You are on page 1of 3

UNSUR-UNSUR UTAMA DALAM TAMADUN INDIA.

Sistem Pemerintahan Raja/Ketua Negara Sistem pemerintahan bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kemasukan British ke India.Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja,Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat unit infantri, unit gajah dan unit kuda. Pentadbiran Wilayah Sesebuah kerajaan yang besar membahagikan negaranya kepada beberapa wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada kampong-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampong (Kottam) Kedatangan penjajah barat, dasar Europeanisme diperkenalkan. 90% cukai diberikan kepada kerajaan. Sistem Presidensi diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay. Agama i. ii. iii. iv. v. Hindu Buddha Jaina Sikhism Islam

Ilmu Sains dan Matematik i. elemen iaitu ii. Fizik dan Kimia konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5

tanah, angin, api, air dan angkasa.

iii. Perubatan- perkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta. iv. Matematik menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan konsep Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan Aryabhatiya.

v. Astronomi India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan. Bahasa dan Sastera Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) bahasa Sanskrit. Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) bahasa Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita. Tema-tema yang dibincangkan. Ramayana peperangan antara Rama dan Ravana Mahabrata peperangan antara Kaurava dengan Pandara Arthasastra aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan. Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal muncul tokoh-tokoh seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang mengutamakan kesusasteraan ialah Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir. f. Senibina

Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil menggunakan ukiran Hindu. Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha. Seni bina Islam menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan masjid Quwait AlIslam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra. g. Kemasyarakatan dan Kekeluargaan.

Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada a. b. c. Brahmin golongan agama dan kerohanian Ksytria tentera dan keselamatan Vaisya peniaga

d.

Sudra petani

Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu: a. b. c. d. Brahmacarya Ghastra Vanaprahasta Sannayasa

Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes.

You might also like