You are on page 1of 7

EKONOMI DALAM SUKAN

Pengenalan

Sejak bermulanya tamadun manusia, sukan telah menjadi satu kegiatan rekreasi dan riadah dalam kehidupan manusia sejagat. Namun kini, sukan tidak lagi hanya mendukung fungsi tradisinya iaitu menyihatkan tubuh badan atau mengisi masa lapang malah sudah menjadi suatu wadah untuk mengaut keuntungan lumayan melalui industri yang bersifat komersial di samping mampu menjual nama sesebuah negara di pentas dunia. Perkara ini telah dibuktikan apabila penganjuran sukan sukan antarabangsa telah menjadi sumber ekonomi kepada sesebuah negara. Tidak ramai di kalangan masyarakat Malaysia menyedari bahawa industri sukan adalah satu industri yang besar nilai serta impaknya dan telah mula berkembang di negara kita.

Industri sukan ini bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk yang berkaitan sukan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain termasuklah dari segi perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri.

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato Ahmad Shabery Cheek dalam Majlis Perasmian KISMAS 2009, di Amerika Syarikat (AS) industri sukan merupakan antara salah satu industri yang terbesar dan yang paling pesat membangun. Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh Sports Business Journal melaporkanbahawa nilai industri sukan di Amerika Syarikat pada tahun 2008 sahaja telah bernilai USD 213 billion iaitu lebih dua kali ganda daripada industri kenderaan dan tujuh kali ganda lebih besar daripada industri perfileman. Justeru itu ,pada asasnya, industri sukan adalah gabungan kumpulan perniagaan yang bukan sahaja menghasilkan produk berkaitan sukan bahkan turut melibatkan pelbagai komponen termasuk perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri di mana sasaran yang utama adalah untuk menjana keuntungan (Aminuddin Yusof & Parilah Mohd Shah, 2008). Oleh itu, untuk mencapai matlamat industri sukan, kerjasama daripada pelbagai sektor diperlukan seperti sektor media, sektor perniagaan dan sektor politik. Walaupun begitu masih banyak lagi, perkembangan ekonomi hasil tempias dari aktiviti perniagaan dalam sukan secara tidak langsung.

Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia. Segala kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kegunaan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan taraf sosial. Banyak kemudahan untuk pelbagai jenis sukan dan rekreasi telah disediakan oleh pihak kerajaan. Apabila kemudahan sukan tersebut dimanfaatkan, kita dapat melahirkan rakyat yang sihat. Rakyat yang sihat tentunya akan mewujudkan tenaga kerja yang produktif untuk menggerakkan ekonomi negara dalam pelbagai bidang. Kajian menunjukkan bahawa sukan dapat mengelakkan seseorang daripada serangan penyakit seperti strok, diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan

barah. Sukan akan dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh manusia hatta menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. Rakyat yang sihat penting untuk memacu pembangunan ekonomi negara. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk. Promosi gaya hidup cergas dan sihat, pendedahan kepada aktiviti sukan antarabangsa dan pertambahan bilangan generasi muda telah menimbulkan minat pelbagai pihak samada pengeluar produk, penyedia perkhidmatan ataupun pengguna untuk saling memenuhi keperluan masingmasing. Pendedahan terhadap kejohanan lumba basikal misalnya telah menambah minat masyarakat untuk berbasikal sama ada sebagai rekreasi atau bersukan yang akhirnya akan meningkatkan permintaan dan peluang terhadap semua akitiviti hiliran yang berkaitan dengan basikal. Penambahan kedai-kedai menjual, membaiki dan mempromosikan pelbagai jenama yang berkaitan dengan basikal akan memberi kesan terhadap ekonomi mereka yang terlibat dan seterusnya memberi kesan berganda kepada ekonomi negara. Begitu juga dengan permintaan terhadap bulu tangkis, dewan, raket, jaring dan kasut sukan akan meningkat seandainya terdapat promosi dan pendedahan melalui kejohanan yang berterusan dilakukan terhadap sukan badminton. Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, stoking, raket, bola dan pelbagai produk sukan yang lain. Kedai-kedai sukan juga dibuka di setiap pelosok negara dan memberikan peluang kepada rakyat untuk berniaga. Peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada rakyat negara ini di kilang-kilang berasaskan produk sukan. Peningkatan kesemua aktiviti yang berkaitan dengan sukan ini telah membuktikan bahawa aktiviti sukan mampu menjadi sub-sektor ekonomi sebagai salah satu Industri yang bakal menjana pendapatan negara.

