b) Jika konsep atau prinsip atau kemahiran yang anda cuba ajar itu kompleks,
bahagikan kepada beberapa konsep atau prinsip atau kemahiran.
(c) Pastikan setiap pelajar terlibat di dalam aktiviti yang dirancang.
(d) Kumpulkan bahan dan peralatan yang diperlukan.
(e) Cuba demonstrasi sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bermula.
(f) Sediakan soalan yang akan guru tanya semasa demonstrasi. Bahagian ini
penting terutamanya jika guru membuat demonstrasi secara induktif.
(g) Fikirkan bagaimana guru akan menggunakan alat bantu mengajar semasa
demonstrasi.
(h) Tentukan bagaimana guru akan menilai pemahaman demonstrasi.
Penilaian boleh dibuat secara bertulis, lisan atau pemerhatian. Jika ianya
dalam bentuk kemahiran, guru perlu melihat setakat mana pelajar telah
mahir melakukan kemahiran yang ditunjukkan.
(i) Fikirkan faktor masa demonstrasi itu akan berlaku. Jika demonstrasi
melibatkan kemahiran, pastikan guru menetapkan masa untuk pelajar
mempraktikkan kemahiran yang ditunjukkan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
132  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Menjalankan Demonstrasi
Apabila menjalankan demonstrasi, ada beberapa panduan yang perlu diikuti iaitu:
(a) Pastikan demonstrasi itu dapat dilihat oleh semua pelajar.
(b) Timbulkan minat pelajar tehadap demonstrasi tersebut di peringkat awal
demonstrasi supaya mereka dapat memberikan tumpuan sepanjang
pengajaran guru. Salah satu cara ialah dengan menunjukkan objek atau
sampel yang telah siap, atau peralatan yang telah siap dipasang atau
peralatan yang berkaitan dengan demonstrasi. Ini akan menimbulkan rasa
ingin tahu pelajar. Guru boleh juga mengaitkan demonstrasi dengan
pengetahuan yang berkaitan yang telah dipelajari.
(c) Terangkan langkah atau prosedur satu persatu. Guru perlu mengelakkan
daripada mengambil jalan singkat dalam menerangkan langkah-langkah.
Ulang langkah atau prosedur yang sukar.
(d) Buat ulasan keseluruhan.
(e) Beri peluang pelajar mencubanya ă Masa mesti diberikan untuk pelajar
praktis dan pengalaman diperlukan untuk membentuk kemahiran.
Seseorang tidak akan jadi mahir tanpa praktis.

6.5.4 Sumbangsaran
Sumbangsaran adalah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan banyak idea
daripada pelajar dan kemudian menentukan idea yang mana paling sesuai untuk
digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Apakah langkah yang perlu diambil kira? Berikut adalah contoh-contohnya:


(a) Definisikan masalah yang hendak dibincangkan. Pastikan masalah itu jelas
dan difahami oleh pelajar. Tulis masalah di papan tulis dengan jelas.
(b) Beri masa untuk membolehkan pelajar memberi idea. Lagi besar
kumpulan, lebih banyak masa yang diperlukan kerana peluang perlu diberi
kepada sebanyak mungkin pelajar.
(c) Setiap pelajar digalakkan memberi idea untuk menyelesaikan masalah
yang dinyatakan. Tidak sesiapa dibenarkan mengkritik atau mentertawa
idea yang diberikan oleh rakan mereka. Ini adalah untuk menggalakkan
seberapa banyak penglibatan pelajar dalam memberi idea. Idea yang
kurang baik mungkin merupakan salah satu cara menyelesaikan masalah
atau boleh dikembangkan dan membawa kepada idea yang lebih baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  133

(d) Setelah selesai, anda dan pelajar anda memberikan idea-idea, pilih idea
yang dikehendaki dan pastikan semua yang terlibat setuju dengan idea
yang dipilih.
(e) Kemudian pilih idea yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.

6.5.5 Main Peranan


Main peranan melibatkan interaksi manusia dan melibatkan perlakuan yang
diimaginasikan. Lakonan dilakukan secara spontan, tanpa skrip. Selalunya main
peranan sangat rapat dengan situasi sebenar dalam kehidupan seharian.

Bagaimanakah kaedah ini boleh digunakan? Berikut adalah contoh-contohnya:


(a) Nyatakan objektif pembelajaran.
(b) Bincangkan peranan yang akan dimainkan termasuk hubungan antara
peranan.
(c) Terangkan situasi dan latar belakang.
(d) Lakonkan peranan.
(e) Buat perbincangan.

LATIHAN 6.5
Apakah perbezaan yang terdapat antara kaedah pengajaran
demonstrasi dan sumbangsaran?

6.5.6 Lawatan Luar


Lawatan membawa maksud membawa sekumpulan pelajar ke tempat tertentu
dengan tujuan tertentu. Tujuan lawatan ialah untuk melihat sesuatu situasi atau
sesuatu yang berlaku atau sesuatu amalan yang tidak boleh dibawa ke dalam
bilik darjah. Lawatan luar yang baik boleh memberikan pelajar pengalaman
untuk aktiviti kelas yang lain.

Apakah yang perlu guru lakukan? Dalam kaedah ini terdapat beberapa perkara
yang perlu dilakukan iaitu:
(a) Mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir.
(b) Mendapat kebenaran daripada ibu bapa pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(c) Mengenal pasti penggunaan pengangkutan.


(d) Memastikan disiplin pelajar semasa lawatan.
(e) Menyatakan tujuan lawatan.
(f) Membuat perancangan susunan dengan tuan rumah.
(g) Merancang lawatan supaya ia berlaku sesuai dengan waktu pengajaran.
(h) Memberitahu pelajar tentang persediaan lawatan.
(i) Menempah pengangkutan.
(j) Mengucap terima kasih kepada tuan rumah.
(k) Merumus dan menilai lawatan.

6.5.7 Inkuiri
Kaedah seterusnya ialah inkuiri. Inkuiri merupakan kaedah saintifik yang
digunakan dalam pengajaran sains yang merujuk kepada proses penyoalan,
mencari pengetahuan dan maklumat, atau mengkaji sebab sesuatu fenomena itu
berlaku. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah. Ia
dikatakan kaedah saintifik, kerana ia merujuk kepada aktiviti di mana pelajar
membentuk pengetahuan dan pemahaman sebagaimana ahli sains mengkaji
fenomena yang berlaku.

Apakah elemen yang terdapat dalam kaedah inkuiri? Antaranya ialah:

(a) Masalah
Merupakan asas kepada kaedah ini. Seboleh-bolehnya, masalah sepatutnya
„benar berlaku‰, bermakna dan boleh dikaji. Masalah yang diperoleh
daripada kelas adalah lebih baik.

(b) Latar Belakang Maklumat


Maklumat yang berkaitan supaya pelajar memahami masalah yang hendak
dikaji. Ini boleh dibuat dengan perbincangan ringkas, atau membaca bahan
yang berkaitan, percubaan awal untuk memberi pemahaman umum
kepada semua kelas.

(c) Bahan
Peruntukan mesti diberi untuk bahan yang akan digunakan, peluang untuk
kerja individu dan peluang untuk pelajar memilih bahan-bahan untuk
menyelesaikan masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  135

(d) Soalan Memandu


Terdiri daripada soalan yang dijangkakan yang akan ditanya oleh guru
untuk mengarahkan proses pemikiran pelajar. Sediakan rangka dan juga
ruang untuk mendapatkan input daripada pelajar.

(e) Hipotesis
Dibentuk hasil daripada perbincangan dan soalan memandu.

(f) Memungut Data dan Analisis


Jalankan eksperimen. Beri penekanan kepada cara mengumpul data dan
pendekatan yang sistematik dalam menyelesaikan masalah.

(g) Kesimpulan
Buat kesimpulan dan generalisasi berdasarkan eksperimen tadi.

6.6 PENYOALAN
Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ia terlibat dalam
semua kaedah pengajaran. Anda perlu berkemahiran dalam penyoalan. Menyoal
merupakan cara paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan
pembelajaran.

Ada pelbagai jenis soalan dan setiap soalan akan memberikan respons yang
berlainan. Soalan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Dalam modul ini,
kami memilih penyoalan berdasarkan Taksonomi Bloom. Terdapat enam tahap
dalam Taksonomi Bloom, dan soalan pada setiap tahap memerlukan pelajar
menjawab dengan menggunakan tahap proses pemikiran yang berlainan. Anda
perlu berupaya membina soalan pada setiap tahap supaya dapat menggalakkan
pelajar terlibat dalam pelbagai proses kognitif. Sebelum guru-guru membina
soalan pada setiap tahap, mereka perlu memahami keenam-enam kategori
terlebih dahulu.

6.6.1 Pengetahuan
Pengetahuan memerlukan pelajar mengenal pasti atau mengingat kembali
maklumat. Pelajar tidak dikehendaki memanipulasi maklumat, tetapi hanya
mengingatinya sahaja. Untuk menjawab soalan ini, pelajar mesti mengingat
kembali fakta, memerhati dan mendefinisi apa yang telah dipelajari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Contoh:
(a) Definisikan fotosintesis.
(b) Bilakah pokok getah mula ditanam di Malaysia?

6.6.2 Pemahaman
Peringkat pemahaman memerlukan pelajar menunjukkan bahawa mereka telah
mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat secara
mental. Pelajar perlu memilih fakta yang penting untuk menjawab soalan. Bagi
pemahaman, pelajar perlu pergi lebih jauh daripada hanya setakat mengingat
kembali. Pelajar perlu menunjukkan mereka memahami apa yang telah dipelajari
dan boleh menyatakannya dengan perkataan sendiri atau membuat
perbandingan. Selalunya, soalan pemahaman memerlukan pelajar menterjemah
atau mentafsir bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk carta, graf,
jadual dan kartun. Perlu diingat bahawa pelajar perlu ada maklumat yang
berkaitan sebelum mereka boleh menjawab soalan peringkat pemahaman.

Contoh:
(a) Terangkan apa yang anda lihat semasa lawatan kita di Pameran Sains.
(b) Apakah idea utama yang anda boleh dapati daripada sajak itu?
(c) Bagaimanakah fotosintesis berbeza daripada transpirasi?

6.6.3 Aplikasi
Soalan tahap ini mengkehendaki pelajar mengaplikasikan maklumat yang telah
dipelajari. Soalan aplikasi memerlukan pelajar menggunakan peraturan atau
proses untuk menyelesaikan masalah. Selalunya hanya satu jawapan yang betul
dikehendaki.

Contoh:
(a) Dengan menggunakan kaedah saintifik, selesaikan masalah ini.
(b) Klasifikasikan spesimen haiwan yang diberikan kepada serangga dan
bukan serangga.

6.6.4 Analisis
Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan memerlukan pelajar
memikirkan dengan kritikal dan mendalam. Untuk menjawab soalan peringkat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  137

ini, pelajar perlu mengenal pasti sebab sesuatu perkara itu berlaku, menganalisis
maklumat untuk membuat sesuatu kesimpulan, inferens dan generalisasi
berdasarkan maklumat tersebut. Selain itu, pelajar menganalisis kesimpulan,
inferens atau generalisasi untuk mendapatkan bukti bagi menyokong atau
menyangkal hipotesis.

Contoh:
(a) Apakah kesannya kepada pengeluaran hasil makanan, jika keadaan
berjerebu berterusan?
(b) Bagaimanakah keadaan ekonomi negara maju boleh mempengaruhi
keadaan ekonomi negara ini?

6.6.5 Sintesis
Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Pelajar dikehendaki
menghasilkan pemikiran kreatif dan asli. Pelajar perlu membuat jangkaan atau
menyelesaikan masalah atau menghasilkan satu komunikasi yang asli. Soalan
sintesis tidak semestinya memberikan hanya satu jawapan betul. Jawapannya
boleh terdiri daripada pelbagai jawapan atau pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah. Soalan sintesis memerlukan pemahaman yang terperinci tentang
sesuatu subjek. Pelajar tidak boleh hanya meneka untuk menjawab soalan
sintesis.

Contoh:
(a) Bagaimanakah kita boleh dapatkan sumber kewangan untuk membuat
projek ini?
(b) Apakah yang anda jangka jika bilangan pelajar yang mengikuti aliran sains
berkurangan?

6.6.6 Penilaian
Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahap yang paling tinggi. Ianya juga
seperti soalan peringkat sintesis dan analisis yang merupakan soalan peringkat
tinggi. Soalan penilaian tidak mempunyai satu jawapan betul. Ia memerlukan
pelajar membuat penghakiman sesuatu idea, penyelesaian kepada sesuatu
masalah atau penilaian kepada sesuatu kerja estetik. Ia juga memerlukan pelajar
memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan membuat penghakiman. Untuk
melakukannya, pelajar perlu mempunyai kriteria.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Contoh:
(a) Bagaimana pandangan anda tentang disiplin bioteknologi membantu
manusia menghasilkan makanan dengan efisien?
(b) Bincangkan bagaimana bidang kejuruteraan genetik boleh membantu dan
merosakkan kesejahteraan kehidupan di dunia.

Untuk membantu anda memahami topik ini, jawab soalan berikut.

LATIHAN 6.6
Cuba bina soalan-soalan untuk setiap tahap. Kemudian, perhatikan
soalan tahap mana yang mudah dan sukar dibina.

6.7 PEMILIHAN KAEDAH MENGAJAR


Setelah mempelajari semua pendekatan pengajaran, berikut adalah beberapa
panduan untuk memilih kaedah yang sesuai untuk memenuhi objektif yang
tertentu.

Sesuatu kaedah itu sesuai sekiranya ia mengambil kira faktor-faktor berikut:

(a) Matlamat pengajaran


Pada akhir pengajaran apakah pengetahuan dan kemahiran yang akan
diperoleh oleh pelajar?

(b) Bilangan pelajar


Jika terlalu ramai pelajar di dalam kelas, bolehkah dibuat kaedah
perbincangan?

(c) Minat dan pengalaman sedia ada pelajar


Pelajar yang kurang pengetahuan asas sedia ada yang berkaitan akan
menyukarkan guru dalam membuat kaedah perbincangan.

(d) Masa
Jika masa singkat, kaedah perbincangan mungkin tidak sesuai.

(e) Kebolehan dan pengetahuan guru dengan tajuk yang diajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN  139

(f) Minat guru terhadap sesuatu kaedah


Ini bukan bermakna guru perlu mengetepikan kaedah yang beliau tidak
gemar. Beliau perlu terus menambah kebolehannya dalam menggunakan
kaedah yang baru.

(g) Kebolehan pelajar


Misalnya pelajar yang kebolehan bahasanya belum berkembang. Ini juga
akan menyukarkan guru dalam membuat kaedah perbincangan.

(h) Untuk memberi peluang pelajar mempraktikkan kemahiran dan


membentuk sikap terhadap kemahiran tersebut.

(i) Pencapaian pelajar yang dikehendaki.

(j) Sumber yang ada.


Jika makmal dan peralatan tidak lengkap pengajaran yang melibatkan
psikomotor tidak dapat dijalankan.

Ć Setelah mengikuti modul ini, guru akan mendapati terlalu banyak klasifikasi
dalam setiap domain pembelajaran. Guru tidak perlu bimbang atau
terkongkong dengan pengkelasan objektif. Pengkelasan tersebut adalah
sebagai panduan guru untuk memahami proses pembelajaran dan mengapa
objektif itu perlu ditulis mengikut arasnya. Yang penting ialah guru tahu
bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran
boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan.
Ć Strategi dan kaedah pengajaran berfungsi sebagai satu panduan pengajaran
ke arah keberkesanan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada pelajar.
Kaedah pengajaran dapat disampaikan secara kuliah, perbincangan,
demonstrasi, sumbangsaran, main peranan, lawatan luar dan inkuiri.
Ć Guru juga boleh menentukan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap
pencapaian dan kebolehan pelajarnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam
bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Ć Guru juga hendaklah berkebolehan memiliki kaedah mengajar kerana ini ada
kaitan dengan keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Objektif Pengajaran Taksonomi Bloom

Huraikan ciri-ciri penting yang terdapat dalam domain kognitif. Berikan contoh-
contoh yang sesuai.

Domain psikomotor mengintegrasikan kemahiran intelektual dan fizikal.


Huraikan dari aspek persepsi dan persediaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengurusan 
7  Bilik Darjah 
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah;
2. Mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus
bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran;
3. Mengenal pasti peraturan yang sesuai untuk mengurus bilik darjah;
dan
4. Menghuraikan bagaimana mengurus tingkah laku pelajar.

 PENGENALAN
Dalam topik yang lepas, kita telah mempelajari tentang bagaimana guru boleh
menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Kita lihat bahawa
seorang guru bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam sesuatu mata pelajaran, malah guru perlu berkemahiran mengesan
masalah pembelajaran, menentukan objektif, mengajar dan lain-lain lagi. Guru
juga perlu membantu setiap pelajar bagaimana hendak belajar. Untuk
membolehkan guru melaksanakan tugas ini, guru perlu mengetahui sistem sosial
yang terdapat dalam bilik darjah.

Pengurusan bilik darjah adalah salah satu aspek yang selalu menjadi
keprihatinan di kalangan bakal guru, guru yang baru berkhidmat dan guru yang
telah berpengalaman. Ini adalah kerana pengurusan bilik darjah adalah satu set
tingkah laku yang kompleks, yang digunakan untuk mengurus keadaan bilik
darjah supaya proses pengajaran tercapai. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang
berkesan merupakan prasyarat kepada pengajaran yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengetahuan dan kemahiran pengurusan bilik darjah adalah penting bagi


seseorang guru untuk menjadi guru yang berkesan. Kebanyakan guru akan
menyangka bahawa pengurusan bilik darjah hanyalah berkaitan disiplin dan
perlakuan yang menimbulkan gangguan.

Hubungan antara pengajaran dan pengurusan adalah kritikal dalam bilik darjah.
Apabila merancang pengajaran, guru perlu mengambil kira perbezaan pelajar;
pembelajaran dan pengajaran mesti terarah kepada setiap pelajar, tetapi
pengurusan melibatkan bagaimana sekelompok pelajar belajar dalam satu
persekitaran yang telah ditetapkan. Topik ini akan menerangkan cara
menguruskan persekitaran pembelajaran, peraturan dan prosedur dan
pengurusan tingkah laku pelajar.

7.1 APAKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH?


Ada pelbagai maksud pengurusan bilik darjah yang dinyatakan oleh para
pendidik. Lemlech (1988) menyatakan pengurusan bilik darjah sebagai
pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum,
mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk
memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar dan menjangka
kemungkinan masalah. Guru yang berkesan ialah guru yang boleh memantau
kemajuan pelajar dengan menjangka masalah pembelajaran dan tingkah laku
pelajar, boleh menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan boleh
memadankannya dengan keperluan pembelajaran pelajar. Anderson (1989) pula
menambah pengurusan bilik darjah yang berkesan terdiri daripada tingkah laku
guru yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti
pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas
guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisien. Beliau
menegaskan bahawa peranan guru dan hubungan peranan tersebut dengan
pembelajaran sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah.

Selain daripada maksud pengurusan bilik darjah seperti di atas, para pendidik
juga mendefinisikan pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan pengurusan
bilik darjah itu sendiri iaitu:

(a) Pendekatan Autoritarian


Pandangan tentang pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan
autoritarian ialah proses mengawal tingkah laku pelajar. Peranan guru
ialah untuk membentuk dan memastikan peraturan diikuti dan penekanan
utama ialah mengawal disiplin pelajar. Perkataan pengurusan bilik darjah
dan disiplin selalunya sinonim. Pengurusan bilik darjah ialah satu set
aktiviti di mana ia dibentuk oleh guru dan guru juga memastikan ia
dipatuhi oleh pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH  143

(b) Pendekatan Permisif


Pendekatan ini bertentangan dengan pendekatan yang pertama tadi.
Mereka yang menyokong pendekatan ini menyatakan peranan guru ialah
memaksimumkan kebebasan pelajar. Mereka mengatakan jika kita
mengawal pelajar, kita akan menyekat perkembangan semula jadi mereka.
Mereka mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai satu set aktiviti di
mana guru memaksimumkan kebebasan pelajar.

