You are on page 1of 8

BENDERA MALAYSIA

Bendera dan lagu kebangsaan ialah lambang kebesarn sesebuah negara. Sebagai sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mempunyai bendera dan lagu kebangsaannya
sendiri.
Bendera Malaysia mengangdungi 14 jalur merah dan putih. Jalur merah dan putih ini membawa
maksud 13 buah negeri di Malaysia dan sebuah kerajaan Persekutuan.
Bendera Malaysia mempunyai empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan biru. Warna biru
tandanya perpaduan. Warna kuning ialah warna diraja. Bulan sabit lambang agama Islam
negara ini. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan
Persekutuan.

MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA

JANGAN LETAK BENDERA DI ATAS TANAH.

JANGAN BIARKAN BENDERA MELERET KE TANAH SEWALTU MENURUNKANNYA.

JIKA BENDERA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAN BAWA IA MASUK


PADA WAKTU PETANG.

JIKA HENDAK MENGIBARKAN BENDERA SEPARUH TIANG,


NAIKKAN DAHULU SEPENUH TIANG, KEMUDIAN BARULAH TURUNKAN.

JANGAN GUNAKAN BENDERA SEBAGAI ALAS MEJA ATAU PENUTUP SESUATU


BENDA, KECUALI SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN. MISALNYA UNTUK MENUTUP
KERANDA.

TALI BENDERA HENDAKLAH SENTIASA DIPERIKSA. PASTIKANIA TEGUH DAN


TIDAK MUDAH PUTUS.

BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

PERLIS INDERA KAYANGAN

BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN


Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat.
Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat
Baginda.

KEDAH DARUL AMAN

BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun.
Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini
beragama Islam.
Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya
dan
penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

SELANGOR DARUL EHSAN

BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang
pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam
ditunjukkan dengan warna putih.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang
berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam
maksudnya
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.

PAHANG DARUL MAKMUR

BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR


Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah.
Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan
bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang
bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas
hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat,
adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah
negeri yang beraja dan berdaulat.

KELANTAN DARUL NAIM

BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM


Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk
rakyat dan
Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja
negeri ini.

TERENGGANU DARUL IMAN

BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah


hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada
seluruh rakyat
Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

JOHOR DARUL TAKZIM

BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM


Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
PERAK DARUL RIDZUAN

BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN


Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan
hitam.
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Pe
rak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul
Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak
Darul Ridzuan.

MELAKA DARUL AZIM

BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM


Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara
anak
bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan
Malaysia.

SARAWAK BUMI KENYALANG

BENDERA SARAWAK BUMI KENYALANG


Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam
daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan
dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order),
perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah,
balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian
di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita
untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

SABAH DI BAWAH BAYU

BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU


Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas
bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan
Gunung Kinabalu,
berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang
berkibar
dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna
putih
dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan
kesejahteraan,
putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan.

Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan
dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima
bahagian
yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula
melambangkan
Kerajaan Negeri Sabah.

PULAU PINANG PULAU MUTIARA

BENDERA NEGERI PULAU PINANG


Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih
pula
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning
melambangkan
kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

WILAYAH PERSEKUTUAN

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN


Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini
digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan
dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang
melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh
rakyat Malaysia.

Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan


kedaulatan;
Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian
dan kebenaran; dan
Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan
bertenaga.
Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang
meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan
terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong
Wilayah Persekutuan

You might also like