You are on page 1of 7

Fattah :

MANGSA BANJIR DI TERENGGANU BERKURANG

KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr.
Ahmad Samsuri Mokhtar mengatakan bahawa penduduk yang menjadi mangsa banjir di
negeri itu sudah berkurang. /

Ahmad Samsuri berkata, penduduk yang terjejas banjir sudah menunjukkan trend
menurun berbanding hari sebelumnya.

“Alhamdulillah, mangsa banjir negeri kita telah berkurang kepada 6,281 orang setakat jam
8 pagi ini./

“Semoga keadaan bertambah baik pada hari ini dan seterusnya serta semua tempat
kembali pulih,” ujar Dr. Samsuri mengulas soalan wartawan ketika berkunjung ke Bilik
Gerakan Operasi Banjir hari ini./
Terdahulu, pihak berkuasa melaporkan mangsa banjir di Terengganu pada jam 6 pagi
adalah seramai lebih 8,732.

PPS, daerah terlibat.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menggerakkan bantuan dan membersihkan kediaman penduduk terjejas./

Format OK,
Kemaskan maklumat, huraian, kosa kata dan pemilihan angle.
Aslam ;

Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Menurun

Kuala Terengganu, 28 Disember - Jumlah mangsa banjir di Negeri Terengganu


telah berkurang kepada 6,281 orang setakat jam 8. 00 pagi hari ini./

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau
mengharapkan agar keadaan pada hari ini dan seterusnya bertambah baik
serta setiap tempat di negeri ini kembali pulih./

“Para sularelawan juga sudah mula menggerakkan bantuan untuk


membersihkan kediaman penduduk yang terjejas./

“Terima kasih buat semua yang telah membantu meringankan beban


mereka,” jelasnya./

Ahli Parlimen Kemaman itu berkata demikian melalui hantaran yang dibuat
di akaun rasmi ‘Facebook’ miliknya hari ini./

Terdahulu, beliau telah melawat beberapa Pusat Perpindahan Sementara


(PPS) mangsa banjir dan bilik gerakan banjir negeri Terengganu./

Format Ok, huraian Ok,


Tambah baik Tambahan maklumat
Syafiq :

Jumlah mangsa banjir di Terengganu semakin berkurang.

Kuala Terengganu : Jumlah mangsa banjir di semua Pusat Pemindahan


Sementara (PPS) di lapan daerah menunjukkan pengurangan sejak pagi tadi
apabila menurun daripada 8,808 kepada 6,281 orang pada 8 pagi ini.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata


demikian di laman media sosial beliau selepas satu taklimat banjir di Bilik
Gerakan Operasi Bencana Negeri Terengganu.

Dalam masa yang sama, beliau juga mendoakan agar keadaan banjir
bertambah baik pada hari ini dan seterusnya serta semua tempat kembali
pulih.

“Para sukarelawan juga sudah mula menggerakkan bantuan untuk


membersihkan kediaman penduduk yang terjejas. Terima kasih buat semua
yang membantu meringankan beban mereka,” ujarnya.

format Ok
Tambah baik penggunaan ayat, kosa kata, huraian
Fatimah :

Mangsa Terkini Banjir Negeri Terengganu Mencecah 6,281 Orang

Oleh : Fatimah Din

Dungun,28 Disember 2023 - Seramai 6,281 Orang rakyat negeri Terengganu


telah dilaporkan telah terjejas dengan bencana banjir pada kali ini pada
pukul 8 pagi.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, angka


tersebut telah menunjukkan trend menurun berbanding bilangan mangsa
pada hari sebelumnya.

"Setakat jam 8.00 pagi air (banjir) sedikit menurun berbanding tengah hari
semalam.

"Walau bagaimanapun kita mengharapkan keadaan ini (cuaca baik)


berterusan dan menjadi bertambah baik,” katanya di Facebook rasminya hari
ini.
Di samping itu kata Ahmad Samsuri ketika sedang melawat Pusat
Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Pusat,Dungun,
mengikut statistik daerah Dungun merupakan daerah kedua yang
penduduknya paling terjejas melibatkan seramai 1,725 orang iaitu 444 buah
keluarga.

“Para sukarelawan terus menggerakkan bantuan untuk membersihkan


kediaman penduduk yang terjejas.

Maklumat Ok.
Tambah baik format, huraian, kosa kata, perkataan.
Adila :

MB TERENGGANU BERSAMA RAKYAT HADAPI MUSIM BAH

Kuala Terengganu, 28 Disember – Menteri Besar Terengganu tidak


membiarkan rakyat terkontang kanting tanpa bantuan apabila mengambil
langkah bersama-sama menyantuni mangsa menghadapi musim bah.

Melalui akaun rasmi media sosialnya, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
dilihat menunaikan tanggungjawab beliau untuk turun ke Pusat Pemindahan
yang terlibat dan bertemu mangsa banjir yang terkesan.

Ahmad Samsuri yang turun ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dungun


yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun mengatakan,
Dungun adalah antara dua daerah yang terjejas teruk melibatkan 1,725
mangsa daripada 444 keluarga.

“Alhamdulillah, mangsa banjir negeri kita berkurang kepada 6,281 setakat 8


pagi ini.

“Tahniah kepada penduduk yang peka dengan keadaan banjir semasa serta
mengambil inisiatif pindah ke Pusat Pemindahan Sementara,” katanya yang
juga berharap supaya tindakan tersebut diikuti oleh masyarakat yang lain.

Jelas Ahmad Samsuri lagi, sukarelawan di Terengganu juga sudah mula


menggerakan bantuan membersihkan kediaman penduduk yang terjejas.

Angle terbaik, format ok, huraian ok.


Kosa kata tambah baik.
UMI SAJIDAH :
MB TERENGGANU LAWAT MANGSA BANJIR PPS DUNGUN

DUNGUN, 26 Disember 2023 –Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr


Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini telah melawat rakyat Dungun yang terjejas
banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pusat
Dungun.

Ahmad Samsuri berkata Dungun menjadi daerah kedua yang paling terjejas
banjir dengan menglibatkan seramai 1,725 mangsa terdiri daripada 444 buah
keluarga.

"Setakat semalam, mangsa banjir di Negeri Terengganu makin meningkat


berbanding hari sebelumnya.

"Doakan agar keadaan banjir ini tidak bertambah buruk dan cuaca makin
baik pada hari ini," tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran yang dibuat di akaun rasmi


'Facebook' miliknya hari ini.

FAZLEE :

Mangsa Banjir berkurang 6,281 orang.

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di negeri Terengganu


berkurang kepada 6,281 orang pada jam 8 pagi tadi.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,
para sukarelawan sudah mula menggerakkan bantuan untuk membersihkan
kediaman penduduk yang terjejas.

"Semoga keadaan bertambah baik pada hari ini dan seterusnya serta semua
tempat kembali pulih"

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah
bersatu tenaga dalam membantu meringankan beban mangsa banjir.

You might also like