You are on page 1of 13

KERTAS KONSEP

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN DEWAN TERBUKA


GELANGGANG SERBAGUNA SERTA KEMUDAHAN

SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM BATU


PROGRAM SEKOLAH AMAMAH - KPM
81500 PONTIAN, PEKAN NANAS
JOHOR DARUL TAKZIM
1.0 PROFIL SEKOLAH

Nama : SK Jeram Batu


Alamat : Kg. Jeram Batu, Pekan Nanas, 81500 Pontian, Johor
Tarikh ditubuhkan : 1980
Kod : JBA 6016
Gred :B
Kategori : Luar Bandar
Kawasan Parlimen : Tanjung Piai
Kawasan ADUN : Kukup
Majlis Daerah : Pontian
No. Telefon : 07 – 684 0017
Laman FB : https://www.facebook.com/skjerambatu/
E-mail : jba6016@moe.edu.my
Peringkat : Sekolah rendah
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Sekitar Tahun 1938 sebelum era Perang Dunia Kedua Meletus, sebuah sekolah telah dibina dan dibuka
di atas tanah kepunyaan Tuan Haji Ibrahim bin Badak di lot 353 Mukim Jeram Batu dengan nama
Sekolah Melayu Kampong Jeram Batu dengan keluasan tanah seluas 1 ekar 1 rod 20 pol oleh Encik Sidek
bin Maarof, Encik Ahmad bin Ali, dan En. Kamat bin Arif.

Pada sekitar Tahun 1945, sekolah ini terpaksa ditutup ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua. Selepas
beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua, sebuah bangunan baru yang lain telah dibina bagi
menggantikan bangunan yang lama yang rosak akibat perang. Bangunan beratapkan nipah telah dibina
dan digunakan ¼ batu dari tapak asal di atas tanah Encik Chek bin Abdul Rahman.

Di atas inisiatif kerajaan pada masa itu, sebuah bangunan baru telah dibina dengan kemudahan tiga (3)
bilik di Kampong Sungai Tempayan. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah
Pontian, Encik Karim bin Hitam.

Akhirnya pada tahun 1980, tapak sekolah telah berpindah ke sebuah tapak baru yang telah dikenalpasti
di Kampung Jeram Batu. Di tapak ini dua (2) bangunan baru telah dibina yang terdiri daripada pejabat,
dewan, kantin dan bilik darjah. Dengan ini, sekolah ini telah diberi nama sebagai Sekolah Kebangsaan
Jeram Batu. Sekitar tahun 1990, dua (2) bangunan baru lagi telah dibina bagi memenuhi keperluan
warga SK Jeram Batu iaitu terdiri daripada Bilik Pemulihan Khas dan bilik darjah manakala satu (1) lagi
bangunan dikhaskan sebagai Makmal Komputer. Bagi Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
pada ketika itu melalui pengembangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI), Makmal Komputer telah dilengkapi dengan dua puluh (20) buah komputer bagi
keperluan murid SK Jeram Batu dengan kemudahan internet melalui pemancar VSAT yang dipasang di
kawasan sekolah.

SK Jeram Batu dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) pada awal kewujudan sekolah ini.
Pada tahun 2000, atas keprihatinan dan tanggungjawab ibubapa keatas anak-anak, jumlah kemasukan
ke sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun. Pada Tahun 2005, SK Jeram Batu telah dianugerahkan
kategori sebagai sekolah Gred B, dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan
Pembinaan Bangunan Baru (4 tingkat) dan pembinaan bermula pada tahun 2008. Akhirnya pada tahun
2010, bangunan baru ini telah digunakan sepenuhnya.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2012 hingga 2025, antara intipatinya adalah
mewujudkan Sekolah Amanah di seluruh Malaysia. Pada Tahun 2013, SK Jeram Batu telah didatangi
wakil-wakil penilai dari perunding yang dilantik bagi menguruskan Program Sekolah Amanah ini.
Perunding yang hadir berpuas hati dengan perkembangan positif dari warga SK Jeram Batu, dan pada
tahun 2014 secara rasminya Sekolah Kebangsaan Jeram Batu telah dipilih untuk dijadikan sebagai
Sekolah Amanah.

Tahun 2018 ini merupakan tahun yang kelima (5), SK Jeram Batu sebagai Sekolah Amanah dan juga
merupakan tahun yang terakhir bagi membolehkan SK Jeram Batu untuk mencapai tahap Akreditasi
Sekolah Amanah.
3.0 MATLAMAT PROJEK

3.1 TIADA DEWAN BESAR DAN GELANGGANG BERBUMBUNG

3.1.1 Sebuah Gelanggang simen sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid
yang ramai ketika Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Jasmani
dan aktiviti Kokurikulum.

