You are on page 1of 19

MALAYSIA BOLEH

Pencapaian gemilang negara dalam bidang sukan pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa telah terukir sejak era sebelum kemerdekaan. Kegemilangan yang
dicapai ini telah berjaya mengharumkan nama negara. Contohnya dalam bidang sukan
bola sepak.

Malaya Football Association telah ditukar nama


kepada Persatuan Bolasepak Malaysia
atau Football Association of Malaysia (FAM)
pada tahun 1963

Usaha Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan


Pesta bola Merdeka pada tahun 1957 telah menjadi pemangkin
kepada pembangunan dan kecemerlangan bola sepak Malaysia.

Pasukan bola sepak Malaysia Berjaya melayakkan diri

ke Sukan Olimpik di Munich (1972) dan Moscow (1980).

FAM menganjurkan liga kebangsaan menerusi


Piala Malaysia bermula pada tahun 1967
Pasukan paling berjaya dalam Kejohanan
Piala Malaysia sehingga tahun 2015
Bil Pasukan Juara
1 Selangor 33
2 Singapura 24
3 Perak 7

Pasukan Selangor merupakan pasukan paling


berjaya dalam kejohanan Piala Malaysia
sejak diperkenalkan pada tahun 1967

Sukan bola sepak negara pernah melakar kejayaan pada peringkat antarabangsa
dengan memenangi Piala Suzuki AFF pada tahun 2010.Selain sukan bola sepak, atlet
negara juga menyerlah dalam bidang sukan lain. Semangat “Malaysia Boleh” telah
menjadi dorongan kepada para atlet untuk meletakkan nama Malaysia di persada
dunia. Kibaran bendera Malaysia pada setiap temasya sukan antarabangsa dan
kejohanan bertaraf dunia amat membanggakan kita.

MALAYSIAKU GEMILANG

Penglibatan atlet negara menerusi pelbagai bidang sukan dalam sukan

antarabangsa dan kejohanan bertaraf dunia telah mengharumkan nama Malaysia.

SUKAN SEA
 Sukan SEA diperkenalkan pada tahun 1977. • Nama asal
Sukan SEA ialah South East Asia Peninsular
Games(SEAP).
 Sukan ini disertai oleh Il buah negara Asia Tenggara.
 Pada tahun 1989, 2009 dan 2011, pasukan bola sepak
Negara telah menggondol "ibu emas” kejohanan.
 Pada tahun 2001, Malaysia telah menjadi juara kejohanan
dengan mengutip 111 pingat emas, 75 perak dan 85
gangsa.

Sukan Asia
 Sukan Asia mula diperkenalkan pada tahun 1951 dan
disertai oleh negara-negara Asia.
 Dua orang atlet negara telah berjaya mengharumkan nama
Malaysia, iaitu Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan pada tahun
1966 dan Rabuan Pit pada tahun 1982.
 Tahun 2010 merupakan tahun pencapaian terbaik Malaysia
apabila memenangi sembilan pingat emas.

Sukan Komanwel
 Sukan Komanwel mula diperkenalkan pada tahun 1930 dan
disertai oleh negara bekas tanah jajahan British.
 Pada tahun 1998, Malaysia menduduki tempat
keempatkeseluruhan kejohanan.
 Pada tahun 2010, di New Delhi, negara kita telah Berjaya
mendapat pungutan pingat terbaik, iaitu 12 emas, 10 perak
dan 13 gangsa.
 Pada tahun 2014, di Glasgow, negara kita cemerlang
menerusi sukan badminton, terjun papan anjal dan angkat
berat.
Sukan Olimpik
 Sukan Olimpik mula diperkenalkan tahun 1896.
 Kejayaan terbaik negara kita adalah menerusi
olahraga,badminton dan bola sepak.
 Pada tahun 1964 di Tokyo dan tahun 1968 di Mexico, Tan
Sri Dato' Dr.M. Jegathesan layak ke peringkat pada akhir
acara 200 m.
 Beberapa pingat dimenangi di Sukan Olimpik: - Satu
pingat perak dan satu pingat gangsa di
- Satu pingat gangsa di Barcelona,1992. Atlanta, 1990.
- Satu pingat perak di Beijing, 2008.
- Satu pingat perak dan satu pingat gangsa di
London, 2012.

