You are on page 1of 6

Tema : Sejarah sukan

Tajuk : Hassan Sani : Peranan dan sumbangan dalam perkembangan Bola Sepak
Malaysia dari tahun 1970 hingga 1999

PENGENALAN

Hassan Sani merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang amat disanjungi oleh
masyarakat. Hassan Sani berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau lahir pada 12 Mac
1958. Hassan Sani pernah bermain bersama Sabah FA dan Kuala Lumpur dalam kancah Liga
Malaysia sekitar penghujung tahun 1970 sehingga penghujung 1980. Beliau diberi gelaran
sebagai lipas kudung oleh peminat kerana merupakan pemain yang sangat pantas di dalam
skuad Malaysia. Hassan Sani merupakan antara penyerang terbaik dan pada tahun 1979,
banyak membantu Sabah menjadi naib juara Liga Malaysia 1979. Tambahan pula
keserasiannya bersama James Wong yang juga penyerang kebangsaan menghasilkan banyak
kejayaan hinggakan gandingan Hassan-James dikenal sebagai penyerang kembar selepas
era Mokhtar Dahari dan Isa Bakar. Kerjaya Hassan sebagai pemain bola sepak berkembang
apabila dipilih untuk mewakili Malaysia ke kejohanan Piala Presiden di Seoul,Korea Selatan.
Selain itu, Hassan merupakan antara barisan pemain yang menjadi wira apabila membantu
Malaysia layak ke Olimpik Moscow 1980 dalam piala dunia. Pada tahun 1992 beliau
merupakan antara pemain semipro. Beliau juga menjadi pemain negara dalam bola sepak
pantai antara tahun 1996 hingga 1999. Pada masa kini beliau bekerja sebagai kelasi ataupun
jurumudi Labuan di Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah.

OBJEKTIF

Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif :

Pertama, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti latar belakang Hassan Sani sebagai
pemain bola sepak Malaysia . Kedua,untuk mengkaji sejauh mana peranan dan sumbangan
Hassan Sani dalam pembangunan sukan bola sepak Sabah. Manakala, objektif yang ketiga
adalah untuk mengenal pasti kejayaan Hassan Sani dalam bidang sukan bola sepak yang
diceburi beliau.
PERMASALAHAN KAJIAN

Persoalan yang akan di jawab apabila penyelidikan ini menghuraikan tentang perkembangan
kerjaya Hassan Sani sehingga dapat mewakili pasukan bola sepak Negara Malaysia ke
peringkat antarabangsa. Selain itu, kajian ini juga akan menjelaskan usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh Hassan Sani untuk mengharumkan nama Negara dan meningkatkan namanya
dalam kerjayanya sekitar tahun 1970 hingga 1999. Penyelidikan ini dapat memerihalkan
tentang latar belakang Hassan Sani dan dapat menjelaskan usaha serta cabaran yang dihadapi
dalam mengharumkan nama negara. Penyelidikan juga cuba menjelaskan pencapaian dan
sumbangan Hassan Sani dalam sukan bola sepak dan kepada masyarakat.

SKOP KAJIAN

Kajian ini memperlihatkan aspek peranan dan sumbangan Hassan Sani sebagai pemain bola
sepak negara. Kajian ini mengambil kira penglibatan dan kejayaan yang dicapai oleh Hassan
Sani dalam pelbagai peringkat pertandingan yang diwakilinya dari tahun 1970-an hingga
zaman kegemilangannya. Aspek kajian ini merujuk seorang tokoh pemain bola sepak di
negara Malaysia.

SOROTAN KAJIAN LEPAAS

Sebenarnya, tidak terdapat kajian atau buku yang dituliskan oleh pengkaji-pengkaji mengenai
Hassan Sani. Kajian berkaitan dengan Hassan Sani begitu terhad. Apa yang ada penulisan
oleh individu-individu tertentu dan juga lebih kepada penulisan atau artikel yang sangat
ringkas mengenai beliau. Antara artikel-artikel yang berkaitan terdapat dalam internet
ataupun surat khabar pada tahun 1970-an hingga 1999 seperti akhbar Sabah Times Sport
ataupun laman web antaranya https://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_Sani,
http://www.sabahrhinos.com http://kebangkitanharimaumalaya.blogspot.my/2012/06/kenali-
lagenda-cerita-hassan-sani.html. Walaubagaimanpun penulisan ini serba sedikit menjaadi
input yang penting dalam penulisan kajian ini.
KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kajian lapangan iaitu menemu ramah
Hassan Sani sendiri. Kaedah kajian perpustakaan dan analisis dokumen, artikel juga
dilaksanakan. Antara bahan kajian yang akan digunakan ialah bahan-bahan rujukan dalam
bentuk fail dan dokumen, rekod-rekod lama, akhbar dan catatan-catatan sejarah. Di samping
itu juga, kajian ini akan menggunakan bahan sekunder seperti jurnal, artikel dan sumber-
sumber dari internet yang berkaitan dengan Hassan Sani.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhan, esei ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi dan
kesimpulan.

