You are on page 1of 2

Kadar nahas maut babit kanak-kanak tinggi

2010/04/10 KUALA LUMPUR: Kemalangan jalan raya di negara ini mengorbankan 410 nyawa kanak-kanak berusia antara satu tahun dan 15 tahun manakala 2,797 kanak-kanak cedera ringan dan serius pada 2008, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). Jumlah tertinggi kanak-kanak yang terkorban berusia antara 11 tahun dan 15 tahun dengan merekodkan kematian 213 mangsa di seluruh negara. Kenyataan Miros juga menyebut sebanyak 43 peratus membabitkan kemalangan motosikal, yang mana kanak-kanak itu menunggang sendiri motosikal atau kerana terjatuh ketika membonceng manakala 24 peratus lagi membabitkan kemalangan kenderaan lain dan 18 peratus kemalangan membabitkan pejalan kaki. Memandangkan kadar kemalangan yang tinggi membabitkan kanak-kanak di Malaysia, Miros meng-anjurkan kempen kesedaran mengenai pentingnya keselamatan jalan raya sempena pameran 'Smart Kids Education Fair' di Pusat Dagangan Dunia Putra, bermula semalam hingga Ahad ini. Miros merangka beberapa aktiviti dan permainan yang direka khusus untuk mengajar generasi muda nilai positif keselamatan jalan raya dan bagaimana mereka boleh melindungi diri ketika di jalan raya. Ibu bapa dan golongan dewasa perlu memainkan peranan lebih aktif untuk menanam nilai asas dan adab yang baik mengenai keselamatan jalan raya terhadap anak mereka. Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata amat penting untuk kanak-kanak terutama yang bersekolah mempunyai pengetahuan asas dan memahami apakah itu keselamatan jalan raya.

Ini adalah sebab utama mengapa mata pelajaran mengenai keselamatan jalan raya giat diajar di sekolah, katanya. Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka terutama remaja yang tidak mempunyai lesen, menunggang motosikal atau memandu kenderaan kerana tindakan itu boleh mengancam nyawa mereka. Bernama Hak Cipta Terpelihara Berita Harian 2012 Emel kami untuk sebarang maklum balas.

You might also like