You are on page 1of 12

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD SYAHID NAIM
NUR SABRINA
DEFINISI

• Menurut Baron dan Richardson(1994), keagresifan adalah apa jua


bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan
kecederaan ke atas benda hidup dan bermotivasi untuk mengelakkan
diri daripada mengalami kecederaan.
• Menurut Wann(1997), keagresifan adalah satu tindakan yang
bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal
atau psikologi ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan
diri daripada dicederakan.
JENIS-JENIS KEGANASAN

Keagresifan terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:


1. Keagresifan ketara
2. Keagresifan instrumental
3. Keagresifan asertif
KEAGRESIFAN KETARA(KK)

• KK merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada perasaan marah dengan matlamat untuk
mencederakan individu lain serta niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan atau
kecederaan, ganjarannya adalah dengan melihatnya cedera dengan tindakan tersebut.
• Sebagai contoh, seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain
pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum
oleh pengadil.
• Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut
(mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam
(mengakibatkan kesakitan).
• Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi
berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan.
• Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya
(kepuasan) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.
KEAGRESIFAN INSTRUMENTAL (KI)

• KI merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat mencederakan atlet lain dengan
matlamat kecederaan atlet tersebut akan memberi faedah kepada pasukannya.
• Tindakan tersebut dianggap ‘instrumental’ bagi mencapai matlamat pasukannya.
• Sebagai contoh, tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain
penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar
beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat
hantaran kepada rakannya yang lain.
• Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya
memenangi perlawanan tersebut. Penggunaan strategi ini khususnya di peringkat
profesional perlu dibenteras kerana tindakan pemain profesional ini lazimnya akan
menjadi ikutan pemain muda.
KEAGRESIFAN ASERTIF (KA)

• Tindakan KA kebiasaannya kita lihat sebagai taktikal sesebuah pasukan.


• Namun ia seringkali disalah erti sebagai mencederakan dengan niat. Contohnya,
tackle dalam permainan ragbi.
• Jika berlaku sebarang kecederaan semasa tindakan asertif ini, ia tidak dikira sebagai
agresif yang melampau kerana terdapat sukan yang dibenarkan bagi tindakan agresif
ini. Contohnya ragbi.
• Sebagai contoh, penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas
bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam
peraturan permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan.
Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih
yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan
dengan “bersih” serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain
lawan.
PENYEBAB KEGANASAN

• Kebangkitan fisiologi
1. Biasanya berkait rapat dengan persekitaran khasnya suhu dan
suasana penonton.
2. Keadaan ini akan menyebabkan atlet akan bertindak agresif
kerana suasana kurang selesa dan merimaskan dan mudah
marah.
3. Menurut Donnerstein dan Watson(1976), mendapati suasana
bising yang tinggi akan merangsang respons agresif atlet.
• Persepsi individu
1. Keagresifan akan meningkat jika terdapat pemain yang merasakan diri mereka
akan menerima asakan kasar dari pemain lawan.
2. Secara tidak langsung persepsi ini akan mencetuskan tindakan yang lebih agresif
jika pertembungan berlaku antara kedua-dua pemain.

• Perbezaan mata/Jaringan
1. Menurut Cox (1999), semakin besar perbezaan mata/jaringan, maka semakin
banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pasukan yang ketinggalan.

• Penggunaan dadah
1. Kesan dadah dalam sukan juga mempengaruhi keagresifan seseorang atlet.
2. Hal ini disebabkan sebarang tindakan mereka adalah bawah sedar kerana kesan
pengambilan bahan terlarang tersebut.
• Lokasi perlawanan
1. Tindakan atau permainan yang agresif akan lebih banyak ditonjolkan oleh
pemain tuan rumah jika mendapat sokongan penonton atau penyokong

• Keputusan pertandingan
1. Pasukan yang biasanya ketinggalan atau tidak lagi berpeluang untuk
memenangi perlawanan akan lebih agresif.
2. Keadaan ini berbeza dengan pasukan yang mendahului kerana mereka
akan bermain secara selamat dengan melengahkan perlawanan, keadaan
inilah yang menyebabkan kekasaran akan berlaku.
TEORI KEGANASAN
KESAN PENDEKATAN AGRESIF
TERHADAP INDIVIDU DALAM SUKAN
• Dalam sukan agak sukar untuk mengurangkan atau menghapuskan sifat agresif.
• Ini kerana setiap pasukan atau atlet yang terlibat mempunyai matlamat tersendiri dalam acara sukan.

Kesan boleh dilihat melalui 3 aspek iaitu :

1.Individu
i. Mengalakkan sikap agresif dalam permainan dan menjadi role model kepada atlet lain.
ii. Menjadikan sikap agresif ini sebagai taktikal pasukan setiap kali menghadapi perlawanan.
iii. Akan wujud jurulatih yang mengalakkan sikap agresif ini diterapkan dalam taktikal permainan.
iv. Memberi motivasi.
v. Mendisiplin atlet dengan sikap yang betul.
2. Masyarakat
i. Memisahkan penyokong pasukan.
ii. Membuat pemeriksaan terhadap penonton.

3. Global
i. Media tidak menyalahgunakan peranannya sebagai penyampai
informasi maklumat.

You might also like