You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI BUKIT MERTAJAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai mula dibuka pada tahun 1883 oleh kerajaan
Inggeris.Permulaannya sebuah bangunan didirikan dan dikongsi bersama antara rumah Guru
Besar dan bilik darjah murid lelaki. Kemudian sebuah rumah penduduk kampung telah disewa
untuk menempatkan murid perempuan.

Pada tahun 1920, sebuah bangunan sementara didirikan untuk kegunaan murid lelaki dan
perempuan. Sekolah ditutup pada tahun 1941 hingga tahun 1945 kerana meletusnya Perang
Dunia Ke-2.Setelah tamatnya perang sekolah ini dibuka semula. Kerajaan Inggeris telah
membina sebuah bangunan baru pada tahun 1950 yang mempunyai 8 bilik darjah, stor dan
tandas.

Pada tahun 1963, dua buah bangunan lagi didirikan. Bangunan ini dikhaskan kepada
murid perempuan.Guru Besar pertama bagi murid lelaki ialah Tuan Haji Jusoh bin Johan
sementara Guru Besar pertama bagi murid perempuan ialah Puan Che Esah. Murid lelaki dan
murid perempuan ditadbir oleh Guru Besar yang berasingan.Pada tahun 1980, Kelas Khas (Cacat
Pendengaran) telah dibuka sebagai kelas percantuman (intergrated) dengan seorang guru dan tiga
orang murid.

Kini pada tahun 2020, Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai berdiri megah dibawah
pimpinan Pn. Norhayati Binti Puh Yamin dengan 47 orang guru, 9 orang staf sokongan dan
murid seramai 447 merangkumi murid aliran perdana, pendidikan khas sehinggalah prasekolah.
Pembangunan yang pesat dan menyeluruh kini menyaksikan Sekolah Kebangsaan Sungai
Rambai kini memiliki 3 blok bilik darjah, 3 blok kelas prasekolah, sebuah makmal komputer,
makmal sains, bengkel RBT, dewan terbuka, padang bola sepak dan gelanggang sepak takraw.
PERKEMBANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

1883  Blok Pdp pertama dibina. (Blok D)


1963  Pertambahan satu lagi blok Pdp iaitu Blok C
1979  Kantin dibina bagi mengakomodasi jumlah murid yang semakin
meningkat.
1980  Blok B dibina seiring pembangunan kawasan setempat.
1995  Blok Pentadbiran dibina. (Blok A)
2002  Makmal Komputer siap dibina untuk kegunaan seluruh warga SKSR.
2003  Bangunan Prasekolah Baiduri dibina.
2007  Bangunan Prasekolah Permata dibina.
2010  Bangunan Prasekolah Zamrud dibina.
2016  Pencapaian UPSR sebanyak 73.85% lulus dengan seorang murid
memperoleh 6A dan 7 orang memperoLeh 4A2B.
 Projek Bilik PAK 21 dimulakan.
2017  Pencapaian UPSR sebanyak 71.64% lulus dengan 2 orang murid
memperoleh 6A, seorang murid memperoleh 5AIB dan 2 orang
memperoLeh 4A2B.
 Pasukan Kawad Kaki TKRS Putra menjadi johan daerah SPT, Johan
Negeri Pulau Pinang dan naib johan peringkat Kebangsaan Zon Utara.
2018  Pencapaian UPSR sebanyak 73.33% lulus dengan SEorang murid
memperoleh 6A, 2orang murid memperoleh 5A1B dan seorang
memperoleh 4A2B.
 Pasukan Kawad Kaki TKRS Putra menjadi johan daerah SPT, Johan
Negeri Pulau Pinang dan menjadi naib Johan Kebangsaan Zon Utara.
2019  Pencapaian UPSR sebanyak 79% lulus dengan seorang murid
memperoleh 6A dan seorang memperoleh 4A2B
 Pasukan Kawad Kaki PPIM menjadi johan daerah SPT, Johan Negeri
Pulau Pinang dan menjadi naib johan pertandingan Kawad Kaki peringkat
Kebangsaan Zon Utara.
 Pusat Sumber Sekolah berpindah dari tingkat 4 blok A ke tingkat 2 blok
C.
2020  Seluruh Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan
Pandemik Covid-19.
 Pasukan Kawa Kaki PPIM mendapat Naib Johan pertandingan Campro
Online Peringkat negeri Pulau Pinang.
 Murid PPKI mendapat tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan Pertandingan
bercerita e-Mahabbah
 Projek Gimnasium dimulakan dengan dengan menggunakan pusat sumber
lama.
 Projek naik taraf gelanggang sepak takraw dimulakan.

You might also like