You are on page 1of 3

JURNAL PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal : KE- 4



Minggu Praktikum : KEEMPAT

Tarikh Peristiwa / Kejadian :17 FEBRUARI 2014 HINGGA 21 Februari 2014

Tajuk Jurnal : PENULISAN OBJEKTIF



1. Masalah /Peristiwa:
Sepanjang saya mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khususnya
dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik minggu ini, saya mendapati
bahawa saya mengalami masalah dalam penulisan objektif yang tidak selaras
dengan aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu juga, saya mendapati bahawa penulisan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan tidak tepat.

2. Analisis
Penulisan objektif yang tidak selaras dengan aktiviti pengajaran yang diajar mungkin
disebabkan oleh ketidakfahaman mengenai tajuk yang diajar ataupun mungkin
disebabkan oleh guru tidak menguasai kemahiran yang diajar. Masalah ini juga
boleh berlaku disebabkan oleh guru tidak memahami konsep utama objektif itu
ditetapkan. Objektif pendidikan (pengajaran/pembelajaran) merupakan pernyataan
mengenai perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan
pelajar-pelajar akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan
(B.S.BLOOM(Ed.)(1956). TaxonomyOf Educational Objectives. Hanbook 1:
Cognitive Domain). Menurut R.J. Kibler, et.al(1981) dalam Objectives
for Instruction and Evaluation, objektif pengajaran merupakan pernyataan yang
menerangakn apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan
sesuatu unit pelajaran. Objektif pengajaran merujuk kepada pengetahuan dan
kemahiran yang perlu dicapai atau dikuasai oleh murid selepas sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran merupakan
komponen terpenting bagi sesuatu rancangan pengajaran, pengetahuan asas
berkaitan yang diperlukan, isi pelajaran di samping mencadangkan aktiviti guru atau
muird yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran
dan pembelajaran terdiri daripada lima komponen iaitu pelaksana, perlakuan, hasil
perlakuan, syarat perlakuan dan kriteria perlakuan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah
yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba memperbetulkan masalah yang saya
hadapi dalam penulisan objektif ini. Untuk itu, saya perlu menguasai dan memahami
konsep dan kepentingan objektif pendidikan dan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Saya juga perlu memperbanykkan bacaan mengenai penulisan
rancangan pengajaran harian dan objektif penagajaran dan pembelajaran yang baik
dan berkesan. Objektif pengajaran amat penting dalam membatu guru
mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat
pemilihan kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran termasuk jenis-jenis
bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan. Selain itu, objektif pengajaran
memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran,
keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar. Di samping
memberi asas kepada guru dalam melaksanakan pengajaran pemulihan atau
pengayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya. Objektif pengajaran juga
penting dalam menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yang diharapkan dicapai
oleh mereka pada akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka
dalam mempertingkatkan pembelajaran.







4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada setiap kali sesi pengajaran dan
pembelajaran yang akan datang. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera,
sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.
5. Tindakan Susulan
Saya akan berbincang dengan guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik kelas 4 Lili dan 2 Kenangan bagi mengatasi masalah yang saya hadapi
ini.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :....................................... Tandatangan :..............................................

Nama :...................................... Nama :..............................................

Tarikh :...................................... Tarikh :..............................................

You might also like