AKTIVITI 7.1

Apakah pendapat anda tentang Pendekatan Autoritarian dan


Pendekatan Permisif dalam pengurusan bilik darjah? Apakah
kebaikan dan keburukannya?

(c) Pendekatan Modifikasi Tingkah Laku Pelajar


Pendekatan ini berasaskan prinsip modifikasi tingkah laku pelajar dan
pengurusan bilik darjah merupakan satu proses memodifikasikan tingkah
laku pelajar. Peranan guru ialah menggalakkan tingkah laku pelajar yang
dikehendaki dan menghapuskan tingkah laku yang negatif. Pengurusan
bilik darjah pula berfungsi sebagai satu set aktiviti untuk menggalakkan
tingkah laku yang dikehendaki dan menghapuskan tingkah laku yang
negatif.

(d) Pendekatan yang Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran yang Positif


Andaian pendekatan ini ialah pembelajaran boleh dimaksimumkan dengan
adanya hubungan yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru
dengan pelajar. Guru adalah punca utama yang menjalinkan hubungan
yang baik. Pendekatan ini menyatakan pengurusan bilik darjah adalah satu
set aktiviti di mana guru membentuk hubungan yang baik dan
persekitaran bilik darjah yang positif.

Pandangan yang lain pula menyatakan bilik darjah adalah satu sistem
sosial di mana proses kumpulan adalah perkara penting. Andaian di
sebalik pandangan ini ialah pengajaran berlaku dalam konteks kumpulan.
Ini bermakna tingkahlaku kumpulan memberi kesan yang signifikan dalam
pembelajaran walaupun pembelajaran dilihat sebagai proses individu.
Peranan guru ialah merangsang pembentukan dan operasi sistem bilik
darjah. Pendekatan ini menyatakan pengurusan bilik darjah sebagai satu
set aktiviti di mana guru membentuk dan menjaga organisasi bilik darjah
yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH

AKTIVITI 7.2

Perhatikan tingkah laku yang positif dan negatif dalam bilik darjah
anda, kemudian buat satu senarai. Perhatikan tingkah laku yang
paling panjang senarainya.
Tingkah laku positif Tingkah laku negatif
________________________ ________________________
________________________ ________________________

7.1.1 Pengajaran dan Pengurusan


Anda telah pun mengetahui dengan terperinci tentang maksud pengajaran di
awal modul ini. Umumnya, pengajaran mengandungi dua set aktiviti iaitu:
pengajaran dan pengurusan.

Aktiviti pengajaran bertujuan untuk menggalakkan pencapaian pelajar kepada


objektif pengajaran yang spesifik. Contohnya, mengesan keperluan pelajar,
merancang pembelajaran, menyampaikan pengajaran, menyoal dan menilai
kemajuan pelajar.

Aktiviti pengurusan pula adalah aktiviti yang bertujuan untuk membentuk dan
menjaga keadaan di mana pengajaran boleh berlaku dengan berkesan. Antara
contoh aktiviti ialah membentuk hubungan guru dengan pelajar dan membentuk
norma kumpulan yang produktif. Adalah sukar untuk anda menentukan secara
khusus aktiviti pengajaran dan aktiviti pengurusan kerana ia saling berkait.

AKTIVITI 7.3
Mengapakah persekitaran bilik darjah penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH  145

7.2 PEMBENTUKAN DAN PENGURUSAN


PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Pengurusan bilik darjah bermula dengan susunan fizikal bilik darjah untuk
pengajaran. Keadaan bilik darjah yang tersusun boleh membantu guru mengajar
beberapa waktu pembelajaran dalam satu hari. Apabila guru cuba membuat
susunan fizikal bilik darjah, guru perlu membuat beberapa keputusan.

7.2.1 Apakah Perkara Utama untuk Mendapatkan


Susunan Bilik Darjah yang Baik?
Berikut adalah beberapa panduan untuk mendapatkan susunan bilik darjah yang
lebih baik:

(a) Pastikan lalu lintas dalam bilik darjah tidak sesak. Elakkan daripada
wujudnya ruang yang sesak dengan lalu lintas, contohnya ruang
berhampiran pintu. Pelajar yang bermasalah (contoh, sukar mendapat
perhatian guru semasa pengajaran) perlu ditempatkan jauh daripada
tempat yang sibuk.

(b) Pastikan semua pelajar dapat dilihat oleh guru. Pemantauan pelajar
merupakan satu tugas utama dalam pengurusan bilik darjah. Jika pelajar
tidak dapat melihat guru, adalah sukar untuk guru membantu pelajar
apabila pelajar itu memerlukannya.

(c) Pastikan pelajar mudah melihat dan mendengar penyampaian guru dan
dapat melihat apa yang guru tulis di papan tulis dan yang ditayangkan
pada projektor overhead (OHP), tanpa terpaksa menggerakkan kerusi atau
meja mereka.

(d) Sebagai permulaan, untuk mendapat ruang atau tempat yang sesuai,
guru hendaklah mengenal pasti tempat untuk guru berdiri semasa
melaksanakan pengajaran. Ini boleh dikenal pasti dengan melihat
kedudukan papan tulis dan OHP.
Rajah 7.1 adalah salah satu contoh susunan bilik darjah. Perhatikan
kedudukan meja dan peralatan dalam gambar rajah ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Rajah 7.1: Susunan bilik darjah

(e) Bahan pengajaran untuk pelajar dan guru mudah dan cepat diperoleh. Oleh
itu, simpan alat di tempat yang sesuai supaya aktiviti pembelajaran boleh
dimulakan dengan segera dan mengurangkan masa untuk persiapan dan
mengemas semula.

(f) Papan Buletin – Papan buletin memberikan ruang untuk mempamerkan


hasil kerja pelajar, bahan pengajaran yang berkaitan, tugasan, tugasan yang
menjadi contoh untuk pelajar lain, peraturan, jadual waktu, dan lain-lain
lagi. Papan buletin boleh dihias dengan kertas berwarna untuk lebih
menceriakan bilik darjah. Perlu diingat bahawa kita tidak meletak terlalu
banyak pameran pada dinding bilik darjah kerana ia akan menampakkan
bilik darjah itu sesak.

(g) Penggunaan Ruang – Perabot dan peralatan disusun teratur supaya tidak
mengganggu pengajaran dan guru boleh melihat keseluruhan kelas. Pelajar
juga dapat melihat guru, papan tulis dan layar OHP. Kadang kala guru
menghadapi kekangan dari segi ruang. Jika keadaan ini timbul, guru perlu
menilai penyesuaian yang boleh dibuat. Jika ruang terlalu kecil, guru boleh
mengeluarkan peralatan yang kurang digunakan.

Jawab latihan berikut untuk menguji kefahaman anda.

LATIHAN 7.1
Apakah panduan yang harus diikuti oleh guru dalam menentukan
keputusan tentang susunan bilik darjah?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH  147

7.3 PEMBENTUKAN PERATURAN


Seperti yang dinyatakan di atas, tugas guru bukan sahaja mengajar, malah
mereka juga seorang pengurus. Guru yang berkesan adalah guru yang
memberitahu pelajar peraturan kelas pada hari pertama kelas bermula.
Peraturan ini hendaklah eksplisit, jelas dan boleh diikuti. Peraturan dibentuk
untuk membantu guru membentuk persekitaran pembelajaran yang produktif.
Peraturan merupakan harapan yang dinyatakan tentang tingkah laku pelajar
semasa pembelajaran dan seterusnya di sekolah.

Pengurusan bilik darjah yang baik adalah berdasarkan pemahaman pelajar


tentang tingkah laku yang diharapkan. Peraturan yang dirancang berhati-hati
memudahkan guru berkomunikasi dengan pelajar tentang peraturan yang perlu
diikuti. Pamerkan peraturan dalam bilik darjah supaya setiap pelajar dapat
membacanya.

Berikut adalah contoh peraturan bilik darjah:


(a) Beratur sebelum masuk kelas.
(b) Hantar tugasan yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan.
(c) Padamkan kipas dan lampu sebelum meninggalkan kelas.
(d) Beritahu guru atau ketua kelas apabila hendak keluar kelas.

7.3.1 Merancang Peraturan


Apabila guru telah mengetahui peraturan sekolah, guru boleh mula merancang
peraturan untuk bilik darjah. Perkara yang perlu diambil kira adalah seperti
berikut:
(a) Elak daripada membuat terlalu banyak peraturan.
(b) Setiap peraturan ditunjukkan contoh tingkah laku yang diingini.
(c) Bincang dengan pelajar apa yang guru harapkan daripada peraturan
tersebut. Perbincangan dengan pelajar boleh membawa kesan positif
kerana membantu pelajar berkelakuan mengikut peraturan.
(d) Nyatakan dengan jelas tingkah laku yang tidak sesuai dan sering dilakukan
oleh pelajar seperti menjerit dan berlari.
(e) Bincang peraturan ini pada hari pertama kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH

(f) Sesetengah guru berbincang dengan pelajar apabila membuat peraturan.


Ini adalah untuk menggalakkan rasa „milikan‰ di kalangan pelajar dan
mereka akan lebih bertanggungjawab. Penglibatan pelajar boleh dibuat
dalam pelbagai bentuk. Contohnya, guru boleh berbincang dengan pelajar
seperti menyoal „Mengapakah peraturan itu dibuat dan apakah
rasionalnya?‰.

7.3.2 Ganjaran dan Hukuman


Perancangan untuk peraturan bilik darjah itu mustahak bagi pengurusan bilik
darjah yang baik. Bagaimanapun, untuk memastikan ia berkesan, pelajar perlu
akur dengan peraturan yang telah dibuat. Pelajar akan menerima akibatnya jika
peraturan ini tidak diikuti. Akibatnya ialah ganjaran dan hukuman. Ganjaran
ialah perkara yang ingin diperoleh pelajar kerana pencapaian, usaha atau
tingkah laku yang baik. Hukuman pula ialah sesuatu yang tidak diingini oleh
pelajar, tetapi perlu diberi kepada pelajar kerana tingkah lakunya yang negatif.

Guru perlu merancang apabila memberi ganjaran dan hukuman. Mula-mula


guru perlu menyemak sama ada terdapat dasar sekolah tentang ganjaran dan
hukuman, atau sama ada sekolah menyediakan peruntukan untuk memberi
ganjaran. Contohnya, jika guru menjanjikan lawatan sebagai ganjaran kepada
pelajar, maka pastikan ada peruntukan untuk perkara tersebut.

Ganjaran dan hukuman hendaklah setimpal dengan tingkah laku pelajar.


Ganjaran yang mudah diperoleh akan menghilangkan motivasi pelajar.
Hukuman yang terlalu berat akan menimbulkan kemarahan daripada pelajar
dan kritikan daripada ibu bapa. Ganjaran juga perlu sesuai dengan umur pelajar.

Ganjaran ada beberapa jenis, antaranya:

(a) Simbol
Simbol dalam bentuk nombor, bintang dan lain-lain. Gred yang baik
merupakan simbol yang sangat berkesan kepada hampir semua pelajar
kerana ianya merupakan refleksi yang terus daripada usaha mereka dan
pencapaian kerja mereka.

(b) Pengiktirafan
Merupakan cara memberikan perhatian kepada pelajar. Contohnya,
mempamerkan kerja pelajar, memberikan pengiktirafan secara lisan kepada
tingkah laku yang baik. Sijil atau pelekat juga adalah salah satu
pengiktirafan yang sesuai untuk sekolah menengah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH  149

(c) Aktiviti
Membuat aktiviti yang menarik dengan pelajar seperti membuat lawatan.

Hukuman ada beberapa jenis, antaranya:

(a) Gred
Mengurangkan gred atau markah kepada mereka yang tidak menghantar
tugasan pada tarikh yang ditetapkan, atau tugasan tidak kemas dan tidak
lengkap.

(b) Hilang Keistimewaan


Contohnya, pelajar yang merosakkan alat tidak diberi kebenaran
menggunakan alat tersebut.

(c) Dendaan
Dalam bentuk kerja berulang seperti menulis berkali-kali. Hukuman ini
digunakan untuk pelajar yang melanggar peraturan kelas dan bukan
peraturan yang serius.

(d) Gantung Sekolah


Diberikan kepada pelajar yang melakukan tingkah laku yang kronik seperti
terlibat dalam pergaduhan.

AKTIVITI 7.4

Apakah ganjaran yang perlu anda berikan kepada pelajar anda dan
bagaimanakah reaksi mereka terhadap ganjaran tersebut?

7.4 PENGURUSAN TINGKAH LAKU PELAJAR


Adalah penting untuk guru merespon kepada pelajar dengan cara yang positif.
Guru perlu mengelakkan daripada hanya memfokus kepada tingkah laku yang
negatif sahaja. Dalam usaha untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar, guru
perlu mengenal pasti tingkah laku yang ingin diubah, dan guru perlu memantau
tingkah laku berkenaan, perlu tekal dengan peraturan yang dibuat dan
menguruskan tingkah laku yang negatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH

7.4.1 Memantau Perlakuan Pelajar


Untuk memastikan pemantauan berkesan, guru perlu kenal pasti tingkah laku
yang perlu dipantau. Emmer dan rakan-rakan (1989) menyatakan terdapat dua
kategori perlakuan yang penting di dalam bilik darjah, iaitu:
(a) Penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran; dan
(b) Pematuhan pelajar kepada peraturan bilik darjah.

Penglibatan pelajar boleh dilihat melalui pelbagai tingkah laku, termasuk


perhatian semasa pengajaran, perbincangan dan lain-lain tugasan. Pematuhan
pelajar kepada peraturan bilik darjah mudah dipantau jika guru mempunyai
harapan atau jangkaan yang jelas tentang tingkah laku pelajar dan telah
menerangkan kepada pelajar tentang harapan ini.

Pemantauan tingkah laku pelajar semasa mengajar memerlukan guru berada


dalam keadaan di mana guru boleh melihat semua pelajar di dalam bilik darjah
berkenaan. Ini boleh dilakukan dengan guru bergerak antara barisan pelajar. Ini
boleh menambah perhatian pelajar semasa pengajaran. Sesetengah guru pula
tidak dapat memantau dengan baik kerana ia memfokus atau memberi perhatian
kepada beberapa pelajar sahaja.

Sesetengah guru pula hanya bercakap dengan papan tulis. Oleh itu, guru tidak
mengetahui tindak balas pelajar terhadap pengajarannya. Dengan demikian,
semasa pengajaran, guru perlu bergerak dan sentiasa aktif. Jika guru dapati ada
kekecohan yang melibatkan beberapa pelajar dan guru tidak tahu apa yang
sebenarnya berlaku di sebalik kekecohan tersebut, ini menunjukkan yang guru
kurang memantau bilik darjah tersebut.

Apabila pelajar melakukan tugasan individu, pemantauan perlu dibuat dengan


guru bergerak dari satu pelajar kepada satu pelajar yang lain untuk mengetahui
kemajuan dari semasa ke semasa dan untuk memberikan maklum balas individu
berkenaan. Guru tidak sepatutnya hanya menyelia pelajar yang memerlukan
bantuan atau yang mengangkat tangan kerana perlukan bantuan. Jika guru
berbuat demikian, ini bermakna guru tidak memantau kemajuan kesemua
pelajar.

Memantau tugasan pelajar dari meja guru atau mana-mana lokasi yang kekal
akan menyebabkan guru sukar melihat tingkah laku pelajar lain. Oleh itu,
elakkan daripada menggunakan masa yang lama pada satu tempat atau pelajar.
Jika guru terpaksa memantau pelajar daripada meja guru, sekali-sekala guru
perlu bangun dan berjalan untuk menyelia kemajuan pelajar untuk memastikan
mereka mengikut arahan. Elakkan daripada berada agak lama pada seseorang
pelajar untuk membantu mereka, kecuali guru boleh memantau pelajar daripada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH  151

meja pelajar berkenaan. Jika guru berada dalam keadaan demikian, pastikan
kedudukan meja pelajar itu membolehkan guru membuat pemantauan pelajar
yang lain.

Jika guru terpaksa membuat penyeliaan di meja guru, atau satu lokasi yang
ditetapkan, pastikan pelajar tidak berhimpun di sekelilingnya. Ia akan
mengganggu pandangan guru kepada keseluruhan bilik darjah. Sebaliknya,
anda hendaklah memanggil seorang pelajar pada sesuatu masa.

Satu teknik memantau pelajar pada peringkat awal membuat tugasan individu
ialah:
(a) Pastikan setiap orang memulakan aktiviti;
(b) Pastikan setiap pelajar telah mengeluarkan bahan yang diperlukan di atas
meja;
(c) Pastikan mereka memulakan latihan yang pertama atau menjawab soalan
yang pertama di bawah arahan guru; dan
(d) Semak serta bincang dengan semua pelajar. Ini memudahkan anda melihat
kesemua pelajar telah memulakan tugas dan menentukan sama ada mereka
faham apa yang perlu dilakukan.

Tugas pemantauan yang kritikal ialah menyemak tugasan. Tugasan dikumpulkan


dari semasa ke semasa. Guru hendaklah sentiasa mengemaskini rekod penggredan
pelajar supaya dapat mengesan pelajar yang tidak membuat tugasan dengan baik
atau yang tidak membuat tugasan langsung. Jika anda memberi tugasan yang
memerlukan masa yang panjang, semak kemajuan dari semasa ke semasa. Guru
boleh memberi skor atau gred pada setiap kemajuan tugasan. Guru juga boleh
memberikan pelajar senarai semak kemajuan tugasan tersebut.

7.4.2 Ketekalan
Dalam bilik darjah, ketekalan bermakna mengekalkan harapan perlakuan yang
sesuai dan tidak sesuai dalam aktiviti tertentu; ia juga bermakna bahawa
harapan ini adalah untuk semua pelajar dalam semua keadaan (Emmer & rakan-
rakan, 1989). Contohnya, jika pelajar dikehendaki memakai kot makmal semasa
kerja makmal, maka setiap kali kerja makmal, pelajar dikehendaki memakai kot
makmal.

Ketekalan juga digunakan kepada hukuman. Jika pelajar yang lambat memasuki
makmal untuk kelas amali akan didenda, maka semua yang lambat akan
didenda walau apa sekali alasan yang diberikan oleh pelajar. Jika guru tidak
tekal dengan peraturan, pelajar akan menguji setakat mana peraturan itu boleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH

bertahan dengan mengulangi tingkah laku tersebut atau tidak mengikut


peraturan untuk menimbulkan hukuman. Perbuatan ini akan merebak dan
menyebabkan guru membuang peraturan tersebut atau terpaksa bersabar
dengan tingkah laku yang negatif.

Ketidaktekalan selalunya timbul akibat tiga faktor iaitu:


(a) Peraturan yang tidak munasabah atau tidak sesuai;
(b) Guru gagal memantau pelajar dengan rapi dan tidak dapat mengesan
tingkah laku yang tidak sesuai; dan
(c) Guru tidak merasakan peraturan itu penting dikuatkuasakan.

Jika guru mendapati pelajar tidak tekal dengan peraturan dan telah
menimbulkan masalah, guru boleh melakukan alternatif berikut:
(a) Peraturan tersebut dijelaskan semula kepada semua pelajar. Ambil
beberapa minit untuk membincangkan masalah dengan mereka dan ulang
harapan anda bahawa peraturan perlu diikuti, kemudian dikuatkuasakan.
(b) Ubah suai peraturan dan kemudian perkenalkannya semula.
(c) Batalkan peraturan dan kalau boleh, ganti dengan peraturan yang lain.

