You are on page 1of 7

PERSATUAN OLAHRAGA AMATUR DAERAH TEMERLOH

LAPORAN URUSETIA

Urusetia Persatuan Olahraga Amatur Temerloh dengan segala hormat dan

sukacitanya membentangkan Laporan Dwitahunan bagi tahun 2016 dan

2017

Pihak Urusetia POA Daerah Temerloh telah mengadakan beberapa siri

mesyuarat bagi mengelola beberapa program yang di cadangkan bagi tahun

2016.

Program utamanya adalah Malam Jasamu Dikenang. Tujuan program ini

adalah untuk memberi penghargaan kepada Jurulatih yang telah lama

berjasa kepada Temerloh.Begitu juga atlet-atlet yang telah memberi

sumbangan dalam bidang Olahraga di Temerloh.Tidak lupa juga untuk

menghargai jasa Pegawai – pegawai Sukan Olahraga dan pemimpin –

pemimpin dari sekolah-sekolah dari Daerah Temerloh.

Program yang dirancang ,terpaksa di tunda kerana beberapa kekangan

namun ianya tetap akan di jalankan oleh pihak POAD Temerloh.

Pihak Urusetia juga merancang untuk menganjurkan Program Lari Berganti-

ganti Jalanraya Bandar Temerloh. Program kali ini agak berbeza kerana ianya

hanya akan di adakan di Bandar Temerloh. Program ini di jangka akan di

adakan pada awal tahun 2018. Ia di jangka akan di sertai oleh ramai atlet
dari dalam dan luar Pahang. Program lari berganti-ganti ini agak unik kerana

ia merupakan satu satunya program lari berganti –ganti yang besar di

Malaysia.

LATIHAN / PEMBANGUNAN

2016-2017

Latihan dan pembangunan di uruskan oleh Ybhg Dato Hj.Mohd Musa bin Noor

Mohd. Beliau terlibat dalam penganjuran seminar kejurulatihan di Selangor,

Kuala Lumpur dan Terengganu. Beliau juga banyak memberi tunjuk ajar

kepada jurulatih tempatan khususnya di Temerloh dan Bera.

Beliau di bantu oleh En. S.Gunasekaran seabagai jurulatih POA Temerloh.

Terdapat lebih kurang 12 orang atlet di bawah kelolaan En. Gunasekaran.

Atlet-atlet ini telah mengambil bahagian di banyak kejohanan terbuka,

khususnya bagi acara jarak jauh.


Seorang lagi jurulatih di bawah POAD Temerloh ialah En. Rus bin Haji Ali.

Beliau merupakan jurulatih jalan kaki. Beliau banyak melatih atlet Temerloh

dan juga menganjurkan kursus Jalan kaki di SMK Hwa Lian dan SMK Seri

Semantan.

Pihak POAD Temerloh juga memberi sokongan dan sumbangan kepada atlet –

atlet Temerloh yang bertanding di peringkat MSSP ataupun MSSM.

TEKNIKAL/ KEPEGAWAIAN

PEPERIKSAAN KOAM 2016

Jawatankuasa Teknikal dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur

Pahang dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia telah berjaya menganjurkan

peperiksaan KOM bagi gred 2 dan 3 bagi tahun 2016 bertempat di SMK

mentakab
Calon bagi gred 3 - 20 orang

Jumlah - 20 orang

Daripada jumlah tersebut seramai 9 orang calon telah lulus pada gred 3 .

Pihak jawatankuasa Teknikal mengucapkan tahniah kepada semua calon

yang berjaya.Kebanyakannya terdiri daripada pelajar tingkatan 6 dari SMK

Mentakab.

PEPERIKSAAN KOAM 2017

Jawatankuasa Teknikal tidak menganjurkan peperiksaan bagi tahun 2017.


TEKNIKAL/KEPEGAWAIAN BAGI TAHUN 2016

Pihak Jawatankuasa Teknik juga telah menganjurkan kursus Teknikal bagi

guru-guru di Daerah Temerloh.

Kursus di Temerloh telah di adakan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh

dengan kerjasama pihak Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.

Kursus yang di adakan telah banyak membantu pegawai-pegawai Teknikal

dalam menjalankan tugas sebagai Pegawai Sukan bagi kejohanan MSS

Daerah Temerloh.

Atlet-atlet Temerloh juga telah menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka

Pahang dan telah mendapat pencapaian yang baik.

Pegawai –pegawai dari POA Temerloh juga telah membantu menjayakan

beberapa kejohanan besar di Pahang dan luar Pahang. Di kejohanan

Olahraga Terbuka Pahang 2016, pegawai –pegawai POAT telah memberikan

sumbangan besar untuk menjayakan kejohanan tersebut. Beberapa orang

pegawai telah bertugas di kejohanan olahraga Kebangsaan di Kuala Lumpur.

TEKNIKAL / KEPEGAWAIAN BAGI TAHUN 2017


Ceramah telah di adakan untuk membantu pegawai-pegawai agar dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kepegawaian olahraga.

Di Temerloh ceramah telah di adakan pada bulan Februari di Pejabat

Pelajaran Daerah Temerloh untuk guru-guru di Daerah Temerloh .

Dari aspek kepegawaian , pegawai-pegawai POAT telah membantu

menjayakan beberapa kejohanan seperti kejohanan MSSM di Pulau Pinang, di

mana En. C. Thiagarajan dan En. M. Muniandy telah di lantik selaku pegawai

kejohanan.

Pegawai-pegawai Temerloh juga telah bertugas sebagai pegawai di

kejohanan di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia. En. C. Thiagarajan dan

En. Gurunadar telah terpilih . Pegawai POA Temerloh juga telah memberi

sumbangan kepada negara dalam menjayakan Sukan SEA di Kuala Lumpur.

En. C. Thiagarajan, En. G. Gurunadar, En. G. Manokaran dan En. M. Muniandy

telah di pilih sebagai pegawai teknikal.

Di sediakan oleh,

THIAGARAJAN N. CHELLIAH
Setiausaha Kehormat
Persatuan Olahraga Amatur Daerah Temerloh

You might also like