You are on page 1of 3

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN INSENTIF UNTUK

PELAJAR SMK SERI INTAN YANG MEWAKILI NEGERI JOHOR


KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH SEKOLAH MALAYSIA
(MSSM)








1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini bertujuan memohon sumbangan insentif untuk pelajar
SMK Seri Intan yang telah mengharumkan nama sekolah kerana telah
terpilih mewakili Johor bagi kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2014
yang akan diadakan di Negeri Kedah Darul Aman.

2.0 LATAR BELAKANG
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.
Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat
mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Kejohanan Balapan dan padang yang diadakan setiap tahun telah
berjaya menggilap dua intan yang bersinar dari SMK Seri Intan. Dua
orang pelajar ini ialah
i. MOHAMAD FASHAH BIN ISMAIL.
ii. MOHAMAD SUKRI BIN MAHAT.
Mereka berdua telah terpilih mewakili Negeri Johor bagi Kejohanan
sukan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan
diadakan di negeri Kedah. Oleh itu sebagai menghargai usaha gigih
mereka sedikit sumbangan insentif diperlukan .
3.0 ANGGARAN PERUNTUKAN
Kasut sukan RM 150 x 2 = RM 300.00
Wang saku RM 100 X 2 = RM 200.00
Jumlah RM 500.00





4.0 RASIONAL
4.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar yang meminati
bidang sukan
4.2 Melalui aktiviti ini pastinya dapat mendisplinkan pelajar disamping
memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian
dalam bidang akademik.
4.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar menyertai pertandingan
yang dianjurkan.
4.4 Sebagai dorongan kepada pelajar ini untuk berusaha lebih giat.
4.5 Sebagai contoh kepada pelajar lain bahawa pelajar SMK Seri Intan
juga mampu.


5.0 PENUTUP

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami
ini.Sesungguhnya bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan
membantu sekolah memberi satu hasil yang diharapkan disamping
memberi peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk menyertai
satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga, dengan adanya
bantuan ini, pelajar akan muncul sebagai seorang yang dikagumi hingga
ke peringkat antarabangsa.









Disediakan oleh Diluluskan oleh

You might also like