Alternatif yang anda pilih bergantung pada keadaan dan kepentingannya dalam
sistem pengurusan bilik darjah.

7.4.3 Pengurusan Segera Kepada Tingkah Laku


Negatif
Guru perlu menangani dengan cepat tingkah laku negatif bagi mengelakkan ia
daripada berterusan dan merebak. Tingkah laku yang perlu diperhati ialah
tingkah laku seperti kurang penglibatan dalam aktiviti pembelajaran,
memanjangkan masa membuat tugasan, tidak memberi perhatian dan
mengelakkan tugasan yang diarahkan oleh guru dan sengaja melanggar
peraturan.

Guru yang berkesan adalah guru yang dapat mengesan tingkah laku pelajar
luar-tugas (off-task) dan memberhentikannya sebelum merebak. Adalah tidak
bijak jika guru tidak mengambil berat terhadap tingkah laku luar-tugas. Pelajar
yang melanggar peraturan dan gagal mengikut peraturan akan mengakibatkan
banyak masalah timbul. Antara lain, pelajar itu akan sukar mengikuti pelajaran
dan menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH  153

Tingkah laku ini perlu diberhentikan dengan segera. Guru perlu menggunakan
penyelesaian secara tenang kerana ini lebih produktif dan boleh mengelakkan
daripada berlakunya konfrontasi dengan pelajar. Berikut adalah beberapa
alternatif:

Cara Menangani Tingkah Laku Negatif

(a) Apabila pelajar luar-tugas, iaitu pelajar tidak membuat tugasan, arah
semula perhatiannya kepada tugas.

Contoh
„Norhayati, anda sepatutnya sudah mula menulis jawapan untuk
soalan 1.‰
„ Tan, semua tugasan perlu disiapkan di dalam kelas ini.‰

(b) Semak kemajuan pelajar beberapa minit kemudian untuk memastikan


mereka akan terus melakukan tugasan yang diberikan.

(c) Perhatikan pelajar atau bergerak ke arah pelajar berkenaan. Guna bahasa
isyarat seperti jari atau goyangkan kepala untuk membetulkan tingkah laku
berkenaan. Pantau sehingga pelajar akur.

(d) Jika pelajar tidak mengikut peraturan dengan betul, ingatkan pelajar
tentang peraturan berkenaan. Nyatakan atau betulkan peraturan atau tanya
pelajar jika mereka masih ingat lagi peraturan tersebut.

(e) Tanya atau beritahu pelajar supaya berhenti melakukan tingkah laku
negatif. Kemudian pantau sehingga mereka berhenti melakukan tingkah
laku berkenaan.

Kadang-kadang menguatkuasakan peraturan dengan segera akan mengganggu


aktiviti kelas atau tidak sesuai masanya. Jika ini berlaku, guru hendaklah
mencatat atau mengingat tingkah laku negatif ini dan teruskan aktiviti sehingga
masa yang sesuai tiba untuk membetulkan tingkah laku berkenaan. Kemudian
guru boleh beritahu pelajar apa yang dia lihat telah berlaku dan bincangkan
apakah tingkah laku yang sepatutnya dilakukan. Seboleh-bolehnya, guru
selesaikan masalah tingkah laku negatif secara peribadi. Dengan berbuat
demikian, ia mengurangkan tekanan perhatian rakan sebaya dan kurang
mengganggu aktiviti yang sedang berjalan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH

 Pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa perancangan.


Pengajaran akan berjalan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti
pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak
menyenangkan.

Ketekalan Pengurusan bilik darjah

Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan autoritarian dan pendekatan


permisif? Adakah kedua-dua pendekatan ini sesuai diwujudkan di dalam bilik
darjah?

Apakah perkara utama untuk mendapatkan susunan bilik darjah yang terbaik?
Pada pendapat anda adakah cara anda ini yang terbaik sekali?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran 
Berfikir 

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep dan definisi pemikiran;
2. Menerangkan konsep kemahiran berfikir;
3. Menghuraikan kepentingan belajar kemahiran berfikir;
4. Mengenal pasti perkara-perkara yang boleh menggalakkan atau
menghalang kepada kemahiran berfikir;
5. Menghuraikan pemikiran kritis dan kreatif; dan
6. Mengaplikasikan alat-alat berfikir dalam kemahiran berfikir.

 PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan aspek-aspek berkaitan konsep dan definisi
dalam kemahiran berfikir. Aspek-aspek seperti halangan dan penggalak kepada
kemahiran berfikir juga dijelaskan dan kepentingan belajar kemahiran berfikir
juga diberi fokus.

Selain itu kita akan meninjau tentang perkara berkaitan pemikiran kritis dan
kreatif. Terdapat pelbagai kemahiran berfikir, tetapi dalam modul ini, hanya
kemahiran berfikir kritis dan kreatif sahaja diterangkan secara mendalam.
Walaupun penerangan tentang kedua-dua kemahiran ini dibuat secara
berasingan, hakikatnya kedua-dua proses berfikir kritis dan kreatif berjalan
serentak apabila individu itu berfikir. Pada akhir setiap bahagian, disediakan
sedikit latihan untuk santapan minda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

8.1 KONSEP DAN DEFINISI PEMIKIRAN


Manusia dikurniakan akal dan hati yang menjadikannya lebih istimewa.
Kehadiran akal dan hati ini membezakan manusia daripada haiwan. Akal
merupakan sumber ilmu intelek yang menghasilkan pengetahuan dan juga
menjadi tempat membentuk sifat kearifan dan kebijaksanaan.

Dengan wujudnya akal dan hati ini, manusia dapat membuat penaakulan,
memahami sesuatu dan membentuk konsep. Hati juga menjadi sumber ilmu
untuk menghasilkan pengetahuan. Hati mempunyai daya keupayaan membuat
penaakulan dan daya faham. Hati juga boleh mengesan baik-buruk, benar-palsu,
atau betul-salah sesuatu perkara. Pemikiran di sini mengambil kira dua perkara
utama, iaitu akal dan hati.

Mohd Nasir Omar dalam kertas kerja „Seminar Kegemilangan Berfikir: Konsep,
Strategi dan Latihan Berfikir dalam Perspektif Islam‰ menjelaskan dengan
mendalam tentang istilah berfikir atau alfikr. Istilah alfikr adalah istilah Arab
untuk berfikir. Ia merujuk kepada aktiviti penggunaan akal atau minda manusia
dalam konteks untuk mengenal, memahami dan menyelesaikan sesuatu perkara
dengan logikal dan rasional. Aktiviti ini dikenali sebagai aktiviti berfikir.

Melalui aktiviti berfikir ini, seseorang boleh membentuk konsep, pendapat,


pandangan, buah fikiran, idea atau ilmu mengenai sesuatu yang tidak diketahui
sebelumnya. Penemuan ini dikenali sebagai fikrah yang dikatakan berkait rapat
dengan ilmu. Justeru itu beliau menambah, manusia yang berfikir akan
berkesudahan dengan penguasaan ilmu dan tahu apa yang difikirkan.

Terdapat pelbagai tafsiran pemikiran yang dikemukakan oleh ahli pemikir.


Beberapa tafsiran pemikiran ditunjukkan dalam Jadual 8.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  157

Jadual 8.1: Tafsiran Pemikiran oleh Ahli Pemikir

Ahli Pemikir Penerangan


Costa (1985) Mengatakan pemikiran sebagai proses penerimaan rangsangan
luar oleh minda melalui deria-deria yang kemudiannya
diproses dan digunakan.
Dewey (1933) Menganggap pemikiran sebagai usaha memeriksa dan
menimbang sesuatu butir maklumat dengan teliti berdasarkan
kriteria tertentu.
Sigel (1984) Mengatakan yang pemikiran meliputi aktiviti seperti refleksi
pengkonsepan dan penyelesaian masalah.
Pressiesen (1987) Mengatakan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana
pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penaakulan.
Beyer (1992) Menerusi „Functional Thinking Model‰ melabelkan berfikir
dalam domain kognitif yang pelbagai aras. Aras terendah
merupakan kebolehan mengingat dan menyimpan data, diikuti
kebolehan memproses dan penaakulan. Aras ketiga pula
menerangkan kebolehan kemahiran kritis dan kreatif dan aras
tertinggi sekali sebagai aras yang menentukan kebolehan
seseorang menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Keseluruhan proses kognisi ini dikawal oleh satu lagi proses
yang dipanggil metakognisi. Gambaran model ini terdapat
dalam Rajah 8.1.
Som Hj Nor dan Merumuskan pemikiran sebagai proses menggunakan minda
Dahalan Mohd Ramli untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
(1998) menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi
dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

AKTIVITI 8.1

Setelah meneliti beberapa tafsiran tentang pemikiran, diharap anda


telah jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan pemikiran. Sebagai
latihan, mungkin anda ingin mengarang sendiri fahaman anda tentang
pemikiran.

Dalam membincangkan tentang pemikiran, beberapa istilah seperti metakognisi


dan refleksi telah diperkenalkan. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-
istilah ini? Berikut adalah penerangan tentang beberapa lagi istilah yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

berkaitan dengan pemikiran yang dapat membantu kita dalam memahami


konsep pemikiran dengan lebih mendalam.

(a) Metakognisi
Metakognisi: „Metacognition is thinking about thinking‰. Ia merupakan
ilmu pengetahuan dan kesedaran yang wujud pada seseorang yang
membolehkannya mengawal proses berfikir dan aktiviti yang sedang
dijalankan. Metakognisi ini juga merupakan kebolehan mengaplikasi
strategi dan mengawal dengan betul proses melahirkan idea atau membuat
sesuatu. Walau bagaimanapun, metakognisi bukanlah buah fikiran atau
hasil sebenar berfikir itu.

Terdapat tiga perkara yang dikawal oleh proses metakognisi ini. Perkara-
perkara tersebut ialah perancangan, pengkonsepan dan penaksiran.
Sekarang mari kita lihat setiap perkara dengan lebih teliti.
(i) Perancangan ialah kebolehan untuk menyatakan matlamat, memilih
operasi yang hendak dilakukan, mengatur operasi dan mengenal
pasti halangan yang mungkin berlaku. Apa yang berlaku pada
individu di peringkat ini ialah sedar dengan apa juga yang akan
dilaksanakan.
(ii) Pengkonsepan ialah kebolehan diri untuk sentiasa sedar tentang
matlamat, tentang kedudukan perkara yang dikerjakan, sentiasa
mengenal pasti matlamat yang telah tercapai, menentukan
pergerakan aktiviti atau operasi seterusnya dalam proses yang sedang
dikerjakan, mengesan kesilapan atau halangan dan tahu cara
mengatasinya. Dengan kesedaran ini, individu tahu peringkat dan
perkembangan sesuatu perkara atau aktiviti yang sedang dijalankan.
(iii) Penaksiran ialah kebolehan untuk menilai pencapaian matlamat
mengadili ketepatan keputusan, menilai kesesuaian prosidur dan
mengadili keberkesanan perancangan dan perlaksanaan. Individu di
sini dapat menyatakan pada dirinya sendiri tentang kualiti hasil kerja
yang telah dibuat dan membuat penilaian.

(b) Domain Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir juga sering dikaitkan dengan kemahiran seseorang
menggunakan otak (domain kognitif) dan perasaan (domain afektif).

Maksud domain kognitif ialah kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan


menggunakan otak. Benjamin Bloom telah membentuk satu hierarki dari
konsep domain kognitif ini yang lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom.
Terdapat enam aras kebolehan dalam taksonomi ini iaitu pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  159

Domain afektif pula dipelopori oleh Krathwohl dan rakan (1964). Domain
ini menitikberatkan perasaan, emosi dalaman, sikap dan sistem moral.
Krathwohl mengkategorikan domain afektif kepada lima tahap iaitu
penerimaan, tindak balas, menilai, menyelaras sistem nilai dan
mengamalkan sesuatu nilai yang kompleks.

Kita telah meneliti istilah-istilah berkaitan pemikiran dan kemahiran yang


berkaitan dengannya. Penerangan di atas diharap dapat menjadi asas bagi kita
memahami topik-topik yang berikutnya. Perbincangan topik-topik seterusnya
berkisar tentang tajuk kemahiran berfikir. Konsep yang digunakan di sini adalah
konsep yang diketengahkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Sekarang, cuba aktiviti berikut untuk menguji kefahaman anda tentang apa yang
telah anda pelajari.

LATIHAN 8.1

Rumuskan beberapa definisi pemikiran dan tuliskan maksud


pemikiran dengan perkataan anda sendiri.

8.2 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR


Model kemahiran berfikir yang telah dicipta oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
dikenali sebagai Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Dalam model
ini, kemahiran berfikir dikategorikan kepada empat kategori yang saling berkait
antara satu sama lain. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Model KBKK

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

Merujuk kepada Rajah 8.1, terdapat empat kategori kemahiran berfikir. Untuk
setiap kategori ini pula, terdapat kemahiran-kemahiran mikro dan langkah-
langkah yang terlibat dalam proses berfikir itu. Penjelasan tentang kemahiran
mikro ini diketengahkan dalam Rajah 8.2 di bawah.

Rajah 8.2: Jenis-jenis kemahiran berfikir

Berikut adalah penerangan tentang kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam


KBKK. Model KBKK terdiri daripada empat kemahiran yang dinamakan
kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Dalam setiap kemahiran ini diwujudkan kemahiran-
kemahiran mikro.

Kemahiran berfikir kritis adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda


untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebaikan dan kelemahan sesuatu
perkara dan membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Kemahiran-kemahiran mikro dalam kemahiran ini ialah:


(a) Membanding membeza;
(b) Membuat kategori;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  161

(c) Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan;


(d) Menerangkan sebab;
(e) Menyusun mengikut urutan;
(f) Membuat ramalan;
(g) Mengusul periksa andaian; dan
(h) Membuat inferens;

Kemahiran berfikir kreatif pula adalah kecekapan menggunakan minda untuk


menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan
asli, sama ada bersifat maujud, abstrak atau idea. Kemahiran mikro dalam
kemahiran berfikir kreatif ialah:
(a) Menjana dan menghasilkan idea;
(b) Mencipta analogi; dan
(c) Mencipta metafora.

Kemahiran membuat keputusan, menurut Som Hj Nor dan Dahalan Mohd Ramli
(1998), ialah keupayaan minda untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada
beberapa alternatif untuk mencapai objektif yang ditentukan.

Kemahiran menyelesaikan masalah pula ialah langkah-langkah yang dijalankan


dalam mengatasi rintangan dan kekangan yang menjadi penghalang kepada
matlamat yang dituju.

Kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah akan


dibincangkan dengan lebih terperinci dan mendalam dalam Topik 9.

Walaupun Model KBKK ini diterangkan secara terpisah, itu hanyalah sekadar
untuk kita meneliti dan memahami bahagian-bahagian yang kecil supaya kita
dapat melihat kaitan dan sumbangannya kepada pemikiran secara keseluruhan.
Secara realitinya, semua kemahiran berfikir ini dijalankan serentak. Oleh yang
demikian, adakalanya sukar untuk dikenal pasti jenis-jenis kemahiran yang
dijalankan dalam satu-satu proses berfikir.

Untuk melihat sama ada anda memahami apa yang anda telah pelajari sebentar
tadi, sila jawab aktiviti berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

LATIHAN 8.2
Teliti soalan-soalan standard di negara kita seperti dalam UPSR, PMR,
SPM dan STPM. Sejauh manakah soalan-soalan ini mencakupi aspek
KBKK? Bincangkan.

8.3 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR


Matlamat pendidikan sekolah rendah ialah membekalkan ilmu dalam bidang 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira. Adakah ini memadai untuk zaman serba
canggih ini? Memandangkan kemahiran 3M masih belum mencukupi untuk
pelajar mengharungi kehidupan di masa akan datang, satu lagi kemahiran yang
perlu dimasukkan dalam matlamat ini ialah kemahiran berfikir. Apabila
matlamat ini dibentuk secara eksplisit, guru atau pendidik akan sentiasa sedar
untuk menyampaikannya. Kepentingan mewujudkan kemahiran berfikir ini
bukan sahaja untuk individu dewasa, tetapi sebaik-baiknya dari peringkat
kanak-kanak lagi. Mengapakah kemahiran berfikir ini penting?

Sistem pendidikan bertujuan menyediakan generasi masa akan datang yang


berkeupayaan untuk menangani masalah peribadinya atau negara di masa
hadapan yang tidak dapat kita tentukan keadaannya. Pepatah Cina ada
mengatakan, „Beri kanak-kanak seekor ikan, dia akan dapat makan ikan pada
hari tersebut, tetapi jika kita ajar kanak-kanak kemahiran menangkap ikan, maka
dia akan dapat makan ikan seumur hidupnya‰.

Begitu juga dengan sistem pendidikan kita. Jika kita bekalkan kemahiran untuk
berfikir, kanak-kanak itu akan dapat menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan di masa hadapan.

Semua negara di dunia tidak terlepas daripada perubahan dan perkembangan


pesat yang sedang berlaku. Oleh itu, setiap negara termasuk Malaysia,
memerlukan rakyatnya berkeupayaan dan berkuasa untuk berfikir selari dengan
pembangunan negara dan dunia sekarang. Jika rakyat tidak ada kemahiran ini,
segala hasrat kerajaan tidak tercapai dan negara akan menjadi „hamba‰ kepada
negara maju.

Kemahiran berfikir juga penting untuk memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan iaitu „⁄ mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi (JERI)‰. Aspek JERI ini bertujuan melahirkan
individu yang bijaksana dan pada masa yang sama bermoral. Bagaimanakah ini
boleh tercapai? Dalam kemahiran berfikir, ada disentuh tentang akal dan hati di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  163

mana pemikiran yang baik ialah pemikiran yang mengambil kira kedua-dua akal
dan hati.

Dewasa ini, kita sering mendengar masalah sosial seperti rasuah, dadah, tekanan
emosi dan lain-lain lagi berleluasa di negara-negara maju. Kita tahu negara maju
sering dikaitkan dengan ahli masyarakat yang berkeupayaan dari segi intelek.
Oleh itu, Malaysia mesti mengambil langkah awal dalam menetapkan
pendidikan yang diperlukan bagi melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis mengikut JERI.

Latihan kemahiran berfikir juga diperlukan dewasa ini sebagai usaha dalam
menjayakan konsep-konsep terkini negara seperti KBSR, KBSM dan Sekolah
Bestari, yang berkehendakkan pelajar berkemampuan, bukan sahaja dari segi
intelek, malah dalam kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritis dan kreatif,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir juga diperlukan oleh negara dalam merealisasikan Wawasan


2020 yang bertujuan membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dan
sejahtera. Terdapat pelbagai cabaran dalam mencapai wawasan ini. Antara
cabarannya ialah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, gagah dalam
menghadapi masalah, membangunkan negara yang demokratik, pembentukan
masyarakat yang bermoral dan beretika, liberal, saintifik dan progresif. Untuk
menangani cabaran-cabaran begini, cara berfikir dan strategi berfikir yang lebih
sesuai dan serasi perlu ditemui.

Berdasarkan keperluan ini, penulis Khalid Mohd Nor dan Mohd Amir
Sharifuddin dalam kertas kerja di Seminar Kecemerlangan Berfikir, telah
menyarankan satu strategi berfikir yang memerlukan pemindahan paradigma
dari berfikir secara tradisional kepada berfikir secara lebih kreatif, membangun,
meneroka dan proaktif. Beliau menambah bahawa penekanan perlu kepada
perekabentukan, percambahan idea dan kemahiran berfikir. Hasrat Wawasan
2020 jelas menerangkan kepentingan belajar dan mengajar kemahiran berfikir
kepada individu yang kita dampingi.

