You are on page 1of 15

__________________________________________________________________

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
JANUARY 2016 SEMESTER
___________________________________________________________________

NAMA

: MOHD ZAHIRUDDIN BIN AZMAN

NO. MATRIKULASI

: 750909016913001

NO. KAD PENGENALAN

: 750909016913

NO. TELEFON

: 017 522 2973

E-MEL

: zahirmuc@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: PERAK LEARNING CENTRE

1.0 Pendahuluan
Murid-murid berkeperluan khas dikenalpasti dan dikategorikan
berdasarkan jenis kecacatan atau kekurangan yang di alaminya dalam
keadaan luar biasa iaitu dari segi fizikal, mental, emosi, dan tingkahlaku.
Murid-murid berkeperluan khas ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu
murid-murid yang bermasalah cacat fizikal, masalah pendengaran,
penglihatan,

bermasalah

pembelajaran,

bermasalah

tingkah

laku,

bermasalah pertuturan, terencat akal, cerdas pintar dan sebagainya.


Kementerian

Pendidikan

Malaysia

(KPM)

mengamalkan

prinsip

Pendemokrasian Pendidikan dalam merancang pendidikan untuk semua


golongan kanak-kanak. Semua kanak-kanak tanpa mengira kaum, latar
belakang, status ekonomi dan kecacatan mempunyai hak untuk
mendapat akses kepada pendidikan termasuk kanak-kanak kurang
upaya. Mereka mempunyai hak yang sama rata untuk belajar dan
bermain dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan (barrier-free
learning environment).
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa setiap
murid termasuk murid berkeperluan khas (MBK) adalah istimewa,
mempunyai kepelbagaian kebolehan dan mempunyai hak yang sama
rata bagi mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti di semua
sekolah.

Sehubungan

itu,

usaha

yang

komited,

terancang

dan

berterusan perlu dilakukan di semua peringkat KPM.


2.0

Apakah itu Down Sindrome


Kategori Murid Berkeperluan Khas perlu disahkan oleh pengamal

atau pakar perubatan sebelum dibuat penempatan dan pendaftaran


Orang

Kurang

mengenal

Upaya

pasti

menyediakan

(OKU).

semua

data

dan

Guru

kategori
maklumat

Pendidikan
MBK

Khas

sebagai

murid

seharusnya

langkah

sebelum

awal

memulakan

pengajaran dan pembelajaran (PdP).


Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya
berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan
2

menyimpan maklumat. Masalah pembelajaran merupakan kecelaruan


dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan
kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh
menjejaskan

keupayaan

mendengar,

berfikir,

bertutur,

membaca,

menulis, mengeja dan mengira.


Masalah
akademik,

pembelajaran

bahasa,

ingatan,

termaksuklah

masalah

pembelajaran

sosioemosi,

kemahiran

motor

dan

koordinasi serta hiperaktiv. Kategori murid-murid masalah pembelajaran


sperti Disleksia, Attention, Deficit, Hyperactivity Disorder (ADHD), Slow
Learner, Autisme, Sindrom Down terencat akal ringan.
Down

Sindrome

merupakan

suatu

suatu

bentuk

kelainan

kromosom yang dikenali sebagai trisomy 21, ia merupakan kecacatan


genetik

disebabkan

oleh

kehadiran

sebahagian

atau

kesemua

kromosom 21.Kromosom merupakan serat-serat khusus yang terdapat


di dalam setiap sel pada badan manusia yang mana terdapat bahanbahan genetik yang mana berfungsi untuk menentukan sifat-sifat
seseorang. Selain itu DownSindrome juga boleh disebabkan dari hasil
penyimpangan kromosom semasa konsepsi (pembuahan).
Down Sindrome dinamakan sempena seorang doktor British John
Langdon Down, yang mana