Piala Thomas
 Kejohanan Piala Thomas diperkenalkan pada tahun 1949 di
Preston, England.
 Malaysia menjuarai kejohanan pada tahun 1949, 1952,
1955, 1967 dan 1992

Kejohanan Badminton Terbuka


All England
 Diperkenalkan pada tahun 1899.
 Malaysia menjuarai acara beregu lelaki pada tahun 1949,
1951-1954, 1959, 1965-1966, 1971, 1982 dan 2007.
 Malaysia menjuarai acara individu lelaki pada tahun 1950-
1957, 1966, 2003, 2010, 2011 dan 2014

Hoki Piala Dunia


 Kejohanan Hoki Piala Dunia diperkenalkan pada tahun
1971.
 Malaysia telah berjaya melayakkan diri sebanyak tujuh kali.
 Pada tahun 1975, Malaysia pernah menduduki tempat
keempat dalam kejohanan ini.

JAGUH TERSOHOR

Kecemerlangan atlet negara dalam bidang sukan turut diperlihatkan penyertaan dalam
kejohanan sukan bertaraf dunia. Beberapa kejoha berprestij juga telah diungguli oleh
negara kita.

Datuk Nicol Ann David


• Pernah memegang gelaran pemain skuasy nombor satu dunia.
• Pencapaian cemerlang beliau telah memasyhurkan nama Malaysia:
- Terbuka Dunia 2005-2006, 2008-2011 dan 2014.
- Terbuka British 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014
- Terbuka Hong Kong 2006-2015.
- Qatar Klasik 2007, 2008, 2010 dan 2011.
Sazali Abdul Samad
• Cemerlang dalam sukan bina badan negara dan dunia.
• Berjaya mengekalkan gelaran "Mr. Asia” kategori bantamweight sebanyak tujuh
kali sejak tahun 1996.
• Memenangi gelaran “Mr. Universe” kategori bantam weight sebanyak 10 kali
sejak tahun 2000 hingga 2014

Pandelela Rinong anak Pamg


• Atlet wanita sukan terjun papan anjal negara.
• Cemerlang dan memenangi pingat dalam Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel:
- Dua pingat perak dalam Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura.
- Satu pingat emas dalam Sukan Komanwel 2010di New Delhi, India.
- Satu pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2012 dilo - Satu pingat emas dalam
Sukan Sea 2015 di Singapura.

Datuk Lee Chong Wei


• Cemerlang dalam sukan badminton dunia,
• Memenangi kejohanan badminton berprestij dunia: 
- Pingat emas Sukan Komanwel 2006 di Melbourne,Australia
- Pingat perak Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.
- Pingat emas Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.
- Pingat perak Sukan Olimpik 2012 di London, United Kingdom
- Juara perseorangan lelaki Kejohanan BadmintonTerbuka All England 2010,
2011 dan 2014 di London,United Kingdom
• Memegang gelaran pemain badminton nombor satu dunia bagi tahun 2006,
2008, 2012 dan 2013.

