You are on page 1of 2

Lagenda Sukan Di Malaysia

Rosli Kader - jaguh lumba basikal negara yang berjaya melakarkan namanya
seiring dengan jaguh pelumba negara yang lain seperti Ng Joo Ngan, adiknya Ng Joo
Pang, Nordin Puteh, Shahrudin Jaafar dan Andrew Michael di waktu bintangnya
bergemerlapan.
Slyvia Ng - Jaguh badminton negara yang pernah menggegar dalam pelbagai
pertandingan antarabangsa satu ketika dulu berasal dari Johor Bahru. Sylvia mula
mewakili negara pada tahun 1966 ketika berumur 16 tahun.
Foo Kok Keong - Beliau merupakan pemain badminton kebangsaan. Kini Foo Kok
Keong merupakan Ahli Jawatankuasa dan Jurulatih Badminton Nusa Mahsuri mulai 1
Januari 1996.
M Vasugi - Bekas jaguh taekwondo wanita, M Vasugi mampu meraih pingat perak
pada penyertaan pertama di Sukan Sea 1987 membawa tuah buatnya apabila
kejayaannya itu dijadikan sebagai faktor pemilihan untuk mewakili negara ke
temasya yang berlangsung di Seoul pada 1988.
Misbun Sidek - Beliau merupakan pemain badminton pertama di negara ini yang
mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun.
Rashid Sidek - Beliau merupakan pemain termuda yang memenangi National Junior
Badminton Championship pada 1980 semasa berumur 12 tahun.
Nurul Huda Abdullah - Beliau mewakili Negara dalam sukan renang pada tahun
1985. Nurul Huda menjadi sejarah dalam sukan tanah air negara menerusi
pencapaian terbaiknya di Temasya Kuala Lumpur 1989 dengan lapan emas.
Sazali Samad - Sazali Samad merupakan atlet Bina Badan Malaysia. Sazali telah
berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25 tahun. Sazali
Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.
Dato' Mokhtar Dahari - Beliau adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan
Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya
menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972
hinggalah 1985.
Datuk Rajamani Mailvaganam - Beliau seorang ahli Sukan Wanita Tahunan 1966 di
Malaysia. Pada tahun 1964, beliau mewakili Malaysia untuk olahraga dalam Sukan
Olimpik yang diadakan di Tokyo, Jepun, dan pada tahun 1965, beliau mencapai
empat pingat emas dalam Sukan SEAP yang diadakan di Kuala Lumpur untuk
perlumbaan 200 meter, 400 meter, 800 meter, dan 4 x 100 meter.

Shalin Zulkifli - Jaguh bowling kebangsaan yang membantu Malaysia menduduki


tempat ke-4 pada Piala Dunia Berpasukan yang diadakan buat pertama kalinya, di
Petaling Jaya.
Datuk Nicol Ann David - ialah seorang pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi
pemain skuasy wanita Nombor 1 di dunia, dan juara (mulai 2005) "Terbuka British"
dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu.
Datuk M. Jegathesan - merupakan ahli sukan pertama negara ini dianugerahkan
Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1966. Anugerah ini merupakan pengiktirafan
Majlis Sukan Negara kepada pencapaian cemerlang beliau pada tahun tersebut.
Beliau juga merupakan atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat dalam sukan
antarabangsa ketika itu.
Ong Beng Hee - memenangi World Junior Champion di Princeton, Amerika Syarikat
yang selama ini diboloti pemain Pakistan. Ong Beng Hee telah menempatkan
dirinya sebagai Pemain Squash Dunia-7 pada tahun 2001.
Datuk Lee Chong Wei- Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008
dan 2012, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir
acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia
sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta
sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib bin Tun Razak sebagai wira
kebangsaan.

You might also like