You are on page 1of 2

1.

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta ustaz Ashraf bin


Zakaria untuk membacakan doa bagi memohan kerahmatan dan semoga
dapat menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

2. Pengerusi menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli


jawatankuasa kokurikulum di atas kerja buat kokurikulum sepanjang tempoh
pendemik kerana masih mampu untuk merancang dan menjalankan pelbagai
program dan pertandingan.

3. Pengerusi menarik perhatian guru-guru dengan surat siaran bertarikh 25


Jun 2021 iaitu Pemakluman Berhubung Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
Mingguan Secara Dalam Talian dan pengisian data dalam sistem Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum.

4. Pengerusi menerangkan surat siaran tersebut memerlukan guru-guru


untuk membina modul bagi setiap sesi aktiviti yang dilaksanakan. Pembinaan
modul yang sama sebagaimana dalam pembelajaran pdpr yang perlunya ada
waktu pdp dan tutorial.

5. Pengerusi melihat pertandingan yang dilaksanakan adalah pengakhiran


( ending )kepada tutorial. Namun, pengisian yang menjurus kepada
pertandingan iaitu pdp tidak dilaksanakan yang menggambarkan situasi yang
terbalik. Justeru, pengerusi mengharap modul yang akan dibina memasukkan
perkara pengajaran terlebih dahulu sebelum pertandingan.

6. Pengerusi juga memaklumkan berdasarkan surat siaran tersebut aktiviti /


perjumpaan yang perlu diselesaikan adalah sebanyak 5 kali setahun.
Bermaksud semua unit perlu sediakan 5 modul berkaitan aktiviti.

7. Pengerusi turut menjelaskan satu lagi surat siaran juga bertarikh 25 Jun
2021 berkaitan pelaksanaan aktiviti sokongan ko-akademik bahasa melayu
dan bahasa inggeris dibawah dasar memartabatkan bahasa melayu dan
memperkukuhkan bahasa inggeris MBMMBI peringkat negeri Kedah.
Pengerusi mengharapkan perkara ini dipandang serius supaya kita mampu
memterjemahkan hala tuju kita sebagaimana yang telah dimasukkan dalam
buku pengurusan sekolah dan penetapan perancangan strategik sekolah.

Pengerusi mengharapkan HIP perlu peka dengan surat-surat siaran dengan


aktiviti- aktiviti yang perlu dilaksanakan. Ini berikutan terdapat aktiviti yang
hanya dimasukkan dalam kumpulan whatsapp PK Kokurikulum. Justeru,
pengerusi mengingatkan agar
perlunya memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya terdapat aktiviti
dibawah HIP.

You might also like