You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 3 TAHUN 2

LAPORAN: KAJIAN KES


TUGASAN 2

NAMA HANIS ANISHA BINTI SURYA@HALIDIN


ANGKA GILIRAN 2021042340090
NO. KAD PENGENALAN 020429-13-0202
KUMPULAN SEJARAH SK
KOD DAN NAMA KURSUS MPU 3081 KOKURIKULUM - PERSATUAN
NAMA PENSYARAH CIK. LAM SHENN YUH
TARIKH HANTAR 28 JUN 2023

PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan fahami.

Tandatangan Pelajar: _____________________ Tarikh :

1
LAMPIRAN 1

2
LAMPIRAN 2

3
KAJIAN KES PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA
(FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA)

1.0 Sejarah Penubuhan

Pada 11 September 1926, Persatuan Bola Sepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai
Football Association of Malaysia (FAM) asalnya ditubuhkan sebagai Malayan Football
Association (MFA) dalam satu persidangan di Padang Kelab Selangor. Terdapat lima
persatuan negeri yang menjadi pengasas MFA termasuklah negeri Selangor, Perak,
Melaka, Negeri Sembilan dan Singapura atas dasar wujudnya kelompok pemimpin
berkenaan yang menganggap satu badan induk diperlukan untuk mengawal selia aktiviti
bola sepak di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Hal ini demikian kerana badan
induk diperlukan untuk mengawal selia aktiviti domestik dan antarabangsa di Persekutuan
Tanah Melayu memandangkan jawatankuasa penganjuran Piala HMS Malaya yang

4
diperkenalkan pada tahun 1921 hanya menjalankan tanggungjawab terhadap saingan
tersebut. Maka, MFA dengan rasminya ditubuhkan di Persekutuan Tanah Melayu pada 11
September 1926.

Pada tarikh tertubuhnya MFA juga, presiden pertama MFA telah dilantik iaitu John
Middleton Sime yang merupakan seorang akauntan berbangsa Scotland dan berasal
daripada keluarga pengasas konglomerat Sime Darby. Pada tahun 1932, MFA telah ditukar
namanya kepada FAM dan Sir Andrew Caldecott telah dilantik sebagai presiden manakala
setiausaha Singapura FA (SAFA) W.W Dean menjadi setiausaha kehormat. Dengan
tertubuhnya negara Malaysia, FAM telah dinamakan semula sebagai Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) secara rasmi pada 1964. FAM juga telah melahirkan pasukan bola sepak
kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara Malaysia di peringkat
antarabangsa terutamanya pada era 1970-an. Hal ini jelas dilihat apabila pasukan bola
sepak kebangsaan, Harimau Malaya dengan Malaysia telah layak ke Sukan Olimpik di
Munich pada tahun 1972, memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974, layak ke pusingan
akhir Piala Asia AFC tahun 1976 dan layak ke Piala Asia AFC 1980.

2.0 Ciri-Ciri Persatuan

Antara ciri Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuklah FAM ialah sebuah
persatuan yang didaftarkan sewajarnya dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia
menurut Akta Pembangunan Sukan 1997. FAM adalah sebuah organisasi yang mengawal
selia kegiatan bola sepak di Malaysia dan merupakan ahli Federation Internationale de
Football Association (FIFA) serta Asian Football Confederation (AFC). FAM turut
bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara untuk mencari lebih banyak wang bagi
memantapkan dan merancang penyediaan pasukan bola sepak bawah umur. Hal ini kerana
FAM memerlukan perbelanjaan yang besar disebabkan pelbagai intensif dan infrastruktur
yang lengkap perlu disediakan untuk menggalakkan penyertaan pasukan bawah umur. Ciri
FAM yang seterusnya iaitu FAM mengelolakan perlawanan bola sepak seperti Liga Super,
Liga Malaysia, Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Agong. Dalam hal ini, FAM turut
menjalankan program klinik sukan bola sepak di setiap daerah dan negeri bagi melatih

5
pelajar tentang permainan bola sepak dan melahirkan atlet bola sepak dalam jumlah yang
lebih ramai.

