You are on page 1of 11

Pengajian Malaysia - Proses Pembentukan Malaysia

Kandungan:
1. Pengenalan
2. Faktor faktor Pembentukkan Malaysia.
3. Proses Pembentukan Malaysia.
4. Pengisytiharan Malaysia.
5. Penutup

Pengenalan

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.


Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadagan kepada
Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan
Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak
cadagan itu kerana Singapura diketepikan.
Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di
Asia yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung
Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya
wilayah wilayah itu dipereratkan hubungannya dari segi politik.
Sejak tahun 1947, Singapura memperjuangkan gabungannya dengan
Persekutuan Tanah Melayu. MIsalnya, Parti Tindakan Rakyat ( PETIR ) dan David
Marshall iaitu Ketua Menteri pertama ( 1955 ) juga menyarankan konsep
persekutuan. Di Semenanjung Tanah Melayu, Tan Sri Mohammmad Ghazali Shafie
pada tahun 1954 dan Dato Tan Cheng Lock pada tahun 1955 juga menyarankan
konsep yang sama.
Konsep tersebut menjadi semakin hebat apabila Tunku Abdul Rahman Putra
Al-haj ( Ketua Menteri Semenanjung Tanah Melayu ) pada tahun 1955,
mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura
melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman
mengumumkan pembentukan Tanah Melayu Raya yang merupakan gabungan
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, danSarawak.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang
dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman.
Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan
tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku
melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik

yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayaj jajahan British,


iaitu Singapura,Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah
terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam
menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa. Cadagan ini
membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah
terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam
menjayakan pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.
Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu, juga
menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau
sedar bahawa gabungan dengan Persekutuaan Tannh Melayu akan membolehkan
Singapura mendapatkan kemerdekaan yang awal dan daapt menyekay pengaruh
komunis. Cadagan itu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan
keseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina.
Cadagan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatan Kuasa
Perundingan Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM ). JPPM memberi peluang
kepada pemimpin di Sabah danSarawak untuk mengemukakan pandagan
memandankan mereka masih menetang gagasan. Akhirnya Sabah
dan Sarawak menerina gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk
dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah
dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada
bulan Ogos 1962, JAK ditubuhkan bagi merangka perlembagan Malaysia. JAK
mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diteriam oleh
pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjajian Malaysiatelah ditandatangani
di London bersama 4 aggota negeri yang terlibat pada 9 Julai
1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.

Faktor faktor Pembentukkan Malaysia.


Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor faktor tertentu. Antara faktor
faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi
kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi
bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan menjaga kepentingan
kaum bumiputera.

Mengelak ancaman dan pengaruh komunis.


Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis
yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950an. Ejen
ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada
tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat

bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat
( Peoples Action Party PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang
memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis
yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP
kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari
Parti Rakyat Singapura ( United Peoples Party UPP )pada bulan Mei 1961 dan
pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961.
Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu
Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah
membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi
sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap
masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis
menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka.

Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.


Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri negeri seperti Sabah,
Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal
daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara- negara berkenaan masih
lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu cadagan ini ditimbulkan. Dalam
hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadagan negeri jajahan,
manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan
komunis ditubuhkan tetapi dibubakan semasa Darurat. Walau bagaimanapun,
satu pertubuhab komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak
di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat
Cina menengtang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah
dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang
untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui
gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman
komunis.
Tunku Abdul Rahman percaya dengan menbawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam
Malaysia akan lebih memudahkan dan menpercepatkan kenerdekaan dua wilayah
ini. Di samping itu, kaum buniputera boleh menikmati layanan yang lebih baik
apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu
di Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk.
Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau
digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial.
Penggabungan Tanah Melayu denagn Singapura menimbulkan masalah
ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan daripada penduduk Singapura
berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi
kadar kaum kaum kerana 70% daripada Borneo Utara ialah bumiputera.

Kemajuan ekonomi bersama.


Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan
kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak
lansung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh
membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber
ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia
dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah
dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura
dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri
yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai
projek pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan
mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber
minyaknya.Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyartai
Persekutuan Malaysia.

Mempercepatkan proses kemerdekaan.


Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan
bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi
kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini
juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan
dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis
untuk bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat . Sekiranya
negeri tersebut tidak diberi kemerdekaan , British bimbang gagasan malaysia
akan dipengaruhi oleh komunis dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa
akan datang akan hilang . Selain itu , british juga bimbang tentang keselamatan
pelabuhan british di asia tenggara . British juga bimbang akan kuasa luar yang
ingin menakluki Brunei , Sabah , Sarawak dan Singapura .

Menjaga kepentingan kaum bumiputera.


Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan
kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukkan
Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak
dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika
Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti
penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan
Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu,
penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara

Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat


Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran
peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan
36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira,
bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%,
sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan
Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumuputera kekal sebagai
kumpulan terbesar.