Sila buat aktiviti berikut. Semoga anda akan dapat lebih memahami pelajaran
dengan membuat aktiviti ini.

LATIHAN 8.3

Cuba fikirkan lagi senarai kepentingan belajar kemahiran berfikir


untuk diri anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

8.4 PENGGALAK DAN HALANGAN KEPADA


KEMAHIRAN BERFIKIR
Aspek penggalak dan halangan kepada kemahiran berfikir ini dicakup bertujuan
untuk membuat kita peka dan sedar tentang kewujudannya dan kita dapat
bertindak sewajarnya. Penggalak dan penghalang ini mungkin bercorak luaran
ataupun bercorak dalaman. Penggalak kepada kemahiran berfikir merujuk
kepada perkara, perbuatan atau tingkah laku yang meningkatkan keinginan dan
keupayaan seseorang untuk berfikir.

8.4.1 Penggalak kepada Kemahiran Berfikir


Mari kita bincangkan tentang perkara yang menjadi penggalak kepada
kemahiran berfikir.

Untuk melatih dan mendidik masyarakat ke arah berfikir, semua komponen


dalam sistem pendidikan negara perlu bekerjasama dan harmoni. Ibu bapa,
pentadbir, guru dan pelajar perlu masing-masing menekankan nilai berfikir
kepada anak bangsa kita. Budaya berfikir dalam masyarakat perlu ditekankan
dan dipraktikkan.

Untuk mencapai ke arah ini kita perlu:


(a) Bahan-bahan pengajaran yang menyumbang ke arah berfikir. Ini bermakna
bahan-bahan tersebut mestilah sesuai, mencabar, terkini dan berupaya
mencungkil kemahiran berfikir individu.
(b) Kesedaran tentang kepentingan kemahiran berfikir perlu didedahkan
kepada pentadbir dan penyelia sekolah agar mereka dapat menghayati dan
yakin tentang kepentingannya. Dengan ini, mereka dapat mewujudkan
suasana yang memberangsangkan untuk pelajar-pelajar di sekolah.
(c) Kemahiran berfikir memang wujud secara semula jadi dalam diri setiap
individu. Walau bagaimanapun, kemahiran ini akan menjadi lebih baik lagi
sekiranya dipelajari dan didalami ilmunya. Oleh itu, perkembangan staf
dalam sektor pendidikan perlu ditingkatkan untuk menjadikan pendidik
lebih berkeupayaan menerangkan dan melatih kemahiran berfikir kepada
pelajar.
(d) Sekolah, masyarakat dan pentadbir adalah role model atau penunjuk
teladan kepada generasi muda. Sebagai contoh, amalan penyelesaian
sesuatu masalah haruslah melibatkan pelbagai pihak supaya lebih banyak
lagi pendapat dapat diambil kira dalam membuat keputusan. Amalan-
amalan sebegini boleh diteladani generasi muda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  165

(e) Peruntukan kewangan bagi program pengajaran dan pembelajaran aspek


kemahiran berfikir ini perlu ditingkatkan. Kemahiran berfikir ini sangat
luas dan kerajaan perlu memastikan peruntukan ini mencukupi.
(f) Masyarakat, termasuklah ibu bapa, guru, pentadbir dan ahli masyarakat
yang lain, menunjukkan dan mengamalkan budaya berfikir dalam
kehidupan seharian masing-masing. Sebagai contoh, ibu bapa melibatkan
anak-anak dalam menyelesaikan masalah kerana dengan pengalaman
sedemikian anak muda akan lebih yakin dan berani.
(g) Setiap individu perlu menanam sikap sukakan pengetahuan, ingin belajar
tentang kemahiran berfikir dan berani mencuba untuk menggalakkan
tabiat berfikir. Oleh itu, kita perlu mengubah sikap kita sendiri dalam
usaha mengubah sikap orang lain.

AKTIVITI 8.2

Dapatkah anda fikirkan perkara-perkara lain yang dapat menggalakkan


perkembangan kemahiran berfikir dalam diri individu?

Setelah membincangkan tentang penggalak kepada pembinaan kemahiran


berfikir, sekarang kita lihat pula halangan-halangannya.

8.4.2 Halangan kepada Kemahiran Berfikir


Sesuatu usaha yang baik tidak kurang halangan dan kekangan. Kita perlu juga
tahu perkara-perkara yang membuat seseorang itu gagal atau kurang berdaya
saing dalam bidang berfikir ini. Dengan mengetahui kekangan-kekangan ini, kita
mungkin boleh menyediakan ubat penawar yang mujarab untuk menangani
halangan-halangan tersebut.

(a) Perkara utama yang menyebabkan seseorang gagal dalam berfikir dengan
baik ialah kegagalannya untuk mengenal pasti masalah yang hendak
diselesaikan. Ramai antara kita yang kurang dapat menentukan masalah
yang perlu diselesaikan, malahan ada pula mengenal pasti simtom sesuatu
masalah itu sebagai masalah. Sebagai contoh, pelajar berjumpa kita dan
mengatakan dia mempunyai masalah. Bila ditanya apa masalahnya,
dengan rela dia menjawab keputusan peperiksaannya bagi semester ini
sangat rendah.

Kita juga boleh mengenal pasti masalah sebenar yang kita hadapi. Misalnya
kita mengeluh tentang masalah kekurangan wang saku, atau wang
bulanan, atau masalah tidak dapat menyudahkan tugasan dan kerja. Segala

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

yang disenaraikan tadi kebanyakannya merupakan simtom kepada


masalah lain. Bagi kes pelajar tadi, antara masalah yang sepatutnya dikenal
pasti ialah pengurusan masa yang tidak berkesan, teknik belajar yang tidak
sesuai dan mungkin juga sikap.
Teknik mengenal pasti masalah ini boleh dipelajari, malah amat penting
untuk kita pelajari supaya berjaya dalam menguruskan kerja harian.
(b) Halangan kepada kemahiran berfikir juga mungkin disebabkan oleh
individu itu sendiri. Perlu diingatkan, kemahiran berfikir ini luas. Ia
mencakupi pemikiran kritis, kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan. Oleh itu, jika individu itu sendiri takut untuk mengambil risiko,
malu, tidak mahu mencari pengetahuan tentang kemahiran berfikir, dia
tidak akan dapat berfikir di luar pola pemikiran yang biasa.
Sikap yang positif seperti sanggup dikritik, perasaan ingin tahu yang kuat,
stabil dalam menghadapi tekanan luar dan berfikiran terbuka merupakan
ciri personal yang sangat penting dalam menggalakkan individu menjadi
pemikir yang baik. Pemikir yang baik adalah pemikir yang sentiasa berfikir
di luar dari pola berfikir yang umum.

(c) Satu lagi bentuk halangan yang boleh kita bincangkan ialah peluang.
Masyarakat atau budaya dalam satu-satu masyarakat itu akan
mempengaruhi peluang untuk individu mempraktikkan kemahiran
berfikir. Kemahiran ini tidak boleh diajar sekali. Ia perlu dipupuk dan
dikembangkan oleh semua ahli masyarakat. Sebagai contoh, sekiranya kita
melaungkan agar graduan dari institusi pengajian tinggi mempunyai daya
berfikir yang tinggi, kita perlu mendedahkan ilmu ini kepada mereka dan
memberi mereka peluang untuk mengamalkannya.
Pendedahan kepada kemahiran berfikir haruslah bermula dari peringkat
rendah kerana di sini bermulanya penanaman sikap seseorang individu.
Oleh itu, sistem pendidikan kita perlu lebih fleksibel dan sistem
peperiksaan yang mengutamakan penguasaan otak kiri harus diubah suai.
Peluang juga membawa maksud bahawa segala bahan, kepakaran, masa
dan bantuan wujud untuk ahli masyarakat meningkatkan daya berfikir
mereka.

Kita telah membaca dan memikirkan tentang halangan dan penggalak kepada
kemahiran berfikir. Kita adalah produk sistem pendidikan yang lepas. Kalau
dahulu kita asyik mendengar dan belajar melalui mendengar sahaja, mungkin
sekarang ini sukar bagi kita untuk menyoal atau mencari maklumat sendiri. Kita
mempunyai pelbagai jenis pelajar dengan pelbagai gaya belajar.

Oleh itu, kita harus fikirkan cara yang terbaik untuk menjadikan pelajar-pelajar
ini individu yang boleh berfikir secara kreatif dan kritis, boleh menyelesaikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  167

masalah dan dapat membuat keputusan dengan berkesan. Kanak-kanak


sekarang adalah pemimpin masa depan. Jadikanlah pemimpin-pemimpin ini
pemimpin bangsa Malaysia yang tulen, mulia, berwibawa, tahu baik buruk,
bersih, jujur dan matang berfikir.

Anda telah yakin dapat memahami pelajaran di atas? Sekarang cuba buat aktiviti
berikut.

LATIHAN 8.4
Kenal pasti amalan-amalan yang wujud di tempat kerja anda yang
menjadi penggalak dan penghalang kepada kemahiran berfikir anda
dan masyarakat.

8.5 JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR


Kita sering terdengar kata atau arahan seperti „cuba fikirkan dengan kritis
tentang perkara tersebut‰ atau „orang itu sangat kreatif dalam pekerjaannya‰.
Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata sedemikian? Apakah yang
dikatakan berfikir secara kritis dan kreatif? Bagaimana hendak berfikir
sedemikian? Pernahkah anda berfikir secara ini sebelum ini? Bila kita perlu
menjadi kritis atau kreatif? Bolehkah anda pelajari kemahiran ini? Bagaimana
anda tahu yang anda telah berfikir secara kritis dan kreatif? Mari kita lihat jenis-
jenis kemahiran berfikir berikut.

8.5.1 Kemahiran Berfikir Kritis


Terdapat pelbagai definisi pemikiran kritis. Perkataan „critical‰ berasal dari
perkataan „kritikos‰ yang bererti menyoal untuk mempertingkatkan
pengetahuan. Mengikut Bloom (1956), pemikiran kritis melibatkan tiga jenis
aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis? Kemahiran berfikir secara


kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk meneliti
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kesahan dan
kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah (Som Hj. Nor dan Dahalan,
2000). Berfikir secara kritis dikatakan lebih melibatkan otak kiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

(a) Ciri-ciri Pemikiran Kritis


Berikut disenaraikan ciri-ciri pemikiran kritis:
(i) Reaktif
Pemikiran kritis sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan
diikuti dengan gerak balas yang bersifat segera, seperti membuat
ulasan, komen dan kritik.
(ii) Menilai
Terdapat unsur penilaian seperti melihat dari sudut baik-buruk dan
salah-betul sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.
(iii) Meneliti
Meneliti dengan mendalam idea-idea dengan fakta yang diketahui,
sehingga berasa yakin.

Individu yang dilatih berfikiran kritis akan diajar cara menyoal dan
cara menaakul tentang sesuatu perkara. Antara soalan yang sering
ditanya adalah seperti berikut:
Ć Di mana silapnya?
Ć Di mana salahnya?
Ć Apakah idea utama?
Ć Mengapakah ia betul?
Ć Apakah kesimpulan itu benar?

(b) Kemahiran Mikro Pemikiran Kritis


Asas kepada pemikiran kritis ialah perbincangan dan antara pendekatan
yang diketengahkan ialah perbincangan Socrates. Socrates berpendapat
bahawa melalui perbincangan, pemikiran pelajar dapat dicabar dan
diperkembangkan.

Untuk membentuk pemikiran kritis, jenis-jenis pemikiran yang mikro perlu


dikenal pasti supaya dapat dioperasikan. Kemahiran ini dipanggil
kemahiran mikro. Antaranya ialah:
(i) Membanding/membeza;
(ii) Membuat kategori/mengklasifikasi;
(iii) Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan;
(iv) Menyusun mengikut urutan;
(v) Membuat ramalan;
(vi) Menerangkan sebab;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  169

(vii) Membuat inferen;


(viii) Mengusul periksa andaian;
(ix) Mempertahankan idea;
(x) Meringkas;
(xi) Menghubung kait kronologi sebab-kesan; dan
(xii) Membuat generalisasi.

Untuk menajamkan pemikiran kritis individu, latihan yang mencakupi


kemahiran mikro di atas adalah penting. Latihan-latihan ini perlu dilaksanakan
menggunakan alat-alat berfikir. Perbincangan bahagian ini akan mencakupi
aspek definisi, tujuan atau kegunaan dan kepentingan kemahiran tersebut dan
langkah-langkah perlaksanaannya. Perlu diingatkan di sini, cara melaksanakan
kemahiran ini boleh diubahsuaikan atau dipelbagaikan. Apa yang dibincangkan
dalam modul ini hanyalah satu cadangan sahaja.

Sekarang, mari kita lihat beberapa kemahiran mikro yang biasa digunakan
dalam kehidupan seharian.

(a) Kemahiran Membanding dan Membeza


Definisi
Kemahiran membanding beza adalah kemahiran berfikir yang
membolehkan kita meneliti perbezaan dan persamaan dua atau lebih
perkara. Perkara yang dikaji boleh merupakan objektif, peristiwa, idea
organisma dan sebagainya.

Contohnya, membanding beza kereta dengan lori, atau ayat pasif dengan
ayat aktif. Proses banding beza ini tidak berdiri dengan sendiri. Ia
merupakan sebahagian daripada proses penyelesaian masalah dan
membuat keputusan ekoran daripada melihat perbezaan ini.

Tujuan
Membanding membeza dilakukan untuk menganalisis ciri-ciri yang
sepadan dan tidak sepadan dan merangka implikasi daripada analisis
tersebut. Di samping itu, kemahiran ini dapat membantu kemahiran mikro
lain seperti mengorganisasi, membuat definisi dan membuat analogi. Hasil
daripada aktiviti ini seharusnya dapat membantu kita membuat keputusan
yang bijaksana.

Perlaksanaan kemahiran ini melibatkan pengurusan lisan dan pengurusan


grafik. Sekiranya anda memerlukan maklumat tentang dua perkara ini, sila
rujuk Topik 10.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

Pengurusan Lisan
Fikirkan soalan-soalan berikut apabila anda membanding membeza.
1. Apakah perkara-perkara yang hendak dibanding-bezakan?
2. Apakah persamaan antara kedua-dua perkara itu?
3. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkara itu?
4. Apakah persamaan dan perbezaan yang penting antara kedua-
duanya?
5. Apakah kesimpulan atau rumusan yang boleh dibuat?

Contoh:
Anda ingin membuat pilihan sama ada lebih baik membeli belah di pasar
raya atau pasar malam. Buatkan banding bezanya menggunakan borang
banding beza (rujuk Topik 10). Selepas itu, nyatakan keputusan yang anda
buat dan alasannya. Sila rujuk Rajah 8.3 untuk melihat hasilnya.

Rajah 8.3: Membanding beza pasar raya dan pasar malam

Beri pendapat anda tentang proses yang kita lalui tadi. Kita mungkin boleh
memberi keputusan kita dengan cepat apabila soalan pilihan tadi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  171

diutarakan. Namun dengan meneliti secukup-cukupnya maklumat yang


kita ada, keputusan kita menjadi lebih bermakna dan tepat.

(b) Kemahiran Mengklasifikasi


Definisi
Mengklasifikasi atau mengkategori merupakan kemahiran berfikir dalam
mengelompokkan sebilangan perkara dalam kategori tertentu mengikut
ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan.

Contohnya, mengkategori jenis kenderaan, sayur-sayuran, alat-alat muzik


dan nutrien makanan.

Tujuan
Mengklasifikasi membantu kita dalam mengenal sesuatu perkara dengan
lebih mendalam. Dalam zaman ledakan maklumat ini, keupayaan kita
untuk mengumpul, mencari, menyenaraikan dan mengkategori maklumat
dapat membantu kita menyusun dan mengatur maklumat dengan lebih
sistematik dan teratur.

Pengurusan Lisan
Soalan-soalan di bawah biasa digunakan apabila anda membuat proses
mengklasifikasi:
1. Apakah perkara-perkara untuk dikategorikan?
2. Apakah tujuan mengkategori?
3. Apakah ciri-ciri penting perkara yang hendak dikategori?
4. Bagaimana perkara dapat dikelompokkan?
5. Adakah kategori terbentuk mengikut tujuan yang dirancang?

Contohnya, anda belajar atau membaca teks tentang nutrien. Untuk


memudahkan pembelajaran, pembentukan carta klasifikasi jenis-jenis
nutrien dan sumber dilaksanakan. Untuk melaksanakannya, jawapan
kepada Pengurusan Lisan di atas tadi akan diisi dalam borang Pengurusan
Grafik, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

Rajah 8.4: Klasifikasi nutrien

(c) Meneliti Perhubungan Bahagian-Keseluruhan


Definisi
Kemahiran ini ialah keupayaan melihat dan memahami perkaitan,
kepentingan dan pertalian antara bahagian kecil dengan keseluruhan.

Tujuan
Kemahiran ini membolehkan kita meneliti bahagian-bahagian sesuatu
objek, menentukan fungsinya dan mengaitkan fungsi bahagian kecil
dengan keseluruhan. Tahap pemerhatian dan penelitian yang tinggi
diperlukan untuk mengaitkan perkara-perkara tersebut. Pengurusan lisan
yang digunakan ialah borang Meneliti Perhubungan Bahagian
Keseluruhan.

Pengurusan Lisan
Soalan-soalan untuk kemahiran ini adalah tersenarai di bawah:
1. Apakah objek yang hendak dikaji?
2. Apakah bahagian-bahagian kecil objek?
3. Apakah yang akan terjadi jika bahagian-bahagian kecil itu tiada?
4. Apakah fungsi bahagian kecil itu?
5. Apakah kaitan antara bahagian kecil dengan keseluruhan objek?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  173

Contoh
Mengkaji bahagian-bahagian pada pokok, ruang dalam rumah, kereta,
radio, lampu picit dan lain-lain. Rajah 8.5 di bawah menunjukkan
hubungan bahagian pada sebatang pokok.

Rajah 8.5: Meneliti perhubungan bahagian kecil-keseluruhan

(d) Menerangkan Sebab


Definisi
Kemahiran menerangkan sebab ialah keupayaan untuk mengkaji dan
menjelaskan sebab berlakunya sesuatu kejadian berdasarkan alasan-alasan
dan bukti yang munasabah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

Tujuan
Kemahiran menerangkan sebab bertujuan membantu kita mencari pelbagai
sebab sesuatu perkara berlaku, mengapa berlaku dan mencari bukti sebenar
dalam membuat kesimpulan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Langkah
perlaksanaan melibatkan penggunaan pengurusan lisan dan grafik.

Pengurusan Lisan
Kemahiran menerangkan sebab menggunakan soalan-soalan seperti di
bawah:
1. Apakah kemungkinan-kemungkinan sebab perkara itu berlaku?
2. Apakah kemungkinan bukti yang menjelaskan sebab perkara yang
berlaku?
3. Apakah bukti sebenar untuk mengukuhkan keesahan kemungkinan
sebenar?
4. Manakah sebab sebenar berlakunya perkara itu?

Selepas setiap aktiviti tentang pengurusan grafik dalam kemahiran mikro kreatif
dan kritis, adalah disarankan agar kita membuat refleksi dan metakognisi supaya
anda akan lebih jelas tentang istilah ini.

Hasil-hasil yang diperoleh daripada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
akan digunakan sebagai asas kepada proses menyelesaikan masalah-masalah
dan membuat keputusan.

Sekarang, cuba buat aktiviti di bawah untuk memastikan anda benar-benar


memahami apa yang telah anda pelajari.

LATIHAN 8.5

Nyatakan apakah kemahiran berfikir kritis dan ciri-cirinya.

