You are on page 1of 12

BY: NORATIQAH HANIM BT MOHD ROSLIN WAN NURZALEHA BT WAN ZAIDI SITI SUHAILA BT MAT HASSAN NURUL AMIRAH

BT HAZIZI

Sukan profesional
Sukan pesertanya mendapat bayaran untuk bermain disebabkan prestasinya, bertentangan dengan sukan amatur. Profesionalisme telah meningkat melalui pembangunan media massa dan pertambahan kelapangan masa masyarakat. Kedua-dua faktor ini telah menghasilkan penonton yang lebih ramai yang membolehkan persatuan sukan atau kelab mendapatkan wang tajaan yang lebih besar.

Kesannya, lebih ramai ahli sukan berupaya menjadikan bersukan sebagai kerjaya dan mengekalkan status masyhur. Ia dapat meningkatkan tahap kecekapan sukan tersebut dan meningkatkan kepopularan sesetengah sukan, serta dilihat cuba mengasingkan peserta amatur daripada sukan profesional.

Sejak kebelakangan ini,perkembangan industri sukan negara telah semakin pesat dan lebih menyeluruh. Ianya jelas ditonjolkan dalam sektor industri utama iaitu seperti permainan dan pemain sehinggalah sektor industri kedua iaitu prasarana dan arena sukan. Kesan daripada sukan Komanwel 1998 memberi tanda bahawa negara ini akan menjadi tumpuan dalam penganjuran sukan antarabangsa. Kejohanan pelbagai jenis sukan di peringkat antarabangsa telah pun diadakan dan telah dirancang oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan bagi memenuhi hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai titik tumpu atau 'hub' sukan di rantau ini.

Kejohanan seperti temasya Sukan SEA,Hoki Piala Dunia (2002),Sukan FESPIC (2006),kejohanan tahunan Malaysia Grand Prix Formula One,Moto GP dan sebagainya mengukuhkan lagi bukti bahawa Malaysia mampu dan menjana kepakaran untuk menganjurkan temasya sukan peringkat antarabangsa.

Bukan itu sahaja Malaysia juga menghadapi saingan untuk menjadi 'hub' sukan di rantau ini apabila,negara jiran Singapura juga berkempen untuk memasarkan negara itu sebagai 'hub' industri sukan antarabangsa dengan menawarkan pakej perkhidmatan sukan yang menarik kepada syarikat multinasional sukan dunia di samping menawar diri untuk menjadi tuan rumah kepada temasya-temasya sukan dunia seperti Singapore Grand Prix Formula One pada sebelah malam,Sukan Remaja Olimpik dan sebagainya. Industri sukan merupakan suatu sektor yang mempunyai pembahagian yang banyak. Terdapat pelbagai sektor sukan profesional seperti (Liga Super dan Liga Perdana),sukan peringkat universiti (seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia,MASUM) sukan sekolah (Majlis Sukan Sekolah - sekolah Malaysia,MSSM),sukan antara kelab,sukan amatur,sukan massa dan aktiviti sukan yang mempunyai elemen komersil serta kemudahan rekreasi dan organisasi perkhidmatan sukan. Kalau dilihat dari penerapan nilai komersil dalam sukan tempatan,ianya dapat dikesan dengan konsep dasar 'Persyarikatan Malaysia' cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diterjemahkan oleh mantan Menteri Belia dan Sukan,Dato' Abdul Ghani Othman menerusi program Rakan Sukan di awal tahun 90an.

Kelab sukan profesional


Kelab Badminton Nusa Mahsuri merupakan sebuah kelab badminton pertama ditubuhkan di Malaysia pada 10 April 1997.

Visi dan objektif penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk menjadi pusat atau akademi badminton profesional dalam melatih pemain-pemain baik dari dalam mahupun luar negara sebagai pemain badminton bertaraf dunia.
Selain dari bertindak sebagai pusat latihan dikalangan pemain-pemain profesional, kelab ini mempunyai visi sebagai perunding kepada mana-mana kelab, sekolah, universiti atau pertubuhan sukan yang memerlukan khidmat perunding. Kelab ini juga diibaratkan sebagai penyambung wadah dalam pencungkilan bakatbakat baru selain menyumbang sesuatu dalam membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke arah pembangunan badminton itu sendiri. Atas semangat jati diri dan daya juang memartabatkan imej badminton, kelab ini telah, sedang dan akan membuat pelbagai program dalam menyemarakkan minat serta pendedahan terhadap kaedah permainan badminton yang betul sehingga ke peringkat akar umbi.