3.0 Kaedah dan Proses Penubuhah

Bagi melaksanakan proses penubuhan persatuan ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Penaja
haruslah dibentuk dan terdiri daripada sekurang-kurangnya 7 ahli termasuklah pengerusi,
naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan AJK biasa. Setelah itu, mesyuarat penaja
haruslah dilaksanakan untuk membincangkan nama pertubuhan, misi, visi, misi, alamat dan
identiti persatuan termasuklah draf perlembagaan dan peraturan persatuan. Seterusnya,
setiausaha akan membuat pendaftaran permohonan penubuhan persatuan dan memuat
naik segala maklumat persatuan yang diperlukan pada sistem e-ROSES yang telah
disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Kemudian, setiausaha
persatuan dikehendaki untuk membuat pembayaran sebanyak RM50 bagi melaksanakan
proses permohonan tersebut. Keputusan permohonan persatuan tersebut akan
dimaklumkan melalui e-mel selepas melakukan permohonan selama seminggu dan
ditunjukkan dalam sistem e-ROSES.

4.0 Aktiviti atau Perkhidmatan yang Diamalkan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (BAM) menjalankan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan
melibatkan permainan bola sepak di seluruh Malaysia. Dalam konteks ini, pihak FAM telah
mengadakan Liga SupaRimau yang ditumpukan khas kepada kanak-kanak lelaki dan
perempuan berusia di antara 6 hingga 16 tahun meliputi setiap negeri serta wilayah di
Malaysia.

Rajah 1: Perasmian Liga SupaRimau

6
Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak bagi menyerlahkan bakat
terpendam mereka dalam sukan bola sepak seterusnya berupaya dipilih menjadi pelapis
atlet kebangsaan. Kanak-kanak yang telah dipilih akan diserap ke dalam pasukan muda di
bawah FAM untuk dilatih secara intensif bagi memperkembangkan lagi bakat serta potensi
mereka untuk menjadi pemain bola sepak yang profesional.
Selain itu, FAM sememangnya bertanggungjawab untuk menguruskan pasukan bola
sepak kebangsaan Malaysia yang dikenali sebagai Harimau Malaya (pasukan lelaki) dan
Malayan Tigress (pasukan wanita) dalam acara domestik atau kejohanan antarabangsa.

Rajah 2: Latihan Pasukan Bola Sepak

Dalam hal ini, pihak FAM akan menguruskan jadual latihan, menyediakan kem latihan
skuad kebangsaan yang dilengkapi kemudahan mencukupi serta mengatur perlawanan
persahabatan kepada pasukan bola sepak untuk mempersiapkan diri mereka sebagai atlet
bola sepak Malaysia. Hal ini bertujuan untuk memastikan pengurusan pasukan bola sepak
berada dalam keadaan terancang dan sistematik.

5.0 Isu-Isu Dalam Persatuan

Meskipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan kelab yang terkenal di
Malaysia, ianya tidak terkecuali daripada menghadapi isu-isu dalam persatuan. Dalam hal
ini, FAM seringkali dikaitkan dengan isu pengurusan kewangan kelab yang kurang cekap
sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan ahli-ahli kelab. Misalnya, isu tunggakan
gaji dalam persatuan seringkali berlaku terutamanya membabitkan masalah cukai
pendapatan pemain yang kian meningkat sehingga menimbulkan pergaduhan
menyebabkan kelab-kelab gabungan di bawah FAM tidak diberikan lesen kebangsaan
untuk menyertai liga-liga pertandingan. Hal ini menyebabkan beberapa kelab bola sepak

7
seperti Melaka United dan Sarawak United dihalang untuk menyertai Liga Super pada tahun
2023 sehingga dipandang remeh oleh masyarakat.
Selain itu, FAM juga seringkali dikaitkan dengan isu disiplin para atlet bola sepak.
Misalnya, tindakan pemain kelab divisyen dua Selangor FC II dari Myanmar, Hein Htet Aung
menunjukkan simbol tiga jari apabila meraikan jaringan gol ketika perlawanan Selangor FC
menentang PDRM FC telah menimbulkan kontroversi antarabangsa kerana dianggap
melibatkan isu antarabangsa.