Enrolmen murid SK Jeram Batu tahun 2018 dan 2019

TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH MURID


2018 72 58 130
2019 77 76 153

3.1.2 Padang sedia ada amat tidak sesuai untuk aktiviti kokurikulum ketika waktu
panas atau hujan. Ini disebabkan oleh permukaan padang yang tidak rata dan
berlubang-lubang walaupun telah diselenggarakan pada hujung tahun 2013.

3.1.3 Dewan sekolah yang sedia ada kecil dan sempit. Dewan sekolah yang sedia ada
adalah merupakan dua (2) kelas yang digambung.Hanya boleh memuatkan
murid-murid dari tahun satu (1) hingga tahun enam (6), jika ditambah dengan
ibubapa amat tidak selesa dan panas.

3.2 WILAYAH ISKANDAR

3.2.1 Mukim Jeram Batu merupakan salah satu kawasan yang terlibat dalam
pembangunan Wilayah Iskandar dan kawasan sekitar SK Jeram Batu akan
menjadi tumpuan orang ramai.

3.3 FLOORBALL

3.3.1 Floorball adalah sukan yang baru di Malaysia terutama di Negeri Johor.

3.3.2 SK Jeram Batu menjadi Sekolah Rendah yang Pertama di Malaysia dan Johor
yang mempunyai pasukan Floorball.

3.3.3 Persatuan Floorball dan Educity menjadi tunjang utama kepada pembangunan
Sukan Floorball di SK Jeram Batu dan Permainan Floorball ini telah menjadi
Sukan Teras bagi SK Jeram Batu.
3.3.4 Pada Tahun 2016, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Floorball Negeri
Johor telah menghantar dua (2) pasukan lelaki dan perempuan ke Kejohanan
Floorball Sekolah-Sekolah Malaysia (KFSM) di Universiti Malaya dan menjadi
pasukan sekolah rendah yang Pertama bermain dalam Kejohanan tersebut yang
bermain dalam kategori bawah 15 tahun Lelaki dan 18 tahun Perempuan.

3.3.5 Educity Sports Complex telah menganjurkan Eco-Challenge Flooball dengan


kerjasama Persatuan Floorball Johor, dan keputusan amat memberangsangkan,
Johan, Naib Johan dan tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan SK Jeram
Batu.

Keputusan Eco-Challenge (3 on 3) Floorball

PASUKAN KEPUTUSAN
SKJB 4 JOHAN
SKJB 5 NAIB JOHAN
SKJB 2 TEMPAT KETIGA

3.3.6 Pada Tahun 2017, Persatuan Floorball Malaysia telah memperkenalkan Kategori
bawah 12 tahun Lelaki. Pasukan SK Jeram Batu telah menjadi Naib Juara dalam
KFSM 2017 di 1M4U Sentral Puchong, Selangor. Pada 2018, Pasukan SK Jeram
Batu telah menghantar Kategori Lelaki 12 tahun dan Kategori Perempuan 12
Tahun (Kategori baharu pada tahun 2018). Saingan bertambah sengit dengan
penambahan pasukan baru dari sekololah-sekolah sekitar Johor yang menyertai.

Keputusan KFSM 2017

Lelaki 12 tahun

PASUKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


CBCLC CHAMPION
SK JERAM BATU 1st RUNNER UP
SRI SEMPURNA 2nd RUNNER UP

Keputusan KFSM 2018

Lelaki 12 tahun

PASUKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


SK SRI GADING CHAMPION
SK SRI LAKSANA 1st RUNNER UP
SK JERAM BATU 2nd RUNNER UP
Keputusan KFSM 2018

Perempuan 12 tahun

PASUKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


SK TAMAN KOTA KULAI CHAMPION
SK JERAM BATU 1st RUNNER UP
SK SRI GADING 2nd RUNNER UP

3.3.7 Pada tahun 2018, Persatuan Floorball Negeri Johor telah menganjurkan
Kejohanan Floorball Sekolah-sekolah Negeri Johor (KFSSJ). Pada tahun 2018
banyak sekolah rendah yang menyertai terutama sekolah-sekolah dari Batu
Pahat yang mendapat suntikan dari Kerajaan Negeri pada tahun lepas. Dalam
usaha memantapkan sukan floorball di Pontian,Pihak sekolah telah merangka
dua(2) program dan pembinaan Dewan ini juga merupakan salah satu
rencana,untuk menjadikan SK Jeram Batu sebagai pusat bagi perkembangan
sukan floorball di Pontian.