pertama kali menggambarkannya pada

tahun 1866. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan


keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga
perwatakan muka. Down Sindrome biasanya boleh dikenal pasti semasa
kelahiran. Ciri utama daripada bentuk ini adalah dari segi struktur muka.
Down Siondrome juga sering dikaitkan dengan ketidakmampuan fizikal
dan lazimnya insan istimewa ini memiliki jangka hayat hidup yang agak
singkat.
2.1 Penyebab Down Sindrome
Didalam

kajian,

Ibu-ibu

yang

berumur

35

tahun

keatas

mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Down


Sindrome. Dalam kalangan 5%, kanak-kanak Down Sindrome terjadi
3

disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan


ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14
kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang
atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisme ini biasanya berlaku
pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil
Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".
2.2 Ciri-ciri kanak-kanak istimewa DownSindrome
Kebanyakan anak-kanak Down Sindrome mempunyai ciri-ciri
fizikal yang unik, berdasarkan hasil pemerhatian dan kajian boleh
dibahagikan ciri-ciri unik mereka iaitu mereka mempunyai paras muka
yang hampir sama seperti muka orang Mongolia, pangkal hidungnya
kemek, jarak di antara kedua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut
bahagian dalam, ukuran pada mulut adalah lebih kecil berbanding
ukuran lidah yang besar menyebabkan lidah sentiasa terjulur keluar,
pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur, paras telinga adalah lebih
rendah, kepala biasanya lebih kecil dan agak lebar dari bahagian depan
ke belakang, Lehernya agak pendek, sifat-sifat yang jelas pada tangan
adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan kebanyakan
mereka mempunyai jari kelingking membengkok ke dalam, tapak
tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan
"simian crease". Kaki kanak-kanak istimewa DownSindrome agak
pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh
terpisah, lazimnya kanak-kanak Down Sindrome mempunyai otot yang
lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah
lewat dalam perkembangan motor kasar.
2.3 Masalah berkaitan kesihatan
Masalah

jantung

yang

paling

kerap

berlaku

ialah

jantung

berlubang Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang


diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu
jantung berlubang diantara ateri kiri dan kanan. Masalah lain adalah
termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis /
PDA). Selain dari itu, kanak-kanak Down Sindrome boleh mengalami
4

masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah


bernafas.
Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran, Saluran
esofagus yang tidak terbuka tiada saluran sama sekali di bahagian
tertentu esofagus, dapat dikesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana
bayi mengalami masalah menelan air liurnya. Saluran usus kecil
duodenum yang tidak terbuka iaitu penyempitan yang dinamakan
"Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak
normal di bahagian rektum, biasanya bayi akan mengalami masalah
pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut
membuncit dan susah untuk buang air besar. Saluran usus rectum atau
bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung
atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini
disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum,
biasanya

bayi

akan

mengalami

masalah

pada

hari

kedua

dan

seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah


untuk buang air besar. Di samping itu kanak-kanak Sindrom Down
mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid,
masalah ini berlaku di kalangan 10 % kanak-kanak Down Sindrome.
Kanak-kanak Down Sindrome juga mempunyai ketidakstabilan di tulangtulang kecil di bahagian leher yang menyebabkan berlakunya penyakit
lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ini berlaku di kalangan 10 %
kanak-kanak Down Sindrome, sesetengah dalam kalangan mereka
mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu
leukimia.
2.4 Masalah Perkembangan Pembelajaran
Mereka

yang

mempunyai

Sindrom

Down

berkemungkinan

mempunyai keupayaan kognitif lebih rendah berbanding purata, agak


sederhana dan terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali
dikaitkan dengan

kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau

navet. Sesetengah individu berhadapan dengan kecacatan akal yang


jelas atau teruk. Kebangkalian Down Sindrome dianggarkan sekitar 1
5

setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran. Pada peringkat awal
pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek
perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus
dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan
menjadikan

mereka

digemari

oleh

ahli

keluarga.

