You are on page 1of 5

JATA NEGARA

 Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning


melambangkan agama Islam.

 Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas buah


negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.

 Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan


Malaysia.

 Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.

 Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata


Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak
dan Sabah.

 Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu,
warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning
warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah,
hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.Empat buah negeri ini ialah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

 Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu
dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu)
JALUR GEMILANG

 Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang


melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.

 Bintang bersudut empat belas melambangkan empat


belas negeri di Malaysia dan ibu negeri.

 14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu


negeri, Kuala Lumpur.

 Warna biru melambangkan perpaduan.

 Warna putih melambangkan kesucian.

 Warna merah melambangkan keberanian.


BUNGA RAYA, BUNGA KEBANGSAAN

 Bunga Kebangsaan di Malaysia ialah bunga raya yang


dikategorikan dalam ‘Genus Hibiscus’. Bunga raya
mempunyai lima kelopak dan telah dinobatkan sebagai
bunga kebangsaan pada tahun 1960 oleh Perdana
Menteri pertama, YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Al-
Haj.

 Warna merah bagi bunga raya mewakili sifat berani


menempuh cabaran dan bentuk lima kelopak yang terdapat
pada bunga memberi maksud yang berikut:

i.Mencapai perpaduan di kalangan rakyat .


ii.Mewujudkan demokrasi dalam Negara
iii.Mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam
membahagikan kekayaan Negara
iv.Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk
mempraktikkan kebudayaan yang pelbagai
v.Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik dalam
pembangunan teknologi
RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan Kesusilaan.

 Lima prinsip Rukun Negara juga digunakan


sebagai panduan dalam kehidupan rakyat
Malaysia.

 Prinsip Rukun Negara adalah satu usaha dalam


mewujudkan perpaduan dalam Negara
walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai
jenis agama, kepercayaan, kaum dan
kebudayaan masing-masing.

You might also like