Rajah 3: Simbol Tiga Jari

Hal ini kerana simbol tiga jari tersebut dikatakan sebagai sinonim dengan konflik yang
berlaku di Myanmar apabila rakyat negara itu yang menyertai tunjuk perasaan mengangkat
tiga jari sebagai tanda menentang pihak tentera negara itu. Keadaan ini telah menimbulkan
ketegangan dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa sehingga
menyebabkan pihak FAM terpaksa bertindak untuk menggantung pemain tersebut di bawah
Artikel 59, Kod Tatatertib FAM.

6.0 Strategi Penjanaan Sumber Kewangan

Berdasarkan rekod kewangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pihak persatuan
menjana sumber kewangan menerusi tajaan daripada pelbagai pihak. Misalnya, FAM
menerima tajaan utama daripada pihak Milo, Nike, 100 Plus, Bank Islam dan Malaysia
Airlines. Selain itu, pihak FAM turut menerima peruntukan dan sumbangan daripada Menteri
Belia dan Sukan untuk pengoperasian persatuan. Misalnya, Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu telah menyumbangkan dana sebanyak RM 10 juta kepada FAM untuk menampung
kewangan.

8
7.0 Analisis SWOT

7.1 Kekuatan (Strength)

Kekuatan kelab ini iaitu kelab ini memperoleh dana yang banyak daripada
sumber-sumber luar seperti hasil tajaan dan sumbangan dana. Hal ini dapat dilihat
yang mana kelab telah menerima tajaan utama daripada pihak Milo, Nike, 100 Plus,
Bank Islam dan Malaysia Airlines. Dalam masa yang sama, kelab ini juga turut
menerima peruntukan dan sumbangan daripada Menteri Belia dan Sukan untuk
pengoperasian persatuan. Dengan terdapatnya pelbagai sumbangan dana dan
tajaan daripada pihak-pihak luar, maka dana yang dikumpul akan dapat membantu
kelab ini untuk menampung kebajikan ahli dan menjalankan aktiviti kelab dengan
lebih aktif lagi di masa hadapan. Malahan, dana yang dikumpul juga dapat
digunakan untuk menyediakan kemudahan serta infrastruktur yang lengkap bagi
melaksanakan latihan bola sepak kepada kanak-kanak yang berminat untuk
menyerlahkan bakat bermain bola sepak.

7.2 Kelemahan (Weakness)

Persatuan ini menunjukkan sisi kelemahannya yang ketara iaitu sistem


pengurusan kelab yang kurang cekap. Hal ini dapat dilihat apabila kelab tidak
berupaya mengurus kewangan dengan teratur sehingga menyebabkan berlakunya
tunggakan gaji para pemain bola sepak. Malahan, kawalan disiplin pemain juga
kurang berjaya dikawal sehingga menimbulkan kontroversi di sosial media.
Sekiranya permasalahan ini semakin berterusan, sudah tentulah ramai pelabur serta
penaja akan menarik balik pelaburan mereka terhadap kelab kerana dianggap
membawa kerugian. Tambahan pula, lebih ramai ahli kelab serta pemain bola sepak
akan membuat permohonan untuk keluar daripada persatuan akibat permasalahan-
permasalahan tersebut. Keadaan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej dan

9
nama baik Kelab FAM sahaja, malah turut merendahkan taraf sukan Malaysia di
persada antarabangsa.