Setelah berehat, anda pastinya telah bersedia untuk meneruskan pembelajaran anda.
Sekarang, mari kita teruskan dengan mempelajari tentang kemahiran berfikir
kreatif.

8.5.2 Kemahiran Berfikir Kreatif


Pemikiran kreatif dikaitkan dengan otak hemisfera bahagian kanan. Kalau
dilihat rata-rata, potensi otak kanan kurang diberi perhatian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh kerana kurang dipupuk, ramai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  175

antara kita yang tidak menonjolkan kreativiti dalam kerja, malah timbul rasa
takut dan malu untuk jadi kreatif. Ini adalah satu kerugian kepada individu dan
negara. Oleh itu, kemahiran berfikir kreatif perlu ditekankan di sekolah.

Pemikiran kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk


menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa
dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Ciri-ciri idea
yang kreatif termasuklah baru, asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.

(a) Ciri-ciri Individu yang Kreatif


Bagaimana kita dapat mengenal pasti sama ada seseorang itu kreatif atau
sebaliknya? Individu yang kreatif didapati mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:
(i) Keinginan yang tinggi, tidak mudah berpuas hati.
(ii) Lucu dan berjenaka, kadang-kadang disebut sebagai „gila-gila‰.
(iii) Emosi yang kuat dan mendalam, sensitif.
(iv) Suka berkhayal.
(v) Ego yang kuat.
(vi) Berperasaan malu dan suka mengasing diri.
(vii) Sanggup mengambil risiko.
(viii) Berfikiran terbuka, tidak terkongkong.

(b) Fasa-fasa dalam Kemahiran Berfikir Kreatif


Terdapat empat fasa dalam kemahiran berfikir kreatif. Ini bermaksud,
dalam menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru, seseorang individu akan
melalui empat fasa berikut:
(i) Penyediaan
Fasa ini merupakan fasa asas di mana individu mengumpul
maklumat, kajian, atau mendapatkan data dan pendapat yang
spesifik.
(ii) Pemeraman
Dalam fasa ini, jenis pemikiran separa tidak sedar (subconscious
mind) mengawal diri seseorang. Pada peringkat ini, proses berfikir
seseorang berlaku tanpa disedari. Sebagai contoh, seseorang itu akan
terfikir tentang perkara yang sedang diuruskan semasa sedang
berjoging, makan dan melakukan aktiviti lain.
(iii) Pencetusan
Fasa ini lebih dikenali sebagai konsep „AHA!‰ iaitu idea tercetus
secara tiba-tiba.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
176  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

(iv) Pengesahan
Fasa ini merupakan fasa terakhir atau fasa yang menilai idea
berpandukan kriteria untuk mengesahkan kebolehgunaannya.

(c) Kemahiran Mikro Pemikiran Kreatif


Antara contoh kemahiran-kemahiran mikro dalam pemikiran kreatif ialah:
(i) Menjana dan menghasil idea;
(ii) Mencipta analogi; dan
(iii) Mencipta metafora.
Mari kita lihat satu-persatu kemahiran mikro ini.
Ć Menjana dan Menghasil Idea
Kemahiran menjana dan menghasilkan idea baru adalah bertujuan
untuk mencipta sesuatu yang baru dan kreatif, sama ada idea, objek,
cerita dan lain-lain. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendiri atau
sumbangsaran dalam kumpulan. Ingat akan ciri-ciri pemikir kreatif
dalam menjayakan aktiviti untuk mengelakkan berfikir menggunakan
pola yang biasa.

Idea yang baru akan terhasil bila kita sentiasa mencari alternatif baru,
yang tidak pernah orang lain fikirkan. Kita juga perlu keluar daripada
pola pemikiran biasa, menukar tabiat atau corak pemikiran, berkhayal
dan meningkatkan imaginasi. Teliti ungkapan-ungkapan berikut:

„Jika semua orang berfikiran sama, maka tiada siapa yang sedang
berfikir‰
Ungku Aziz

„Semakin kerap anda melakukan sesuatu dengan cara yang sama,


semakin sukar untuk berfikir tentang melakukannya dengan cara yang
lain‰
Roger Van Oech

Adakah anda setuju dengan kata-kata di atas? Bagaimana kita boleh


berfikir di luar dari pola pemikiran biasa dan menghasilkan idea yang
baru? Beberapa pengkaji dalam bidang kemahiran berfikir kreatif telah
menyarankan beberapa strategi praktikal yang boleh melatih kita
berfikir di luar pola biasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  177

Antaranya ialah Alex Osborn yang mempelopori teknik


mengembangkan idea. Beliau menyenaraikan tujuh cara yang boleh
diamalkan oleh seseorang dalam mengembangkan idea. Tujuh cara
tersebut ditunjukkan dalam Rajah 8.6.

Rajah 8.6: Teknik mengembangkan idea


Contoh: Pelbagaikan penggunaan meja menggunakan teknik Osborn.
Apabila ditambah roda, meja boleh bergerak membawa pesakit dan
makanan (troli). Apabila meja diterbalikkan, ia boleh menjadi tempat
letak barang.

AKTIVITI 8.3

Cuba anda fikirkan, apakah idea, perkara, objek yang boleh anda ubah
supaya dapat dikembangkan?

Ć Mencipta Analogi
Mencipta analogi ialah kemahiran untuk membentuk kefahaman
tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan konsep
lain, yang mempunyai ciri yang serupa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

Tujuan membuat analogi ialah untuk membantu kita memahami


sesuatu yang abstrak dengan mengaitkan dengan sesuatu yang konkrit
yang agak serupa. Contohnya, kita bandingkan sebatang pokok dengan
sebuah keluarga. Pokok perlu disiram air, dibaja dan dicantas, supaya
subur dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan keluarga, perlu
diberi kasih sayang, makanan, pakaian dan perhatian supaya bahagia.
Analoginya ialah keluarga yang bahagia adalah seperti pokok yang
sihat. Contoh-contoh lain adalah seperti orang itu garang macam singa,
tinggi macam zirafah dan lain-lain.
Ć Mencipta Metafora
Metafora ialah bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna
sesuatu perkara dengan menggunakan kata lain. Fungsi metafora
antaranya adalah untuk menjadi imej kepada sajak, puisi, kata-kata
falsafah, kata semangat, dalam penyiasatan, dalam karangan atau hasil
penulisan.
Contoh:
1. Analogi : Orang itu garang macam singa.
Metafora : Singa itu sudah datang.
2. Analogi : Zainal tinggi macam zirafah.
Metafora : Si Zirafah itu sudah datang.
Dalam mencipta analogi dan metafora, alat berfikir seperti borang grafik
perbezaan, persamaan boleh digunakan untuk meneliti persamaan yang
ketara untuk dijadikan perbandingan.

Untuk memastikan anda memahami apa yang telah anda pelajari sebentar tadi,
cuba aktiviti di bawah.

LATIHAN 8.6

Cuba anda fikirkan, apakah idea, perkara, objek yang boleh anda
ubah supaya dapat dikembangkan?

 Topik ini meliputi tajuk konsep dan definisi dalam Kemahiran Berfikir.
Setelah mengulang kaji topik ini, anda telahpun mengetahui dan boleh
menerangkan tentang konsep dan definisi pemikiran dan konsep kemahiran
berfikir yang disarankan oleh beberapa ahli pemikir termasuk model yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR  179

telah dibentuk oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikenali


sebagai KBKK.
 Anda juga telah diberikan maklumat berkaitan kepentingan mempelajari
kemahiran berfikir.
 Anda telah diperkenalkan kepada beberapa tingkah laku yang boleh
menggalakkan dan menghalang seseorang untuk berfikir dengan berkesan.
 Topik ini juga telah menerangkan jenis-jenis kemahiran berfikir. Dua jenis
pemikiran iaitu pemikiran kritis dan pemikiran kreatif telah dibincangkan
secara mendalam dalam topik ini. Ini diikuti pula oleh penerangan tentang
cara melaksanakan kemahiran-kemahiran ini dan cara mengaplikasikan alat
berfikir ke dalamnya.
 Setiap proses berfikir ada tujuannya. Matlamat melakukan sesuatu proses
berfikir itu adalah untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Dengan ini topik berikutnya akan membawa kita kepada perkara berkaitan
dengan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Berfikir Pemikiran

Analisis secara kritis konsep kemahiran berfikir yang dicipta oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum dan huraikan setiap kemahiran.

Huraikan secara ringkas aktiviti yang boleh menjadi penggalak kepada


kemahiran berfikir khusus untuk mendidik pelajar dan masyarat menuju ke arah
befikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran 
9  Menyelesaikan 
Masalah dan 
Membuat 
Keputusan 
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud kemahiran penyelesaian masalah dan
kemahiran membuat keputusan;
2. Mengenal pasti tujuan menjalankan proses penyelesaian masalah dan
membuat keputusan; dan
3. Mengaplikasikan langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan.

 PENGENALAN
Mengapa kita perlu dan sentiasa digalakkan berfikir? Berfikir membolehkan kita
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Salah satu tujuan program
KBKK yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah untuk
meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di
kalangan pelajar. Mengapa ini penting? Jawapan kepada persoalan ini terdapat
dalam Topik 8, di mana kepentingan mengajar kemahiran berfikir telah
dibincangkan dengan panjang lebar. Topik ini menggabungkan dua kemahiran
penting dalam berfikir iaitu kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN  181

membuat keputusan. Kedua-dua kemahiran ini merupakan kemahiran dalam


proses berfikir. Aspek-aspek yang akan dicakup termasuklah definisi tentang
kemahiran tersebut, fungsi dan tujuannya dan langkah perlaksanaannya.

9.1 DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH


Setiap orang menghadapi masalah tersendiri dan kemahiran menyelesaikan
masalah merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia. Ada masalah
yang dianggap sukar dan ada pula yang dianggap mudah. Sesuatu yang menjadi
masalah pada kita mungkin tidak menjadi masalah pada orang lain.

Sebagai contoh, mengikat tali kasut merupakan masalah besar untuk kanak-
kanak lima tahun, tetapi bukan lagi masalah bagi orang dewasa. Adakalanya
sesuatu itu suatu ketika dahulu menjadi masalah kepada kita, tetapi tidak lagi
sekarang. Tiap-tiap hari kita terjaga daripada tidur dan memikirkan sesuatu
yang perlu diselesaikan dan setiap malam juga sebelum tidur kita sering teringat
sama ada kita telah selesaikan masalah pada hari itu atau belum. Persoalan lain
ialah seperti: Berapa banyakkah masalah yang telah berjaya kita selesaikan
seumur hidup kita? Adakah keputusan yang diambil dalam menyelesaikan
masalah tersebut adalah yang terbaik? Adakah proses yang kita jalankan itu
yang terbaik? Marilah sama-sama kita lihat.

Apa itu masalah? Masalah adalah situasi yang dialami oleh individu apabila ia
menghadapi kekangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contoh,
kekangan kekurangan wang dalam mengurus perbelanjaan keluarga, tiada
kemahiran menjahit untuk menjahit baju yang koyak, tidak faham kuliah untuk
menyudahkan tugasan sekolah dan lain-lain lagi.

Masalah ini boleh dirajahkan seperti dalam Rajah 9.1 di bawah.

Rajah 9.1: Contoh masalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN

9.1.1 Bentuk Masalah


Sebelum memulakan proses menyelesaikan masalah, kita perlu mengenal pasti
bentuk masalah tersebut. Sesuatu masalah boleh berbentuk struktur atau „well-
defined‰ atau tidak berstruktur atau „ill-defined‰. Masalah berstruktur
merupakan masalah yang boleh kita peroleh maklumat yang lengkap dan jelas
mengenainya dan kita boleh menjana satu bentuk jawapan yang betul. Sebagai
contoh, aktiviti mengira keluasan segi empat tepat. Dalam kehidupan seharian,
kita bukan sahaja berdepan dengan masalah yang berbentuk struktur. Masalah
sosial, politik, ekonomi dan saintifik biasanya tidaklah begitu teratur jalan
penyelesaiannya. Bentuk masalah sebegini dikenali sebagai masalah yang kabur
atau tidak berstruktur. Sebagai contoh, menyelesaikan masalah sosial dalam
kalangan remaja, meningkatkan pencapaian pelajar dan meningkatkan motivasi
pekerja.

Untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditentukan, individu perlu


bertindak ke atas perkara yang menjadi kekangan, rintangan atau penghalang
kepada tercapainya matlamat tersebut. Sebagai contoh, dalam masalah yang
ditunjukkan dalam Rajah 9.1, individu perlu, sama ada mengupah tukang jahit
untuk menampal koyak pada pakaian tersebut. Lebih kreatif individu tersebut,
lebih mudah baginya untuk mengatasi rintangan yang ada. Apa yang dilakukan
oleh individu ini ialah antara langkah dalam proses penyelesaian masalah.

Apa pula proses penyelesaian masalah? Wicklegren (1974) menerangkan


penyelesaian masalah sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat spesifik. Van
Dijk dan Kintsch (1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila
langkah-langkah dan operasi mental diperlukan bagi mencapai matlamat
tertentu. Proses penyelesaian masalah adalah langkah-langkah yang diikuti
secara berturutan untuk mengatasi rintangan atau kekangan dalam mencapai
sesuatu matlamat. Proses ini merupakan proses mental yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam mencari idea-idea alternatif. Dengan cara ini
sekali gus ia dapat mengatasi rintangan yang wujud bagi mencapai matlamat
yang diharapkan.

AKTIVITI 9.1
Daripada penerangan di atas, cuba anda terangkan maksud
penyelesaian masalah menggunakan perkataan anda sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN  183

Apakah tujuan kita belajar menyelesaikan masalah? Kemahiran menyelesaikan


masalah dapat membantu individu:
(a) Mengamalkan proses penyelesaian masalah yang sistematik iaitu
mengambil kira langkah-langkah penting seperti mengenal pasti masalah,
merancang jalan penyelesaian, membuat tindakan dan menilai semula
tindakan;
(b) Bertindak secara rasional dan objektif dalam menghadapi masalah;
(c) Meningkatkan daya berfikir secara kritis dan kreatif dalam diri individu;
dan
(d) Berkeyakinan dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah.

Sekarang, cuba aktiviti di bawah untuk memastikan anda memahami bahagian ini.

LATIHAN 9.1
Senaraikan beberapa contoh masalah bentuk struktur dan bentuk
tidak berstruktur.

9.2 LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH


Terdapat pelbagai proses penyelesaian masalah yang disarankan oleh ahli
pemikir. Sebagai contoh, seorang ahli matematik bernama Polya mengemukakan
empat langkah dalam proses penyelesaian masalah. Langkah-langkah ini secara
berurutan terdiri daripada:
(a) Langkah memahami masalah;
(b) Membuat perancangan;
(c) Melaksanakan rancangan; dan
(d) Menilai keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN

Seorang lagi ahli pemikir yang bernama Beyer, telah mengemukakan lima
langkah dalam proses penyelesaian masalah. Langkah-langkahnya adalah:
(a) Mengenal pasti masalah;
(b) Mendefinisi atau menyatakan semula masalah;
(c) Merancang dan memilih rancangan;
(d) Melaksanakan rancangan; dan
(e) Menilai keputusan yang diperoleh.

Knippen dan Green telah mereka tujuh langkah dalam proses penyelesaian
masalah. Langkah-langkah tersebut termasuk:
(a) Menentukan matlamat;
(b) Mengenal pasti masalah;
(c) Mengenal pasti kekangan;
(d) Mengenal pasti alternatif atau pilihan-pilihan;
(e) Menilai pilihan-pilihan;
(f) Membuat pilihan terhadap alternatif; dan
(g) Membentuk pelaksanaan.

Terdapat beberapa cara yang dirasakan berkesan dalam menyelesaikan masalah


oleh ahli teori yang lain. Bagaimanapun terdapat komponen kemahiran yang
boleh membantu individu menyelesaikan masalah dengan berkesan. Kemahiran
tersebut disenaraikan di bawah:
(a) Kemahiran strategi generik: Ini merupakan kefahaman dan kemahiran
dalam proses-proses yang terlibat dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
(b) Kemahiran tentang kandungan subjek: Ini bermakna individu perlu
terlebih dahulu mempunyai pengetahuan dalam aspek teknikal subjek
yang hendak diselesaikan. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah
penebangan hutan, individu terlibat perlu mempunyai ilmu tentang bidang
perhutanan.
(c) Pengetahuan tentang masalah yang hendak diselesaikan: Ini perlu untuk
membolehkan individu tersebut menentukan maklumat yang perlu
diperolehi.
(d) Kesedaran metakognitif sebagai penyelesai masalah: Ini adalah kebolehan
mengawal, memantau dan menilai sesuatu aktiviti yang sedang dilakukan
supaya lebih berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN  185

Bransford dan Stein (1984) membentuk model penyelesaian masalah yang


dikenali sebagai IDEAL. IDEAL adalah kata ringkas kepada (I) Identifying the
problems (mengenal pasti masalah), (D) Defining the problem (mendefinisikan
masalah), (E) Exploring Strategies (meneroka strategi penyelesaian), (A) Acting
on ideas (bertindak atas idea) dan (L) Looking for the effects (menilai kesannya).

Secara amnya dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah am untuk menguasai


kemahiran penyelesaian masalah ini adalah seperti dalam Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Langkah-langkah penyelesaian masalah

Berikut adalah penerangan berkait dengan langkah-langkah penyelesaian


masalah yang tersenarai di atas:

(a) Mengenal Pasti Masalah


Langkah pertama ini merupakan langkah terpenting dalam proses
penyelesaian masalah. Kegagalan mengenal pasti masalah dengan tepat
akan menyukarkan proses mencari penyelesaiannya. Di sini kita harus tahu
membezakan simtom masalah daripada masalah itu sendiri. Kita juga perlu
boleh mengenal pasti sama ada masalah itu berstruktur (well-defined ) atau
tidak berstruktur (ill-defined ).

(b) Mendefinisi Masalah


Setelah mengenal pasti masalah, kita perlu menyatakan masalah tersebut
untuk lebih memahaminya. Pada peringkat ini, individu perlu
menghuraikan masalah kepada komponen-komponen kecil supaya lebih
mudah difahami. Kita boleh juga mengubah bentuk persembahan masalah
kepada bentuk khayalan atau grafik untuk memudahkan kefahaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN

Beberapa bentuk soalan boleh digunakan serentak di peringkat ini.


Antaranya, soalan seperti apa yang perlu kita ketahui? Apakah yang masih
tidak diketahui? Apakah penyelesaian yang dicari? Apakah rintangan atau
kekangan yang wujud? Kebolehan individu untuk membentangkan
masalah dalam bentuk imej mental, atau dalam bentuk gambar rajah
adalah sangat penting di peringkat ini.

(c) Mencari Kemungkinan Penyelesaian


Dalam langkah ini, kita mendapatkan atau menjemput beberapa strategi
yang dikatakan boleh menyelesaikan masalah. Branford dan Stein (1984),
mencadangkan agar masalah tersebut dicerakinkan kepada komponen
kecil. Dengan ini, strategi penyelesaian akan lebih ketara dan khusus lagi
kepada komponen tersebut.

(d) Bertindak/Perlaksanaan dan Menilai Kejayaan Tindakan


Kedua-dua langkah ini adalah berkaitan. Newel dan Simon (1972) merujuk
kepada langkah-langkah ini sebagai means-end analysis. Ini merupakan
aktiviti berterusan yang membandingkan keadaan sekarang dengan
matlamat yang diinginkan. Contoh soalan penting adalah: Apakah
perbezaan sekarang dengan apa yang saya inginkan? Bagaimana perlu saya
lakukan untuk mengurangkan jurang tersebut?