Mereka

juga

mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat


disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya
melakukan hampir semua pergerakan.
3.0 Kajian kes Sindrom Down
3.1 Latar belakang
SMK Jelapang Jaya dibina bagi menampung keperluan para pelajar
di kawasan persekitaran iaitu Kampung Sungai Tapah, Kampung
Dato Ahmad Said Tambahan, Manjoi dan Jelapang. Sekolah ini
mula dibina pada 18 Ogos 1998. Bangunan sekolah ini telah
diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada bulan Mac 2001
dibawah penjagaan En. Lockman bin Makmun. Bangunan sekolah
ini mengambil rekabentuk bangunan terkini yang memberi banyak
kemudahan prasarana bagi pembangunan seseorang insan bagi
menghadapi perkembangan dunia globalisasi.
Bermula Januari 2009, SMKJJ mengalami perubahan dari segi sesi
persekolahan apabila SMKJJ memulakan persekolahan dua sesi,
dengan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
ditempatkan pada sesi petang. Pantadbiran Sesi Petang diketuai
oleh En Abdul Manaf b Asmuni. Pada tahun 2013 kelas Pendidikan
Khas di wujudkan yang pada mulanya hanya terdapat seorang
murid berkeperluan khas sehingga pada tahun ini terdapat 10
orang murid yang mempunyai ketidakupayaan pelbagai belajar di
SMK Jelapang Jaya.
3.2

Profile subjek

Bagi menjawab soalan tugasan ini, saya telah berjumpa dengan


cikgu Syahtila yang bertanggungjawab mengajar Pendidikan Khas
6

di SMK Jelapang Jaya yang menyediakan kelas untuk pelajar


istimewa Pendidikan Khas serta bagi mendalami lagi ilmu serta
pengalaman sebanar menjadi seorang guru yang mengajar pelajar
istimewa ini, Walaupun Sekolah ini mempunyai berbagai pelajar
pendidikan khas yang lain, saya telah memilih untuk mengkaji
pelajar yang menghadapi sindrom down kerana secara jujur,
mereka ini merupakan pelajar yang unik dan patut didekati.
Responden saya ialah seorang pelajar lelaki. Berikut adalah serba
sedikit biodata responden yang dipilih:
Nama

Muhammad Fadhli bin Abdullah

Tarikh lahir

18 Ogos 2003

Jantina
Umur

:
:

Bangsa
Pekerjaan bapa

13 tahun
:

Lelaki

Melayu

juruteknik

Pekerjaan ibu

Sosioekonomi keluarga :

Sederhana

Bilangan adik beradik

Anak ke berapa

Tempat Lahir

Suri rumah sepenuh masa

3 orang

kedua
:

Hospital Ipoh

Hobi

Menyanyi dan mewarna

Sekolah

SMK Jelapang Jaya

Guru Kelas

Syhatila a/p Thevarajo

3.3 Jenis masalah Pembelajaran


7

Responden yang dipilih merupakan seorang kanak-kanak yang


telah disahkan sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran
yang dikategorikan sebagai kanak-kanak Down Sindrom. Pelajar
ini mempunyai ciri-ciri yang ketara seperti berikut:
Kategori Orang Kurang Upaya:

Down Sindrom

Fizikal

Penglihatan

Tiada

tiada masalah

Pendengaran

Tiada masalah

Berbahasa (komunikasi)

Pelat

Masalah kesihatan lain

Berat Badan

Tiada
:

Ketinggian

Bentuk Tubuh

23 kg

80 cm
:

Gempal

Warna Mata

Coklat

Warna kulit

Cerah

3.4 Kekuatan dan kelemahan


Kekuatan dan juga kelemahan yang terdapat pada pelajar
tersebut

ialah

dia

seorang

pelajar

Down

Sindrom

yang

dikategorikan sebagai Down Sindrom yang ringan, mudah mesra


dan juga mudah diajak berunding, sahsiah yang baik, menurut
kata, rajin dan mudah bekerjasama, pandai mewarna, sering
memasuki pertandingan mewarna kategori Pendidikan Khas, tiada
masalah kecacatan fizikal selain dari ciri-ciri fizikal biasa kanakkanak down sindrom dan mudah menguasai kemahiran motor
halus dan kasar.
Mudah jemu dan bosan ketika melakukan aktiviti tanpa sokongan
seperti galakan ataupun ditunggu, kerap terleka

walaupun

sedang membuat sebarang kerja. Kadang-kadang sukar mengikut


8

arahan.

