You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESAMINIUM


LESTARI PERDANA, 43300 SERI KEMBANGAN
PIBG SMKTD

Rujukan kami : PIBGSMKTD 100 ( )


Tarikh : 4 April 2023

Kepada

Pengerusi JMC
Pejabat Pengurusan Desaminium Rimba
Taman Desaminium
Jalan Rimba Lestari Perdana
43300 Seri Kembangan
Selangor

Pengerusi Surau Raudatul Ilmi


Taman Desaminium
Jalan Rimba Lestari Perdana
43300 Seri Kembangan
Selangor

Tuan

KEBENARAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT ( SEMENTARA ) DI SURAU RAUDATUL ILMI, TAMAN DESAMINIUM
BAGI MURID-MURID SMK TAMAN DESAMINIUM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin memohon kebenaran untuk mendirikan solat jumaat sementara
bagi murid-murid SMK Taman Desaminium di surau bawah seliaan tuan. Untuk makluman tuan, sekiranya permohonan
ini diluluskan maka beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dapat diatasi antaranya:
i. Kos pengangkutan 3 buah bas yang yang berjumlah RM1,680.00 ( RM420.00 x 4 kali sebulan ) yang
ditanggung oleh pihak PIBG dan pihak sekolah dapat dialihkan untuk digunakan penambahbaikan frasarana
sekolah.
ii. Jarak berjalan kaki murid-murid dari sekolah iaitu 4.6 km ( 2,3 km sehala ) dapat dipendekkan ke 850 meter
sahaja daripada sekolah.
iii. Faktor keselamatan murid seperti kemalangan jalan raya atau serangan anjing liar di sepanjang laluan
murid-murid yang berjalan kaki dari sekolah ke Surau Al Munir di Pangsapuri Taman Lestari Perdana

3. Oleh yang demikian, pihak sekolah ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk mendirikan solat jumaat sementara
di Surau Raudatul Ilmi, Taman Desaminium bagi keselesaan murid-murid SMK Taman Desaminium dan disamping
dapat mengutamakan keselamatan murid-murid sekolah semasa menunaikan solat jumaat.

4. Disertakan maklumat sekolah untuk rujukan pihak tuan iaitu maklumat seperti berikut :

Jumlah Guru Lelaki SMK Taman Desaminium : 12


Jumlah Murid Lelaki Sesi Pagi SMKTD : 437
Jumlah Murid Lelaki Sesi Petang SMKTD : 528
Jumlah keseluruhan : 977

5. Segala keprihatinan dan jasa baik tuan dalam mempertimbangkan permohonan ini, kami warga sekolah, ibu bapa
dan pihak PIBG amat hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
Saya yang menjalankan amanah

……………………………………………….
MOHD HAZRIL BIN HARUN
Naib Yang Dipertua PIBG
SMK Taman Desaminium

You might also like