Kita perlu mengamalkan langkah-langkah ini dalam menyelesaikan


masalah harian kita. Begitu juga dengan pelajar. Mereka perlu didedahkan
dengan pelbagai strategi ini. Walau bagaimanapun, terdapat heuristik
dalam penyelesaian masalah. Frederiksen (1984) menyenaraikan 10
heuristik dalam penyelesaian masalah. Antaranya:
(i) Dapatkan gambaran menyeluruh dan jangan sesat atau „lemas‰
dalam maklumat.
(ii) Tangguhkan pertimbangan.
(iii) Permudahkan gambaran masalah. Gunakan komponen kecil, gambar
rajah atau simbol.
(iv) Ubah cara persembahan masalah.
(v) Nyatakan pelbagai bentuk soalan berhubung masalah secara lisan.
(vi) Fleksibel.
(vii) Mula dari belakang.
(viii) Gunakan analogi dan metafor.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN  187

(ix) Cakap tentang masalah tersebut.


(x) Tinggalkan masalah tersebut buat beberapa ketika apabila sampai
tahap kebuntuan.

Terdapat juga pelbagai pendekatan penyelesaian masalah. Antaranya:


(i) Cuba jaya – Mencuba pelbagai cara sehingga berjaya.
(ii) Algoritma – Mengikut prosedur yang telah diuji.
(iii) Heuristik – Mengikut jalan senang.
(iv) Means-end analysis – Proses membanding situasi sekarang dengan
apa yang diinginkan/matlamat.
(v) Bekerja dari belakang (working backwards) – Menyelesaikan masalah
dengan mengkaji atau menentukan matlamat terdahulu.
(vi) Guna analogi dan metafor.
(vii) Tukar cara persembahan – Sebagai contoh, tukar bentuk persembahan
daripada bentuk linear atau bertulis kepada bentuk diagram atau
gambar rajah.

Seperti juga kemahiran berfikir yang lain, kemahiran menyelesaikan


masalah juga mempunyai pengurusan grafik dan pengurusan lisan sebagai
panduan. Rajah pengurusan ini adalah seperti dalam Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Pengurusan lisan dan grafik penyelesaian masalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN

Untuk memastikan anda telah benar-benar faham, sila jawab cuba aktiviti di
bawah.

LATIHAN 9.2
Untuk latihan berikut, kenal pasti pendekatan yang paling sesuai
bagi menyelesaikan masalah dan cuba selesaikannya.

Penyelesaian masalah Matematik: Anda diberi sebatang kayu


sepanjang 24sm. Masa yang diambil untuk menggergaji keratan
kayu sepanjang 6sm ialah 6 minit. Kirakan masa untuk membuat
empat keratan kayu. Kenal pasti pendekatan penyelesaian masalah
yang digunakan.

9.3 DEFINISI MEMBUAT KEPUTUSAN


Anda telah didedahkan dengan kemahiran penyelesaian masalah. Sekarang,
lihat pula kemahiran yang berkaitan dengannya, iaitu kemahiran membuat
keputusan.

Kemahiran membuat keputusan sama seperti kemahiran menyelesaikan


masalah, ada yang mudah dan ada yang kompleks. Proses membuat keputusan
memerlukan kita memilih sesuatu yang kita rasa kita puas hati, suka atau setuju.
Sebagai contoh, pilih jenis ais krim yang hendak dibeli, pilih baju yang hendak
dipakai, pilih fesyen rambut yang hendak didandan dan lain-lain lagi. Proses di
atas lebih mudah untuk diselesaikan berbanding dengan proses membuat
keputusan tentang memilih pasangan hidup, memilih rumah untuk dibeli,
bagaimana hendak menjaga ibu yang sakit dan seumpamanya.

Dalam kedua-dua situasi di atas, setiap keputusan yang diambil bergantung


kepada kriteria dan nilai yang kita letak pada kriteria ini. Sebagai contoh, anda
hendak membeli aiskrim. Terdapat beberapa kriteria yang anda tentukan seperti
duit yang ada, perisa dan jenama. Anda akan membeli ais krim yang
mempunyai kesemua kriteria atau beberapa kriteria yang terpenting buat anda
pada ketika proses membuat keputusan itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN  189

Kalau kita fikirkan, agak lama juga masa yang diambil untuk membuat
keputusan walaupun untuk membeli ais krim. Namun oleh kerana kita sudah
kerap membuat keputusan yang mudah begini, seakan-akan kita tidak lagi
memikirkannya semasa hendak membeli ais krim. Adakalanya kriteria yang
telah kita tentukan tidak sesuai dengan orang lain. Dalam hal sebegini, kita perlu
meneliti kriteria yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Halpern (1984) menyatakan membuat keputusan merupakan membuat pilihan


antara dua atau lebih alternatif yang saling bertentangan yang mana
menyukarkan si pembuat keputusan. Dengan itu, kita mesti boleh memilih
keputusan terbaik berasaskan kriteria tertentu.

Kemahiran berfikir kreatif dan kritis amat diperlukan dalam membuat


keputusan. Individu perlu mempunyai kemahiran dalam membanding
membeza, membuat ramalan, menjana idea dan mengesahkan sumber
maklumat. Sesuatu keputusan yang dibuat setelah seseorang itu berjaya
membuat pertimbangan berhubung beberapa kriteria akan menjadi keputusan
terbaik.

Tujuan belajar kemahiran membuat keputusan adalah untuk:


(a) Melatih individu membuat keputusan yang terbaik;
(b) Mengelakkan individu daripada membuat keputusan terburu-buru;
(c) Lebih rasional dan sabar; dan
(d) Berupaya memanfaatkan sumber maklumat semasa membuat keputusan.
Sekiranya anda ingin menguji kefahaman anda tentang pelajaran di atas,
sila cuba aktiviti di bawah.

AKTIVITI 9.2
Cuba anda bandingkan tujuan belajar kemahiran penyelesaian
masalah dan kemahiran membuat keputusan.

LATIHAN 9.3

Rumah anda terbakar dan anda hanya boleh membawa tiga barang
yang anda rasa paling penting buat anda. Buat keputusan tentang
barangan tersebut dan nyatakan kriteria yang anda tentukan semasa
memilih. Bandingkan keputusan anda dengan rakan yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN

9.4 LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN


Kebanyakan pendidik merasakan kemahiran membuat keputusan menjadi fokus
dalam pendidikan, bersama-sama dengan kemahiran-kemahiran berfikir yang
menjadi asas pengetahuan untuk menyokongnya. Beberapa model membuat
keputusan telah dibina untuk membantu individu berfikir secara sistematik. Satu
daripada model ini diketengahkan oleh Wales, Nardi dan Stager (1986). Model
tersebut ditunjukkan dalam Rajah 9.4.

Rajah 9.4: Model membuat keputusan Wales, Nardi dan Stager

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN  191

Mengikut model ini, terdapat empat operasi dalam membuat keputusan.


Operasi-operasi ini adalah, menyatakan matlamat, menjana idea, menyediakan
rancangan dan mengambil tindakan. Setiap operasi dalam model ini
memerlukan individu untuk membuat keputusan dalam peringkat analisis,
sintesis dan penilaian. Apabila dijumlahkan langkah-langkah dalam model ini,
terdapat 12 langkah yang harus diikuti. Model ini sesuai digunakan apabila
keputusan yang hendak diambil itu melibatkan beberapa siri pilihan.

Satu lagi model membuat keputusan diterokai oleh Ehrenberg dan Duffy (1979).
Model ini sesuai digunakan apabila kita perlu membuat keputusan untuk
menentukan yang mana satu daripada beberapa alternatif yang paling baik
dalam memenuhi keperluan satu-satu situasi. Terdapat tiga langkah dalam
model ini.
(a) Menjelaskan dan mengesahkan keperluan sesuatu situasi. Menjangkakan
satu item yang memenuhi semua keperluan tersebut yang disebut sebagai
„ideal‰.
(b) Kenal pasti, jelaskan dan sahkan ciri-ciri setiap alternatif. Bandingkan ciri
yang wujud pada alternatif dengan ciri pada „ideal‰. Pilih alternatif yang
paling hampir dengan „ideal‰.
(c) Sahkan pilihan tersebut sebagai satu pilihan yang dapat memenuhi
keperluan situasi yang diberi, berbanding dengan pilihan yang lain.

Sebagai contoh, Kelab Ekonomi Rumah Tangga memulakan bisnes kecil di


sekolah. Langkah pertama mengikut model Ehrenberg ialah menjangkakan
ciri-ciri satu item yang memenuhi keperluan. Dalam situasi ini ciri-ciri adalah
produk yang boleh dibuat di dalam bilik darjah dan mendatangkan keuntungan.
Ciri-ciri yang perlu untuk memenuhi keperluan ini termasuk:
(a) Produk yang diminati pelajar;
(b) Kos barangan rendah;
(c) Harga yang rendah termampu pelajar; dan
(d) Boleh dihasilkan dengan cepat.

Beberapa barangan atau produk disenaraikan seperti bekas pensel, pizza, alas
gelas dan kek buah. Setiap produk atau barangan ini diberi pemberatan
mengikut kriteria atau ciri yang telah dibuat. Setelah membuat perbandingan
antara barangan tersebut, barangan yang mendapat pemberatan tertinggi akan
dipilih. Sahkan pilihan ini dengan membandingkannya dengan jumlah
pemberatan produk yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN

Sebagai contoh, pizza dipilih sebagai produk yang akan diminati pelajar. Ia
memerlukan kos pengeluaran yang rendah kerana menggunakan bahan
tempatan, harga mengikut kemampuan kerana ia boleh dijual mengikut saiz atau
potongan kecil kepada besar, boleh dihasilkan dengan cepat dan peralatan yang
diperlukan terdapat dalam makmal ERT yang ada di sekolah.

Pengurusan grafik untuk kemahiran membuat keputusan ada diperjelaskan


dalam Som dan Dahalan. Rajah 9.5 menerangkan tentang ini.

Rajah 9.5: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membuat keputusan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN  193

Sebagai latihan, kita gunakan satu situasi yang direka sendiri. Kesnya adalah
seperti berikut:

Tiga orang adik beradik menghadapi masalah untuk menjaga adik keempat
mereka yang lumpuh sejak kematian ibu bapa mereka secara mengejut. Adik
perempuan keempat ini telah lumpuh sejak lahir, berumur 17 tahun dan tidak
boleh mengurus diri sendiri. Mereka tidak dapat menjaga adik mereka kerana
alasan-alasan berikut:
(a) Kakak sulung sudah berkeluarga, tinggal di kolej kerana sedang menuntut
di IPT.
(b) Abang telah berkeluarga, mempunyai empat orang anak. Isteri tidak
sanggup menjaga kerana sibuk bekerja.
(c) Kakak kedua masih bujang, bekerja di Kuala Lumpur dan berkongsi bilik
rumah pangsa bersama lima teman sepejabat.

Setelah menjalankan proses penyelesaian masalah, beberapa alternatif telah


diputuskan oleh saudara bertiga itu.
(a) Bergilir-gilir menjaga adik iaitu empat bulan seorang.
(b) Menggaji pembantu menjaga adik di kampung.
(c) Daftar adik di rumah kebajikan.

Pilihan manakah yang paling sesuai antara ketiga-tiga ini? Proses membuat
keputusan boleh dilihat dalam Rajah 9.6 bagi alternatif (3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN

Rajah 9.6: Proses membuat keputusan (Pilihan 3)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN  195

Setelah mempelajari topik ini, cuba jawab aktiviti di bawah untuk memastikan
bahawa anda benar-benar memahaminya.

LATIHAN 9.4

Bagaimana anda membuat keputusan bagi alternatif (2) dalam


contoh yang diberikan?

 Otak yang telah dikurniakan oleh Tuhan merupakan satu anugerah yang
tiada tandingannya. Segala penerangan yang telah diberi merupakan satu
pengetahuan kepada kita supaya sentiasa sedar dengan proses berfikir yang
kita laksanakan dalam kehidupan kita.

 Pengetahuan tentang alat, misalnya bukanlah mengharapkan kita menghafal


bentuknya tetapi mengharapkan kita berfikir mengikut turutan tertentu agar
apa jua yang ingin kita selesaikan itu telah diselidik dengan baik.

 Dalam topik ini, kita telah membincangkan tentang kemahiran penyelesaian


masalah dan membuat keputusan. Perkara seperti definisi, langkah-langkah
perlaksanaan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan telah
dijelaskan. Beberapa konsep seperti masalah „well-defined‰ dan „ill-defined‰
telah disentuh untuk membantu individu mengenal pasti masalah.

 Topik ini juga telah mengenengahkan beberapa model penyelesaian masalah


dan membuat keputusan yang boleh menjadi panduan kepada kita.

Ideal Masalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH & MEMBUAT KEPUTUSAN

Huraikan model membuat keputusan yang diketengahkan oleh Wales, Nardi


dan Stager (1986).

Apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk menyelesaikan masalah?


Apa pendapat Beyer terhadap perkara ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Alat Berfikir 

10 
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan empat alat berfikir iaitu peta minda, pengurusan
grafik, CoRT 1 dan soalan dan penyoalan;
2. Membincangkan bagaimana alat berfikir ini dapat membantu proses
berfikir; dan
3. Merancang penggunaan alat berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran.

 PENGENALAN
Andaian penyelidik bidang pemikiran ialah kemahiran berfikir individu boleh
diajar, diasuh dan dipertingkatkan melalui latihan dan amalan yang dibantu
dengan alat berfikir. Semua orang boleh berfikir, tetapi ada yang boleh berfikir
dengan lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimana untuk berfikir
dengan lebih baik?

Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan


minda kita dengan lebih sistematik dan berkesan. Topik ini menerangkan dan
menunjukkan beberapa jenis alat berfikir yang sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Perbincangan tentang alat ini dimulakan dengan alat peta minda dan
diikuti pula dengan pengurusan grafik, alat CoRT 1 dan akhir sekali soalan dan
penyoalan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

10.1 PETA MINDA


Anda tentu biasa dengan istilah ‰peta minda‰. Apakah sebenarnya peta minda
ini?

Peta minda adalah suatu lakaran grafik untuk mencatat nota dengan ringkas dan
berkesan. Peta minda merupakan satu binaan di atas suatu satah (kertas) di
mana isi-isi penting tentang sesuatu diletakkan di tengah-tengah dan idea-idea
lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama. Konsep peta minda ini
dipelopori oleh Tony Buzan.

Dengan melakar peta minda, seseorang dapat menyusun fikirannya dalam


bentuk gambar ataupun kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan
terbukti dapat meningkatkan daya ingatan. Peta minda dibentuk berdasarkan
alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan yang berbentuk pola.

Rupa bentuk peta minda biasanya penuh kreatif dan tidak formal. Warna, anak
panah, rajah dan kod digunakan untuk menunjukkan kaitan penting. Di samping
membantu proses ingatan, peta minda juga dapat membantu mempertingkatkan
kreativiti seseorang. Penggunaan peta minda dapat membantu kita mencatat
nota atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang
didengar, dilihat atau dibaca dan apa yang sedang difikirkan. Sekali gus kita
dapat merancang dan menyusun idea dalam bentuk kerangka pemikiran untuk
digunakan kemudian dalam bentuk penulisan esei, atau dalam persembahan
lisan.

(a) Kegunaan Peta Minda


Biasanya peta minda digunakan sebagai:
(i) Teknik mencatat nota syarahan, taklimat atau bahan bacaan;
(ii) Teknik merancang dalam membina kerangka penulisan seperti
laporan, esei atau persembahan;
(iii) Teknik membuat sinopsis atau rumusan apabila membaca buku;
(iv) Alat grafik dalam persembahan untuk lebih menarik dan ringkas; dan
(v) Bantuan untuk kita mengingat sesuatu tanpa merujuk semula pada
bahan asal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR  199

(b) Cara Membina Peta Minda


Mari kita lihat cara atau langkah membina peta minda.
(i) Tuliskan tajuk di tengah-tengah kertas. Buatkan bentuk yang unik.
(ii) Lukiskan beberapa garisan yang menarik bersesuaian dengan tajuk.
Lebih unik, lebih baik. Tuliskan subtajuk yang penting di atas
garisan-garisan ini.
(iii) Wujudkan pula beberapa kelompok atau kategori kata pada akhir
garisan-garisan tadi.

(c) Ciri-ciri Peta Minda


Peta minda perlulah ringkas, unik dan menarik. Untuk itu, kita perlu:
(i) Gunakan kata kunci atau imej, atau perkataan yang ringkas dan
padat;
(ii) Gunakan warna warni yang menarik;
(iii) Jadikan corak yang unik;
(iv) Gunakan anak panah atau kod; dan
(v) Jadikannya sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan anda.

(d) Contoh-contoh Peta Minda


Untuk mendalamkan lagi pemahaman anda tentang peta minda, lihat
contoh-contoh dalam Rajah 10.1 dan 10.2.
(i) Senaraikan kegunaan buah kelapa
(ii) Senaraikan kegunaan televisyen

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Rajah 10.1: Contoh peta minda kegunaan buah kelapa

Rajah 10.2: Contoh peta minda kegunaan televisyen

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR  201

Setelah mempelajari dan melihat beberapa contoh peta minda, sekarang cuba
aktiviti di bawah untuk mempertajamkan lagi pemahaman anda.

LATIHAN 10.1

Bentukkan peta minda tentang faedah membaca.

10.2 PENGURUSAN GRAFIK


Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang pengurusan grafik.

(a) Apakah itu Pengurusan Grafik?


Cuba anda jawab soalan ini. Terangkan bahagian yang terdapat pada
sebatang pokok dan huraikan fungsinya. Apakah gambaran yang wujud
dalam minda anda? Pastinya anda akan melihat gambaran pokok, daun,
akar, buah, bunga dan lain-lain lagi. Ada pula yang menggambarkan
pokok dari akar ke pucuk, ada yang akan menggambarkan dari pucuk ke
akar dan ada yang mungkin menggambarkan pokok dari peringkat biji
benih sehingga ia mati. Soalan kedua, anda ingin membeli-belah di pasar
raya; bagaimanakah cara untuk menyenaraikan barangan yang hendak
dibeli? Satu cara ialah dengan mengetahui susunan barangan di pasar raya
berkenaan dan menyenaraikan barangan mengikut susunan tersebut.

Dalam dua situasi di atas, kita mengawal pemikiran berdasarkan ciri-ciri


atau kumpulan tertentu. Sekiranya kita tidak membina gambaran atau
kumpulan ini, idea atau jawapan yang kita cari akan berada dalam keadaan
bersepah-sepah. Pemikiran yang sistematik sebegini boleh dilatih
menggunakan pengurusan grafik. Dengan latihan minda, kita secara
spontan akan menguruskan maklumat dengan cara yang lebih sistematik.
Alat yang boleh digunakan dipanggil alat pengurusan grafik.

Pengurusan grafik (PG) atau graphic organiser (GO) merupakan pemetaan


atau pola penyusunan yang mewakili perhubungan antara maklumat-
maklumat tentang sesuatu idea. Ia merupakan ilustrasi bergambar/grafik
yang mewakili sesuatu pernyataan. Mengikut Som dan Mohd Dahalan
(1998), pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang
digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis
atau menghasilkan sesuatu idea atau pemikiran dengan lebih sistematik,
jelas dan berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(b) Bagaimana Pengurusan Grafik Membantu Pemikiran?


Pengurusan grafik dapat membantu kita dalam:
(i) Melihat perbezaan sesuatu perkara atau idea dengan lebih tepat;
(ii) Membentuk sistem pengkelasan atau klasifikasi dengan lebih
tersusun;
(iii) Menerangkan satu-satu proses atau aliran dengan lebih sistematik;
(iv) Mengelakkan tercicir maklumat-maklumat penting yang
dibincangkan;
(v) Menjadikan kita supaya lebih fokus kepada apa yang sedang
difikirkan;
(vi) Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih tepat;
dan
(vii) Mengelakkan daripada berfikiran sempit, kabur, terburu-buru dan
berkecamuk.