(contoh

warna

yang

dipilih

olehnya

sukar

diganti

walaupun ditunjukkan dengan pilihan warna yang lain, tetap


dengan

pilihan warnanya). Keliru mengenai warna apabila leka

mewarna

atau

melukis

akan

mengeluarkan

bunyi

seperti

menderam dan sukar menentukan ruang yang sesuai untuk


melukis pada kertas lukisan jika tidak dibantu.
3.5 Kajian mata pelajaran
Untuk mendalami lagi pengalaman mengajar mata pelajaran
pendidikan khas ini, saya telah diberi peluang untuk mengajar
mata pelajaran pendidikan seni yang mana, ia merupakan salah
satu mata pelajaran yang paling diminati oleh respondan. Bagi
tujuan tugasan ini, saya telah menetapkan hasil pembelajaran
berdasarkan bidang, tema dan juga tajuk kecil sebagaimana yang
terkandung

di

dalam

Sukatan

Bermasalah

Pembelajaran

Pelajaran

Sekolah

Pendidikan

Rendah

dan

Khas

Menengah

(Komponen Pendidikan Seni).


Hasil Pembelajaran yang ingin dicapai adalah seperti berikut:
Bidang

Melukis

Tema

Alam Persekitaran

Tajuk Kecil

Rumah saya

Objektif

1. Mengembangkan bakat
2. menunjukkan kemahiran kognitif dan
psikomotor murid.
3. mengenal, membeza dan menggunakan
warna yang betul.

Hasil Pembelajaran

1. Pelajar dapat mengunakan pensil

warna
2. Dapat mewarnakan gambar dengan
menggunakan pilihan warna yang betul.
9

Bahan bantu mengajar :

1. pensil

2. Warna
3. Gambar

4.0 langkah-langkah yang diambil untuk membantu murid


menghasilkan lukisan tersebut.
Bagi seorang kanak-kanak Down Sidrom, kemahirannya dalam
melukis adalah tidak sama sebagaimana kanak-kanak normal. Oleh itu
beberapa langkah perlu diambil supaya ia secara tidak langsung dapat
membantu kanak-kanak ini menghasilkan sebuah lukisan. Agar pelajar
ini dapat menghasilkan sebuah lukisan yang baik dan bersistematik,
terdapat dua langkah utama yang boleh dilakukan. Langkah pertama
ialah mengkhusus kepada pergerakan motor kasar dan yang kedua pula
ialah pergerakan motor halus.
4.1

Kemahiran Pergerakan Motor Kasar

Kemahiran ini melibatkan proses pergerakan tangan dan juga jari


jemari secara

kasar. Pada

peringkat

awal melukis, latihan

membuat garisan panjang, pendek, menegak, mendatar, bulat


dan sebagainya dapat mendedahkan pelajar kepada kemahiran
pengawalan motor kasar mereka. Latihan-latihan seperti ini boleh
dijalankan melalui dua aktiviti:
a. Aktiviti contengan bebas.
Aktiviti ini boleh dijalankan pada satu ruangan dinding yang
dikhaskan bagi pelajar tersebut membuat contengan bebas.
Selain dari itu guru juga boleh membimbing pelajar membuat
pelbagai bentuk secara menulis di atas angin tanpa menggunakan
alatan melukis dengan menggayakan pelbagai bentuk asas.
Pergerakan ini sebenarnya dapat menggerakkan keselurihan
bahagian

tangan

iaitu

dari

kepergelangan tangan.
10

bahagian

bahu

hinggalah

b. Aktiviti contengan bebas di atas kertas.


