You are on page 1of 2

Tan Sri Prof.

Dr Awang Had Salleh dilahirkan pada 24 Jun 1934 di Kampung Bagan Pulau Bentong, Balik
Pulau, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Betung, Balik Pulau,
Pulau Pinang dan pendidikan menengah di Sekolah Melayu Seberang Perak (L), Kedah. Pada tahun 1951,
beliau meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak sehingga
tahun 1954 dan seterusnya di Maktab Bahasa Bukit Senyum, Johor Bahru pada tahun 1958. Beliau telah
melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1961 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Kepujian) pada tahun 1964 dan Ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1967. Beliau telah
menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi di
Universiti Stanford, California pada tahun 1969 dan Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan
di Universiti Lancaster, United Kingdom.

Kerjaya :

Guru pelatih di Sekolah Melayu Gunung, Kedah (1950)


Guru di Sekolah Melayu Derga, Kedah
Guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah(1957)
Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC), Alor Star, Kedah(1959-1961)
Pensyarah Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1964-1965)
Penolong Pensyarah/ Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya(1974-1975)
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (1975-1978)
Pengarah Institut Teknologi Mara sekarang Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) (1978-
1980)
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Naib Canselor Pertama Universiti Utara
Malaysia (1980-1984)
Penasihat Khas Kementerian Pendidikan
Ketua Eksekutif/ Perunding Akademi Filem Malaysia (1990-1992)
Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan
Ahli Lembaga Eksekutif Unesco
Pengerusi Lembaga Tadbir Institut Teknologi Kreatif Limkokwing
Penasihat Kehormat Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN)
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Pengerusi Penasihat Akademik Informatics Malaysia
Pengerusi Entertainment Village (M) Sdn. Bhd.(E-Village)
Pro Canselor UPSI (1999 hingga sekarang)

Selain terkenal dan aktif di dalam bidang akademik, beliau juga banyak menghasilkan karya kreatif.
Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya,
'Merah Kuning Biru' (kumpulan cerpen) dan 'Biru Warna' (novel) diterbitkan. Dramanya 'Buat Menyapu
Si Air Mata' telah diterbitkan pada tahun 1975. Dalam bidang penerbitan dan penulisan, beliau
menghasilkan banyak buku, risalah dan kertas kerja yang berhubung dengan bidang pendidikan, bahasa
dan kebudayaan.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dikurniakan pingat dan darjah kebesaran
iaitu Johan Mangku Negara (J.M.N.) pada 1975, Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) pada 1978 yang
membawa gelaran Dato' dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) pada 1982 yang membawa gelaran Tan
Sri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Bagi menghargai sumbangan beliau di dalam
bidang pendidikan, beliau telah dianugerahi 'Honarary Fellow', A.B.E. (UK) pada tahun 1983, Ijazah
Kehormat Doktor Undang-Undang daripada Universiti Brock, Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Profesor Emeritus dari Universiti Utara Malaysia. Beliau juga
dianugerahi "Distinguished Fellow of ISIS" Malaysia.

You might also like