Shalin Zulkifli
• Ratu Boling negara yang telah mencatatkan beberapa kejayaan gemilang
- Gelaran Nombor Satu Asia bagi tahun 2000, 2001, 2002 dan 2004.
- Juara Wanita World Tenpin Masters England 2001.
- Juara Terbuka Antarabangsa Thailand 2002.
- Juara Terbuka Antarabangsa Filipina 2002.
- Juara Asian Bowling Tour Grand Slam 2003.
- Juara Terbuka Bahrain 2004.
- Juara Terbuka Sinai 2004.
- Juara ABF Tour Thailand 2004.
- Pingat gangsa Kejohanan Boling Komanwel 2005 di Cyprus.
- Pingat emas Sukan Sea 2015 di Singapura.
Dato' Mohamad Razif Dato' Sidek dan Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Sidek
• Atlet beregu badminton negara.
• Mengharumkan nama negara dalam kejohanan sukan badminton dunia:
- Juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Terbuka All England 1982.
- Membantu Malaysia memenangi Piala Thomas 1992.

Nurul Huda Abdullah Ch' Shu Lin


 Atlet renang negara.
 Memenangi kejohanan renang:
- Tujuh pingat emas dalam Sukan SEA 1985 di Bangkok, Thailand
- Dua pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Sukan Asia1986.
-Tujuh pingat emas dalam Sukan SEA 1987 di Jakarta, Indonesia
- Lapan pingat emas dalam Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.
- Olahragawati Negara lima tahun berturut-turut dari tahun 1985 hingga tahun
1989.

Datuk Abdul Malek Mohamed Noor


 Atlet bina badan negara dan antarabangsa.
 Cemerlang dan mengharumkan nama negara.
 Memenangi enam kali gelaran "Mr. Asia” kategori heavyweight dari tahun 1985
hingga tahun 1991.
Tan Aik Huang
 Atlet badminton perseorangan negara.
 Memenangi kejohanan badminton berprestij dunia:
- Pingat emas Sukan SEA 1965 di Kuala Lumpur.
- Juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka All England 1966 di
London.
- Pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel 1966 di Jamaica.
- Membantu Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1967.

Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan


 Atlet legenda sukan pecut negara dan antarabangsa.
 Mendapat gelaran Manusia Terpantas Asia”.
 Mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa:
 Atlet pertama negara yang layak bertanding dalam tiga kejohanan Sukan Olimpik
pada tahun 1960, 1964 dan 1968.
 Atlet pertama negara yang layak ke peringkat separuh akhir acara 200 m Sukan
Olimpik pada tahun 1964 dan 1968.
 Memenangi pingat emas dalam acara 100 m, 200 m dan 4 x 100 m semasa
Sukan Asia 1966 di Bangkok, Thailand.

Rabuan Pit
 Atlet pelari pecut negara.
 Memenangi kejohanan berprestij dunia:
- Pingat emas acara 200 m dan 400 m Sukan SEA 1979.
- Pingat perak acara 100 m dan 200 m Sukan SEA 1981Asia 1982
- Tiga pingat perak menerusi acara 200 m, 4 x 100 m dan 4 x 400 m Sukan
SEA 1985.

Dato' Mokhtar Dahari .


 Legenda bola sepak negara.
 Menerima julukan "Supermokh” atas kemahiran julukan "Supermokh” atas
kemahiran dan pencapaian hebat beliau.
 Membantu pasukan Selangor memenangi Piala Malaysia
sebanyak 10 kali.
 Mewakili negara ke peringkat ke peringkat antarabangsa sebanyak 167 kali.
 Menjaringkan 125 gol pada peringkat antarabangsa
 Membantu Malaysia menjuarai Kejohanan Pestabola Merdeka pada tahun 1973,
1974 dan 1976.

Datuk Marina Chin Leng Sim


 Atlet olahraga wanita kebanggaan negara.
 Mencatatkan pencapaian cemerlang:
- Pingat emas acara 4 x 400 m Sukan SEA 1971.
- Pingat perak acara 400 m lari berpagar Kejohanan Olahraga Asia 1975 di
Seoul, Korea Selatan.
- Pingat emas acara 100 m lari berpagar Kejohanan Jemputan Filipina 1976.
- Dua pingat emas acara 100 m dan 200 m Sukan SEA 1977
- Pingat perak acara 4 x 400 m Kejohanan Antarabangsa Trek dan Padang
Asia 1979 di Tokyo, Jepun.
- Dua pingat emas acara 100 m lari berpagar dan 4 x 400 m Sukan SEA 1979.