Dalam aktiviti ini pula pelajar akan diberikan kertas dan juga
alatan melukis seperti pensil untuk melakar ataupun menconteng
secara bebas pelbagai bentuk asas. Aktiviti bebas ini dilakukan
kerana ketika ini pelajar belum lagi mengusai tentang konsep
ruang dan juga koordinasi antara mata dan juga tangan.
4.2 Kemahiran Motor Halus
Kemahiran motor halus pula melibatkan aktiviti yang dapat
membentuk pergerakan motor halus yang bermula dari
pergelangan tangan dan juga jari-jemari.
a. Latihan menggerakkan jari-jemari.
Latihan ini boleh dijalankan dengan memberikan pelajar beberapa
alat seperti tanah liat untuk diramas , menggulung kertas kecil,
latihan menggunakan alatan melukis yang dimulai dengan alatan
yang bersaiz besar diikuti pula saiz yang agak kecil. Melatih
pelajar membuat garisan luar sesuatu objek ataupun gambar
sama ada dengan alatan ataupun hanya menggunakan jari.
Latihan yang berulang akan dapat membantu pelajar mengawal
pergerakan

pergelangan

dan

jari

jemarinya.

Pergerakan-

pergerakan ini dibuat secara bebas.


b. Pergerakan terkawal menerusi aktiviti.
Bagi meningkatkan lagi keupayaan kawalan pergerakan dalam
aktiviti melukis, pelbagai bahan bantu dan kaedah yang sesuai
boleh

digunakan.

meningkat

Bahan

kemahiran

bantu

pergerakan

ini

akan

secara

digunakan
terkawal.

dalam
Sebagai

contoh pelajar diberi gambar yang hanya mempunyai titik, pelajar


diminta

membuat

garisan

yang

menyambungkan

titit-titik

tersebut. Menggunting mengikut bentuk, membuat garisan luar


menggunakan pensil mengikut objek yang diberikan dan menekap
gambar adalah antara aktiviti yang dapat membantu pelajar
meningkatkan pengawalan kemahiran motornya.
11

4.2 Pemilihan jenis alatan melukis.


a. Alatan Melukis
Bagi menghasilkan sesebuah lukisan, terdapat pelbagai alatan,
media

dan

bahan

yang

oleh

digunakan.

Pelukis

perlu

menggunakan alatan, bahan ataupun media yang sesuai untuk


mendapatkan kesan-kesan tertentu. Oleh itu, bagi pelajar-pelajar
bermasalah pembelajaran seharusnya dibimbing, diperkenalkan
dengan pelbagai jenis alatan melukis yang sesuai.
Oleh itu bagi melaksanakan tugasan ini saya telah memilih dua
alatan melukis yang sesuai iaitu pensil dan juga pensil warna.
Penggunaan pensil dibuat kerana ia merupakan alatan utama
dalam proses awal melukis terutamanya bagi seorang kanakkanak.

Dari aspek kesesuaianya untuk mencapai objektif

pembelajaran boleh dilihat dari segi kemudahan penggunaan


pensil itu sendiri. Ia alat yang mudah digunakan dan juga hasilnya
mudah dipadam jika terdapat kesilapan. Lakaran pensil yang
mudah dipadam sememang amat sesuai bagi seorang kanakkanak apatah lagi kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran
yang juga pada peringkat ini keyakinannya masih sangat kurang
dalam membuat lakaran. Berbanding dengan alatan lain sebagai
contoh pen yang sukar dipadam adalah tidak sesuai dengan
kebolehan pelajar bermasalah pembelajaran ini.
Penggunaan pensil warna pula dipilih, kerana ia juga merupakan
medium yang sesuai bagi pelajar bermasalah pembelajaran. Pensil
warna berfungsi mewarnai lakaran yang dibuat agar menjadi lebih
menarik. Adalah tidak sesuai sebagai contoh, warna air digunakan
oleh pelajar ini kerana ia memerlukan kemahiran yang agak rumit
seperti memicit warna, mengadunkannya dengan air, kawalan
kuantiti air dan sebagainya berbanding dengan penggunaan
pensil warna. Dengan terdapatnya lebih daripada 12 pilihan warna
yang ada, pelajar dapat dibimbing dari aspek pemilihan dan
penggunaan warna yang tepat dalam menghasilkan sesuatu
12