1.0 PENGENALAN
Hassan Sani merupakan seorang pemain bola sepak yang disanjungi oleh masyarakat
Malaysia. Hassan Sani memulakan kerjayanya sebagai seorang pemain bola sekitar tahun
1970. Hassan Sani pernah bermain bersama pasukan Sabah FA dan Kuala Lumpur dalam
kancah Liga Malaysia sekitar tahun 1970 sehingga penghujung 1999. Hassan Sani diberi
gelaran sebagai lipas kudung oleh peminat kerana merupakan pemain yang sangat
pantas di dalam skuad Malaysia.

2.0 ISI ESEI

2.1 LATAR BELAKANG HASSAN SANI


Penyelidik akan menjelaskan asal usul Hassan Sani dan cara beliau melibatkan
diri dalam bidang sukan bola sepak. Hassan sani dilahirkan di Wilayah
Persekutuan Labuan pada 12 Mac 1958. Merupakan anak ke-7 daripada 16 adik-
beradik. Bakat beliau dikesan oleh seorang jurulatih iaitu Stenley Chew dan
disitulah bakat beliau dikembangkan hingga menjadi antara pemain kebanggaan
negara. Hassan Sani merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan
pasukan negeri dibawah bayu kerana kelincahannya beraksi dalam kancah Liga
Malaysia mendatangkan gerun kepada pasukan lawan.
2.2 PROSES PERKEMBANGAN KERJAYA DAN PERANAN HASSAN SANI
SEKITAR TAHUN 1970 HINGGA 1999
Penyelidikan ini juga menyatakan proses perkembangan kerjaya yang dicapai oleh
Hassan Sani dalam bidang sukan bola sepak. Merangkumi tiga peringkat fasa iaitu
fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Pada peringkat fasa 1 Hassan Sani merupakan ahli dalam
pasukan bola sepak Sabah FA. Manakala fasa 2, Hassan Sani menjadi pemain
yang mewakili pasukannya di peringkat kebangsaan. Peringkat fasa 3, Hassan
Sani terpilih untuk mewakili pasukan negara dalam perlawanan peringkat
antarabangsa.

2.3 PENCAPAIAN YANG DI PEROLEHI HASSAN SANI PADA TAHUN 1970


HINGGA 1999 DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT TEMPATAN
Selepas mewakili pasukan bola sepaknya dalam pelbagai peringkat, Hassan Sani
telah meningkatkan prestasi permainan beliau dalam setiap perlawanan yang
diwakilinya sehingga membuatkan dirinya lebih dikenali oleh masyarakat
Malaysia sehingga kini. Prestasinya telah berjayaa mengharumkan nama negara
Malaysia di era kegemilangannya. Sehubung dengan itu kejayaan Hassan Sani
juga telah memberi kesan kepada para lapisan masyarakat di negara.

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil penyelidikan dalam kajian ini dapat menjelaskan tentang latar
belakang Hassan Sani dan proses perkembangan kerjaya Hassan Sani sekitar tahun 1970
hingga 1999. Selain itu, kajian ini juga dapat melihat pencapaian yang diperolehi Hassan
Sani dalam sukan bola sepak dan memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat.

PENUTUP
Pada kesuluruhannya, kajian saya terhadap Hassan Sani adalah untuk memperihalkan
bahawa sumbangan dalam mengharumkan nama pasukan bola sepak sama ada peringkat
negeri sabah mahupun peringkat Negara. Pencapaian yang diperolehi beliau dapat
memberi ilham kepada para atlet generasi masa kini. Oleh itu, masyarakat perlulah
menghargai dan menjadikan pencapaian yang diperolehi oleh Hassan Sani sebagai
sumber inspirasi agar dapat mendorong para individu yang melibatkan diri dalam bidang
sukan untuk memperolehi pencapaian seperti beliau.
BIBLIOGRAFI

bola sepak pantai http://chedinsphere.blogspot.my/2013/12/kejohanan-bola-sepak-pantai-

mild-seven.html

Cerita Malaysia ke Olimpik 1980(Moscow,Rusia)

http://chedinsphere.blogspot.my/2012/12/cerita-malaysia-ke-olimpik-1980-moscow.html

karier Hassan Sani http://www.sabahrhinos.com/forum/index.php?topic=4520.15

Kejuaraan Bola Sepak Asean ,

https://id.wikipedia.org/wiki/Kejuaraan_Sepak_Bola_ASEAN

kenali lagenda :hassan sani http://kebangkitanharimaumalaya.blogspot.my/2012/06/kenali-

lagenda-cerita-hassan-sani.html

King Cup Football,https://en.wikipedia.org/wiki/King%27s_Cup

Kuala Lumpur FA , https://en.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur_FA

Piala Presiden ,https://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_Presiden

profil Hassan Sani https://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_Sani,

Sejarah Bola Kita, https://sukangual.wordpress.com/category/sejarah-bola-kita/

Southeast Asian Games 1979, https://en.wikipedia.org/wiki/Football_at_the_1979

_Southeast_Asian_Games

Youth Championship 1977,

https://en.wikipedia.org/wiki/1977_AFC_Youth_Championship

Hassan Sani,58 , Bekas pemain bola sepak

Sabah times sport, A goal that saves the day oleh Pung Chen Choon,25 febuari 1980

Sabah times sport, Profil Hassan Sani, 6/1/1984

Sabah times sport,8 players to undergo training, 9 febuari 1980

You might also like