You are on page 1of 8

T.E.M.

S
TASK EMERGENCY MEDICAL SERVICE
_________________________________

PERTUBUHAN PETUGAS PERKDHIMATAN PERUBATAN KECEMASAN

PPM-007-10-21062021

https://facebook.com/TASKEMERGENCYMEDICALSERVICE
 Hak cipta TEMS@Aug2022/01

PENGENALAN

❖Ingin Mengenali Siapa Kami ?

TEMS dikenali sebagai Task Emergency Medical Service adalah satu pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang bergerak secara sukarelawan. Mula bergiat aktif pada 03hb Julai 2021 dan
telah menjalankan sebanyak 45 misi bantuan perubatan bencana dan sokongan menyelamat yang
melibatkan banjir, mencari dan menyelamat (SAR), kebakaran, tanah runtuh, kemalangan, Ops
Selamat (Balik Kampung), pokok tumbang, sanitasi awam, penghantaran jenazah dan kes cubaan
membunuh diri.

❖Misi, Visi Dan Impian Kami ?

MISI menjadikan pertubuhan ini sebagai pusat aktiviti (community resilience) dan Latihan
menyelamat kepada golongan belia dan komuniti bagi persediaan menghadapi bencana ditempat
mereka dan mengurangkan impak mortality dan morbidity.

VISI mengurangkan impak tekanan mangsa dengan membantu secara ‘psychology support’
dan fizikal bagi mententeramkan perasaan mangsa yang telah dilanda malapetaka.

Impian mendapatkan pengiktirafan TEMS sebagai agensi bantuan sokongan kerajaan


dalam bantuan khidmat kecemasan dan bencana semasa aman mahupun darurat.

PANTAS.MEMBANTU.MASYARAKAT https://facebook.com/taskemergecncymedicalservice 02
 Hak cipta TEMS@Aug2022/01

✓Pendaftaran Pertubuhan
Pertubuhan ini telah berdaftarkan berdasarkan kepada Akta
Pertubuhan 1966 Peraturan Peraturan Pertubuhan 1984
diatas nama Pertubuhan Bantuan Perubatan Kecemasan
beralamat di No.1 Jalan Indah 20, Taman Cheras Indah, 56100
Cheras Selangor Darul Ehsan.

No Pertubuhan Induk yang diwartakan adalah :

PPM-007-21062021

Pihak TEMS boleh dihubungi melalui :

Talian : HOTLINE +6018 2916 999

Email : tems.medicalrescue@gmail.com

FB : https://www.facebook.com/TASKEMERGENCYMEDICALSERVICE

✓Ahli Pertubuhan
Pertubuhan ini ditubuhkan hasil daripada 10 gabungan syarikat perkhidmatan ambulans swasta
yang terdiri daripada :

▪ Wide Medic Ambulance Services (Ketua Syarikat)


▪ ERA Ambulance Services
▪ NJ ResQ Resources
▪ Advance EMS Medivac Ambulance
▪ SMART Ambulance
▪ FMS Ambulance
▪ Zygomeds Ambulance
▪ Reds Medical Supplies
▪ WCS Ambulance
▪ AZ Ambulance Services

Pembiayaan operasi pertubuhan adalah sumbangan daripada Syarikat Wide Medic Ambulance
dan pembelanjaan bulanan kos operasi daripada sumbangan gabungan syarikat perkhidmatan
ambulans swasta diatas.

“ Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

PANTAS.MEMBANTU.MASYARAKAT https://facebook.com/taskemergecncymedicalservice 03
 Hak cipta TEMS@Aug2022/01

KEWANGAN
Sedia maklum sumber kewangan
pertubuhan adalah berdasarkan 100%
sumbangan derma atau dana
daripada mana mana pihak.

Pihak TEMS pernah menerima


beberapa sumbangan seperti wang
ringgit, peralatan jentera, Jentera
Penyelamat, Bot Penyelamat dan
ambulans bagi kegunaan semasa
operasi.

Sedia maklum kos penyelenggaraan


semua asset TEMS adalah tinggi
setiap kali operasi dijalankan dan
adalah sangat terhad kewangan yang
ada bagi membantu mereka yang
memerlukan.

SUMBER PENDAPATAN
Setiap bulan pihak TEMS akan menerima sumbangan sebanyak RM 600.00 ke RM 900.00 bulanan
daripada gabungan syarikat ambulans swasta.

KOS PERGERAKAN OPERASI


Setiap Operasi perbelanjaan menggunakan diantara RM 100.00 sehingga RM 500.00 berdasarkan
jumlah hari bertugas dan jarak operasi ke tempat kejadian. Kos ini mengambil kira bahan api dan
makanan petugas semasa operasi.

KOS PENYELENGARAAN JENTERA


Pihak TEMS mempunyai 4 jentera iaitu Toyota 4x4 Ambulance, Lori 3 tan Hicom, Van Inokom dan
Lori 3 tan yang dalam penukaran ke jentera penyelamat. Kos penyelengaaraan bagi jentera
memerlukan sebanyak RM 2,000.00 sehingga RM 25,000.00 bagi ke semua jentera.

KOS PENYELENGARAAN PERALATAN PENYELAMAT


Bagi penyelengaraan peralatan pula yang meliputi bahan perubatan, bahan penyelamat, enjin bot
dan bot penyelamat memerlukan kos diantara RM 1,000 sehingga RM 3,000.00 bagi menjaga
kesemua asset TEMS untuk digunakan dalam jangka masa panjang.