(c) Jenis-jenis Pengurusan Grafik


Pengurusan grafik (PG) terdiri daripada bentuk atau lakaran grafik dan
pengurusan lisan. Lakaran grafik berbentuk seperti borang dan jaringan
yang perlu diisi dengan maklumat yang berkaitan. Terdapat beberapa
bentuk PG yang telah sedia ada dan bila anda telah mahir dalam
menggunakan grafik, anda boleh mencipta sendiri lakaran yang anda
ingini dan sesuai dengan keperluan anda.

Perlu diingat bahawa alat PG hanya membantu kita dalam proses berfikir
tetapi PG tidak boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
untuk kita. Pengurusan lisan pula merupakan soalan-soalan atau arahan
yang boleh memandu kita mengenal pasti, menyusun dan boleh digunakan
sebagai satu cara untuk kita membuat refleksi dan metakognisi.

Berikut adalah contoh pengurusan grafik yang sesuai digunakan untuk


kemahiran dalam berfikir:
(i) Membanding membeza;
(ii) Membuat kategori;
(iii) Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan;
(iv) Menerang sebab;
(v) Membuat ramalan;
(vi) Mengusul periksa andaian;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR  203

(vii) Membuat keputusan;


(viii) Menyelesai masalah; dan
(ix) Carta aliran, pusingan, kitaran.

Beberapa contoh PG akan dijelaskan seterusnya dalam Rajah 10.3 dan 10.4.
Bagi contoh-contoh yang lain, sila rujuk kepada Som dan Mohd Dahalan
(1998).

Rajah 10.3: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membanding dan membeza

Rajah 10.4: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membuat kategori

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

LATIHAN 10.2

Anda perlu membeli kereta sekarang. Anda mempunyai dua pilihan


iaitu sama ada Proton Waja atau Iswara. Gunakan pengurusan grafik
banding beza dalam membantu anda membuat keputusan ini.

Setelah mempelajari peta minda dan pengurusan grafik, mari kita lihat apa pula
yang dikatakan CoRT I.

10.2 CoRT I
Istilah CoRT ialah singkatan perkataan Cognitive Research Trust yang dipelopori
oleh Edward de Bono. Terdapat enam bahagian dalam program CoRT. Bahagian-
bahagian tersebut ditunjukkan dalam Jadual 10.1.

Jadual 10.1: Bahagian-bahagian CoRT

Bahagian Penerangan
CoRT I Keluasan persepsi
CoRT II Organisasi proses berfikir
CoRT III Pemikiran kritis
CoRT IV Pemikiran kreatif
CoRT V Maklumat dan perasaan
CoRT VI Tindakan

Modul ini menjurus penerangan tentang alat CoRT I. Alat ini bertujuan untuk
menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu yang sedang difikirkan supaya apa
jua keputusan yang dibuat akan lebih berkesan lagi.

Alat CoRT I mengandungi tujuh teknik, seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 10.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR  205

Rajah 10.5: Teknik-teknik CoRT I

Sekarang, mari kita teliti setiap teknik dengan lebih mendalam.

(a) Baik, Buruk, Menarik (Plus, Minus, Interesting - PMI)


Teknik ini dipanggil PMI. Teknik ini digunakan untuk meluaskan sudut
pandangan seseorang. Minda dilatih untuk berfikir berbagai-bagai arah
seperti berfikir tentang kebaikan, keburukan dan yang menarik tentang
sesuatu sebelum membuat keputusan. Ini amat bertepatan dengan konsep
berfikir di mana sesuatu keputusan ditangguhkan sehingga mendapat
maklumat yang lengkap.

Langkah perlaksanaan adalah seperti berikut:


(i) Perdengarkan isu atau masalah;
(ii) Katakan "Mari kita lakukan PMI";
(iii) Sumbang saran tentang kebaikan;
(iv) Sumbang saran tentang keburukan;
(v) Sumbang saran tentang yang menarik; dan
(vi) Buat keputusan berdasarkan maklumat terkumpul di atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(b) Ambil Kira Semua Faktor (Consider All Factors-CAF)


Teknik ini disebut CAF. Kita perlu sedar bahawa setiap keputusan yang
dibuat akan mempengaruhi kita dan individu di sekeliling kita.
Adakalanya, sesuatu keputusan itu akan memberi kesan negatif kepada
individu lain. Oleh itu, amalan melakukan CAF dalam mencapai sesuatu
keputusan dapat memastikan semua individu atau faktor lain diambil kira
terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

Langkah perlaksanaan adalah seperti berikut:


(i) Perdengarkan isu atau masalah;
(ii) Katakan "Mari kita lakukan CAF";
(iii) Sumbang saran semua faktor yang terlibat;
(iv) Membuat pertimbangan setiap faktor; dan
(v) Membuat keputusan.

(c) Kesan Mengikut Jangka Masa (Consequences & Sequel - C&S)


Teknik ini dipanggil C&S. Kita tahu bahawa sesuatu tindakan yang diambil
selepas keputusan dibuat mengakibatkan kesan-kesan tertentu sama ada
serta-merta, dalam masa terdekat (lima tahun) atau jangka panjang (lebih
daripada lima tahun). Kita mungkin mendapat satu atau beberapa
alternatif keputusan yang perlu dipilih. Teknik C&S dapat membantu kita
mengenal pasti kesan-kesan ini terlebih dahulu sebelum kita membuat
keputusan. Dengan ini, kita juga dapat bersedia menangani akibat yang
akan terjadi pada masa hadapan.

Langkah perlaksanaan adalah seperti berikut:


(i) Perdengarkan tindakan yang dipilih;
(ii) Katakan "Mari kita lakukan C&S";
(iii) Senaraikan kesan-kesan serta-merta daripada tindakan tersebut;
(iv) Senaraikan kesan-kesan jangka pendek (lima tahun) yang diramalkan;
(v) Senaraikan kesan-kesan jangka panjang yang diramalkan;
(vi) Lakukan C&S lagi untuk tindakan alternatif yang lain; dan
(vii) Nilai akibat-akibat dan buat keputusan.

(d) Tujuan, Matlamat, Objektif (Aims, Goals, Objectives-AGO)


Teknik ini dipanggil AGO. Teknik ini membantu kita menentukan hala tuju
atau fokus sesuatu yang sedang dilakukan. Ia dapat membantu individu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR  207

memikirkan tujuan asal dan mengelaknya daripada menyeleweng daripada


tujuan asal semasa perbincangan atau pemikiran sedang berjalan.

Langkah perlaksanaan adalah seperti berikut:


(i) Ketengahkan isu atau masalah;
(ii) Katakan "Mari kita lakukan AGO";
(iii) Sesi perbincangan berjalan;
(iv) Sekali-sekala sedarkan diri kita atau semua ahli yang terlibat dalam
perbincangan tersebut dengan mengulangi sebutan "Apakah AGO
kita?"; dan
(v) Teruskan sehingga keputusan dibuat.

(e) Kepentingan Utama (First Important Priorities-FIP )


Teknik ini dipanggil FIP. Teknik ini membantu kita mengenal pasti
keutamaan, yang terpenting dan yang memerlukan tindakan. Dalam hal-
hal yang kita mesti membuat pilihan, FIP boleh digunakan. FIP juga
biasanya digunakan dengan teknik yang lain.

Langkah perlaksanaan adalah seperti berikut:


(i) Buat pilihan atau keputusan berdasarkan kepentingan utama.
Suarakan isu atau masalah;
(ii) Katakan "Mari kita lakukan FIP"; dan
(iii) Senaraikan semua perkara yang penting dan utama.

(f) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan (Alternatives, Possibilities, Choices- APC )


Teknik ini dipanggil APC. Teknik ini membantu individu menyenaraikan
alternatif dan kemungkinan-kemungkinan yang ada sebelum ia buntu
dengan satu pilihan keputusan. Dengan mengamalkan teknik ini, kita
memaksa diri kita untuk mencari beberapa alternatif dan pilihan sebelum
kita membuat keputusan. Teknik ini juga melatih kita berfikir serentak
tentang pilihan dan kemungkinan yang kita ada.

Langkah perlaksanaan adalah seperti berikut:


(i) Suarakan masalah;
(ii) Katakan "Mari kita lakukan APC";
(iii) Janakan sebanyak mungkin pilihan dan alternatif; dan
(iv) Buat keputusan dan pilihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(g) Pandangan Orang Lain (Other People's View-OPV )


Teknik ini pula dipanggil OPV. Ia memerlukan kita mementingkan
pandangan dan pendapat orang lain tentang apa jua keputusan yang akan
diambil. Oleh itu, sebelum kita membuat keputusan, kita perlu terlebih
dahulu mengkaji akibat atau pengaruh yang wujud daripada keputusan
terhadap orang lain. Setiap orang yang terlibat dengan apa jua tindakan
atau keputusan yang kita buat, mempunyai pandangan yang berbeza
kerana mereka melihat dari sudut atau kedudukan yang sudah tentunya
berbeza.

Kita perlu sedar dan menerima hakikat bahawa perbezaan pendapat


wujud. Ia disebabkan oleh latar belakang, status, pengetahuan, pengalaman
dan sistem nilai yang berbeza di kalangan individu. Kaedah OPV ini sesuai
digunakan apabila terdapat kemungkinan perbalahan pendapat daripada
berbagai-bagai pihak. Semasa menggunakan kaedah ini, kita harus
bersikap terbuka dalam mendengar pendapat atau idea orang lain dan
jadikan pendapat itu sebagai panduan dalam membuat keputusan yang
akan diambil.

Langkah perlaksanaan adalah seperti berikut:


(i) Nyatakan masalah;
(ii) Sebutkan keputusan yang akan diambil;
(iii) Kenal pasti individu yang mungkin menerima kesan akibat
keputusan tersebut;
(iv) Minta pendapat individu tersebut tentang keputusan yang akan
diambil;
(v) Buat keputusan selepas meneliti pendapat individu terlibat; dan
(vi) Ulang semula sekiranya keputusan itu tidak sesuai.

Sehingga kini anda telah membaca tentang teknik-teknik dalam alat CoRT.
Walaupun penerangan tentangnya dibuat berasingan, beberapa teknik boleh
digunakan sekali gus dalam menyelesaikan satu-satu masalah dan akhirnya
membuat keputusan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah pengaruh
budaya kuning dari Internet, kita boleh gabungkan teknik-teknik PMI, C&S dan
OPV supaya penyelesaian yang terhasil itu adalah yang terbaik.

Sekarang, cuba selesaikan aktiviti di bawah. Semoga dengan latihan ini, anda
akan lebih memahami apa yang dikatakan CoRT I.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR  209

LATIHAN 10.3

Selesaikan masalah yang dinyatakan di bawah menggunakan teknik


baik-buruk-menarik dalam alat CoRT di atas secara individu dan
kemudian secara kumpulan. Perhatikan hasil penyelesaian tersebut.
Kementerian Pendidikan Malaysia ingin melanjutkan jangka waktu
sekolah sehingga jam 5.00 petang. Bincangkan. Lakukan PMI.

10.4 SOALAN DAN PENYOALAN


Soalan merupakan alat dalam bentuk pertanyaan yang boleh digunakan untuk
mencungkil dan mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman dan memperoleh
pendapat daripada seseorang. Penyoalan pula merupakan teknik soalan itu
dikemukakan.

Perbincangan dalam bahagian ini termasuklah penerangan tentang tujuan


menyoal, jenis-jenis soalan, persediaan dan pelaksanaan penyoalan. Kalau
ditanya mengapa kita menyoal, banyak jawapan yang akan diterima. Sebagai
ringkasan tentang ini, berikut disenaraikan beberapa tujuan seseorang itu
menyoal:
(a) Memperkembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif;
(b) Mengumpul dan menganalisis maklumat;
(c) Meningkatkan tingkah laku metakognitif dan reflektif;
(d) Merangsang penglibatan aktif;
(e) Berkongsi idea; dan
(f) Menguji kebolehan dan menilai kemajuan.

10.4.1 Jenis-jenis Soalan


Soalan juga telah dikategorikan dalam pelbagai cara. Antaranya soalan
dikategorikan sebagai soalan bertumpu dan bercapah. Ada juga kita dengar
orang menyebut soalan Socrates. Pada guru-guru pula, soalan aras Taksonomi
Bloom merupakan sesuatu yang tidak asing lagi. Apakah sebenarnya jenis atau
kategori yang diperkatakan tadi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(a) Soalan Socrates


Teknik penyoalan ini bukanlah satu teknik yang baru. Teknik ini telah
diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah Greek bernama Socrates, lebih
2,500 tahun dahulu. Beliau menegaskan bahawa soalan amat penting dalam
menjana seseorang untuk berfikir dengan lebih kritis lagi. Teknik "deep
questioning" yang kadang-kadang juga dikenali sebagai perbincangan
Socratic merupakan teknik yang diketengahkan oleh beliau.
Melalui perbincangan Socratic, pemikiran pelajar dicabar dan
diperkembangkan. Dengan itu, isu yang dibincangkan akan menjadi lebih
jelas lagi. Di samping itu, seseorang akan sedar dan dapat menilai cara ia
sendiri berfikir. Contoh-contoh soalan dalam perbincangan Socratic adalah
seperti berikut:
(i) Soalan untuk mendapatkan penjelasan:
• Apakah yang anda maksudkan dengan⁄ ?
• Bagaimana ⁄ berkait dengan ⁄? Bolehkah anda beri contoh?
• Apakah yang anda maksudkan dengan jawapan tadi?
• Mengapa anda berpendapat sedemikian?
(ii) Soalan yang menyiasat andaian:
• Apakah andaian anda tentang kejadian tersebut?
• Apakah andaian yang dibuat oleh penulis cerpen tersebut?
• Mengapakah seseorang akan membuat andaian yang serupa?
(iii) Soalan menyiasat sebab dan bukti:
• Mengapa anda kata ⁄benar?
• Apakah buktinya?
• Bagaimana kita dapat memastikan ia benar?
(iv) Soalan yang mendapatkan pandangan /pendapat:
• Mengapa anda membuat pilihan tersebut?
• Apakah pandangan alternatif?
• Apakah yang akan dikatakan oleh pihak pembangkang?
(v) Soalan yang menyiasat implikasi dan kesan:
• Apakah implikasi daripada tindakan yang anda buat?
• Apakah kesannya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR  211

(vi) Soalan mengenai soalan:


• Mengapakah soalan ini penting?
• Bolehkah kita perincikan lagi soalan ini?
• Sejauh manakah kita bersetuju dengan soalan ini?
Setelah meneliti bentuk-bentuk soalan yang disarankan oleh Socrates,
mungkin anda akan lebih sedar tentang perkara dan tindakan yang ingin
kita lakukan. Soalan Socrates ini lebih dikaitkan dengan soalan bercorak
kritis. Mungkin anda telah biasa menggunakannya tetapi sekurang-
kurangnya soalan ini akan membuat kita sedar dengan proses berfikir yang
berlangsung dalam minda kita.

(b) Soalan Bertumpu dan Soalan Bercapah


Soalan bertumpu atau bercapah merupakan jenis soalan yang memberi
penumpuan kepada sama ada sesuatu soalan itu berkehendakkan jawapan
respon yang terhad atau tidak terhad.

Soalan bertumpu mempunyai respon atau jawapan yang terhad. Respon


atau jawapan terhad untuk soalan bertumpu bermaksud, soalan itu
mempunyai satu atau beberapa bilangan jawapan yang boleh diterima
yang dikatakan betul. Jawapan kepada soalan juga terhad kepada fakta
yang terdapat di dalam teks bacaan dan ia tersurat. Soalan bentuk ini pada
kebiasaannya memerlukan individu mengingat kembali maklumat dan
mengembalikannya sebagai jawapan. Jawapan yang diberi juga lebih
objektif iaitu jelas betul salahnya.

Contoh soalan bertumpu:


(i) Namakan ibu negara Malaysia.
(ii) Namakan sungai terpanjang di Malaysia.
(iii) Senaraikan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Soalan bercapah pula merupakan soalan yang memerlukan jawapan yang


lebih subjektif, terbuka dan luas, malah tersirat. Ini bermakna jawapan
yang dijemput adalah pelbagai dan tidak terhad kepada isi yang terdapat
di dalam teks bacaan yang dirujuk. Soalan jenis ini sering dikaitkan dengan
soalan aras tinggi.

Contoh soalan bercapah:


(i) Apakah pandangan anda tentang remaja masa kini?
(ii) Apakah perbezaan masalah remaja masa kini berbanding dengan
masa dulu?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(iii) Jika anda berpeluang menjadi remaja semula, apakah perkara yang
anda ingin lakukan?
Ringkasan tentang soalan jenis ini boleh dilihat dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Soalan bertumpu dan bercapah

(c) Soalan Berasaskan Taksonomi Bloom


Penyoalan yang menggunakan Taksonomi Bloom lebih menitikberatkan
aspek kognitif atau pengetahuan. Aras-aras soalan dalam taksonomi ini
bercorak hierarki, iaitu bermula dari tahap rendah ke tahap yang tertinggi.
Aras-aras ini dikenal pasti untuk membantu guru atau pendidik membuat
soalan pelbagai aras yang dikatakan dapat menguji tahap berfikir, dari aras
rendah ke aras yang lebih tinggi. Aras-aras soalan yang dikemukakan oleh
Bloom adalah seperti dalam Rajah 10.7.

Sekarang, mari kita teliti penerangan tentang aras-aras taksonomi dan contoh
soalan.

(i) Aras 1: Pengetahuan


Soalan yang dibina pada aras ini menjemput jawapan yang berbentuk
mengingat kembali fakta, definisi, atau perkara yang telah dipelajari.

Contoh:
Berikan definisi KBKK

(ii) Aras 2: Pemahaman


Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar menerangkan idea
atau perkara yang telah difahami. Aras ini lebih tinggi dari aras
pengetahuan di mana pelajar bukan sahaja mampu meluahkan kembali
fakta tetapi juga dapat menjelaskan dengan contoh-contoh berkaitan yang
boleh menunjukkan yang ia telah benar-benar faham tentang apa yang
telah dipelajari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR  213

Contoh:
Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan grafik?

Rajah 10.7: Aras soalan Taksonomi Bloom

(iii) Aras 3: Aplikasi


Soalan yang dibina pada aras ini boleh menguji pelajar untuk
menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang telah diperolehi dalam
situasi yang baru. Ia merupakan proses memindahkan penggunaan sesuatu
pengetahuan kepada suatu keadaan yang baru.

Contoh:
Nisbah dalam membuat kek asas ialah 1:1:1 untuk lemak, tepung dan gula.
Kirakan keperluan bahan untuk membuat tiga adunan.

(iv) Aras 4: Analisis


Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar untuk mengasingkan
idea atau perkara utama. Ia juga disebut sebagai mencerakinkan sesuatu
maklumat kepada komponen-komponen yang lebih kecil, yang menunjukkan
mereka memahami kaitan dan hubungan antara komponen tersebut.

Contoh:
Huraikan faktor yang mempengaruh masalah remaja masa kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Soalan analisis ini memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan


pemahaman tentang sesuatu situasi dan dapat mengasingkan komponen.
Contoh di sini ialah faktor rakan, faktor keluarga, faktor media dan faktor
pendidikan. Setelah boleh mengenal pasti faktor-faktor tersebut, ia boleh
menerangkan bagaimana faktor-faktor tersebut menjadi penyebab kepada
masalah remaja.

(v) Aras 5: Sintesis


Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar untuk
menggabungkan atau mencantumkan unsur-unsur yang terdapat dalam
sesuatu perkara untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Contoh:
Rancangkan satu program untuk menyelesaikan masalah sosial di
kalangan remaja.