Ahmed Ishtiaq Mubarak


 Atlet olahraga kebanggaan negara dalam acara 110 m lari berpagar.
 Mencatatkan rekod pencapaian cemerlang.
 Memenangi pingat emas Sukan SEA 1971.
 Bertanding dalam tiga kejohanan Sukan Olimpik pada tahun 1968,1972 dan
mara ke peringkat separuh akhir pada tahun 1976.
 Terpilih mewakili benua Asia dalam Kejohanan Piala Dunia 1977 di Jerman.

Dato' M. Rajamani
wanita terawal yang mengharumkan nama negara.
 Mencatatkan rekod pencapaian cemerlang dalam kejohanan berprestij:
- Mewakili negara dalam Sukan Olimpik 1964.
- Memenangi empat pingat emas menerusi acara 200 m, 400 m,800 m dan 4 x
100 m Sukan SEAP 1965.
- Memenangi tiga pingat emas menerusi acara 400m, 800m dan 4 x 100 m
Sukan SEAP 1967.
- Memenangi satu pingat perak dalam acara 200 m. Merupakan penerima
pertama anugerah Olahragawati kebangsaan pada tahun 1966.
PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA
Negara kita menganjurka
kita diberi penghormatan oleh badan sukan dunia un niurkan sukan bertaraf
antarabangsa. Malaysia dipilih kerana onyediakan pelbagai kemudahan dan berjaya
mengendalikan sukan-sukan tersebut.

Kompleks Sukan Bukit Jalil mempunyai pelbagai kemudahan sukan bertaraf dunia.

Sejarah penganjuran sukan antarabangsa di negara kita telah bermula sejak tahun
1965 Penganjuran sukan ini meletakkan Malaysia dalam kalendar sukan antarabangsa.
Sukan SEA
• Negara kita menjadi penganjur kepada lima temasya Sukan SEA, iaitu pada
tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.
• Tupai emas telah dipilih sebagai maskot Sukan SEA 2001.
• Penganjuran kejohanan sukan ini telahmembantu merapatkan hubungan
Malaysia dengan negara serantau Asia Tenggara.

Sukan Komanwel
• Penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998 di Kuala Lumpur telah
menjadikan Malaysia Negara Asia pertama menganjurkan kejohanan ini.
• Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi stadium utama kejohanan.
• Orang Utan telah dipilih sebagai maskot dan bunga raya menjadi logo Sukan
Komanwel.

Le Tour de Langkawi
• Kejohanan lumba basikal antarabangsa ini menjadi acara tahunan sukan negara
kita sejak tahun 1996.
• Nama kejohanan ini diambil sempena nama tempat pelepasan perlumbaan, iaitu
Langkawi.
• Laluan perlumbaan yang menjelajah seluruh negara telah mempromosikan
tempat-tempat menarik di Malaysia.

Formula 1 dan Formula E


• Negara kita menjadi penganjur kejohanan
• Formula 1 sejak tahun 2000.
• Pembinaan Sepang International Circuit (SIC) Formula 1 telah menyediakan
kemudahan bertaraf dunia.
• Formula E telah diadakan di Putrajaya pada tahun 2014.

Sukan Permotoran
• Negara kita menjadi penganjur sukan permotoran sejak tahun 1991.
• Sukan permotoran yang dianjurkan ialah:
- Grand Prix Motorcycle Racing (MotoGP)
- Superbike World Championship (SBK)
Piala Monsun
• Sukan ini dianjurkan di Pulau Duyong, Terengganu sebagai acara tahunan sejak
tahun 2005.
• Perlumbaan di negara kita merupakan acara penutup dalam kalendar kejohanan
World Match Racing Monsoon Cup MALAYSIA

Hoki Piala Dunia


• Negara kita menjadi tuan rumah kejohanan ini pada tahun 1975 dan 2002.
• Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Merdeka pada tahun 1975 dan Stadium
Hoki Nasional, Bukit Jalil pada tahun 2002.