PANTAS.MEMBANTU.MASYARAKAT https://facebook.com/taskemergecncymedicalservice 04
 Hak cipta TEMS@Aug2022/01

DIMANA ADA
BENCANA DISITU
ADA KAMI!

Statistik Pergerakan Respon Tahunan


meningkat 10 % dan angka kecil ini amat
bermakna kepada TEMS diatas permintaan
perkhidmatan dan kepercayaan oleh masyarakat
dan agensi kerajaan dalam membantu semasa
musibah . Justeru itu harus dilengkapkan dengan ilmu
serta peralatan yang sebaik mungkin bagi menghadapi
sebarang bentuk kemungkinan dan geografi muka bumi.

STATISTIK PERGERAKAN TAHUN 2021 (JANUARI SEHINGGA DISEMBER)


JENIS KEJADIAN BILANGAN
Banjir 3 Respon Dalam
Mencari & Menyelamat 8 Negeri
Kebakaran 2 14 kes
Sanitasi Awam 1
Kemalangan 1 Misi Luar Negeri
Cubaan Bunuh Diri 1 2kes
Jumlah Kes 16 kes

STATISTIK PERGERAKAN TAHUN 2022 (JANUARI SEHINGGA OGOS)


JENIS KEJADIAN BILANGAN
Banjir 11 Respon Dalam
Mencari & Menyelamat 6 Negeri
Kebakaran 2 24 kes
Tanah Runtuh 1
Kemalangan 6 Misi Luar Negeri
OPS Selamat (Perayaan) 1 3kes
Jumlah Kes 27 kes

PANTAS.MEMBANTU.MASYARAKAT https://facebook.com/taskemergecncymedicalservice 05
 Hak cipta TEMS@Aug2022/01

Kami Komited Dan Mudah Berkomunikasi


Disaat masyarakat dilanda kecemasan pasti sukar untuk mendapatkan bantuan ataupun bantuan
yang diminta LEWAT sampai ketempat kejadian. Di TEMS protocol komunikasi kecemasan amat
pendek dan informasi yang diterima dihantar terus ke seluruh pasukan yang berada di lapangan
mempercepatkan pergerakan bantuan memendekkan masa yang ditunggu oleh mangsa.

PANGGILAN BANTUAN ADALAH KEPERITAN MANGSA


Sumbangan anda amat kami hargai akan digunakan sebaik mungkin bagi tujuan yang mulia ini.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun pertubuhan dibawah ini.

Nama Pemilik Akaun :

PERTUBUHAN BANTUAN PERUBATAN


KECEMASAN
CIMB BANK BERHAD
8605 10 6661

PANTAS.MEMBANTU.MASYARAKAT https://facebook.com/taskemergecncymedicalservice 06
 Hak cipta TEMS@Aug2022/01

KEPERLUAN MASA HADAPAN


Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kes
bencana meningkat pihak TEMS memerlukan asset yang
boleh digunakan pada semua permukaan.

Dana yang terjamin dan berpanjangan dapat membantu


dalam penyelengaraan dan penjagaan semua lojistik dan
jangka hayat boleh digunakan berpanjangan.

Kawasan yang ‘remote area’ masih lagi dipinggirkan dan


mereka sering mendapat bantuan yang lewat. Dengan
peralatan yang sesuai maka pasti mereka ini dapat
diselamatkan dan dibawa pusat permindahan ataupun ke
hospital bagi mendapat bantuan rawatan yang rapi.

Tiada yang kami banggakan atas usaha ini, hanya


melihat keceriaan wajah mangsa tersenyum melihat
ketibaan penyelamat TEMS di hadapan mereka. Cukup
sekadar ucapan terima kasih.

PANTAS.MEMBANTU.MASYARAKAT https://facebook.com/taskemergecncymedicalservice 07
 Hak cipta TEMS@Aug2022/01

BERGANDING BERSAMA
Pertubuhan Petugas Perkhidmatan
Perubatan Kecemasan (TEMS) akan
sentiasa proaktif dalam isu isu
kecemasan seperti bantuan
perkhidmatan ambulans, sokongan
bantuan mencari dan menyelamat,
khidmat masyarakat dan
pengurusan jenazah serta banyak
lagi.

Pertubuhan juga akan menerokai


perkhidmatan baru yang dikenali
sebagai “Community Disaster
Mitigation” didalam Latihan
pertolongan cemas kepada komuniti,
mengenal pasti kawasan ‘hotspot’
bencana dalam perkampungan atau
tempat tinggal mereka,
mengadakan satu pasukan kecil sebagai pasukan tindak mula yang boleh digerakkan awal sebelum
ketibaan penyelamat.

Merapatkan hubungan dan menjalinkan komunikasi yang baik sesama komuniti, aktiviti ini boleh
meningkatkan daya ketahanan mental kepada masyarakat jika dilanda musibah. Dan pasti ia tidak
akan berjaya dan berpanjangan tanpa sokongan daripada sector korporat dan NGO antarabangsa
mahupun kerajaan dalam usaha menjadi negara maju. Tiada seorang rakyat harus ditinggalkan
dalam era teknologi baru ini.

PERTUBUHAN PETUGAS PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN


(TASK EMERGENCY MEDICAL SERVICES)
PPM-007-10-21062021
Dewan Komuniti Cheras Indah,
No.1 jalan Indah 20, Taman Cheras Indah
56100 Cheras
Selangor Darul Ehsan
Tems.medicalrescue@gmail.com
+6018 2916 999

PANTAS.MEMBANTU.MASYARAKAT https://facebook.com/taskemergecncymedicalservice 08

You might also like