lukisan. Sebagai contoh, dengan menggunakan warna, pemilihan


warna

yang

sebagainya

betul
dapat

untuk

pokok,

membantu

kenderaan,

dalam

haiwan

pencapaian

dan

objektif

pengajaran dan pembelajaran.


4.3 Bagaimana seni melukis membantu mengubah tingkah
laku murid?
Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat khusus menerangkan
bagaimana melalui seni melukis ini berperanan membantu
mengubah tingkah laku seseorang murid itu. Menurut Fadhil &
John Arul Fadhi (2007), bagi kanak-kanak khas, lukisan merupakan
salah

satu

aktiviti

yang

banyak

membantu

mereka

mengembangkan kecerdasan emosi, meningkatkan kecerdasan


emosi, meningkatkan daya kecerdasan pada pemahamannya
terhadap nilai-nilai corak, harmoni dan warna. Bowen (1992), pula
menyatakan, lukisan juga mampu merangsang pemikiran kreatif
sekiranya dilaksanakan dengan betul kepada kanak-kanak. Begitu
juga menurut Mary Maresky (1998), menjelaskan aktiviti melukis
dapat meningkatkan sikap berani kanak-kanak terutamanya jika
selepas melukis kanak-kanak diberi peluang untuk menceritakan
atau memperihalkan lukisan yang telah dihasilkan.
5.0 Kesimpulan
Pengesanan pada peringkat awal dapat membantu kanak-kanak
berkeperluan khas untuk mendapat peluang pendidikan seperti kanakkanak normal yang lain. Peluang dan ruang perlu diberikan kepada
semua kanak-kanak istimewa ini agar mereka dapat berjaya dalam
hidup. Oleh yang demikian, guru mahupun ibu bapa perlu mengambil
berat tentang keperluan yang sepatutnya dimiliki oleh anak-anak
ini. Teknik-teknik ini dapat digunakan bagi membantu dan memudahkan
semua pihak untuk mengesan kekurangan yang dihadapi oleh kanakkanak.

13

Tugasan Pendidikan Inklusif MBK ini diharap dapat dijadikan bahan


rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan PPI di
sekolah. Semua pihak perlu sedar bahawa kewujudan PPI adalah satu
peluang pendidikan yang disediakan bagi MBK belajar dalam kelas arus
perdana

dan

menjalankan

aktiviti

bersama-sama

murid

di

arus

perdana. Keikhlasan, dedikasi dan komitmen semua pihak adalah


penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan PPI.
6.0 Rujukan
Kathleen Chee.2008. Pendidikan Seni Visual. Bangi. Pelangi Sdn. Bhd.
Modul OUM.2006. Pengenalan Pendidikan kanak-kanak Masalah
Pembelajaran.Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn Bhd.
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan
Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian
Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan
Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif.
Seaview Hotel Langkawi
Ang Huat Bin. (1999).

Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan

Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications &


Distributors Sdn Bhd.
Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap
Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam
Program Integrasi.

Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.


Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur:
DBP.
Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan
Khas 2020. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

14

Bahagian Pendidikan Khas (2015). Program Pendidikan Khas Integrasi


2015. Putra Jaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap
Pengintergrasian

Kanak-kanak

dengan

Keperluan

Khas.

Jurnal

Pendidikan, 21,33-50
Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan
sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala
Lumpur.Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

15

You might also like