You are on page 1of 3

2.

0 Kajian literatur

2.1 Pengenalan

2.2 Pembelajaran Teradun

Pembelajaran teradun berkonsekan pencampuran model pembelajaran tradisional (bersemuka)


dengan pembelajaran secara dalam talian. Penggunaan pembelajaran teradun menjadikan
pelajar lebih aktif semasa proses pembelajaran sekaligus mereka dapat mencari cara belajar
yang sesuai bagi diri mereka (Nursyazwani, 2015). Menurut Faizatul H. A. H. dan Nor Syahilia A.
(2017), pembelajaran teradun merupakan pembelajaran berpusatkan murid yang melibatkan
penggunan teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia. Menurutnya lagi terdapat tiga faktor
kejayaan untuk mewujudkan pendidikan maya melalui internet iaitu teknolgi yang memudahkan
murid untuk mengakses laman web dan bahan pembelajaran. Kedua ialah instrukstor iaitu dari
segi sikap instruktor terhadap murid dan kompetensi teknikal instruktor. Akhir sekali ialah persepsi
murid terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Menurut kajian Faizatul dan Syahilia
(2017) lagi majoriti murid menggunakan pembelajaran teradun walaupun mereka kurang seronok
namun begitu, terbukti murid menerima dengan baik kaedah pembelajaran ini. Murid menerima
pembelajaran teradun disebakan manfaat yang mereka perolehi darinya seperti kemudahan
untuk melaksanakan kuiz dan ujian di mana sahaja.

2..2.1 Model Pembelajaran Teradun

Menuru model yang diperkenalkan oleh Michael B. Horns, terdapat empat model yang sering
digunakan dalam pembelajaran teradun. Model ini adalah kerangka kerja untuk guru gunakan
semasa membangunkan dan membincangkan mengenai pebelajaran teradun. Yang paling
utama, guru harus memilih model yang sesuai untuk mereka gunakan semasa pengajaran.
Menurut Powell A., Watson J., Staley P., Patrick S., Horn M., Fetzer L., Hibbard L., Oglesby J.
dan Verma S. (2015) model-model ini dikenali sebagai Rotation, Flex, A La Carte dan Enriched
Virtual.

1. Rotation Model

Model ini digunakan untuk murid belajar secara berstesen, samada dalam bilik darjah atau
luar bilik darjah. Guru akan menetapkan jadual untuk murid belajar mengikut kaedah
pembelajaran tertentu atau mengikut budi bicara guru dan penggunaan pembelajaran
atas talian mesti dijalankan. Menurut Clayton M. Christensen, Michael B. Horn, dan
Heather Staker (2013) antara kaedah pembelajaran yang boleh diterapkan ialah aktiviti
secara kumpulan kecil, projek berkumpulan, pembelajaran kendiri dan tugasan secara
bertulis. Dalam model ini terdapat empat lagi sub model iaitu Station Rotation, Lab
Rotation, Flipped Classroom dan Individual Rotation.

2. Flex Model
Satu kursus atau subjek yang memerlukan pembelajaran atas talian sabagai tulang
belakang. Namun begitu ada masa tertentu memerlukan murid untuk melakukan aktitiviti
secara bukan atas talian. Guru akan merekod setiap hasil kerja murid di tapak yang
disediakan oleh guru.

3. A La Carte Model
Murid akan menerima arahan dalam kursus tertentu yang sepenuhnya secara atas talian.
Kebiasaanya digunakan untuk murid yang mengikuti pembelajaran jarak jauh. Oleh itu
guru akan merekod data secra atas talian. Murid tidak perlu mengikut sesi pembelajaran
secara bersemuka dengan guru.

4. Enriched Virtual Model


Murid akan menerima pengalaman secara menyeluruh di sekolah dalam sesuatu subjek.
Oleh itu murid perlu membahagikan masa untuk menghadiri kuliah dan belajar secara
jarak jauh dengan menggunakan isi pembelajaran yang terdapat dalam tapak yang
disediakan guru secara atas talian.

2.2.2 Pembelajaran Teradun dalam Pendidikan

Pembelajaran teradun dilihat mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang pendidikan.
Menurut Norasyikin Osman dan M. Isa Hamzah (2016) pengabungan antara pembelajaran
bersemuka dan e-pembelajaran memberi murid dan guru lebih pilahan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam kajian Islam Karkour (2014) bersetuju bahawa pembelajaran teradun amat
berguna dan merupakan satu kaedah yang berkesan untuk mengajar membaca bahasa asing
dalam bilik darjah.

Peranan guru sebagai penyalur ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan teknologi amat
penting. Menurut Shahfiesul S. dan Fariza K., (2016) para guru perlu mempelbagaikan kaedah
penyampaian maklumat kepada murid melalui pelbagai terori pembelajran. Oleh itu, guru perlu
berkemahiran dalam pedagogi yang melibatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) bagi proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan maya.
Murid senang untuk mengakses maklumat dan juga kandungan kursus. Hal ini telah membantu
murid untuk menjimatkan masa dan boleh untuk mereka belajar di mana saja dan tanpa mengira
masa (Attaran M dan Zainuddin Z, 2018). Tambahan pula, murid cepat menerima maklum balas
mengenai penilaian yang dijalankan.

2.3 Web 2.0

Web 2.0 merupakn teknologi yang membolehkan pengguna menyumbang kepada isi kandungan
di internet dan pada masa sama sebagai pengguna maklumat. Menurut A. Hadi M. D., Lee S. T.,
Mohan P. dan Jamilah D. (2016) teknologi web 20 merangkumi ciri-ciri komunikasi sosial dan
interaksi dalam pengguna. Web 2.0 merupakan alat yang penting dalam kehidupan murid. Oleh
itu, alat web 2.0 mampu memberikan impak terhadap pembelajaran dan prestasi murid.

2.3.1 Penggunaan Web 2.0 dalam Pendidikan

Menurut A. Hadi M. et al. (2016) penerimaan murid dari segi kemudahan penggunaan alat-alat
Web 2.0 adalah tinggi dan ini telah memberi manfaat kepada murid untuk menggunakan alat-alat
ini. Dalam masa yang sama murid turut berkeinginan tinggi untuk menggunakan alat-alat Web
2.0. murid turut memberi maklum balas bahawa kandungan Web 2.0 membolehkan murid untuk
menyelesaikan tugasan dengan lebih pantas dan kandungan pembelajaran digital yang
digunakan membolehkan murid untuk belajar dengan lebih mudah sekaligus memperbaiki
pembelajaran mereka.

Penggunaan aplikasi Web 2.0 yang digunakan menimbulkan suasan yang


menyeronokkan dan murid kelihatan teruja untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran.
Kebanyakkan murid memberi respons yang positif terhadap aplikasi Web 2.0 dengan
menyatakan pengajaran dana pembelajaran lebih efektif dan membantu dalam beberapa
bahagian pembelajaran seperti untuk aktiviti pengukuhan. Menurut Harlina I., Zubaidah M. N. dan
Ainee A. (2016) Web 2.0 sangat sesusai digunakan sebagai bahan bantu belajar dan telah
mempengaruhi emosi serta fizikal murid. (Harlina binti Ishak, Zubaidah Mat Nor dan Ainee
Ahmad, 2016).

You might also like