You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 24,


26400 BANDAR JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Email : Kod Sekolah : CBA2108
No. Tel. : 09-4863460 No. Fax : 09-4863460

Ruj. Kami : CBA 2010/PIBG/SK/2018(01)


Tarikh : Mac 2018

Kepada,
Jurutera JKR Daerah
Pejabat JKR Daerah Jerantut,
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan/Puan

PERMOHONAN MENURAP TAR BAGI JALAN PINTU MASUK DAN DATARAN ILMU
SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK LKTP Jengka 24 memohon jasa pihak tuan untuk
mempertimbangkan agar dapat memberi peruntukan bagi menaik taraf prasarana tersebut bagi
menjamin keselamatan ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak serta meningkatkan
keselesaan kepada murid-murid ketika sesi perhimpunan pagi dijalankan.

Bil. Prasarana Catatan


1. Jalan tar pintu masuk ke sekolah Memerlukan kepada penurapan tar baharu kerana
2. Dataran ilmu keadaan jalan dan tar yang sudah rosak teruk.

…3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja cadangan tersebut sebagai rujukan tuan.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

……………………………………..
( Ruslan Bin Othman )
Guru Besar,
SK FELDA Jengka 24,
26400 Bandar Jengka,
Pahang.

Sk :
Fail PIBG.

You might also like