7.3 Peluang (Opportunity)

Peluang yang ditawarkan oleh persatuan ini adalah menyediakan platform


kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan bakat serta kemahiran bermain bola
sepak yang terpendam dalam diri mereka. Dalam konteks ini, Kelab FAM
menyediakan pentas LigaRimau untuk mengenalpasti potensi kanak-kanak yang
boleh digilap dan diserap ke dalam pasukan kebangsaan. Kanak-kanak yang
berbakat pula akan dilatih secara intensif oleh jurulatih-jurulatih berkemahiran di
dalam Kelab FAM ini sehingga berupaya menjadi pemain bola sepak yang
profesional. Keadaan sedemikian akan memudahkan urusan kelab untuk mencari
pelapis pemain bola sepak pada masa akan datang.

7.4 Ancaman (Threats)

Ancaman yang dihadapi oleh persatuan ini adalah wujudnya persaingan dalam
kalangan persatuan bola sepak yang bukan di bawah seliaan FAM. Dalam hal ini,
persaingan yang wujud iaitu di antara FAM dengan Persatuan Bola Sepak Melayu
Malaysia (PBSMM) adalah untuk melahirkan pemain bola sepak yang mempunyai
kemahiran yang baik dan dapat dijadikan sebagai pelapis pemain bola sepak negara
Malaysia di masa akan datang. Hal ini akan menyebabkan FAM dan PBSMM untuk
saling bersaing antara satu sama lain bagi mengharumkan nama persatuan masing-
masing terhadap negara. Maka, persaingan yang berlaku akan menyebabkan
hubungan FAM dan PBSMM menjadi semakin renggang dan tidak dapat
bekerjasama dengan baik demi kepentingan persatuan masing-masing.

Berdasarkan analisis di atas, setiap permasalahan tersebut dapat diatasi dengan meningkatkan
ketegasan pengurusan kelab dalam kalangan pihak FAM khususnya kepada pihak atasan. Hal
ini bertujuan untuk mendisiplinkan ahli-ahli kelab serta para pemain bola agar tidak
menimbulkan sebarang permasalahan yang boleh menjejaskan prestasi dan nama baik kelab di
mata masyarakat. Dalam hal ini, pihak FAM seharusnya mengawal urus niaga kewangan kelab
dengan berbelanja mengikut bajet dan kemampuan. Malahan, pihak FAM juga hendaklah

10
sentiasa menasihati dan memberikan amaran kepada para pemain agar mengawal tingkah laku
disiplin ketika berada di padang atau ketika mengeluarkan sebarang kenyataan media. Oleh hal
yang demikian, setiap persatuan seharusnya peka dan bersifat proaktif terhadap perubahan
sikap ahli dan sistem pengurusan kelab untuk mengekalkan prestasi yang baik.

(817 Patah
Perkataan)

RUJUKAN

BERNAMA. (2022). Dana RM10 juta bantu pengoperasian FAM. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2022/01/802912/dana-rm10-juta-bantu-
pengoperasian-fam-ahmad-faizal
Football Association Of Malaysia. (2016). FAM genap 95 tahun hari ini. FAM.
https://fam.org.my/news/fam-genap-95-tahun-hari-ini
Nizam Yatim. (2021). FAM perlu toleransi isu kemanusiaan. Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/04/fam-perlu-toleransi-isu-kemanusiaan/
O’Donell, S. (2022). Siaran media: Kemaskini senarai aktiviti teknikal FAM. Football Association
of Malaysia.

11
https://www.fam.org.my/news/siaran-media-kemas-kini-senarai-aktiviti-teknikal-fam
Persatuan Bola Sepak Malaysia. (2020). Persatuan Bola Sepak Malaysia Statut Edisi 2020.
Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Syafiq Aznan. (2021). FAM, PFAM pandang serius isu tunggakan gaji. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/11/883329/fam-pfam-pandang-serius-isu-
tunggakan-gaji

12

You might also like