Piala Thomas
• Malaysia menganjurkan kejohanan ini sebanyak enam kali.
• Penganjuran kejohanan pada tahun 1970, 1984, 1988 dan 1992 berlangsung di
Stadium Negara, Kuala Lumpur.
• Kejohanan pada tahun 2000 dan 2010 diadakan di StadiumPutra, Bukit Jalil,
Kuala Lumpur.

Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini penting kepada pembangunan negara.


Kejayaan penganjuran sukan antarabangsa ini turut membantu perkembangan ekonomi
negara menerusi pelancongan dan tukaran wang asing.Kedatangan para pelancong
untuk menyaksikan sukan yang dianjurkan dapat memperkenalkan Malaysia kepada
negara luar. Penganjuran sukan antarabangsa ini juga dapat merapatkan hubungan
diplomatikMalaysia dengan negara lain.

PENGAYAAN
PEMIMPIN TERBILANG SUKAN CEMERLANG

Kemajuan sukan di negara kita merupakan hasil usaha gabungan para pemimpin, atlet
dan tokoh sukan. Mereka bertanggungjawab untuk kejayaan sesuatu kejohanan yang
disertai oleh negara. Kita harus bangga dan menghargai usaha gigih mereka demi
mengharumkan nama Malaysia

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf


Izzuddin Shah merupakan tokoh penting dalam sukan hoki di
Malaysia. Baginda digelar “Bapa Hoki Malaysia". Baginda
merupakan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (1985-2004).
Penganjuran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah telah
mendapat pengiktirafan Federation International Hockey (FIH).
Baginda pernah dilantik sebagai Naib Presiden FIH (1992-2000)
dan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) (1978-1984).

Tan Sri Hamzah bin Datuk Abu Samah pernah meneraju


beberapa badan sukan utama negara dan antarabangsa.
Beliau pernah dilantik sebagai Presiden MOM (1976-1990
dan Ahli Kehormat International Olympic Committee (2004-
2012). Beliau juga merupakan Presiden Persekutuan Sukan
SEA (1975-1977) dan Naib Presiden Kehormat Persekutuan
Sukan Komanwel (1982-1998).

Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar


merupakan Presiden Persekutuan Sukan SEA (2000-2001
2015-2017) dan Presiden Persekutuan Sukan Komanwel 011-
2015). Beliau terpilih sebagai Presiden World Squash
Cederation (WSF) (1989-1996) dan Ahli Lembaga Eksekutif
International Cricket Council (ICC) (1997-1999 dan 20012008).
Sebagai Presiden MOM, beliau berazam membawa Kejohanan
Olimpik ke Malaysia.

Dato' Sieh Kok Chi merupakan Setiausaha Agung MOM


sejak tahun 1992 hingga tahun 2015. Beliau dilantik sebagai
Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Brunei pada
tahun 1999. Sumbangan beliau dalam sukan bermula
sebagai atlet polo air negara. Beliau pernah menyumbangkan
pingat perak kepada negara dalam Sukan SEAP 1965, 1967
dan 1969. Beliau mewakili negara dalam Sukan Asia 1970.
Beliau juga merupakan Ahli Kehormat Persekutuan Sukan
SEA sejak 2002.

Dato' Peter Velappan menyumbangkan khidmat bakti sebagai


Setiausaha Agung Asian Football Confederation (AFC) (1978-
2007). Beliau telah membimbing pasukan bola sepak negara
ke Sukan Olimpik 1972. Beliau merupakan Pengarah
Koordinasi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Piala Dunia
FIFA (Fédération Internationale de Football Association)
pertama di Asia pada tahun 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

You might also like