Keputusan Kejohanan Floorball Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2018

Lelaki 12 tahun

PASUKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


SK SRI SENTOSA CHAMPION
SK SRI GADING 1st RUNNER UP
SRI SEMPURNA 2nd RUNNER UP
SK JERAM BATU 3rd RUNNER UP

Keputusan Kejohanan Floorball Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2018

Perempuan 12 tahun

PASUKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


SK TAMAN KOTA KULAI CHAMPION
SK JERAM BATU 1st RUNNER UP
SK SRI SENTOSA 2nd RUNNER UP
3.3.8 Bagi memperkenalkan lagi Permainan ini, Pihak Sekolah dan Persatuan Floorball
Negeri Johor telah melaksanakan Program Jelajah Floorball ke sekolah-sekolah
yang berdekatan bagi memperkenalkan lagi Floorball ini. Sasaran tahun 2017
adalah terdiri dari sekolah SM(A) Bugisiah, SK Melayu Raya, SK Pekan Nanas dan
SMK Pekan Nanas. Pada 2018, SMK Dato Pengawa Barat, Pontian telah secara
rasmi menubuhkan Kelab Floorball bagi pelajar-pelajar mereka dan sambutan
adalah menggalakkan.

3.3.9 Pada Tahun 2017, dengan bantuan ibubapa murid yang sama minat dengan
permainan ini, telah membawa pasukan floorball sekolah ke Singapura untuk
menyertai Karnival Floorball anjuran Cedar Primary School. Cedar Primary
School ini merupakan salah satu pusat pembangunan Permainan Floorball di
Singapura. Keputusan yang amat memberangsangkan, lima(5) pasukan dari SK
Jeram Batu telah menjadi Johan dan Naib Johan setiap Kategori yang
dipertandingkan.

Keputusan Pertandingan Floorball

NO. PASUKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN


1 SKJB 2 CUP CHAMPION
2 SKJB 5 CUP 1ST RUNNER UP
3 SKJB 3 PLATE CHAMPION
4 SKJB 1 PLATE 1ST RUNNER UP
5 SKJB 4 BOWL CHAMPION
6 CEDAR PRIMARY BOWL 1ST RUNNER UP
SCHOOL

3.3.10 Gelanggang sedia ada tidak sesuai dan tidak luas. Keluasan gelanggang yang
diperlukan adalah seluas 40 meter panjang x 20 meter lebar iaitu sama luas saiz
gelanggang futsal dan memerlukan permukaan simen yang lembut dan tidak
kasar.

3.4 SUKAN DAN PERMAINAN PERINGKAT ZON PEKAN NANAS

3.4.1 Pada tahun 2017 dan 2018, SK Jeram Batu telah menjadi Tuan Rumah untuk
Permainan Badminton Peringkat Zon Pekan Nanas. Pihak sekolah terpaksa
menyewa gelanggang luar yang menyebabkan kos pengelolaan meningkat.

3.4.2 Dengan pembinaan dewan ini nanti, pihak sekolah boleh menganjurkan dan
juga menjadi tempat tumpuan untuk sekolah-sekolah lain menganjurkan
permainan seperti sepak takraw, bola tampar, bola jaring, dan floorball.
3.5 TUMPUAN DALAM DAN LUAR KAWASAN SEKOLAH

3.5.1 Menjadi tumpuan sekolah-sekolah dan agensi luar di sekitar Pekan Nanas.

3.5.2 Mengadakan program bersama komuniti dari Kampung yang berdekatan.

3.5.3 Banyak aktiviti dan program boleh dilaksanakan dengan selesa bersama di
peringkat Sekolah dengan Sekolah, Sekolah dengan komuniti, komuniti dengan
komuniti, sekolah dengan agensi luar, dan Agensi luar dengan Agensi luar.

3.5.4 Program pemimpin bersama rakyat disekitar dapat diadakan dengan suasana
yang lebih kondusif dan selesa.

3.5.5 Kampung-kampung yang berdekatan dengan kawasan sekolah adalah seperti


berikut:

BIL. NAMA KAMPUNG


1. Jeram Batu
2. Batu 26
3. Sungai Burung
4. Sungai Moleh
5. Sungai Tempayan
6. Sungai Burung Estet
7. Batu 28
8. Sinar Harapan

4.0 OBJEKTIF PROJEK

4.1 Dewan besar serbaguna yang lengkap dengan kemudahan prasarana terkini dapat
digunakan untuk pelbagai tujuan aktiviti pendidikan dan kemasyakaratan.

4.2 Kemudahan dewan besar serbaguna dapat menampung kapasiti enrolmen pelajar atau
masyarakat yang ramai dengan keadaan yang selesa dan kondusif.

4.3 Dewan Besar Serbaguna ini mampu menyumbang impak besar dalam tranformasi
pendidikan dan melahirkan modal insan yang gemilang di SK Jeram Batu, negeri Johor dan
negara secara menyeluruh.