Untuk menjawab soalan aras sintesis ini, pelajar perlu terlebih dahulu
membuat analisis tentang faktor-faktor yang mempengaruhi masalah sosial
di kalangan remaja. Kemudian, cadangkan aktiviti yang mengambil kira
faktor-faktor tersebut yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah
keruntuhan moral remaja. Misalnya, satu faktor yang telah dikenal pasti
ialah keluarga. Maka salah satu sesi program yang bakal dirancang harus
melibatkan ibu bapa seperti mengadakan sesi pelajaran keibubapaan. Jelas
kita lihat di sini, aras sintesis ini sendiri lebih tinggi dari aras analisis.

(vi) Aras 6: Penilaian


Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan murid melakukan pemilihan,
membuat diskriminasi, memberi rasional, memberi penghakiman, memberi
alasan pada pendapat yang diaju, menentukan baik-buruk, betul-salah dan
kekuatan-kelemahan terhadap sesuatu isu atau idea.

Contoh:
Pada pendapat anda, haruskah sistem berkurung dipraktikkan kepada
remaja dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan remaja? Beri
rasional bagi jawapan anda.

Soalan aras penilaian ini memerlukan pelajar untuk menunjukkan yang


mereka telah menguasai soalan aras rendah dalam taksonomi Bloom dan
segala pengetahuan dan kefahaman dirumuskan untuk menjadi rasional
pada pilihan jawapan yang dibuat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR  215

Untuk memastikan anda faham, sila jawab soalan berikut.

LATIHAN 10.4
Baca soalan berikut dan kenal pasti aras soalan tersebut.
Nyatakan peraturan berpakaian pelajar universiti.

• Topik 10 membincangkan alat berfikir. Ahli penyelidik otak mengandaikan


bahawa kemahiran berfikir merupakan sesuatu yang boleh dipelajari oleh
individu.

• Alat berfikir adalah instrumen yang dapat membantu kita berfikir dengan
lebih sistematik dan berkesan. Beberapa alat berfikir seperti peta minda,
grafik, penyoalan dan alat CoRT telah pun dikaji dan pelaksanaannya telah
pun dibincangkan dengan contoh yang relevan. Walaupun topik ini
dibincangkan sebagai satu topik yang berasingan, perlu diingatkan sekali lagi
bahawa alat-alat ini perlu diaplikasikan dalam proses berfikir kita sama ada
berfikir secara kritis atau kreatif.

CoRT Peta minda


Pengurusan grafik

Anda tentu biasa dengan peta minda. Apakah sebenarnya peta minda ini?
Adakah peta minda membolehkan kita mendalami konsep dengan jelas dan
memahaminya dengan baik?

Huraikan aras Taksonomi Bloom pada peringkat teratas dan terbawah, iaitu
pada tahap pengetahuan dan penilaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  JAWAPAN

Jawapan
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Latihan 1.1
(a) Manusia tidak bebas dan mempunyai pandangan yang sempit dan
terbatas.
(b) Mempunyai jasad tetapi kosong mindanya.
(c) Manusia tidak boleh menjadi seorang pemikir, pemaham dan pembangun.

Latihan 1.2
(a) Konsep teknologi pengajaran sentiasa berubah-ubah dan tidak statik.
(b) Terdapat pakar yang mengatakan bahawa teknologi pengajaran adalah
subset kepada pendidikan. Sebaliknya, ada pakar lain yang mendapati
teknologi pengajaran kurang melibatkan aspek-aspek pendidikan, tetapi
lebih kepada soal-soal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan
soal subset tidak timbul.
(c) Terdapat kefahaman bahawa teknologi pengajaran dan teknologi
pendidikan sama sahaja pengertiannya. Teknologi pendidikan meluas
digunakan di Malaysia dan Eropah tetapi teknologi pengajaran meluas di
Amerika Syarikat.

Latihan 1.3
(a) Fungsi pengurusan pengajaran: pengurusan organisasi dan pengurusan
kakitangan.
(b) Perkembangan pengajaran melalui penyelidikan, reka bentuk pengajaran,
penerbitan, penilaian, pemikiran, logistik, penggunaan dan pengedaran.
(c) Fungsi sumber pembelajaran dari segi pemberi maklumat, bahan,
peralatan, teknik dan tempat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  217

TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

Latihan 2.1
(a) Menentukan keperluan pelajar.
(b) Menentukan matlamat dan objektif.
(c) Membina prosedur penilaian.
(d) Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian.
(e) Mencuba sistem pengajaran.
(f) Menilai keseluruhan sistem.

Latihan 2.2
Rancangan mengajar berdasarkan model ASSURE boleh dibuat mengikut aspek
berikut:
A – Analyse learner (analisis pelajar)
S – State objective (nyatakan objektif)
S – Select method, media and materials (pilih kaedah, media dan
bahan-bahan)
U – Utilise media and materials (gunakan media dan bahan-bahan)
R – Require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar)
E – Evaluate and revise (menilai dan semak semula)

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Latihan 3.1
Kelebihan menggunakan media dalam pengajaran adalah seperti berikut:
(a) Dapat mempengaruhi penyampaian mesej.
(b) Boleh mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera.
(c) Menggunakan media pengajaran secara betul dan bervariasi.
(d) Pengalaman dan persepsi yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  JAWAPAN

Latihan 3.2
Teknologi Pengajaran Media Pengajaran
Teknologi Pengajaran ialah proses Media pengajaran adalah segala sesuatu
bersepadu yang kompleks, melibatkan yang dapat digunakan untuk
sumber manusia, prosedur, idea, peralatan menyampaikan pesanan daripada
dan organisasi untuk menganalisis pengirim kepada penerima sehingga dapat
masalah serta mencari jalan, melaksana, merangsang fikiran, perasaan, perhatian,
menilai dan mengurus penyelesaian serta minat pelajar dan seterusnya
terhadap masalah tersebut dan keadaan terjadinya proses pembelajaran.
pembelajaran mempunyai tujuan tertentu
dan terkawal.

Latihan 3.3
(a) Media tayang kaku – Transparensi, slaid.
(b) Media tayang bergerak – Pita video, cakera padat.
(c) Bahan grafik – Lukisan, poster, kartun.
(d) Gambar kaku – Gambar foto, kad imbasan.
(e) Bahan pameran tiga-dimensi – Model, boneka.
(f) Papan pameran – Papan kapur, papan putih.
(g) Media audio – Pita kaset, cakera padat.
(h) Media cetak – Modul, buku teks.

Latihan 3.4
Panduan yang perlu diambil kira adalah sama ada media tersebut dapat
membantu pelajar untuk:
(a) Belajar maklumat faktual.
(b) Belajar mengenal pasti visual.
(c) Belajar prinsip dan konsep.
(d) Belajar peraturan.
(e) Menjalankan kemahiran motor.
(f) Membentuk sikap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  219

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Latihan 4.1
Kelebihan bentuk tiga-dimensi adalah seperti berikut:
(a) Dapat dilihat keadaan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar
dan tinggi seperti meja, kerusi dan sebagainya.
(b) Dapat dilihat seolah-olah ia mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi
atau tebal seperti gambar foto dan lukisan berbentuk bayang.

Latihan 4.2
Untuk menonjolkan item utama (dominan), cara-cara yang patut digunakan
adalah:
(a) Menggunakan peraturan Satu Pertiga.
(b) Saiz yang lebih besar.
(c) Warna dan bentuk yang kontras.
(d) Berdasarkan anak panah yang menunjukkan ke arah item utama.
(e) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli
atau kipas.
(f) Menggunakan garis-garis yang menunjukkan ke arah item utama.
(g) Mengguna lampu atau cahaya yang memancar.

Latihan 4.3
Elemen dan prinsip grafik adalah seperti yang berikut:
(a) Keseimbangan
(b) Harmoni
(c) Pola

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  JAWAPAN

Latihan 4.4
(a) Warna utama ialah warna asas dan tidak dapat dihasilkan dengan warna
campuran. Contohnya, biru, kuning dan merah.
(b) Warna sekunder ialah daripada dua campuran warna utama seperti biru +
kuning = hijau dan merah + biru = ungu.
(c) Warna pertengahan ialah campuran warna utama dengan warna sekunder
seperti biru ungu, kuning hijau dan lain-lain.
(d) Warna tertiar ialah hasil daripada mencampurkan dua warna sekunder,
contohnya, campuran warna oren atau ungu menghasilkan warna merah
kecoklatan yang digelar sebagai „russet‰.

TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

Latihan 5.1
Kepentingan mengintegrasikan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani
dalam pembentukan kurikulum sekolah ialah bagi memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Selain itu, ia bertujuan
melahirkan insan yang seimbang, harmoni, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan tanah air. Ini adalah kerana
sebelum ini, faktor-faktor tersebut tidak diambil kira dalam usaha
membangunkan manusia di negara ini.

Latihan 5.2
1. Bagi mengorientasikan pemikiran dan memberi dorongan serta perhatian
pelajar terhadap apa yang hendak diajar oleh guru yang ada kaitan dengan
objektif pengajaran.

2. Induksi set juga dapat menimbulkan minat pelajar, rasa ingin tahu, ada
kaitan dengan apa yang telah dipelajari, dapat menyediakan struktur
sesuatu pelajaran serta menggalakkan penglibatan pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  221

TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH


PENGAJARAN PENGENALAN

Latihan 6.1
Contoh: Pada akhir perbincangan, pelajar akan dapat memperjelaskan proses
penanaman padi di negeri Kedah.

Latihan 6.2
Contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar akan dapat membuat percantuman benih
rusa dengan benih seladang dengan sempurna.

Latihan 6.3
Contoh: Sepanjang kelas amali, pelajar dapat menunjukkan sikap kerjasama
dengan membantu ahli-ahli dalam kumpulan bagi menyiapkan laporan amali.

Latihan 6.4
Kaedah kuliah dijalankan dengan jumlah pelajar yang ramai. Keadaan ini dapat
mengurangkan kos pengajar kerana sesuai hanya untuk menyampaikan fakta
sahaja dan dapat menjimatkan masa pengajaran. Kaedah perbincangan ialah satu
kaedah yang sangat berkesan bagi membantu pelajar untuk mengaplikasi idea
yang abstrak dan berfikir secara kritikal berkaitan dengan apa yang telah
dipelajari. Ia juga dapat menolong pelajar membentuk kemahiran serta
kebolehan menyelesaikan masalah. Saiz kelas tidak begitu besar seperti kaedah
kuliah.

Latihan 6.5
Demonstrasi adalah satu kaedah mengajar yang menunjukkan sesuatu kepada
pelajar, yang bertujuan untuk membentuk psikomotor domain dan memberi
peluang kepada pelajar mempraktikkan apa yang telah diajar oleh guru.
Sumbang saran berlainan daripada demonstrasi iaitu ia merupakan satu kaedah
yang berkesan bagi mendapatkan banyak idea daripada pelajar dan kemudian
menentukan idea yang mana paling sesuai digunakan dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Kaedah ini sesuai dalam kumpulan yang besar dan dilakukan
dalam suasana yang relaks.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  JAWAPAN

Latihan 6.6
(a) Soalan Pengetahuan: Bilakah negara Malaysia ditubuhkan?
(b) Soalan Pemahaman: Jelaskan apa yang pelajar perhatikan semasa lawatan
ke Pusat Pengajian Melayu, Beijing.
(c) Soalan Aplikasi: Berdasarkan kaedah saintifik, cuba selesaikan beberapa
masalah ini.
(d) Soalan Analisis: Apakah yang memberi kesan kepada pengeluaran hasil
makanan jika berlakunya letupan gunung berapi?
(e) Soalan Sintesis: Apakah yang pelajar dapat jangkakan sekiranya bilangan
pelajar yang mengikut aliran sastera berkurangan?
(f) Soalan Penilaian: Bincangkan bagaimana pencemaran alam boleh
merosakkan kesejahteraan manusia di dunia.

Tahap soalan yang paling mudah ialah soalan pada tahap pengetahuan,
pemahaman dan aplikasi, tetapi soalan yang sukar dibina adalah pada tahap
analisis, sintesis dan penilaian.

TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Latihan 7.1
(a) Pastikan lalu lintas di dalam bilik darjah tidak sesak.
(b) Pastikan semua pelajar dapat dilihat oleh guru.
(c) Pastikan pelajar mudah melihat serta mendengar pengajaran guru.
(d) Kenal pasti tempat guru duduk atau berdiri semasa pengajaran.
(e) Bahan-bahan pengajaran pelajar dan guru mudah dan cepat diperoleh.
(f) Sediakan papan buletin supaya dapat mempamerkan hasil kerja pelajar.
(g) Penggunaan ruang yang baik supaya tidak mengganggu pengajaran dan
guru dapat melihat keseluruhan kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  223

TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR

Latihan 8.1
Sebagai rumusan kepada definisi-definisi yang diberikan, pemikiran dikatakan
bermula daripada penerimaan, penyimpanan dan pengingatan semula
maklumat, seterusnya membuat penganalisisan dan penaakulan yang digunakan
untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Ini bermakna
pemikiran berlaku semasa penerimaan, penyimpanan dan pemerolehan semula
maklumat. Seterusnya, pemikiran juga berlaku semasa seseorang menganalisis
maklumat yang diterima atau membuat penaakulan menggunakan maklumat
tersebut bersama maklumat sedia ada untuk tujuan membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah.

Latihan 8.2
Contoh soalan Matematik UPSR:

1. Tuliskan 25/100 dalam bentuk perpuluhan.

2. Ahmad membelanjakan 4/9 daripada gaji bulananya untuk membayar


sewa rumah. Jika baki gaji Ahmad ialah RM850, berapakah gaji
bulanannya?
Bagi soalan 1, kemahiran berfikir yang diperlukan adalah pada tahap
„pemahaman‰ (dalam Taksonomi Bloom). Manakala bagi soalan 2, pelajar
memerlukan kemahiran berfikir kritis untuk mencari baki gaji sebanyak
„5/9‰ dan menyamakannya dengan „RM850‰. Kemahiran berfikir kreatif
pula diperlukan untuk mengira „1/9‰ bersamaan dengan berapa RM dan
seterusnya mengira „9/9‰ bersamaan dengan berapa RM. Pelajar boleh
menggunakan cara lain untuk menyelesaikan masalah ini, yang juga
memerlukan kemahiran berfikir kreatif.

Latihan 8.3
Kepentingan kemahiran berfikir (KB):
(a) KB kritis membolehkan kita memahami masalah yang kita hadapi.
(b) KB kreatif membolehkan kita memikirkan beberapa cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
(c) KB membuat keputusan membolehkan kita memilih cara penyelesaian
yang terbaik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
224  JAWAPAN

(d) KB menyelesaikan masalah membolehkan kita menilai sama ada masalah


tersebut sudah diselesaikan sepenuhnya.
(e) KB metakognitif membolehkan kita mengawal pemikiran kita untuk
mencapai tujuan tertentu.

Latihan 8.4
Contoh amalan di tempat kerja yang menggalakkan kemahiran berfikir ialah (a)
mengadakan sesi sumbang saran, (b) meminta setiap ahli memberi pendapat, (c)
meminta ahli membuat refleksi tentang apa yang telah berlaku, (d) meminta ahli
memberi sebab kepada sesuatu yang berlaku dan (e) memberi tanggungjawab
kepada setiap ahli. Contoh amalan yang menghalang kemahiran berfikir ialah (a)
memberi arahan kepada ahli tanpa perbincangan, (b) tidak pernah mengambil
kira pendapat ahli untuk membuat keputusan, (c) tidak pernah berbincang
tentang kejayaan atau kegagalan, (d) pemikiran pengurusan yang tidak terbuka
dan (e) tidak pernah memberi kepercayaan kepada ahli sepenuhnya.

Latihan 8.5
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan
minda untuk meneliti kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, keesahan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan
yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Ciri-ciri
pemikiran kritis ialah (a) reaktif iaitu pemikiran kritis sentiasa peka dengan
perkembangan semasa dan diikuti dengan gerak balas yang bersifat segera,
seperti membuat ulasan, komen dan kritik; (b) menilai iaitu terdapat unsur
penilaian seperti melihat dari sudut baik-buruk dan salah-betul sesuatu perkara
yang sedang dibincangkan; dan (c) meneliti dengan mendalam idea-idea dengan
fakta yang diketahui.

Latihan 8.6
Pemikiran kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar
biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea, atau gagasan. Ciri-
ciri idea yang kreatif termasuklah baru, asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan
provokatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  225

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH


DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Latihan 9.1
(a) Contoh masalah berstruktur ialah mengumpul derma sebanyak RM
10,000.00 atau membina tempat menunggu bas untuk 20 orang.
(b) Contoh masalah tidak berstruktur ialah menyediakan aktiviti untuk kanak-
kanak tadika atau menulis sebuah buku teks.

Latihan 9.2
Pendekatan Polya boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah Matematik
yang diberikan. Empat langkah yang terlibat diberikan dalam jadual berikut:
Langkah Tindakan
Memahami masalah Mencari masa membuat empat keratan kayu.
Membuat Mencari berapa kali kayu perlu digergaji untuk mendapat
perancangan empat kerat. Mencari lama masa yang diperlukan untuk
menggergaji kayu tersebut.
Melaksanakan (a) Kayu perlu digergaji tiga kali untuk mendapatkan empat
rancangan keratan.
(b) Jangka masa menggergaji kayu sekali ialah 6 minit. Jadi
masa yang diambil untuk tiga kali menggergaji kayu
adalah
3 x 6 minit = 18 minit.
Menilai keputusan Lukiskan kayu tersebut dan lakarkan tiga kali memotongnya.
Adakah anda mendapat empat keratan? Kira masa bagi
memotong tiga kali kayu tersebut.

Latihan 9.3
Kriteria yang digunakan untuk memilih tiga barang semasa kebakaran ialah (a)
nilai barang, (b) kemudahan mengganti barang, (c) berat barang dan (d) saiz
barang. Barang yang dipilih ialah (a) dompet (wang, kad pengenalan, lesen
memandu, kad kredit), (b) kotak barang kemas (suami/isteri), (c) fail dokumen
(surat beranak, sijil, ijazah, geran tanah, surat perjanjian).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  JAWAPAN

Latihan 9.4

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  227

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Latihan 10.1

Latihan 10.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  JAWAPAN

Latihan 10.3
Teknik „baik-buruk-menarik‰ (BBM) melibatkan sumbang saran dalam
kumpulan tentang kebaikan, keburukan dan perkara yang menarik tentang
sesuatu isu atau masalah yang dihadapi, sebelum membuat keputusan. Bagi isu
yang diberikan (Cadangan melanjutkan jangka waktu sekolah sehingga jam 5:00
petang), kita boleh berfikir secara individu tentang kebaikan, keburukan dan
perkara yang menarik, sebelum kita membuat sumbang saran dalam kumpulan
dan membuat keputusan. Sebagai contoh, antara lain, kebaikan jangka waktu
sekolah dilanjutkan sehingga jam 5:00 petang ialah murid-murid mempunyai
masa yang lebih panjang untuk belajar. Keburukan sistem ini ialah guru terpaksa
bekerja lebih lama. Perkara yang menarik ialah ibu bapa tidak perlu mengambil
anak-anak mereka hingga jam 5.00 petang.

Latihan 10.4
Menurut Taksonomi Bloom, aras soalan yang diberikan (Nyatakan peraturan
berpakaian pelajar universiti) ialah „Pengetahuan‰, kerana untuk menjawab
soalan ini, pelajar hanya perlu mengingat semula fakta, iaitu peraturan
berpakaian pelajar universiti. Mereka tidak perlu memahami peraturan tersebut
untuk memberikan jawapan yang dikehendaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like