KONTRAK AHLI SUKAN BOLA SEPAK PROFESIONAL KPBS ialah contoh kontrak bagi perkhidmatan sukan. Ia mengandungi terma dan syarat berkontrak yang telah ditentukan, sekaligus merujuk kepada hak, tugas dan tanggungjawab seorang ahli sukan terhadap kerjayanya berdasarkan keunikan skil permainan dan populariti. Kelab bersetuju dalam kontrak bahawa ahli sukan bola sepak mempunyai kemahiran istimewa dan kemampuan sebagai seorang ahli sukan profesional.

Artikel 1, Kontrak Pemain Bolasepak (FAM) menyatakan bahawa khidmat yang ditawarkan di dalam kontrak tersebut adalah istimewa dan luar biasa atas sebab ia mempunyai nilai tertentu di atas bayaran gaji tinggi yang dipersetujui.
Selain daripada terma dan syarat tersebut, setiap ahli sukan bola sepak profesional juga mempunyai hak-hak yang tertentu.

Ia dinyatakan sebagai hak statutori kerana dilindungi sepenuhnya oleh Akta Kerja 1955 (Akta 1955) dan Akta Hubungan Perusahaan 1967 (Akta 1967).

Pemecatan Ahli Sukan Profesional


S. 14(1) Akta 1955 memberi kuasa kepada majikan untuk memecat ahli sukan sekiranya terjadi salah laku dan kesalahan yang serius. Contohnya,tindakan tidak menurut arahan berlatih yang mungkin dilihat sebagai satu kesalahan kecil boleh menyebabkan salah laku yang serius seperti yang diputuskan dalam kes Laws v London Chronicle (Indicator Newspapers Ltd) [1959] 2 AER 285. Dalam kes Datuk TP Murugasu v Wong Hung Nung [1988] 1 MLJ 291, akibat daripada tindakan menjual permainan dan rasuah, ahli sukan kehilangan status pemain, malah digantung seumur hidup daripada melibatkan diri dalam sukan sama ada dalam bentuk perlawanan, pengadilan dan administrasi.

Prestasi merosot dan kurang cekap dalam mengawal perlawanan juga boleh dijadikan alasan yang membenarkan majikan memecat pekerja di bawah Akta tersebut.

PEMAIN MALAYSIA BERPELUANG MENJADI JUTAWAN MASA HADAPAN SEIRING KEMAJUAN INDUSTRI SUKAN DI RANTAU INI
Sukan bola sepak mempunyai potensi besar bagi melahirkan jutawan di kalangan pemainnya dan Kementerian Belia dan Sukan kini memberi tumpuan ke arah usaha ini kepada pemain bola sepak Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana bola sepak merupakan salah satu industri sukan yang sedang berkembang pesat di peringkat dunia dengan menjana pendapatan ribuan juta dolar Amerika. Beliau berkata seperti di Eropah, pemain di Malaysia juga berpeluang menjadi jutawan suatu hari nanti, seiring kemajuan industri sukan di rantau ini melalui pembayaran gaji yang mahal serta pendapatan menerusi penajaan. Menteri itu juga berkata senario semasa sukan itu di rantau Asean menjurus ke arah perkembangan seperti di Eropah.

Sebagai contoh, katanya, pertandingan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF tahun lalu mencatat rekod penonton tertinggi di Asean, setanding penonton kejohanan bola sepak di Eropah.
Beliau berkata pertandingan bola sepak yang mendapat tontonan ramai akan membuka laluan kepada penaja besar untuk melibatkan diri dalam kejohanan itu. Ahmad Shabery amat berbangga dengan pencapaian pasukan bola sepak kebangsaan kini yang secara konsisten menunjukkan kecemerlangan dalam prestasi permainan. Penyerang kebangsaan, Safee Sali misalnya, muncul sebagai pemain hebat sehingga dilamar bermain dengan kelab bola sepak luar negara beliau yakin masa depan pemain bola sepak Malaysia akan terus cerah jika pengurusan sukan itu dilakukan secara profesional.

You might also like