You are on page 1of 14

POTENSI SUKAN DI MALAYSIA SUKAN SEBAGAI AGEN SOSIAL MASYARAKAT TAJUK : FUNGSI SUKAN DALAM KOMUNITI NAMA PENSYARAH

: PUAN HAIDA NAMA AHLI KUMPULAN : ROWENA LIM SIEW XIAN KEE TIEN AH CHEONG JENG SHUAN

DEFINISI KOMUNITI
Merujuk Kamus Dewan : Komuniti ialah kumpulan atau kesuluruhan orang yang tinggal di sesuatu daerah dalam wilayah atau masyarakat di sesuatu tempat ataupun sesebuah negara. Komuniti mempunyai pemimpin,peraturan dan norma dengan tujuan mewujudkan suasana yang harmonis .

DEFINISI SUKAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga : Sukan membawa maksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti berenang,permainan bola sepak,tennis ,lumba lari dan lain-lain yang dilakukan sebagai acara hiburan(acara pertandingan ,kegiatan untuk menyihatkan badan dan lain-lain)

PENGENALAN
Sukan merupakan salah satu pembangunan yang sedang diusahakan oleh kerajaan pada masa kini . Sukan semakin dititikberatkan di negara kita kerana sukan mempunyai potensi untuk membangunkan negara sambil menjana Wawasan 2020 serta mewujudkan komuniti yang sihat dan maju.

KEPENTINGAN SUKAN DALAM KOMUNITI


Kerajaan telah mencurahkan banyak usaha dalam memajukan sukan dalam komuniti Malaysia .Ini kerana sukan menbawa banyak kepentingan dalam membina komuniti yang maju selaras dengan rakyat negara maju.

Bersukan dapat menyihatkan badan. Rakyat yang sihat dapat mewujudkan tenaga kerja yang produktif untuk menggerakkan ekonomi negara .

Ini kerana bersukan dapat membantu seseorang

mengekalkan tubuh badan yang sihat serta mengelakkan serangan penyakit seperti penyakit jantung yang meragut banyak nyawa orang . Kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti gelanggang di kawasan perumahan supaya menggalakkan rakyat banyak bersukan.

Perkembangan sukan mewujudkan peluang kerja kepada rakyat Apabila bidang sukan semakin maju,pelbagai syarikat pengeluar barangan sukan akan wujud untuk menampung keperluan barangan sukan . Rakyat juga mempunyai peluang untuk membina kerjaya dan mewujudkan peluang pekerjaan .

Sukan menjadi sumber pendapatan negara Pendapatan negara dapat ditingkatkan melalui penganjuran pertandingan sukan antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Formula 1 .

Hak penyiaran eksklusif daripada negara penganjur

juga membawa pendapatan yang tinggi dengan menjual hak itu kepada negara lain . Penganjuran pertandingan sukan antarabangsa juga boleh menarik pelancong dari luar negara di samping menambah pendapatan negara .

Sukan dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat Rakyat yang sering bersenam akan mempunyai tubuh badan yang sihat . Secara tidak langsung kos perubatan akan berkurang . Peruntukan yang tinggi untuk kos perubatan rakyat dapat dialih kepada peruntukan yang lain untuk menjayakan Wawasan 2020 .

Sukan alat pepaduan kaum negara Semangat perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti sukan . Semasa perlawanan yang melibatkan atlet Negara sedang berlangsung, rakyat Malaysia sudah semestinya akan menyaksikan perlawanan tersebut menerusi televisyen atau menyaksikannya di tempat perlawanan untuk memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada atlet Negara.

Rujukan

Buku Barrie Houlihan (2003) Sport and Society Publisher: Sage

Publications Ltd Buku - Grant Jarvie (2006) Sport, Culture and Society Publisher: Routledge file:///H:/Warga Kuching digesa sertai sukan, aktiviti berasas komuniti BorneoPost Online Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News file:///H:/Majlis%20Pecah%20Tanah%20Kompleks%20Sukan.htm file:///H:/Liga%20Sukan%20Komuniti%20Manfaat%20Bersama%20 Rakyat%20dan%20Pemimpin%20_%20Umno%20Putrajaya.htm file:///H:/kompleks.html http://adun.johordt.gov.my/index.php/bukitnaning/2009/06/23/sukankomuniti-dun http://www.gofutsal.com/ http://kskbayanlepas.blogspot.com/ http://kskjalong.blogspot.com/2009/01/kompleks-sukan-komunitisungai-siput.html

TAMAT

You might also like