sukan sebagai kerjaya Bidang sukan boleh dijadikan sebagai salah satu karier buat belia dengan penglibatan mereka secara aktif sebagai atlet ataupun sebagai pentadbir dibahagian pengurusan. Sukan mampu memberikan pendapatan yang lumayan setimpal dengan tahap pencapaian mereka. Sebagai contoh, pemain bola sepak diperingkat antarabangsa, bahkan di peringkat negeri pun sudah cukup lumayan. Sebenarnya mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit, tetapi ia bergantung kepada tahap kemampuan mereka dalam sesuatu perlawanan. Ini kerana, kemenangan yang diperolehi mampu memberikan kesan yang besar terhadap sukan dan juga pasukan yang diwakili. Di Malaysia, prospek kerjaya sukan masih dipandang remeh kerana sumber pendapatan yang rendah berbanding di negara luar. Malah terdapat sesetengah cabang sukan yang memerlukan atlet mendapatkan sendiri tajaan bagi membolehkan mereka terus maju. Walaubagaimanapun, bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada masakini seperti penghargaan dalam bentuk wang tunai selepas menjuarai kejohanan di peringkat antarabangsa sedikit sebanyak membantu merangsang kesungguhan atlet. Dari sudut pentadbiran dan pengurusan, kemampuan mengurus sesebuah pasukan dilihat mampu memberikan lebih banyak tajaan dan sokongan kewangan. Atlet sukan contoh yang cemerlang seperti Shalin Zulkifli, Lee Chong Wei, Safee Sali dan Nicol Ann David berjaya bergelar sebagai jutawan selepas menjadikan sukan sebagai sumber pendapatan melalui hadiah kemenangan, bayaran insentif dan penajaan. Mereka juga boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya sepenuh masa. Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan. Penganjuran sukan berprestij seperti ini mampu merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyumbang kepada keluaran kasar dalam negara (KDNK) serta mampu menjana pulangan dan meningkatkan Gross National Income (GNI) per kapita daripada

USD7,000 kepada USD15,000 menjelang tahun 2020 (Kementerian Belia Sukan, 2010). Di Malaysia negara kita turut mampu menganjurkan pelbagai temasya sukan di peringkat antarabangsa, seperti Sukan Komanwel XVI 1998; Perlumbaan Formula Satu Petronas Malaysian GP; Perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia; Monsoon Cup; Le Tour de Langkawi dan Formula Future. Penganjuran Sukan Komanwel Ke-16 pada tahun 1998 dahulu menguntungkan negara dari segi pendapatan. Apabila negara bertambah maju, elemen pelancongan, penjagaan kesihatan dan sains sukan mula mendapat tempat di persada perniagaan. Pertalian antara produk, pengeluar penyedia perkhidmatan dan pengguna dalam bidang pelancungan, rekreasi dan sukan dilihat begitu saling mempengaruhi. Pada masa kini sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai salah satu sub-sektor yang mampu mengerakkan ekonomi negara. Bilangan pelancong yang datang dan jumlah wang yang dibelanjakan ketika melancong telah memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi. Kemasukan pelancong yang ramai menjana ekonomi negara. Hak penyiaran eksklusif melalui penganjuran sukan Formula 1 menguntungkan penganjur. Industri sampingan seperti pengangkutan, makanan , media dan pelancongan turut mendapat tempiasnya. Pelaburan asing juga dapat ditingkatkan dan Malaysia memperoleh keuntungan besar dari segi tukaran wang asing. Oleh itu, tidak hairanlah setiap negara bersaing untuk menjadi penganjur sukanbertaraf dunia sepertiKejohanan Bola Sepak Piala Dunia,Sukan Olimpik, dan pelbagai kejohanan yang lain. Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukanmerupakan salah satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan pemain dan

penonton. Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkanperpaduan umat dan mengikis perasaan perkauman. Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Sukan menyihatkan rakyat, dan secara tidak langsung kerajaan dapat Mengurangkan kos perubatan untuk merawat rakyat. Peruntukan yang tinggi untuk kesihatan rakyat dapat dialih kepada sektor-sektor lain yang lebih memerlukan untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Rakyat yang sihat tidak perlu lagi memikirkan kos perubatan. Rakyat juga dapat menjimatkan pendapatan untuk kesejahteraan keluarga seperti mendapatkan keperluan lain seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan melancong.

SUMBER BUKU Borhanudin bin Abdullah, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan Buku Teks KBSR Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007. Dzulkifli bin Ismail, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan Buku Teks KBSR Tahun 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007. SUMBER INTERNET http://interaktif.kbs.gov.my/pps/tips.php http://www.usm.my/drug/presentation/Drug%20dan%20Sukan.pps#271,15,Slide http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp? y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp? http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp? y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cb2ddc56c0a85062-14d4bcb0-d3f95c87 http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp? y=2007&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

You might also like