4.4 Segala kemudahan dan prasarana yang dicadangkan adalah satu keperluan mustahak
mendesak memandangkan ada kawasan yang boleh dipertimbangkan untuk membinanya.
4.5 Menyediakan tempat untuk mesyuarat atau berhimpun yang jauh lebih selesa daripada
sekarang kepada komuniti guru dan masyarakat setempat.

4.6 Menyediakan satu tempat yang selesa bagi menghimpunkan warga sekolah untuk
menjalankan pelbagai aktiviti seperti menjalankan Proses Pembelajaran dan Pemudahcara
(PdPC) luar bilik darjah, hari kecemerlangan murid, mesyuarat dan lain-lain lagi.

4.7 Menyediakan tempat guna sama seperti untuk tempat letak kenderaan dan lain-lain.

5.0 CADANGAN PERUNTUKAN

5.1 Pihak Kerajaan

6.0 KOMPONEN PROJEK

6.1 Spesifikasi Umum Pembinaan Dewan Terbuka dan Gelanggang Serbaguna


6.2 Ukuran Dewan :

50 meter Panjang X 25 meter Lebar X 12 meter Tinggi

BIL. SPESIFIKASI DEWAN JENIS BAHAN


1. Kemasan dinding / lantai
1) Gelanggang Serbaguna (lantai) Acrylic Paint (tebal 2.0 mm – 6.0 mm)
2) Pentas (lantai) Mozek
3) Tandas (dinding/lantai) Mozek
4) Bilik Peralatan sukan, Bilik PA system, Lepaan simen
bilik Khas, lantai dewan

2. Tiang Tiang besi/kerangka


3. Bumbung / beam Metal Deck / kerangka besi
4. Lampu LED High Bay Light

Lampu kecemasan Bay tinggi dengan


Dustproof aluminium atau lampu
Dewan Badminton Penyebar PC
6.3 Kemudahan yang dicadangkan (DALAM DEWAN)

BIL KEMUDAHAN SPESIFIKASI UNIT


1. PENTAS UTAMA PANJANG : 10 m, LEBAR : 3 m, TINGGI : 1 1
m
2. TANDAS & BILIK PERSALINAN PANJANG : 7.5 m, LEBAR : 5 m 2
3. BILIK PA SISTEM DAN PANJANG : 2 m, LEBAR : 2 m 1
PERALATAN PA YANG MODEN
4. BILIK PENGURUSAN SUKAN PANJANG : 7.5 m, LEBAR : 5 m 1
5. BILIK KHAS PANJANG : 8 m, LEBAR : 2 m 1
6. GELANGGANG SERBAGUNA SPORT COURT FLOORING
ACRYLIC PAINT , 2.0 – 6.0 mm (thickness)

FLOORBALL/HANDBALL/FUTSAL 1
PANJANG : 40 m, LEBAR : 20 m

BOLA JARING 1
PANJANG : 30.5 m, LEBAR : 15.25 m

BOLA TAMPAR (DEWASA) 2


PANJANG : 18 m, LEBAR : 9 m

BOLA TAMPAR (RENDAH) 2


PANJANG : 16 m, LEBAR : 8 m

BADMINTON/TAKRAW 3
PANJANG : 13.4 m, LEBAR : 6.1 m
7. KIPAS 16
8. LAMPU LED HIGH BAY LIGHT 27
9. TEMPAT LETAK KERETA PANJANG : 35 m, LEBAR : 5 m 1
10. KERUSI PLASTIK 300
11. SUSUR GAJAH (TEMPAT 1
LALUAN KE DEWAN)
12. PENDAWAIAN ELEKTRIK
13. PEMANCAR LCD DAN SKRIN 2
LCD
6.4 Kemudahan yang dicadangkan (LUAR DEWAN)

BIL KEMUDAHAN SPESIFIKASI


1. LANSKAP TUMBUH-TUMBUHAN YANG SESUAI
2. OBSTACLE FITNESS
EQUIPMENT
3. AKTIVITI OLAHRAGA TREK 100 METER
REJAM LEMBING
LONTAR PELURU
LOMPAT JAUH
7.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Anggaran kos bagi projek dewan terbuka ini diangggarkan berjumlah RM1,000,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Juta sahaja)

8.0 PANDANGAN SEMASA KAWASAN SEKOLAH

Pemandangan SK Jeram Batu melalui Google Earth

9.0 CADANGAN PROJEK


Pelan Cadangan Pembangunan Tapak Dewan Serbaguna dan
Kemudahan
Pelan Cadangan Dewan Terbuka Gelanggang Serbaguna

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………… ………………………………………………

MOHD NAJID BIN JAMALUDIN FADZILAH BINTI AHMAT


GURU BESAR
SK JERAM BATU

You might also like