Proses Pembentukan Malaysia.


Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini
sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu
dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa
tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati
semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai
reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu
berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik
tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak
dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang
menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses
proses pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia ( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan (
JAK ), Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )


JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald
Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku
Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato Mustapha
Dato Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato
Setia Pangeran Ali
( Brunei )

Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :

Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai


( Sabah, dan Sarawak ).

Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.

Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak


mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan

4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala
Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).
Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin
mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada
4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya
berjaya menyusun satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil wakil,dan
kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara
isi kandungan memorandum ini ialah:

Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.

Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan


keselamatan.

Islam agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh


digunakan.

Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah
dan Sarawak.

Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.

Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas


kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan


Tanah Melayu.

Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962.Ia dipengerusikan oleh Lord
Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli ahlinya terdiri daripada Sir
Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad
Ghazalie Shafie dan Dato Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya
ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini
berlansung dari 21 23 november 1961.
Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:

Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia.

Membuat syor syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962.


Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan
orang ramai diadakan dan 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18
April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan

British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa 80% daripada
rajyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini
diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak :

1/3 menyokong kuat Malaysia

1/3 menyokong dengan syarat

1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan


mengesyorkan syor syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

Nama persekutuan baru Malaysia

Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia

Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin

Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri

Penduduk pribumi Sabah dan Sarawakdibenarkan berkhidmat dalam


perkhidmatan awam secepat mungkin

Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan


bumiputra, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah
dan Sarawakditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing masing

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan


menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing
masing membuat keputusan
Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan pada
1 Ogos 1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan Malaysia akan ditubuhkan
pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi
merangka Perlembagaan Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )


JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang
diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah
Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien sebagai Timbalan
Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah,
dan Singapura.
Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu
memorandum yang mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak
dan kepentingan rakyat Sabah. Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawak tidak
mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara yang
terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara yang dikemukan ialah :

Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah.

Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa


Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan


negeri Sabah.

Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.

Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di


samping bilangan penduduk.
JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di
Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua
dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan
JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta
Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah
dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman
di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan.
Laporan itu menjamin :

Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.

Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.

Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.

Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London


pada 9 Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah :

Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris


sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak.

Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak
dibenarkan mengawal imigresannya sendiri.

Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah


dan Sarawak dikekalkan.

Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24


kerusi kepada Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura.

Referendum Singapura
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai
satu cara meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian
pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara
keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat

Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan


pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini
kerana yakin sebahagian besar parti politik di singapura menyokong cadangan
Malaysia, Cuma pandagan dan pendiraian mereka juda diambul kira.dalam
pungutan suara ini rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu :

Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat syarat yang


telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui
Kertas Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan, pilihan ini
mendapat 397 626 undi ).

Pilihan B rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan


Singapura akan menjadi seperti negeri negeri Melayu lain di dalam
Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442
undi ).

Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah


yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah wilayah Borneo dengan
penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ).
Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan
Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah
memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum
selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.
Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A.

Pengisytiharan Malaysia.
Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia.
Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua dua negara dengan Tanah
Melayu. Rundingan ini diadakan pada :

Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di Tokyo.

Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden
Macapagal di Manila.
Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan
diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada
tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun
1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa
Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam
Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.
Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin ketiga tiga negeri
bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) untuk
meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan
mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence MicHaelmore

menjalankan tugasnya dari 16 Ogos 5 September 1963. Antara isi laporannya


ialah :

Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai


Persekutuaan Malaysia.

Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar.

Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditundakan.
Mengikut laporan PBB itu, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak
menyokong penubuhan Malysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan
Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

PENUTUP

Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku


Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu .
Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia .
Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah
Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama , setia
kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa
kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak
dalam sebuah Pembentukan Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan
negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan
Persekutuan Malaysiauntuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran
ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila bila .
Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua
rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh
rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada
penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang
disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia .
Malaysia pada masa dahulu telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada
penjajah asing walaupun tentera Melayu pada masa itu hampir berputus asa
kerana mempunyai tentera yang terlalu sedikit untuk menentang penjajah asing
tetepi mereka memperkuatkan juga pertahanan mereka sehingga berjaya . Pada
31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas daripada penjajah asing dan diisyhtiharkan
merdeka dan dihasilkan sebuah lagu untuk memperingati bahawa Tanah Melayu
telah diisytiharkan merdeka . Selain itu , Tugu Negara telah didirikan di Kuala
Lumpur untuk memperingati pahlawan Tanah Melayu yang berkorban nyawa
untuk mempertahankan Tanah Melayu ini .
Kesimpulannya , kita patut menghargai dan memperingati pengorbanan yang
telah dilakukan untuk mempertahankan Tanah Melayu atau Malaysia daripada
penjajah asing . kitalah yang akan mencorakkan masa hadapan Negara kita

untuk satu jangka masa yang panjang kerana kita adalh pelapis bagi generasi
sekarang .

You might also like