You are on page 1of 3

SEJARAH PERSATUAN OLAHRAGA

AMATUR DAERAH TEMERLOH


Persatuan Olahraga Amatur Daerah Temerloh telah ditubuhkan pada tahun
1986 hasil cetusan bekas pelari-pelari kebangsaan yang berasal dari Daerah
Temerloh. Penubuhan persatuan ini juga adalah bertujuan menganjurkan program-
program kesukanan olahraga bagi mempromosikan sukan olahraga bermula
peringkat akar umbi.

Selaras dengan objektif penubuhan persatuan sentiasa aktif dalam


menganjurkan program-program kejurulatihan serta pengelolaan acara larian.
Persatuan telah mengajurkan banyak pertandingan dan acara larian bermula 1986
hingga sekarang.

Maklumat pertandingan serta acara larian yang telah dianjurkan oleh persatuan
adalah seperti berikut:

1. Lari Berganti-ganti Bandar Temerloh


a. Dianjurkan selama 3 tahun bermula 1986 hingga 1989

2. Larian Temerloh
a. Dianjurkan pada 1990

3. Lari Berganti-ganti Jalanraya MENTAKAB – TEMERLOH


a. Dianjurkan pada tahun 1991 sehingga 2008
b. Pecahan penyertaan dan pencapaian perlumbaan ini mengikut tahun
adalah sepertimana berikut:

Tahun Bil. Pasukan Tahun Bil. Pasukan


1991 58 2001 367
1992 75 2002 378
1993 116 2003 412
1994 189 2004 425
1995 196 2005 450
1996 198 2006 653
1997 213 2007 689
1999 250 2008 805

c. Pada tahun 2008, acara ini telah mencapai Penyertaan SIJIL


MALAYSIA BOOK OF RECORDS dengan PENYERTAAN paling ramai
dalam suatu perlumbaan lari Berganti-ganti jalanraya dengan
penyertaan sebanyak 805 pasukan dalam dan luar negara dengan
jumlah peserta seramai 5635 atlet.
Tambahan pada larian berganti-ganti, POADT juga telah anjurkan
pertandingan merentas desa dan pertandingan trek; disamping menyertai banyak
pertandingan di luar Daerah Temerloh di peringkat Negeri Pahang dan Kebangsaan.

Sehubungan dengan keaktifan sebegitu POADT amat berbangga kerana telah


melahirkan Satu pasukan atlet-atlet yang sebegitu berwibawa yang telah
mengharumkan nama Temerloh, Negeri Pahang dan seterusnya Malaysia di
peringkat antarabangsa.

Senarai atlet-atlet serta Pencapaian mereka adalah:

1. R. Haridas (800M)
Juara Kebangsaan, Juara Sukan SEA, Juara Piala Suharto serta beberapa
kejohanan jemputan ASIA
Masih memegang rekod negeri bagi acara 400M dan 800M.

2. G. Anpumani (800M)
Juara kebangsaan, Juara SUKMA dan Juara beberapa Pertandingan
Jemputan ASEAN
Masih memegang rekod SUKMA bagi 800M

3. R. Kunasegaran (3000MLB , 5000M , 10000M)


Juara Kebangsaan dan Juara SUKMA serta Juara banyak Pertandingan
Jemputan Luar ASIA
Pernah berlatih di Kenya dan mempunyai masa terbaik bawah 30minit bagi
acara 10000m

4. Rashid Mahmood (400M)


Juara MSSM dan Wakili ke Kejohanan Sekolah-Sekolah Asean

5. M. Vasantha Kumar (800M)


Juara MSSM dan Wakili ke kejohanan sekolah-sekolah Asean

6. Mendiang Woon Khoon Hwa (200m / 400m)


Antara Atlet Remaja terbaik kelahiran Temerloh
Juara MSSM, Juara Negeri, Juara Sekolah-Sekolah Asean dan Juara
Banyak Pertandingan jemputan luar ASIAN

7. R. Kalimuthu (100m / 400m)


Juara Little Athletics dan Wakili ke Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN

8. N. Manimagalay (200m / 400m / 800m)


Juara Kebangsaan, Juara SUKMA, Juara Sukan SEA, Juara MSSM dan
Juara Banyak Pertandingan jemputan luar ASIA
Pemegang rekod-rekod Negeri dan Sukma

9. K. Anita Kumari (400m / 800m)


Juara Kebangsaan, Juara MSSM, dan Juara beberapa Pertandingan
Jemputan Luar ASEAN

10. R. Vani (800m / 1500m)


Juara Kebangsaan, Juara MSSM, Juara Little Athletics dan Juara beberapa
Pertandingan Jemputan Luar ASEAN

POADT juga tidak ketinggalan dalam melahirkan tenaga - tenaga kepimpinan di


peringkat tertinggi termasuk pegawai teknikal dan juga para jurulatih.

Antara pegawai-pegawai teknikal kelahiran Temerloh adalah seperti berikut:


Nama Pegawai Pencapaian Gred
En. C. Thiagarajan Antarabangsa 1
En. G. Manokaran Antarabangsa 1
En. M. Muniandy Antarabangsa 1
En. G. Gurunadar Antarabangsa 1
En. Moses Lourdsamy Antarabangsa 1
En. M. Thinagaran Antarabangsa 2

Antara jurulatih-jurulatih olahraga kelahiran Temerloh yang telah memberikan


sumbangan yang tidak terhingga adalah seperti berikut:
i. En Ng Hup Thong
ii. En Ros Hj Mat Ali
iii. En Amran Endut
iv. En Aziz Adimin
v. En Zaidi

Berpegangkan kepada hasrat kami dalam melahirkan atlet-alter sukan


olahraga bagi memartabatkan sukan olahraga, persatuan akan terus merancang dan
melaksanakan pelbagai program dengan kerjasama dan bantuan semua pihak.
Sekian.

You might also like